Followers

Saturday, January 2, 2010

-City Gerbang Industri Maklumat Selangor

“Menjadikan Selangor lebih ‘pintar’, satu bandar demi satu bandar” menyimpulkan agenda kerajaan negeri memacu revolusi digital Selangor. i-City di Seksyen 7, Shah Alam adalah taman teknologi maklumat yang dibina kerajaan Selangor sebagai pengkalan strategik untuk syarikat yang mensasarkan pasaran maklumat. Prinsip ekonomi bandar i-City membolehkan pelabur bersaing diatas lanskap yang fokus kepada mesra-niaga, dipacu sistem jaringan menyeluruh pada kos yang rendah.

“Silicon valley suatu projek yang akan berjaya kerana faktor linguistik. Inilah perbezaan Silicon Valley dengan Silicon Valley Amerika Syarikat. Secara dasarnya Eropah kurang daya saing. Kita lebih hebat sebab kita menyepadukan banyak faktor untuk manjayakan silicon Valley ini." Projek komersil bersepadu I-Berhad ini dibangunkan diatas tanah seluas 28.8 hektar pada nilai RM2 bilion ringgit. Kerangka awal i-City mensasarkan komuniti perdagangan, namun ia mula berkembang ke sector pelancongan dan budaya. Nadi i–City di dokong oleh lebuh raya Lebuhraya Persekutuan dan Shapadu, dan terletak berhampiran institusi-institusi pengajian utama.

Tarikan utama i-City adalah jaringan jalur lebar berkelajuan 20 megabit per saat dari pelbagai syarikat telekomunikasi, kelengkapan optic fiber dengan system pembekalan tenaga kecemasan, serta Pengkalan Data Tier 4 dengan kapasiti tinggi. Setakat ini, sebanyak 156 unit suit pejabat siber telah dibuka untuk disewa. Sebanyak 80 peratus unit- unit tersebut telah dijual kepada Al-Rajhi Banking Group dengan harga 45 ringgit satu kaki persegi.


sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.