Followers

Wednesday, January 13, 2010

BN dendam K'tan, enggan beri royalti

Jan 12, 10 3:50pm Kerajaan pusat yang dikuasai BN masih berdendam terhadap rakyat Kelantan, yang ditadbir PAS, apabila enggan menyerahkan royalti petroleum, kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad.

"Ketika PAS menang di Terengganu pada tahun 1999, serta-merta kerajaan BN menarik balik wang royalti dan menggantikannya dengan wang ehsan sebagai satu hukuman kepada rakyat Terengganu yang memilih PAS," katanya.


"Baru-baru ini selepas BN berjaya menguasai Terengganu untuk penggal kedua, BN mulai cuba mengubah taraf perjanjian itu kepada wang royalti semula."


Beliau mengulas kenyataan terbaru pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, yang enggan melayan tuntutan kedua Kelantan terhadap royalti minyak selepas tuntutan pertama RM2 bilion sejak pertengahan tahun lepas.


Mustapa merujuk kenyataan exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa yang ingin persekutuan berbuat demikian bagi kawasan cari gali baru di pelantar Bintang, di sempadan Kelantan-Terengganu. Menurutnya, kerajaan persekutuan mendapat royalti RM9.7 bilion daripada projek tersebut.


Dalam kenyataannya hari ini, Idris berkata sikap Mustapa itu "satu penafian yang nyata" dan ia "tidak selari dengan fakta Jabatan Perangkaan Negara yang melaporkan pada 2004 bahawa Kelantan bersama Terengganu dan Sabah mengeluarkan minyak bernilai lebih RM46 bilion iaitu 76 peratus daripada nilai keseluruhan minyak dalam negara."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.