Followers

Tuesday, January 5, 2010

Arak, Judi dan Rasuah : Parasit Masyarakat

Disediakan oleh: Siti Sumayyah Sha’arani

Menurut Imam Asy Syahid Hasan Al Banna, di antara sebab-sebab perpecahan umat Islam termasuklah meniru kebudayaan negara-negara Barat yang lain, sehingga mengambil ringan hukum hakam Islam dan seterusnya menyebabkan perpecahan kaum Muslimin itu sendiri.

Mereka menghalalkan perkara yang haram untuk kesenangan mereka sendiri. Sedangkan perbuatan berikut adalah amalan orang munafik dan berdosa besar hukumnya di sisi Allah seperti Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:


”Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan (memakan makanan) yang baik-baik yang telah dihalalkan Allah (memakannya) dan janganlah kamu melampaui batas (dengan makan berlebihan). Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87)


Arak, judi dan rasuah, tiga kombinasi yang kita ketahui sebagai parasit masyarakat yang kini semakin membarah di dalam masyarakat yang berbilang kaum Ketiga-tiga perkara yang dibenci di sisi Allah ini menjadi kesukaan hamba-hambanya yang terlalu sukakan kehidupan dunia fana ini. Marilah kita melihat satu persatu fenomena yang melanda masyarakat kita kini. Pertama, arak. Apakah yang dimaksudkan dengan arak? Arak boleh dedifinisikan sebagai minuman yang memabukkan. Manakala di dalam Bahasa Arab, arak dinamakan khamar, berasal dari perkataan khamara yang bererti menutupi. Mabuk, hilang akal fikirannya serta tertutup jalan kebenaran terjadi kepada seorang peminum arak. Hukum meminum arak adalah haram, samada sedikit ataupun banyak, tidak kira jenisnya. Dari ‘Aisyah r.a, katanya: Rasulullah S.a.w pernah ditanya tentang sejenis minuman keras yang dibuat dari madu, bernama bit’i. Beliau berkata: “Setiap minuman yang memabukkan adalah haram (terlarang).” (Sahih Bukhari).


Manakala judi pula menurut Kamus Dewan boleh ditakrifkan sebagai permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Segala jenis bentuk perjudian samada loteri, tikam, mesin slot/jackpot atau seumpamanya adalah satu kesalahan dan berdosa besar di sisi Islam. Firman Allah: “Mereka bertanya kepadamu tentang minum khamar(segala macam minuman yang memabukkan) dan berjudi. Katakanlah: “Kedua macam (perbuatan itu) adalah dosa besar (dan ada manfaat) bagi manusia, tetapi dosanya jauh lebih besar dari manfaatnya itu”. (Al-Baqarah: 219)

Rasuah pula boleh dirujuk sebagai kesalahan memberi, menerima, menawarkan wang atau segala jenis perjanjian dan perkhidmatan dengan tujuan mendapatkan faedah untuk dirinya sendiri. Secara umumnya rasuah bermaksud penyalahgunaan kuasa yang diberikan kepadanya untuk kebaikan diri sendiri. Al- Quran menyebut tentang rasuah: “Dan janganlah kamu makan harta saudaramu (sesama mukmin) dengan jalan yang batil (tidak halal. Dan jangan kamu bawa (dengan cara menyogok) urusan harta kepada hakim agar kamu dapat memakan (memperoleh) sebahagian harta orang lain dengan (jalan) dosa (tidak halal) padahal kamu mengetahui (tipu daya demikian yang tidak baik”. (Al-Baqarah: 188)


Ketiga-tiga perkara ini mempunyai kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat. Perkara-perkara inilah yang menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, parasit-parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada generasi akan datang dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk. Ini kerana, perkara-perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam masa kini. Ia juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat. Jika diamalkan, ia akan memberi kesan buruk terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara. Di antara punca-punca berlakunya gejala-gejala ini kerana lemahnya iman, kurang jati diri serta kecetekan akal fikiran serta bersikap sambil lewa terhadap hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah. Seseorang yang tidak mahu beramal kepada ajaran Allah sangat buruk akhlaknya, dan akhlak yang buruk tanda lemahnya iman. Padahal iman adalah satu kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Iman juga mengangkat manusia ke jalan kemuliaan. Allah s.w.t telah berfirman: “Siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sudah mengerjakan amal-amal saleh, maka baginya darjat yang mulia.” (Taha: 75)


Cuba kita lihat kesan-kesan yang boleh mengancam generasi akan datang jika kita mengamalkan salah satu daripada perkara ini. Yang pertama, arak ataupun alkohol. Selain daripada mendapat masalah kesihatan yang teruk seperti penyakit jantung, kanser usus dan lain-lain masalah kesihatan, ia juga mempengaruhi psikologi kita. Perubahan personality, kemurungan, berkelakuan agresif dan berkemungkinan bunuh diri akan berlaku jika kita berada di bawah pengaruh arak ini. Sementara itu, judi juga memberi kesan yang sangat buruk kepada masyrakat. Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Judi juga boleh menyebabkan rasuah. Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah mereka yang tidak berintegriti. System pemerintahan akan menjadi lemah kerana setiap kali berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah. Seterusnya menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa di perikat pimpinan negara. Begitulah kesan-kesan arak, judi dan rasuah terhadap masyarakat.


Bagaimanakah kita mahu mengatasi masalah ini? Kita sebagai masyarakat yang berfikiran waras patut memikirkan cara-cara yang yan berkesan untuk menangani penyakit-penyakit kita yang melanda pada masa ini. Ketig-tiga kombinasi ini sangat merbahaya dan boleh mengancam negara dan seterusnya kita tidak lagi berada di landasan yang betul. Kita boleh mengikut contoh seperti yang digariskan oleh Hasan Al-Banna, sebagai “pembersihan” kepada gejala ini.


Yang pertama, mengislah peribadi. Seseorang insan perlulah mengislah peribadinya dahulu serta menyucikan hatinya. Individu itu perlulah memperkuatkan dirinya agar tidak mudah tertewas dengan pujukan syaitan dengan melakukan amal-amal yang dituntut Allah dan menjaga nafsunya. Kita sendiri hendaklah beramal dan membuat kebaikan, sebelum menyuruh orang lain. Kesedaran dan keinsafan itu mestilah datang dari diri sendiri, dan bukannya mengikut orang lain. Rasulullah S.a.w bersabda: “ Janganlah ada seorang di antara kalian yang suka mengikut-ikut dan berkata: aku mengikuti orang lain, jika orang lain berbuat baik dan aku berbuat baik dan jika mereka berbuat buruk aku pun berbuat buruk. Akan tetapi hendaknya kalian dapat menempatkan diri kalian, apabila orang lain berbuat baik hendaklah kalian pun berbuat baik, tetapi apabila mereka berbuat buruk hendaklah kalian menjauhi perbuatan buruk mereka.” (Hadith riwayat At-Tirmizi). Begitulah maksudnya, dengan berbuat baik dan menjauhi perbuatan mungka sesungguhnya kita dapat menyucikan diri kita dan mengislah diri kepada yang lebih baik. Jika kita apat membersihkan jiwa kita, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan ketiga penyakit di atas. Kita juga hendaklah menjauhi rakan yang cuba mempengaruhi kita kea rah yang tidak baik.


Kedua, mengislah keluarga. Selepas mengislah diri, kita hendaklah mengislah seluruh keluarga kita, agar berada di atas landasan Islam, dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Pembentukan keluarga yang menamalkan seluruh prinsip Islam dan ajarannya dapat melahirkan generasi insan yang saleh wa musleh. Seterusnya mengislah masyarakat. Sebagai seorang mukmin, kita adalah bersaudara dengan mukmin yang lain. Jika seorang mukmin melihat kemungkaran yang dlakukan oleh saudaranya yang lain, mereka hendaklah sama-sama mebetulkan kesilapan tersebut. Jika saudaranya bertindak melampaui batasan, hendaklah dia segera menahannya. Mreka hendaklah saling tolong menolong agar tidak menganiayai diri sendiri dan juga saudaranya yang lain. Rasulullah s.a.w penah menegaskan: “ Bantulah saudaramu, baik dia zlim mahupun mazlum. Seorang sahabat bertanya: “Apabila mazlum aku membantunya, tetapi bagaimana membantunya jika dia zalim?” Rasulullah S.a.w menjelaskan: “Engkau harus menahannya dari membuat zalim, itulah cara membantunya.” (Hadith Riwayat Bukhari).


Seterusnya membebaskan negara dan mengislah kerajaan. Ketika hendak memilih memimpin, pilihlah pemimpin yang boleh memimpin negara mengikut ajaran Islam yang betul, dan membebaskan negara dari unsure-unsur yang boleh menghancurkan umat. Ketiga-tiga perkara ini iaitu arak, judi dan rasuah sangat membahayakan umat. Para pemimpin negara di peringkat tertinggi perlulah mengislah diri mereka terlebih dahulu daripada gejala ini, kerana sikap pepimpin yang baik akan dicontohi oleh masyarakat. Sesungguhnya arak, judi dan rasuah adalah parasit yang boleh membunuh jiwa umat Islam. Dosanya pula sangat besar di sisi Allah. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.a.w: “Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya.” (Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah).


Jika penyakit-penyakit ini tidak dibendung, akan hancurlah negara. Generasi akan datang akan terus hidup dalam kemungkaran, dan memimpin negara tanpa landasan Islam yang sebenar. Tetapi, jika kita mencegah parasit ini dari awal, kita dapat melahirkan insan yang patuhpada ajaran Allah yang Maha Benar. Generasi akan datang akan mengikut ajaran Allah dan meninggalkan larangannya. Masyarakat yang harmoni, tinggi sahsiah dan berintegriti juga akan terbentuk jika kita segera menghalangi perkara-perkara ini.
* Perbezaan Islah dan Tajdid: - kalimah islah dan tajdid di dalam Islam membawa pengertian yang baik. Islah (pembaikan) beerti ”memperbaiki keadaan yang telah fasad (hancur) atau rosak, supaya menjadi seperti keadaan umat pada awal-awalnya dahulu, pada zaman Rasulullah S.a.w dan Khulafa ar-Rasyidin, atau menghampiri keadaan itu”. Ia tidak beerti mengubah ajaran-ajaran agama atau mengharmonikannya dengan peredaran zaman.

Manakala tajdid (memperbaharui) pula bermaksud memperbaharui agama Islam di hati penganut-penganutnya, supaya mereka tidak lagi hidup di dalam kerosakan atau kehancuran. ”Memperbaharui” di sini tidak bermaksud ’mengadakan sesuatu yang baru bertentangan agama, dan sama sekali tidak bermaksud memodenkan. Makna tajdid dari segi istilah, lebih kurang sama makna dengan islah tadi.


Mengislah diri, keluarga, masyarakat, kerajaan dan negara sangat penting untuk pembaikan keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.