Disebabkan rasuah, orang yang tidak layak akan menjadi pemimpin, mereka yang tidak berkebolehan akan diberi peluang melaksanakan sesuatu tanggungjawab, dan yang paling menakutkan, perkara yang salah akan menjadi benar Islam mengajar umatnya supaya mencari kebahagiaan dan kesenangan sebagai bekalan untuk mengharungi kehidupan di dunia, mahupun sebagai persediaan menghadapi akhirat. Untuk memperoleh kebahagiaan itu, setiap individu hendaklah mematuhi perintah Allah SWT. Setiap perkara yang diperintah perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, manakala perkara yang ditegah patut dijauhi dan tinggalkan. Antara perkara yang dituntut dalam Islam ialah memakan sesuatu yang baik dan daripada sumber pendapatan yang halal. Islam melarang umatnya daripada memakan sesuatu yang tidak baik. Apatah lagi pendapatan yang diperoleh daripada sumber pendapatan yang haram. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! makanlah daripada benda-benda yang baik, yang halal, yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada Allah.” (Surah al-Baqarah, 172). Antara sumber pendapatan yang tidak halal ialah melakukan rasuah. Rasuah adalah sesuatu pemberian berupa sogokan yang diberi kepada seseorang bagi membolehkan perkara yang dihajati dapat diperoleh atau diselesaikan atau disegerakan dan sebagainya. Hakikatnya, rasuah adalah perbuatan yang keji dan dilarang Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, 188). Dalam hal ini, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah, serta orang yang mencari peluang mengumpul harta hasil daripada amalan rasuah antara kedua-duanya” (Riwayat Ahmad) Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan dimasukkan ke dalam api neraka”. (Riwayat al-Tabrani)
-Dapatkan berita penuh di Sinar Harian
-Dapatkan berita penuh di Sinar Harian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.