Followers

Sunday, December 13, 2009

The Three Crooked Stooges. - PN - KPN - SPRM


Apa yang menarik tentang sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Peguan Negara ialah kehadiran bersama The Three Crooked Stooges. Apa sebab semuanya hadir?? Untuk memberi gambaran yang ketiga-tiga pihak telah menjalankan siasatan rapi dan menyeluruh.... baik PDRMnya, SPRMnya sebelum baton diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Dan setelah... dikaji dengan teliti dan terperinci, maka pendakwaan akan dijalankan. Semasa sidang akhbar berlangsung.... pendakwaan terhadap individu-individu yang didakwa terbabit dengan kes projek kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sudah pun dilakukan.
One for All and All For One?? Weh... itu sumpah setia The Three Musketeers. Crooked Stooges bertiga tu, bukan pembela keadilan. Jauh panggang dari api. Rasanya tak sesuai tag itu digunakan untuk demonstrate mereka. Tak layak!! So, apa kata kita bagi tag baru sebagai rujukan kepada The Three Crooked Stooges ini. What about... You Scratch My Back, I Scratch Your Back!! Persepsi umum.. itulah yang mereka buat selama ini untuk kepentingan diri dan BOSS mereka. Common knowledge babe!!
Si stooges bernama Guni Petai kata... semua yang terlibat dalam kes PKFZ akan dibawa kemuka pengadilan. Pendakwaan terhadap tiga individu itu adalah langkah awal but more akan diheret ke muka pengadilan. Eleh... setakat tangkap ikan bilis buat apa?? Buat kerja menyongsang namanya tu!! Ater, demer pun songsang. Sepatutnya, jerung dulu.... barulah kacau ikan bilis pulak. Ini dikacaunya ikan bilis dulu, ikan jerung yang sudah aware bahaya yang akan menjelma, pasti ler cabut lari sekurang-kurang untuk dapatkan perlindungan. Si Guni Petai beri kepastian yang 'jerung' pun akan diheret ke muka pengadilan. Coming soon, katanya.
Isy....boleh percaya dan boleh pakai ke cakap dia ni?? Sebab... banyak kes-kes di bawah kelolaanya menimbulkan banyak tanda tanya. Orang curiga, orang tak percaya. Yang ini bagaimana pula?? Mungkinkah langkah awal pendakwaan kes PKFZ ini, cuma sekadar penyedap rasa saja.... supaya hati rakyat berasa lega, taklah tertunggu lama-lama. Cara si Guni Petai ni, macam orang dah boleh baca. Dakwa dan bikin gempaq tapi yang menjadi mangsa pendakwaannya, hanyalah mereka biasa-biasa saja. Kenapa lambat sangat nak dakwa yang berada di atas sana serta yang bertanggungjawab sepenuhnya?? Apakah ada tangan-tangan yang meyekatnya? Mungkin mereka takut, kalau seorang terkena.... pemimpin-pemimpin lainnya akan hanyut sama. Tak kiralah pemimpin Melayu, Cina dan juga India. Sebab mereka semua dari gang yang sama.
Sekarang kita nak bertanya kepada boss Jabatan Peguam Negara. Lain-lain jerung yang terlibat, bila pulak nak didakwa?? Polis Malaysia dan SPRM buat apa?? Kes sudah lama dilaporkan tapi penyiasatan slow giler. Mungkinkah sengaja dilambat-lambatkan atas arahan orang yang punya kuasa. Take your time... semoga rakyat akan leka dan terlupa. No way.... we are watching YOU!! Duit rakyat, mereka sapu, lepas tu nak kita orang lupa begitu saja. Kita tahu siapa jerung-jerung tersebut, cuma nak tengok macam mana The Three Crooked Stooges play their part, untuk menangkap jeriug-jerung tersebut??
Jangan pulak nanti, takutkan jerung ragut kedudukan dan pangkat, The Three Crooked Stooges buat kenyataan... tidak ada cukup umpan untuk tangkap jerung-jerung tersebut. Sorry, not enough substantial evidence. Case closed!!!
sumber: akubudakbalun

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.