Followers
Thursday, December 10, 2009
Skandal PKFZ: Tiga hadapi 31 tuduhan
Bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini, atas tiga tuduhan pecah amanah berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Phang tidak mengaku salah terhadap semua tuduhan tersebut. Dia dituduh melakukan pecah amanah itu membabitkan RM254 juta. Tuduhan terhadap Phang - yang ditahan polis pagi tadi - dibaca di hadapan Hakim Yong Zaridah Sazali. Phang yang diwakili peguam Ng Aik Guan, dibenarkan ikatjamin sebanyak RM350,000 dengan seorang penjamin. Kesnya ditetap untuk mula didengar pada 12 Januari ini di mana Phang diarah menyerahkan pasportnya pada tarikh yang sama.
Pendakwaan pula dijalankan oleh Manoj Kurup, Dzulkifli Ahmad dan Hashley Tajudin. Dua lagi individu yang ditahan bersama Phang pagi tadi - iaitu ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Steven Abok dan seorang arkitek, Benard Tan Seng Swe - turut dihadapkan di mahkamah yang sama. KDSB merupakan kontraktor utama projek PKFZ manakala Tan pula merupakan arkitek perunding kepada KDSM bagi projek tersebut. Steven dan Tan menghadapi 26 tuduhan menipu. Daripada jumlah itu, Tan dituduh melakukan dua kesalahan menipu bersama Steven dan 24 lagi tuduhan menipu bersama seorang lagi yang masih bebas. Kedua-duanya juga tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Steven dibenarkan ikatjamin sebanyak RM200,000 manakala Tan dibenarkan ikatjamin RM250,000. Kes mereka ditetapkan untuk didengar pada 4 Februari.
Steven diwakili oleh peguam Tan Hock Chuan manakala George Varghese mewakili Bernard Tan. Abok's Kuala Dimensi was the turnkey developer of the Port Klang Free Trade Zone project while Tan was the consultant architect hired by Kuala Dimensi for the project. Phang, 63, ditemani oleh suami dan anak perempuannya di mahkamah.
sumber: malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.