Atas dasar prihatin terhadap rakyat miskin dan susah, Kerajaan Negeri Selangor kini berusaha mencari penyelesaian dalam isu lelongan rumah rakyat kos rendah. Kerajaan Negeri akan mengadakan satu perbincangan dengan syarikat perbankan utama di Malaysia seperti CIMB Bank, Maybank dan Ambank dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah pembayaran pinjaman perumahan oleh pembeli-pembeli rumah kos rendah di Selangor sehingga mengakibatkan rumah mereka dilelong. "Langkah segera ini diambil kerana lelongan rumah rakyat kos rendah mereka yang gagal mendapat pinjaman bank bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah mereka, malah akan menimbulkan masalah kemiskinan dan sosial lain yang lebih teruk akibat kehilangan tempat kediaman," kata Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar pada wartawan di Pejabat SUK, Shah Alam setelah menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pagi tadi. Kata Xavier, Kerajaan Negeri juga akan berhubung dengan Kerajaan Persekutuan yang telahpun mengarahkan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Bank Rakyat untuk memberi pinjaman kepada pembeli-pembeli rumah yang tidak dapat membuat pinjaman di bank-bank lain supaya rakyat Selangor yang berkelayakan mendapat bantuan tersebut.sumber: tvselangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.