Followers

Wednesday, December 23, 2009

Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip'

Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.
"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar. "Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia.
Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."
Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini. Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata: "Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?
"
Usikan itu disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita dan komuniti yang hadir di majlis tersebut. Hadir sama dalam program tersebut, menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Pada 17 Disember lalu, ahli parlimen Batu mendakwa, satu pihak - yang tidak dinamakan - membuat pemindahan wang itu kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.
Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.
Dalam sidang sama, Shahrizat sebelum itu berharap Rosmah dapat membantu mejuarai isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat dengan pemberian bantuan RM1.7 juta kepada kumpulan NGO berkenaan. Menyambutya dengan penuh ceria dan berjenaka, Rosmah kemudian berkata: "Bagaimanapun saya ada bos yang lebih besar di rumah.
Tetapi saya rasa beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak ada keberatan untuk memberikan persetujuan untuk saya menjuarai isu-isu wanita, keluarga masyarakat, terutama sekali kanak-kanak."
Rosmah juga mengingatkan wanita supaya tidak menukar kerajaan BN hari ini kerana mereka telah mendapat perhatian dan bernasib baik di negara ini. "Saya di Singapura baru-baru ini telah memaparkan bagaimana kaum wanita di negara kita telah mendapat pencapaian yang tinggi.
"Dan saya kata, tidak payahlah tukar kerajaan. Inilah kerajaan yang telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama terhadap berbagai-bagai isu." Dalam satu sidang media di republik itu minggu lalu,
Rosmah dilaporkan enggan memberikan jawapan berhubung beberapa pendedahan negatif terhadapnya.
Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.
Tanpa menyebut tuduhan-tuduhan itu, ia dipercayai merujuk dakwaan di Internet bahawa Rosmah mempunyai kaitan dengan kehilangan penyiasat persendirian P Balasubramani
am.

sumber: malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.