Followers

Wednesday, December 2, 2009

Isu Penutupan Jalan Tanjung Selesai - YAB TS Khalid

Jalan Tanjung Bandar Utama yang menjadi kontroversi sejak beberapa minggu lalu sehingga mengundang campur tangan kerajaan negeri Selangor telah dibuka semula kepada orang ramai mulai semalam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor amat berterima kasih kepada Bandar Utama City Corporation (BUCC) kerana membuka semula jalan itu sebagaimana dijanjikan pada 22 November 2009 semasa perjumpaan bersama pihak Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pemaju Tropicana,Dijaya Corporation. Tambah Tan Sri Khalid, sebagaimana yang dipersetujui dalam perjumpaan itu, pembukaan semula jalan tersebut selama dua minggu tidak mengganggu urusan perundangan yang sedang berlangsung antara BUCC dan Dijaya. Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang medianya selepas Majlis Sambutan Hari Kualiti 2009 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, pagi tadi.
Katanya, tindakan tersebut juga membolehkan pihak MBPJ melakukan kajian kemungkinan untuk melebarkan Jalan Tanjung,Bandar Utama menjadi empat lorong daripada dua lorong sekarang. Menurut Khalid lagi, kajian berkenaan juga tidak terbatas pada usaha pelebaran Jalan Tanjung, Bandar Utama, sebaliknya turut menjadi sebahagian daripada kajian lalu lintas secara menyeluruh bagi menyelesaikan keadaan jalan yang teruk di kawasan Damansara dalam jangka panjang.
Katanya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya sudahpun melakukan usaha jangka pendek untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas seperti membuka pusingan- U disimpang Jalan Tropicana Selatan danJalan Hilir Bandar Utama berdekatan pusat nurseri menghala ke utara; dan pembinaan jalan ke lingkaran Jalan PJU1A/1 di Ara Damansara ke Persiaran Tropicana.
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.