Ahli Parlimen Pakatan rakyat hari ini mempersoalkan salah satu daripada “hadiah” Perdana Menteri, Najib Abdul Razak sempena 100 hari memerintah negara ini. “Hadiah” yang dimaksudkan ialah diskaun 20 peratus yang diberi kepada pengguna-pengguna tol sebanyak 80 kali sebulan." Salah satu yang dikatakan beliau, diskaun 20 peratus akan diberikan kepada pengguna tol yang menggunakan tol 80 kali sebulan, namun tidak ada polisi dan maklumat detail yang dinyatakan". Ketika membahaskan skim ini di Dewan Rakyat, Nie Ching mempersoalkan apakah rebat yang dijanjikan telah dilaksanakan, dan siapa yang menanggung diskaun berkenaan. Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Yong Khoon Seng menjawab diskaun 20 peratus itu ditanggung oleh syarikat konsesi lebuhraya atas dasar tanggungjawab sosial.
Namun jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Phua Kiam Wee mendedahkan sebaliknya." Walau bagaimanapun, semalam ahli parlimen petaling Jaya Utara turut bertanyakan soalan yang sama, yang pertama perkembangan pemberian diskaun 20 peratus itu sehingga ke hari ini dan jumlah yang telah dibayar, dan soalan siapa pembayar kos diskaun tersebut". " Anda boleh lihat di peranggan akhir, jawapan dari Perdana Menteri, pihak kerajaan membiayai kos diskaun tersebut bagi meringankan beban pengguna lebuhraya bertol”. Nie Ching berkata skim ini tidak ubah seperti satu penipuan jika pembayar cukai dipaksa menanggung rebat 20 peratus ini. Setakat ini, lebih kurang 120 ribu pengguna tol dikesan layak menerima rebat 20 peratus bermula September sehingga Oktober tahun ini. Namun dari jumlah itu, hanya 30 ribu pengguna yang mendapat manfaat rebat ini. Jumlah yang telah dikreditkan kepada 30 ribu pengguna ini sebanyak RM788 ribu bagi bulan September dan RM 877 ribu bagi bulan Oktober.
sumber: tvselangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.