Followers

Sunday, December 13, 2009

Datuk Seri Najib Tun Razak melalui blognya (www.1malaysia.com.my)

Kod Etika Blogger
Datuk Seri Najib Tun Razak melalui blognya (www.1malaysia.com.my) menyarankan penulis-penulis blog di negara ini supaya menjadikan ‘Kod Etika Blogger’ sebagai garis panduan penulisan mereka di Internet. Katanya, kod etika yang dikeluarkan oleh Persatuan Wartawan Profesional berpangkalan di Amerika Syarikat amat penting dalam membina dialog melalui dunia blog.
Sebagai blogger saya menerima baik saranan Datuk Seri Najib, tetapi dalam pada itu saya juga mempunyai beberapa saranan berkaitan etika kepada presiden umno ini. Saranan saya saya kemudiankan, titipan DSNR kita amati dahulu. Antara beberapa etika yang dititipkan oleh DSNR:
Kod etika yang patut dijadikan panduan: * Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat. * Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai. * Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat. * Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta. * Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera. * Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai. * Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog. * Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak. Saranan saya:
Sebelum presiden umno merangkap perdana menteri berlagak jujur dengan menasihatkan blogger untuk beretika sila perhatikan apakah diri presiden umno serta barisan menteri dan pentadbiran tertingginya memahami dan akur kepada etika sebagai pemimpin negara? Untuk ini sila cermin diri dan perhatikan apakah mereka akur kepada etika kerja mereka!!! Beretikakah seorang perdana menteri apabila enggan dan GAGAL membersihkan reputasi dan persepsi buruk peribadinya pada pandangan masyarakat dunia? Terlalu banyak persepsi jijik lantaran sikap yang langsung tidak beretika telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib dan isterinya sendiri yang mana telah secara langsung menjejaskan bukan hanya nama tetapi ekonomi rakyat dan negara Malaysia.

- Beretikakah umno merampas kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat yang telah dipilih secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya? - Beretikakah seorang raja berkompromi dengan parti politik mencemar kedaulatan rakyat untuk menjayakan rampasan kuasa sebuah kerajaan negeri? - Beretikakah seorang menteri mencadangkan fitnah bontot busuk seorang pelajar diliwat? - Beretikakah sebuah kerajaan yang memborosi wang rakyat demi survival politik mereka? - Beretikakah seorang yang bersekongkol dengan ketua penjenayah menjadi Ketua Polis Negara? YAB Datuk Seri Najib, saya tidak menuduh tetapi apa yang jelas Datuk Seri serta barisan kepimpinan umno sendiri telah GAGAL untuk beretika, maka itu perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum berlagak 'alim' untuk menasihatkan para blogger lainnya. Maaf, boleh beri nasihat kepada blogger tetapi berikanlah nasihat itu kepada blogger pencacai umno yang mana blog mereka penuh dengan fitnah yang menyesatkan fikiran pembaca.

Salaam Takzim Mohd Sofi Yassin Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.