Parti Gerakan termasuk Barisan Nasional hari ini digesa tidak campur tangan dalam isu setinggan Bukit Botak. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata masalah puluhan tahun penduduk setinggan itu kini dibawah tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyelesaikannya walaupun asalnya berpunca daripada kerajaan terdahulu.“Dalam isu bukit botak,saya tahu bahawa perkara ini telah banyak dipolitikkan banyak pihak, yang terdekat atau yang terbaru saya melihat Parti Gerakan sendiri telah turun ke padang membuat dialog kononnya untuk menyelesaikan masalah Bukit Botak,” katanya. Kata Iskandar jika benar Barisan Nasional ingin menyelesaikan masalah tersebut, sepatutnya mereka sudah berbuat demikian sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih.
“Kalau benar-benar parti Barisan Nasional samada UMNO,MCA, Parti Gerakan nak menyelesaikan sepatutnya mereka menyelesaikan masalah ini sebelum Pakatan rakyat ambil alih tetapi sekarang ini mereka telah meninggalkan masalah yang besar dan kita yang cuba menyelesaikan dan mereka cuba masuk campur. “Saya berharaplah kepada pihak-pihak seperti Gerakan ke,parti-parti lain supaya membiarkan kerajaan negeri menyelesaikan masalah tersebut,kalau nak selesai sepatutnya dulu kamu dah menyelesaikannya,” katanya.
Iskandar berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di Shah Alam, hari ini. Beliau berkata kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat sentiasa mengutamakan kepentingan penduduk dan berjanji akan segera menyelesaikan masalah puluhan tahun ini dalam tempoh terdekat walaupun beberapa lot tanah disitu tidak dapat dimajukan.
“Dalam hal ini kita sebenarnya meletakkan kepentingan penduduk di tempat yang teratas sebab kita tahu bahawa lebih kurang 1300 mendapat lot tanah disitu tapi masalahnya terdapat lot-lot tanah yang tidak dapat digunakan.” Jelas Iskandar. Katanya, oleh kerana lot-lot tanah tersebut terletak dikawasan cerun dan juga tanah rizab hanya lebih kurang 800 lot sahaja dapat dimajukan.
sumber: tvselangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.