Followers
Saturday, December 5, 2009
Beribu rakyat Kelantan yang berbilang kaum nyatakan sokongan kepada TGNA
Kira-kira lebih dari 5,000 warga Kelantan berhimpun di Dataran Ilmu dekat ibu pejabat PAS negeri di sini pagi ini bagi mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Perhimpunan tersebut bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sebaik sahaja tamat kuliah mingguan oleh Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Kumpulan yang terdiri daripada anggota pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu juga menyokong usaha kerajaan negeri dalam membuat tuntutan royalti minyak. Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah barisan kepimpinan negeri termasuk anggota exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa. Husam dalam ucapannya semasa perhimpunan itu menegaskan tidak ada salahnya dengan doa Nik Aziz dalam usaha menuntut pembayaran royalty petroleum.“Tidak membayar royalti itu satu kezaliman jadi dalam Islam kita diharuskan berdoa,” kata Husam dalam ucapannya. Perhimpunan tersebut, yang diadakan sebagai reaksi kepada perhimpunan anti-Nik Aziz sebelum ini, bersurai selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Menteri Besar. Selasa lepas Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan yang dipimpin Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa mengadakan tunjuk perasaan di pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim menuntut Nik Aziz meletakkan jawatan atas doanya kepada Datuk Seri Najib Razak dan Umno. Nik Aziz dalam khutbah Aidiladha minggu lepas menggesa para jemaah supaya berdoa agar hati Najib dibuka untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.
Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan ke atas Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar. Doa kontroversi Nik Aziz itu telah digunakan oleh pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu. Selain perhimpunan hari ini, pemimpin PAS di Mekah turut menganjurkan majlis sembahyang hajat di tanah suci umat Islam itu memohon bantuan Tuhan bagi menyelesaikan kemelut tuntutan royalti minyak negeri itu. -MI
sumber: albanjari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.