Barulah saya faham mengapa ada ulama-ulama pondok dalam tahun 60an yang telah mengkafirkan UMNO. RUpanya UMNO telah menghalalkan benda yang haram semenjak penubuhannya lagi. Bukti utama adalah Lotteri UMNO yang saya tunjukkan dokumen-dokumen berkaitan dengannya dalam artikel saya “Hari Ini Dalam Sejarah: Lotteri UMNO”Saudara boleh rujuk buku karangan Al Qardhawi yang bertajuk “Al Halal Wal Haram Fil Islam” yang mana Dr Yusuf menyatakan dengan tegas bahawa hukum menghalalkan benda yang haram adalah kafir. Dengan kata lain, jatuh kafir seseorang itu apabila ia menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. (Sapa kata Feqah tiada kena mengena dengan Akidah?). UMNO dengan jelas mengharamkan judi. Mereka mempromosi serta menjadikan loteri UMNO sebagai sumber kewangan utama mereka sekaligus menebarkan budaya berjudi di kalangan orang Islam dan orang Melayu. Apabila UMNO buat, maka semua orang Melayu lain akan ikut, kecuali kalau yang menyokong PAS. Saya ada membaca dalam sejarah Tok Guru Nik Aziz. Dalam pertengahan 60’an apabila isu mengkafirkan UMNO ini hangat, maka di Kelantan telah diadakan satu seminar anjuran UMNO. Ia bertujuan untuk menyalahkan PAS dalam isu kafir mengkafir ini serta membersihkan imej UMNO sama sekali.
Mereka menjemput Tok Guru Nik Aziz sebagai peserta kerana di waktu itu beliau baru balik dari Mesir dan membantu mengajar di kelas2 dewasa anjuran KEMAS. Mereka berharap TOk Guru akan menjadi tokoh UMNO yang akan mempertahankan UMNO. Tapi, harapan mereka meleset kerana dalam seminar tersebut, Tok Guru telah bangkit dan mempertahankan PAS serta menyerang UMNO habis-habisan.
Tak lama selepas itu, salah seorang ahli Parlimen PAS meninggal dunia bagi kerusi Kelantan Hilir dan Tok Guru Nik Aziz dicalonkan menggantikan allahyarham Tuan Guru tersebut dalam sebuah pilihanraya kecil. Tuan Guru bekas MP tersebut meninggal dunia akibat penderaan yang teruk dalam tahanan ISA. Tok Guru Nik Aziz menang dengan cemerlang dalam pilihanraya kecil tersebut dan semenjak itu, beliau tidak pernah kalah bertanding pilihanraya kecuali sekali dalam tahun 1986. Itu pun kepada calon HAMIM dan bukannnya dengan calon UMNO. Pendirian Tulang Besi Bagi saya, mari kita selesaikan isu ini sama sekali. Saya cabar UMNO membawa kes ini di mahkamah Syariah supaya satu deklarasi dapat dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah kita. Namun, saya yakin UMNO tak berani sebab mereka tahu, kalau mereka bawa kes ini ke Mahkamah Syariah, mereka akan kalah.
Tak payah pakai kitab Sheikh Yusuf Al Qaradhwi, pakai Mutthalaal Badrin pun cukup untuk memastikan UMNO kalah dalam perbicaraan kes kafir mengkafir ini. Tulang Besi menunggu kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah dan Tulang Besi akan mengambil keputusan Mahkamah Syariah dengan hati yang terbuka. UMNO boleh lantik Mufti mereka yang tak fasih cakap Arab tu untuk jadi peguamcara mereka. Yang lebih hina adalah pemimpin-pemimpin dalam PAS yang kemaruk nak duduk satu kelambu dengan UMNO. Dah lah UMNO tu hina, pemimpin2 PAS yang pro UMNO ni lagi hina.
Tulang Besi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.