Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di lobi parlimen hari ini menyifatkan penahanan penahanan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi, hanya satu permulaan yang kecil. Biarpun menyambut baik langkah yang diambil oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau bimbang sekiranya ad hanyalah langkah untuk memadamkan skandal tersebut. Beliau merujuk kepada kes sebelum ini seperti kes Perwaja.“ Kita terima baik satu permulaan kecil. Sepertimana yang berlaku dalam kes Perwaja, masih lekat di fikiran kita, ada permulaan kecil tapi jerung-jerung besar tak tertangkap. Langkah awal itu jangan pula untuk memadamkan cerita PKFZ”. "Cerita PKFZ tidak boleh padam selagi ia tak diselesaikan dengan baik” tambah Anwar lagi. OC Phang dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini, sama ada untuk memperoleh perintah reman atau pendakwaan. Menurut Anwar, kerajaan perlu lebih bersungguh-sungguh dalam siasatan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bagi merungkai misteri di sebalik kes tersebut. Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menganggap perkembangan itu cuma berkaitan usaha kecil dalam permasalahan besar (small piece of a larger picture) skandal berkenaan.
Beliau yang turut mengalu-alukan usaha sehingga membawa kepada penahanan itu, menganggap kesungguhan politik (political will) perlu bagi membersihkan skandal itu."Jika tidak, tindakan kerajaan hanya menyentuh permukaan masalah sahaja. Tidak lebih dari itu,"
sumber: tvselangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.