Followers

Saturday, December 5, 2009

Ahli Parlimen Hina Rakyat Kelantan...!- Rakyat Kelantan belum sedar

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin menegur kerajaan kerana memberi peruntukan yang besar kepada kerajaan negeri Kelantan biar pun rakyat negeri itu 'masih belum sedar'.
Katanya, sepatutnya perbelanjaan yang besar diberikan kepada kerajaan negeri yang rakyatnya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) seperti di Sabah."Nampaknya, kerajaan telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk Kelantan termasuk Kesedar, tapi rakyatnya masih belum sedar."Jadi, apakah langkah ini (peruntukan besar) akan dibawa ke Sabah, saya telah bertanya banyak kali jika di Semenanjung pada 2015 bekalan elektrik dan air 100 peratus, di Sabah bila pula tarikhnya?" katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun di Dewan Rakyat hari ini. Entulu dalam reaksinya berkata, sasaran untuk memastikan seluruh negara dilengkapi kemudahan bekalan elektrik dan air termasuk di Sabah telah beberapa kali diulangi di Dewan Rakyat. "Sasaran kita pada 2016, 100 peratus (bekalan), manakala pada 2015 untuk Sabah dan Sarawak kalau tidak silap saya sasarannya ialah 90 peratus (bekalan)," katanya.
sumber: kedahlanie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.