Kemajuan negeri Selangor lebih terserlah apabila dipilih oleh syarikat antarabangsa Silicon Based Industry dari Amerika Syarikat untuk mengembangkan lagi industri teknologi tinggi berasaskan silikon di negeri ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kunjungan dari Plug and Play Tech Center ke Selangor sebagai satu peluang baik kepada Selangor untuk menceburi industri baru di Negara ini. "Negeri selangor akan dapat mempromosikan peluang perniagaan baru yang dipanggil perniagaan intelektual.Ia bersesuaian dengan matlamat negara yang mahukan perkembangan dalam industri baru yang dapat menambah pendapatan dan nilai tambahan kepada industri perkhidmatan",katanya. Tan Sri Khalid berkata demikian kepada TvSelangor selepas majlis makan tengahari bersama rombongan lawatan dari Silicone Based Industry, hari ini.
Jamuan makan tengahari itu disertai exco-exco Selangor dan 30 orang wakil badan korporat di Selangor yang dianjurkan anak syarikat kerajaan negeri State Investment Center (SSIC).
Sementara itu, menurut Pegawai Eksekutif Plug and Play Tech Center, Saeed Amidi, beliau sangat berpuas hati dengan lawatannya ke Selangor kali ini dan mengharapkan dapat mewujudkan kerjasama dengan kerajaan negeri.
Katanya, lokasi Selangor yang strategik menjadi factor utama Selangor dipilih sebagai tempat untuk mengembangkan industri rekacipta yang berdasarkan silikon ini. Selain itu, Saeed turut melihat Selangor sebuah negeri yang maju dan pesat membangun dari pelbagai sektor dan perindustrian. “Sangat menarik kerana di sini dapat dilihat pembangunan dalam industri pengilangan,dan elektronik yang membantu dalam perkembangan industri baru.Saya melihat potensi yang tinggi dalam perkembangan ekonomi negara",tambah Saeed.
Berpusat di Silicon Valley, Plug and Play Tech Center adalah sebuah komuniti teknologi kepada lebih daripada 200 syarikat antarabangsa sejak ditubuhkan Januari 2006.
Plug and Play Tech Center telah menjadi tempat utama untuk memulakan dan mengembangkan teknologi baru yang menjanjikan
sumber: tvselangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.