Followers

Friday, November 27, 2009

KETUA HAKIM NEGARA BERZINA ? ? ?

Tan Sri Zaki Tun Azmi berkahwin dengan Nor Hayati Yahaya, 32, oleh kadi di Thailand pada Mei 2005 dan menceraikannya selepas tiga bulan. Setelah bercerai, Nor Hayati Yahaya gagal mendapatkan hak sebagai seorang isteri kerana gagal membuktikan perkahwinan mereka.
Kegagalan tersebut adalah kerana Zaki yang bijak berkenaan perundangan telah membakar sijil pernikahan mereka , satu-satunya bukti perkahwinan mereka di Thailand. Licik dan licin umpama belut kelakuan si Zaki.
Tetapi, tanpa bukti surat nikah tersebut , tidakkah Zaki boleh didakwa telah melakukan Zina dengan Nor Hayati?
Seperkara lagi, macamana seorang yang bersikap kejam seperti Zaki yang tidak dapat memberikan keadilan kepada seorang wanita yang pernah ditidurinya itu boleh bersikap adil dan saksama terhadap orang lain tatkala dia memakai jubah seorang Ketua Hakim Negara?
Kekecohan kes cerai dengan isteri keduanya tersebut telah memaksa Zaki menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO kepada Pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen dengan alasan untuk mengelak kes peribadinya menjejaskan kredibiliti Lembaga Disiplin UMNO.
Tetapi yang tersangat peliknya, bagaimana Zaki boleh terpilih sebagai Ketua Hakim Negara, berkuatkuasa hari Sabtu, 18 Oktober 2008?

Tidakkah kemelut kes cerai dengan isteri keduanya itu telah mencemar kredibiliti Zaki?Bukankah lebih baik Zaki menarik diri sebagai Ketua Hakim Negara demi menjaga baik Institusi Kehakiman Negara?
Pemuda PAS Pusat turut menghantar satu memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu pada 26 Sept. 2007 [klik di sini] memohon supaya Zaki tidak dilantik sebagai Ketua hakim Negara.
Terbukti kini bahawa Ketua Hakim Negara yang ada ini adalah seorang yang langsung tidak mempunyai integriti apa lagi kredibiliti.Tidak hairanlah sistem kehakiman negara semakin kalut!
Alhusseyn
Read more: http://loveperak.blogspot.com/2009/11/panas-zaki-hakim-berzina.html#ixzz0XyOkRfwi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.