Followers

Sunday, November 22, 2009

Kerajaan Selangor Sambut Baik Keputusan Mahkamah !


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibenarkan membuat siasatan waktu malam mendapat respon positif dari kerajaan negeri Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap keputusan berkenaan sebagai keputusan terbaik dan SPRM perlu lebih jelas tentang kuasanya. Katanya SPRM tidak boleh bertindak melebihi kuasa undang-undang yang telah ditetapkan. "Saya memang setuju keputusan mahkamah tersebut.Itu sebab kerajaan negeri melalui exco telah bersetuju supaya menjaga pekerja-pekerja kita,meletakkan peguam supaya dapat menentukan bahawa pekerja-pekerja diberkan perhatian supaya mereka tidak terasa ditinggalkan oleh negeri dalam usaha untuk mencari kebenaran, the truth apa yang berlaku" Tan Sri Khalid berkata demikian kepada TVSelangor ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Khamis lalu yang memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari 8.30 pagi sehingga 5.00 petang berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock yang disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum dijumpai mati di bangunan Plaza Masalam yang menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai lalu. Terdahulu, beliau hadir menyampaikan hadiah kepada peserta Kejohanan Golf Jemputan Pelaburan Negeri Selangor 2009 di Kelab Golf Bangi, Bandar Baru Bangi. Sementara itu, mantan majikan Beng Hock, Ean Yong Hian Wah meminta suruhanjaya berkenaan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah berikutan kejadian yang menimpa setiausaha politiknya."Saya ingat mahkamah telah membuat satu keputusan yang baik, dan ini telah membuktikan bahawa apa yang dibuat oleh SPRM itu melanggar undang-undang. Saya ingin menyeru SPRM supaya mereka tidak membuat appeal lagi. Menghormati apa yang ditetapkan oleh mahkamah"katanya. Menurutnya sekiranya suruhanjaya berkenaan tetap menegmukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan, ianya akan lebih mengecewakan rakyat."Saya berasa itu bermakna SPRM tidak mengaku dia bersalah dan tidak menghormati mahkamah. Walaubagaimanapun ini merupakan hak mereka tapi kalau mereka appeal lagi saya rasa rakyat akan berasa kecewalah",katanya.
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.