Followers

Saturday, November 21, 2009

Enam Pemuda UMNO Ditahan Kerana Rasuah

Bernama melaporkan, SPRM menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor atas dakwaan rasuah.
Mereka didakwa menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya. Adalah dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu, suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.
Enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan jam 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa itu selepas didakwa cuba memujuknya menarik semula peletakan jawatan dengan menawarkan RM40,000. Pengarah SPRM negeri Simi Abdul Ghani enggan memberi komen berhubung tangkapan itu, manakala Ketua Umno bahagian Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta biarlah SPRM menyiasatnya.

sumber: perakite.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.