Followers

Friday, November 20, 2009

Bom Petrol - "AMARAN PADA PEGUAM BALA"

Beberapa bom petrol dibaling ke rumah seorang peguam terkemuka, dipercayai ada kaitan dengan 'wawancara' dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang disiarkan dalam Youtube baru-baru ini. Dalam satu kenyataan semalam bekas presiden Majlis Peguam, Manjeet Singh Dhillon - yang kini berada di London bersama keluarganya - berkata rumahnya di Damansara itu dibaling bom petrol pada jam 7.20 malam tadi. Kebakaran yang berlaku telah merosakkan dinding garaj rumahnya. Laporan polis dipercayai telah dibuat oleh rakan-rakannya berhubung kejadian tersebut. Menurut Manjeet, insiden itu mungkin satu "amaran dan ancaman" terhadapnya dan keluarganya ekoran kehadirannya dalam satu rakaman wawancara dengan Balasubramaniam baru-baru ini. Katanya, mereka yang membuat ancaman tersebut gagal menghargai peguam yang mempunyai peranan dalam melaksanakan tugas profesional mereka. Bagaimanapun, beliau menegaskan, beliau hadir di wawancara tersebut sebagai peguam Americk Sidhu, yang mewakili Balasubramaniam dalam membuat akuan bersumpah pertamanya.
Katanya, kehadirannya dan peranannya dalam wawancara itu adalah untuk memastikan integriti dan wawancara itu dilakukan secara sukarela. Manjeet menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan dengan mana-mana puak atau parti politik. sumber: malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.