Followers

Saturday, October 31, 2009

YB Tony Phua: "PKFZ, Kerajaan Pusat Perlu Ambil Tindakan TEGAS !

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Phua menggesa kerajaan pusat mengambil tindakan tegas terhadap individu yang akan dinamakan bertanggungjawab dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Menurutnya laporan yang akan dibentangkan Rabu depan perlu dipandang serius oleh kerajaan dan langkah sewajarnya perlu dilakukan bagi mengelakkan skandal seperti ini berulang. “Dalam laporan tersebut memang ada pihak-pihak pegawai dan juga menteri yang bertanggungjawab akan dinamakan. “Kita harap kerajaan akan mengambil berat mengenai laporan yang dibentangkan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas orang yang bersalah supaya tidak ada lagi perkara seperti skandal projek RM12.5 billion berlaku lagi di Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid yang akan mengemukakan laporan penemuannya berhubung skandal PKFZ di Parlimen 4 November ini.
Azmi pada sidang mediannya di lobi Parlimen berkata, segala butiran mengenai laporan tersebut akan diketahui umum pada hari tersebut atau selewat-lewatnya Khamis. YB Tony Phua berharap kerajaan tidak mengambil tindakan menutup kes berkenaan. “Tidak tutup dan tindakan keras akan diambil dan tidak akan ada orang yang bersalah dilepaskan,”
katanya.
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.