Followers

Thursday, October 22, 2009

Rosmah Juga Pernah Guna Jet Milik KDSB !

Menurut sumber dalaman Umno isteri tercinta Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan menggunakan jet peribadi milik Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Beliau dikatakan telah mengguna salah sebuah jet mewah kepunyaan Tiong beberapa kali untuk tujuan peribadi. Bagaimanapun, nama Rosmah tidak diheret sepanjang isu yang menarik perhatian rakyat Malaysia itu berlangsung. Adalah difahamkan Najib kini sedang berusaha untuk membersihkan nama Rosmah supaya tidak terkait dalam penyiasatan skandal PKFZ dengan menubuhkan berbagai jawatankuasa bertindak bagi mengaburi mata rakyat. Sebelum ini laman web Malaysia Today juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan Deepak Jaikishan, salah seorang daripada lima pengarah sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H). Laman web itu juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H) yang dimiliki lima pengarah dengan jumlah saham yang sama banyak dan modal berbayar RM8.7 juta. Selain Deepak, empat lagi pengarah ialah Jaikishan Rewachand a/l Rewachand Bhojumall, Tekwani Durupadi Jaikshen a/p Tulsidas, Rejesh a/l Jaikishan dan Dhanesh a/l Jaikishan Rewachand. Dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kesemua mereka memiliki jumlah saham yang sama banyak dengan modal berbayar RM8.7 juta. Akaun terakhir syarikat yang didaftar 10 tahun lalu menunjukkan syarikat itu memiliki aset hampir RM90 juta dengan tanggungan keseluruhan RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.
Secara rasmi, pendapatan syarikat pada 2005 adalah RM122 juta dan keuntungannya lebih RM7 juta tapi nilai sebenarnya dijangka jauh melebihi angka berkenaan. Keuntungan besar syarikat yang menjalankan perniagaan menjual karpet itu menimbulkan kecurigaan.
Nilai pendapatan dan keuntungan itu terlalu menjolok mata untuk sebuah perniagaan karpet.
sumber: tvantara

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.