Dalam ucapan sulungnya mengepalai pergerakan itu, beliau juga menuduh Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang tidak berpegang pada prinsip apabila tidak tegas mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. "Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada perlembagaan. "Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?" katanya di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ucapan yang bertemakan 'Di Persimpangan Jalan Perjuangan', Pemuda Umno diseru agar tidak terperangkap dengan isu Melayu gaya lama yang mudah berang dengan desakan kumpulan lain sewaktu perdana menteri, juga presiden Umno, memperkenalkan slogan 1Malaysia.
"Kita boleh bertempik suara melaungkan semangat Melayu dan memberi amaran kepada kaum-kaum lain supaya jangan mencabar ini dan itu," kata Khairy.
sumber: malaysiakini
P.S. "Sapa yang tak ikut Perlebagaan? hampa org2 UMNO lah.. macam mana hampa rampas Perak?? Ikut Perlembagaan ka? Jangan cakap tak serupa bikin"
Sapa yang hina Raja, bukan hampa ka yang menyamakan Sultan dengan Binatang?
Sapa yang menarik imuniti Raja Raja Melayu, bukan hampa ka?
Yang hangpa dok takut sangat dengan anwar ibrahim ni pasai apa????aku pun tak paham.Perjuangan hangpa ni nak hentam anwar ibrahim ka,atau nak bantu melayu atau memang hangpa takut kalau-kalau Anwar jadi perdana menteri hangpa dok dalam.Mesyuarat kata nak berubah...jadi buat la macam nak berubah. Ni bukan macam nak berubah.Cakap berdentum dentam,balik mesyuarat kira berapa percen mau dapat????
Pakai tak jadi la............... kah, kah, dulu, kini dan selama lamanya....
Esok lusa pemuda PR buat pulak usul kira berapa harta wakil umno ada .terutamanya yang dok cakap.tu....he...he....he...hampa tunggu la..
bagai ayam jantan, kokok berdegar-degar, ekor bergelumang dgn tahi
ReplyDelete