Followers

Wednesday, October 7, 2009

Dato Kamarul : Ini Perang Psikologi UMNO/BN

Dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pakatan Rakyat mengedarkan surat palsu sebenarnya adalah perang psikologi Umno-Barisan Nasional.
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata ianya sengaja dibangkitkan Umno-Barisan Nasional untuk menuduh Pakatan Rakyat. "Ini mungkin satu perang psikologi dari pihak Barisan Nasional menuduh kita, semua yang kita buat palsu apa hal? "Kadang-kadang digunakan untuk perang psikologi. Ini cara dia, dia buat dia tuduhnya pembangkang," katanya. Semalam Muhyiddin mendedahkan taktik kotor pembangkang kononnya menyebarkan surat palsu Umno kini menghadapi konflik ketika pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang. Berita Harian melaporkan Muhyiddin berkata pembangkang cuba mengelirukan pengundi bagi menunjukkan berlakunya perbalahan dalam Majlis Tertinggi Umno berhubung pencalonan Isa. Muhyiddin berkata taktik berkenaan digunakan pembangkang yang bimbang dengan pencalonan Isa. Kamarul berkata Umno-Barisan Nasional seharusnya terlebih dahulu membuktikan surat berkenaan adalah palsu sebelum membuat tuduhan. "Betul ke surat itu palsu bagaimana kita boleh dapat kepala surat itu dia kena siasat betul lah buktikan surat itu palsu. "Mungkin orang kita tidak buat benda ini, macam mana boleh dapat kepala surat? Kepala Surat bukan boleh buat-buat buktikan surat itu palsu. "Kalau boleh buktikan sekarang ada DNA buatlah. Carilah siapa yang bertanggungjawab. Dia hendak senang saja apa lagi dia hendak komen,"katanya. Menurut Kamarul Baharin, sekiranya surat berkenaan surat palsu itu diedarkan pembangkang, bagaimana pula kepala surat dan cop rasmi Umno diperoleh. Beliau menambah Umno-Barisan Nasional lebih tertekan berbanding Pakatan Rakyat. "Bagi Pakatan pertandingan ini bukan pertandingan hidup dan mati, kerana kita tidak boleh mengubah kerajaan negeri tetapi kesannya kalau isa kalah itu besar pada Barisan Nasional. "Yang pertama seorang tokoh bekas menteri besar kalah. Itu kesannya besar. Yang keduanya pengundi tolak Barisan Nasional, jadi kesannya pada Barisan Nasional, tamparannya pada Barisan Nasional kalau kalah lagi teruk dari Pakatan Rakyat," katanya.
Kamarul berkata Pakatan Rakyat berada dalam keadaan fokus untuk merampas kerusi Umno-Barisan Nasional. "Pakatan Rakyat kalau kalah tidak menjadi apa-apa kerana kerusi berkenaan kerusi Umno. Kita hanya boleh bertanding dengan harapan kita boleh merampas kerusi Umno.
"Yang tertekan Umno kerana kalau dia kehilangan kerusi di Bagan Pinang bermakna sokongan orang Melayu pada Umno makin kurang," katanya.
sumber: tvantara

1 comment:

  1. Assalamualaikum Latif,

    Aku ni Bahazin, budak Sungai Terap. Ngape kamu ngondem Ameno ? Kan ameno tu bagus !!! Dulu, Kini Selamanya Penyamun He He He!

    Aku dah lama nak visit blog kamu, tapi aku ni sibuk. Pagi ni aje aku free, pasal kena demam flu. Boleh lagi baca websites.

    Aku dengan Abu malam kelmarin, malam tadi hujan tak dapat jumpa dia. OK Latif, bagus pulak kamu buat blog sendiri ye! Sekurang2 nya
    ada org Batu Gajah buat blog. Tapi aku meluat le perangai Sultan kita tu ye! Aku dengor dia di paksa oleh Najib bekerjasama dengan umno rampas kuasa. Sekarang ni problem, budget tak dapat diluluskan sebab PR plan nak boikot DUN sebab DUN sekarang tak sah. Lagi satu, aku dengor DUN Perak akan dibubar dalam bulan November tahun ni. OK Latif ! Salam!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.