Followers

Thursday, October 8, 2009

ATM Jangan Takut Mengundi PAS

PAS hari ini menggesa warga tentera supaya tidak tunduk kepada sebarang tekanan dan tidak khuathir memangkah calon pilihan mereka untuk Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.
Parti itu berkata anggota tentera mempunyai hak sepenuhnya untuk memilih calon parti pembangkang dan tidak harus dipengaruhi oleh dakyah kononnya tindakan itu seolah- olah mengkhinati kerajaan. Dalam satu kenyataan, PAS berkata ia akan memberikan khidmat guaman percuma kepada mana - mana anggota tentera yang diambil tindakan semata - mata kerana ia mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.
Anggota tentera yang merangkumi sebahagian besar daripada hampir 5000 pengundi pos akan mengundi esok samada memilih calon UMNO BN Isa Samad atau Zulkefly Mohamad Omar dari PAS sebagai Adun baru Bagan Pinang. PAS sebelum ini mempersoalkan ketelusan undi pos yang dilihat memberi tekanan kepada anggota tentera untuk mengundi calon UMNO.
Antara lain undi mereka harus dilengkapi dengan Borang 2 SPR yang memberikan segala maklumat pengundi secara terperinci dan mendedahkan mereka kepada tindakan jika tidak memangkah calon BN. Borang 2 memuatkan data dan latar belakang lengkap pengundi tersebut. PAS berkata mereka tidak akan teragak - agak untuk mengambil tindakan undang- undang ke atas mana- mana individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau penipuan ke atas undi pos sekalipun melibatkan pegawai - pegawai dari kalangan pemerintah anggota tentera.
sumber: tvantara

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.