Followers

Tuesday, November 29, 2011

Pulau Pinang Diantara Yang Awal Berhimpun Untuk Membantah RUU !!



Malaysiakini

SEMUA AHLI WANITA UMNO KENA PERCAYA 110%

Tidak boleh tidak semua ahli kenalah percaya dengan kenyataan beliau.
 
Yakin dengan ketelusan pemimpin dalam memimpin.
 
Bukan ambil kesempatan dari jawatan yang disandang.
 
Jika ada pun ianya hanyalah berasaskan kelayakan, kemampuan dan pengalaman yang dimiliki. Dan sudah barang pasti ianya dibuat diluar pengetahuan pemimpin tersebut.
 
Memang tidak ada kena mengena. Aku pun terpercaya begitu..hehehe
 
Jika ada yang bangkitkan dalam perhimpunan nanti, ianya melambangkan ketidakpahaman,kejahilan dan kecetekan pemikiran mereka. Malahan boleh dianggap terpengaruh dan terpedaya dengan dakyah pembangkang yang asyik iri hati kerana tidak dapat projek.
 
Jika tiada yang bersuara maka sokongan masih padu, utuh dan kukuh. Memang ada harapan jadi calon boleh menang..hahaha
 
Apa yang penting, jangan la suruh menteri tersebut letak jawatan. Biarlah ia terus disitu hingga ruyubbbbbbbbb..


sumber: Ahsanul Kalam 

Jangan sampai dikata SPR, JPN bela ‘hantu’


KUALA LUMPUR, 29 Nov: Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Mobilsasi Rakyat mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing, namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka.
 
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Ghazali Hasbullah berkata,  jawapan yang dikeluarkan setakat ini adalah kenyataan politik, seolah-olah mewakili Umno BN.
 
“Antara jawapan yang dikeluarkan adalah, pihak-pihak tertentu tidak mengemukakan bukti kepada SPR.

 
“Bukti yang bagaimana lagi yang diperlukan oleh SPR dan JPN?” ujarnya dalam satu kenyataan.
 
Sehingga kini, katanya SPR telah mengiktiraf kenyataan PAS bahawa wujudnya pengundi hantu.
 
Pengiktirafan itu, ujarnya dibuktikan melalui pendedahan nama-nama meragukan yang bukannya seorang dua, tetapi sehingga lebih 60,000 nama.
 
Menurutnya, Pengerusi  SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan  berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.
 
“Namun, sehingga kini, kita menyedari bahawa ini hanyalah tindakan yang sekadar ingin melepaskan jerut di tengkuk bahkan ianya acuh tidak acuh,” katanya lagi.
 
Tambahnya, terdapat beberapa sudut tindakan yang hanya dengan itu membuktikan SPR telus dan benar-benar menegakkan demokrasi di dalam negara.
 
“Nama-nama yang disiarkan, mempunyai rekod alamat tempat tinggal.
 
“Mengapakah tiada agensi, baik SPR, mahupun JPN melakukan penjejakan terhadap mereka ini?” soalnya.
 
Ini, ujarnya adalah suatu kesalahan jenayah, kerana memalsukan maklumat diri seseorang warganegara.
 
Beliau berkata, sebelum mereka mendaftar sebagai pengundi, ‘hantu-hantu’ itu perlu mempunyai kad pengenalan yang berasingan supaya dapat didaftar sebagai pengundi kedua atau berganda.
 
Ujarnya lagi, penghasilan kad pengenalan ini dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara dan rekod petugas yang mendaftar mereka di kaunter ada di dalam simpanan JPN.
 
Maka, soalnya mengapa petugas-petugas yang mendaftar itu tidak disoal siasat.
 
Bahkan, katanya jika didapati bersalah, mereka perlu ditangkap dan dibicarakan kerana mencemarkan institusi demokrasi negara dan secara lebih jelas, memperjudikan keselamatan negara kita.
 
Katanya, pihak PDRM perlu menahan ‘hantu-hantu’ itu kerana mereka telah menipu kesemua rakyat negara ini dan memperjudikan keselamatan negara.
 
Setelah siasatan dibuat, katanya pendedahan siapakah yang merupakan dalang utama ini pendaftaran haram hantu-hantu ini perlu dibuat.
 
“Dalang-dalang ini perlu disiarkan muka mereka dikaca televisyen, dituntut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan.
 
“Pihak SPRM juga perlu melihat kes ini dengan lebih kritis kerana mungkin membabitkan salah guna kuasa pihak SPR atau JPN,” ujarnya.
 
Sepatutnya, kata beliau tindakan diatas perlu dikoordinasikan oleh pihak SPR jika benar-benar ingin melihat demokrasi negara ini menjadi bersih dan adil.
 
Tambahnya, jika tindakan-tindakan itu tidak diambil, maka ternyata, SPR bahkan JPN memang dianggap hendak membela ‘hantu-hantu’ itu atas sebab-sebab menjaga kepentingan ahli politik dan parti pemerintah kerana SPR dan JPN adalah dilantik oleh pemerintah BN yang zalim.
 
“Kami memperingatkan SPR dan JPN, supaya harta yang mereka cari, demi menjaga kerajaan BN serta diri mereka sendiri tidak menjadi bahan bakar api neraka di akhirat nanti,” ujarnya.


SYABAS Bakal Di Bubar?


Merujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata.
Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar? Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos.

Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros. Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun? Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS.

Maka, saya sebagai rakyat Selangor meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor. Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini.


Rakyat Prihatin Selangor
sumnber: Addin 

Ribuan Peguam dan Orang Ramai Berhimpun Bantah Akta Perhimpunan Aman 2011

Saya petik:
 
[MK] Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

NONE
Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.


 
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
 
NONEPerarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

 
Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
LAPORAN LANGSUNG
 
12:35pm Peguam dan orang ramai yang berarak mula sampai di persimpangan jalan masuk ke Parlimen. Polis mengarahkan mereka untuk memberi laluan kepada kenderaan yang menuju ke parlimen.

Mereka mematuhi arahan itu.


NONE
Lim Chee Wee bersama sembilan lagi wakil Majlis Peguam bersiap sedia untuk memasuki bangunan Parlimen bagi menyerahkan nota bantahan mereka.

Orang ramai yang berkumpul mula bernyanyi. Antaranya, lagu Rasa Sayang dan diselangi dengan laungan “hidup rakyat” berulang kali.

 
12:27pm Jumlah hadirin kini mencecah lebih 1,000 orang dan ada yang mula berarak ke arah bangunan Parlimen dengan diketuai oleh presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee. Sambil berarak mereka juga melaungkan "bebas himpun, bebas rakyat.
 
Edmond Bon pula mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mengawal keadaan lalu lintas. Beliau juga mengarahkan hadirin supaya bekerja sama dan beredar ke tepi jalan mengikut arahan polis.

NONE 
12:26pm Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka 'Jaringan Malaysia Malaysia' melaungkan slogan 
 
"Kami tentang seks bebas!" Seorang daripada mereka berkata “Balik India” yang mencetuskan rasa kurang senang beberapa orang keturunan India di sini.
 
12:15pm Sekumpulan belia yang berpakaian hitam kelihatan berkeliran dari jauh berhampiran kumpulan itu. 
 
Apabila ditanya tujuan mereka ke mari, mereka enggan mengulas tetapi hanya berkata: “Kami pelindung YB”.
 
12:07pm Giliran seorang lagi bekas pemimpin Majlis Peguam Yeo Yang Poh berucap. Beliau mengetuai pasukan peguam yang merangka undang-undang alternatif bagi Akta Perhimpunan Aman.

NONE
"Kami (rangka Rang Undang-undang alternatif) bukan kerana ia memerlukan ubah-suaian tetapi (kerana) asas-asasnya adalah salah. Jika undang-undang ini diluluskan oleh British pada sekitar tahun 1940-an dan 1950-an, kita tidak akan mencapai kemerdekaan."
 
 
11.59am: Setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong memberitahu orang ramai bahawa kerajaan tidak mengotakan janji-janji mereka. 
 
Semasa berunding, kerajaan berjanji kepada Majlis Peguam bahawa piawaian antarabangsa berhubung hak asasi manusia akan dipatuhi.
 
11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk.

NONE
"Bagaimana Rang Undang-undang ini boleh diluluskan? Gila!,” katanya kepada wartawan dan berkata beliau akan membawa masuk beberpa penunjuk perasaan masuk ke Dewan Rakyat.

Setiap ahli parlimen dibenarkan membawa masuk lima tetamu mereka ke bangunan itu.

 
11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan
tepukan gemuruh.

NONE
11:50am Jumlah hadirin semakin ramai dan dianggarkan melebihi 500 orang.
 
11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini.

 
Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu.
 
11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: 
 
Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat.”

NONE 
Menurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna.

 
Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan ‘boo’ para hadirin.

 
"Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?”
 
"Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM.”
 
11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.

NONE
11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 
 
'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.
 
11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.

Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.

NONE 
11:20am Anggota Jawantakuasa 
 Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.

 
11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.
 
11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.

 
"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara.”

NONE11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa.”

 
Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.

11:05am: Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.
 
11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.
 
11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.
NONE 
11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.

 
10:56am: Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.
 
10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. 
Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.

 
10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.
 
NONE 
10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
 
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.
 
10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.


10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.



Sumber: duniacacamarba

Roboh Surau - Jamil Khir Bodoh Ke Atau Buat-Buat Bodoh?

Daripada aku dengar pemimpin menipu baik aku tido zzzzz........

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvvS7T-C4tNsIOWPn69r7CoCsHLPk5mx1tKR-RzFJ6cHy3R96mdP70cwVvizjWl0Alm2VyDWuslmIu5eskgk_pfYdvTmlEY9TVbRXBEJnIzn7Q97WsyWLd5NxhqEUXyNGVg81IlYluiUeJ/s320/umno+tidur+1.jpg

Khir Toyo - Sistem Kerajaan Akan Porak Peranda ?

 

Semakin mantap nampaknya... seumpama kuatnya lilitan serban kat kepala dia, alhamdulillah... klik dapat-haji-mabrur.

Apakah teguran ini ini kerana dengan semangat baru balik haji atau sememangnya masih sayang kat parti UMNO .....klik jusa-luar-sistem-kerajaan-akan-porak.



Monday, November 28, 2011

Berita Ini Tidak Terdapat di TV dan Surat Khabar ! - Sila Tonton !!





sumber: Kopitiam Bang Nan

Tahukah Anda Bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Ikhlas Berjuang Untuk Agama,Bangsa Dan Negara

MAFIABOSS  

 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

azlanJusteru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

azlanLaporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.

- Bernama

[LAWAK] "Saya tiada kena-mengena dengan NFC" - Shahrizat

 

Lawak, lawak, lawak!

Adakah kenyataan ini sebagai langkah untuk mengelakkan diri kena "bantai" dalam Perhimpunan Agong UMCO?

Baca dahulu:

[Bernama] KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).


Justeru kata Ketua Wanita UMNO itu, beliau tidak akan menggunakan Perhimpunan Agung UMNO minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.


"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita UMNO nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.


"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita UMNO,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini.


Bagaimanapun Shahrizat berkata, beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.


Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya.


"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita UMNO kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita UMNO tetapi Alhamdulillah, UMNO dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara,” kata Shahrizat.

 
P/s:  Apa yang direpekkan oleh Sharizat dengan mengaitkan pendedahan PR tentang projek NFC dengan Wanita UMCO? Ini taktik mahu menyelamatkan diri!!
 
Saya tidak mahu komen lagi retorik bodoh untuk membodohkan sesetengah rakyat yang mudah diperbodohkan. Suami sendiri dapat projek ratusan juta, Sharizat dengan selamba dan mengharapkan orang bodoh mempercayai bahawa dia tidak ada kena-mengena dengan projek itu. Tidur sekatil dengan laki sendiri, takkan tak berbicara langsung soal NFC, tambah-tambah masa mula-mula merancang untuk menyambar projek ini. Ha ha ha ha!

Aduhai!
 
duniacacamarba

Berdosa jika tidak mengundi untuk memilih pemimpin yang baik - Imam Besar Al-Azhar,

 
Imam Besar Al-Azhar, Syaikh Ahmad al-Thayyib mendesak rakyat Mesir untuk ikut mengambil bagian dalam pemilihan umum parlemen, yang pertama kali dilakukan setelah jatuhnya Mubarak yang akan dimulai pada hari Senin ini (28/11), sembari memperingatkan bahwa orang yang tidak menghadiri atau ikut memberikan suara dalam pemilu adalah "orang yang berdosa."
 

Dalam pertemuan di kantornya bersama dengan Syaikh Yusuf al-Qaradhawi, ketua Persatuan Internasional Ulama Muslim, Syaikh al-Thayyib mengatakan rakyat Mesir wajib untuk memilih wakil-wakil mereka agar negara bisa mengatasi krisis yang terjadi saat ini.
 
Pada bagiannya Syaikh Qaradhawi mengatakan partisipasi dalam pemungutan suara telah menjadi kewajiban agama yang harus dipaksakan oleh realitas situasi saat ini. Dia memperingatkan warga negara untuk tidak menjual suara mereka dan meminta mereka mendukung kandidat terbaik.
 
Dia juga menyerukan demonstran untuk menghadiri pemungutan suara dan kembali melakukan aksi protes setelah memberikan suara mereka.(fq/amay)[eramuslim.com]



WIFI Secara Percuma Dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 2012 !

 
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT AKAN MEMBERI WIFI SECARA PERCUMA KEPADA SELURUH RAKYAT DALAM NEGERI SELANGOR MULAI TAHUN DEPAN 2012.

TAHNIAH KEPADA PAKATAN RAKYAT SELANGOR !

Inilah Bukti...MCA dan MIC Tidak "Percaya" Lagi Kepada Umno..

 
Kaji selidik dalam talian yang boleh diambil sebagai penunjuk keadaan, maka UMNO akan menghadapi masalah dalam dalam pilihan raya umum akan datang.

Sejumlah besar responden dari kalangan 1879 pengundi Melayu yang berpotensi dan 1657 pengundi bukan Melayu di negara tidak berpihak kepada Mahathir, Perkasa mahupun Ibrahim Ali yang menjadikan secara tak langsung mereka semakin menjauhi Umno kerana bersengkokol dan membiarkan Perkasa memainkan isu perkauman,agama dan kepatuhan kepada raja-raja Melayu yang melampau :

# 1 Apakah Mahathir masih relevan kepada orang Melayu? Ya (29 peratus) Tidak (68 peratus) No response (3 peratus)

# 2 Bolehkah Perkasa membantu UMNO memenangi Pilihan Raya Umum akan datang? Ya (9 peratus) Tidak (83 peratus) No response (8 peratus)

# 3 Apakah Perkasa suatu liabiliti kepada UMNO? Ya (84 peratus), Tiada (9 peratus), No response (7 peratus)

# 4 Adakah UMNO memerlukan Perkasa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang? Ya (3 peratus), No (85 peratus), No response (12 peratus)

# 5 Adakah parti-parti komponen Barisan Nasional (di luar UMNO) selesa dengan Perkasa? Ya (1 peratus), No (94 peratus) No response (5 peratus).

# 6 Perkasa menjejaskan peluang bukan Melayu mengundi untuk Barisan Nasional (BN)? Ya (87 peratus), Tiada (3 peratus), No response (10 peratus)

# 7 Apakah Perkasa liabiliti kepada Barisan Nasional (BN)? Ya (93 peratus), Tiada (3 peratus), No response (4 peratus)

# 8 Patutkah Perkasa menjadi sebuah parti politik? Ya (18 peratus), No (54 peratus), No response (28 peratus)

# 9 Apakah Perkasa ikhlas dalam peranannya dalam menyatukan orang Melayu? Ya (5 peratus), No (86 peratus), No response (9 peratus)

# 10 Adakah Perkasamemcahbelahkan orang Melayu lebih daripada menyatukan mereka? Ya (79 peratus), No (11 peratus), No response (10 peratus)

# 11 Adakah Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (9 peratus), No (79 peratus), No response (12 peratus)

# 12 Adakah bukan Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (2 peratus), No (95 peratus), No response (3 peratus).

# 13Patutkah UMNO berbaik-baik dengan Perkasa untuk mendapatkan semula undi Melayu? Ya (8 peratus), No (83 peratus), No response (9 peratus)

# 14 PAtutkah UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa? Ya (87 peratus), Tiada (6 peratus), No response (7 peratus).

# 15 Bolehkah sekiranya Perkasa menjadi satu platform yang lebih baik untuk orang Melayu berbanding UMNO, PAS atau PKR? Ya (4 peratus), No (89 peratus) No response (7 peratus).

JuRaGan : Hancur Umnuuooooooooooooo,Islam Selamat.


sumber: Karat E - jau

Kemana Perginya Moral Anak Anak Melayu ?

Inilah Gambar2 Gadis Melayu Bertudung Melakukan Aksi Memalukan Dalam Kereta Bersama Pasangannya... Apa Nak Jadi Dengan Umat Melayu Sekarang Nie??? 

 

 


maksiat
KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.


Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.


Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.
 
romen3 
 
romen2

Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.


Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.


Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.


Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.


“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.


“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.


sumber: sedakasejahtera

Undilah [Versi Pakatan Rakyat]



sumber: Intanhijau

Menarik, gambar terkini rumah Tuan Guru Hj Hadi Awang !

 

RASANYA kali terakhir ReJaM© menjejakkan kaki ke daerah Rusila, Marang, Terengganu kira-kira 20 tahun lalu. Masa tu ReJaM© masih kecil lagi dan belum pun bersekolah bersama keluarga mengikuti satu rombongan.

Baru-baru ini, sekali lagi ReJaM© ke Terengganu bersama aktivis Jingga 13 untuk membuat laporan rasmi kepada SPRM Kuala Terengganu berhubung penyelewengan Lebuhraya Pantai Timur.

Orang kata "sambil menyelam, kita minum air", ReJaM© sempat ke daerah Rusila untuk melawat rumah tempat tinggal Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang.

Menurut penduduk tempatan, TG Hadi lebih mesra dengan panggilan "Ayah Chik" di kalangan penduduk setempat. Salah seorang penduduk telah membawa ReJaM© untuk melawat rumah beliau.


Rumah beliau terletak betul-betul sebelah Masjid Rusila berhampiran jalan besar. Lihat gambar di bawah, rumah beliau yang berwarna merah jambu (pink). Di sebalik rumahnya, itulah masjid Rusila (lihat kubah).

Penduduk tempatan memaklumkan, Tuan Guru Hadi selalu dilihat ulang alik ke masjid tersebut. Difahamkan beliau juga akan mengimamkan solat di masjid setiap kali masuk waktu solat.

Bagi sahabat pembaca yang ingin bertemu dengan beliau memang mudah, pergi saja ke masjid pada waktu solat, sekiranya beliau sihat dan tidak "outstation" insya Allah dapat bertemu beliau.


Di depan rumah Tuan Guru Hadi, yang juga bekas Menteri Besar Terengganu ini ada sebuah warung menjual makanan. Namun tak dapat dipastikan siapa pemilik warung tersebut. Barangkali milik keluarga Tuan Guru Hadi.

Sewaktu ReJaM© lalu di situ, kelihatan beberapa orang penduduk tempatan yang dipercayai baru pulang dari masjid singgah sebentar untuk menjamu selera atau barangkali menikmati secawan kopi.

Difahamkan lagi, rumah ini merupakan rumah pusaka peninggalan arwah bapanya.

ReJaM© "Pemimpin begini faham kesusahan rakyat bawahan..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/menarik-gambar-terkini-rumah-tuan-guru.html#ixzz1exQD00xX


Milo Suam

SELAYAKNYA MAKCIK INILAH YANG MENJADI KETUA WANITA UMNO !

 

SELAYAKNYA MAKCIK INILAH YANG MENJADI KETUA WANITA UMNO

Global ke atau tranfomasi ke tidak memberi makna pada orang kg, kita haru ingat kita menang luar bandar kalah di bandar huhuu, sebab di bandar orang bandar dah banyak menengok internet.
 

: Penjual ice kerim boleh menang huhuhu, pengundi tidak mampu berfikir untuk mengundi UMNO huhu, siapa saja calun di letak di kg mereka akan mengundi, apakah habuan 200 dan jalan Tar dan makan percuma. 

Ini lah sebab Makcik ini layak menjadi Ketua Wanita UMNO sebab dia nampak apa yang umno tak nampak.



sumber: Manjadda Wajada

Anwar - Lagi Menang Lagi Banyak Halangan !









Kongres PKR - Tan Ah Kau Ceramah Isu Maal Hijrah. - RADHI RAZAK

Lagi cepat la Hj Najib balik kampung... kahkahkah...


JOHOR BAHRU 27 Nov. - Kongres PKR hari ini diserikan dengan ucapan Perwakilan dari Selangor, Tan Ah Kau yang menyelitkan tema Maal Hijrah di dalam ucapannya.

Beliau yang juga merupakan salah seorang Pemimpin PKR Cabang Kota Raja menyeru kepada kesemua perwakilan yang hadir agar tidak hanya memikirkan soal Hijrah dalam bentuk fizikal semata-mata.

“Ia menuntut perubahan daripada kezaliman kepada keadaan yang lebih selesa,” kata Tan Ah Kau.

Dalam pada menyebut soal Hijrah, Tan sempat memerli Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai soal Hijrah Piihan Raya.


“Atas semangat Hijrah ini, makin cepat Haji Najib umum bubar Parlimen, makin cepat Haji Najib berhijrah ke kampungnya di Pekan. Pada masa sama, makin cepat pula KEADILAN berhijrah ke Putrajaya,” kata Tan Ah Kau disambut tepukan gemuruh daripada perwakilan.
 
 
Shalehudin

Video : Audit Negara Akui Pentadbiran Pakatan Rakyat Lebih Baik Dari BN


KLANG, Pentadbiran kewangan yang baik di empat negeri Pakatan Rakyat (PR) di akui oleh jentera kerajaan pusat sendiri menerusi laporan Ketua Audit Negara.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang dan Selangor mengungguli dari segi pengurusan kewangan dengan menduduki dua kedudukan teratas.

Ini secara tidak langsung, katanya, memberi pengiktirafan kepada PR yang mentadbir negeri dengan jayanya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berbanding negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

"Jangan dengar ucapan pemimpin PAS memuji pemerintahan Kelantan dan Kedah, jangan dengar ucapan pemimpin DAP memuji Pulau Pinang, sudah tentu pemimpin parti Keadilan memuji Selangor di sudut jaga kewangan jaga duit tetapi laporan orang tengah iaitu Audit Negara memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional.

"Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor," katanya dalam Majlis Makan Malam DAP ke-45 yangg memnghimpunkan lebih 10,000 orang di Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi.

Selama ini katanya, PAS yang mentadbir Kelantan lebih 20 tahun telah melakukan pelbagai perubahan yang sering dikritik BN. Tetapi akhirnya, kerajaan pusat yang ditadbir BN mengikut apa yang dilakukan PAS.

"Kelantan dihentam begitu dahsyat oleh BN terutama bila memulakan pembaharuan misalnya cuti bersalin 60 hari waktu itu bekerja pegawai kerajaan cuti dua hari.

"Di dalam parlimen kami dihentam, mereka kata PAS mengajar rakyat menjadi malas bekerja tetapi sekarang kerajaan pusat sendri kerajaan BN sendiri mengikut apa yang dibuat di Kelantan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan terus menjalakan pentadbiran yang mengutamakan kepentingan rakyat bersesuaian dengan program "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

Katanya, tanggungjawab dan amanah itu perlu dipraktikkan setelah rakyat memberi mandat kepada PR dalam mengetuai Kerajaan Negeri.

"Kita di Selangor mahu tunjukkan bahawa kita boleh buat kerja kerana rakyat pilih kita bukan kerana hanya cakap sahaja tetapi rakyat pilh kita untuk kita buat kerja tunjukkan hasil kepada rakyat. Inilah yang kita laksanakan.

"Bajet kita untuk rakyat di Selangor. Hasil negeri untuk rakyat. 54 tahun kita tak ada slogan hasil negeri untuk rakyat, (yang ada) hasil negeri untuk Umno, hasil negeri untuk MCA dan hasil negeri untuk MIC," katanya.TVS

Berhijrahlah dan Tetaplah bertasbih !!

Lihatlah. Betapa Allah Azza Wa Jalla dengan kehendak-Nya menghancurkan Zine al-Abidin ben Ali, Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi, Ali Abdullah Saleh, mungkin Bashar al-Assad, dan lainnya,yang selama berpuluh tahun, berlaku sombong dengan kekuasaannya, tidak mau menjalankan perintah-Nya, menghinakan dan mencampakkan hukum-hukum-Nya, serta membunuhi orang-orang mukmin, sekarang mereka seperti sampah, yang diterbangkan angin.

Mereka yang selama ini menjadi "anjing" atau "budak" Zionis-Israel dan Amerika, benar-benar Allah Azza Wa Jalla hancurkan sehancur-hancurnya. Mereka seperti pasir yang diterpa badai gurun, yang berterbangan dan hilang dari permukaan bumi.

Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah Azza Wa Jalla dihadapan seluruh umat manusia. Supaya mereka menyadari betapa kemahakuasaan Allah Azza Wa Jalla. Dengan sangat mudahnya menghancurkan siapa saja yang dikehendaki-Nya.

Mereka yang selama ini disangka kuat perkasa, dan tidak mungkin dapat hancur serta akan berlaku kekal, ternyata mereka telah musnah, tak bersisa, dan tak berbekas sedikitpun. Masihkah ini belum cukup sebagai tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla?

Sekarang kita berada di ujung tahun 1432 hijriyah, dan memasuki awal tahun 1433 hijriyah, yang akan tetap memberikan segala harapan masa depan bagi orang-orang mukmin. Orang-orang mukmin yang shabar dan ikhlas.

Orang-orang yang selalu bersujud dan menghadapkan wajahnya kepada Rabbnya dengan penuh keikhlasan, bertasbih dengan tahlil, tahmid dan takbir. Tanpa henti. Mereka inilah yang dijanjikan oleh Allah Azza Wa Jalla memperoleh kemenangan di dunia dan kebahagiaan akhirat.

Di ujung akhir tahun 1432 hijriyah ini, Allah Azza Wa Jalla, dan dengan segala Kekuasaan -Nya, serta memperlihatkan kepada orang-orang mukmin, betapa Allah Azza Wa Jalla telah menghinakan orang-orang fasik, zalim, kafir dan musyrik, serta munafik. Mereka tidak dapat menolak Kekuasaan Allah Azza WA Jalla.

Mereka yang berlaku sombong, semena-mena, melakukan , zalim, durhaka, khianat, dan membuat kerusakan, serta membunuhi orang-orang mukmin, tanpa alasan yang haq, semua telah dihancurkan sehancur-hancurnya oleh Allah Azza Wa Jalla.

Orang-orang fasik, zalim, kafir, musyrik, serta munafik yang berlaku sombong dihadapan Allah Azza Wa Jalla, semuanya akan binasa dan tenggelam dalam kehinaan, dan mereka tak dapat melawan kehendak Allah Azza Wa Jalla.

Hari ini, di penghujung tahun 1432 hijriyah, orang-orang mukmin menyaksikan kebesaran dan kekuasaaan Allah Azza Wa Jalla, yang selama ini orang-orang fasik, zalim, kafir, musyrik, dan munafik selalu melecehkan dan tidak mau mempedulikannya. Mereka menolak tunduk dan patuh atas syariah-Nya dan hukum-hukump-Nya, sekarang mereka seperti daun kering dan ranting kering yang runtuh satu-persatu.
Eramuslim

Kiriman: Ayid Hassim, Gopeng, Perak.

Anwar : Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara !

JOHOR BAHRU,27 NOV: Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

"Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dipenjarakan enam tahun, ada harga minyak turun? Politik antara kaum bertambah baik? Negara semakin sejahtera? Jadi semua yang berlaku selama ini bukan kerana Anwar," tegas Anwar di dalam ucapan penggulungannya di Kongres Parti Keadilan Rakyat ke-8 di sini.

Anwar berkata pertemuan dengan rakyat bawahan untuk mendengar keluh kesah mereka adalah ubat mujarab yang menjadi formula kepada karier politiknya yang sering dihimpit pelbagai dugaan dan cabaran pihak lawan.

"Saya belajar semua ini dengan siapa? Dengan pak lebai dan semangat saya datangnya dari mana? Dari mak cik tua. Golongan ini yang memberi api kepada obor perjuangan kita.

"Setiap kali saya bersua muka dengan rakyat bawahan, saya renung mata mereka, saya nampak harapan mereka," katanya.

Menyedari kekuatan perjuangan Pakatan Rakyat berpunca dari rakyat bawahan, Anwar menjelaskan Umno-BN menjadikan golongan ini sebagai sasaran untuk menyebarkan fitnah bagi memburukan dan menyemai benih kebencian kepada Pakatan.

"Strategi penting mereka (Umno-BN) ialah menyebarkan fitnah dan khabar angin supaya membenci kita."


Batu Vs Kayu