Followers

Monday, November 29, 2010

Perang Saraf UMNO/ BN sudah bermula, gendang peperangan mula dipalu, TANDA PRU 13 DAH HAMPIR ?


Perang Saraf UMNO/ BN sudah bermula, gendang peperangan sudah mula dipalu oleh UMNO/BN, sebagai tanda-tanda Pilihanraya Umum ke 13(PRU13) akan berlansung sedikit masa lagi.

Berbagai isu telah dibangkitkan didalam media kerajaaan BN melalui TV1, TV2, TV3 dan media cetak dan elektronik dan lain-lain lagi.

1. Segala isu dan masalah akan diketengahkan terutama dari negeri-negeri yang diperintah PAS, PKR dan DAP. Seolah-olah segala masalah dan isu disebabkan oleh PAS, PKR dan DAP yang memerintah negeri itu.

2. Gambar klip video yang boleh memburukkan pemimpin PAS, PKR dan DAP akan ditanyang berulang-ulang kali didalam TV.

3. Isu banjir kat negeri Kedah, isu tanah orang Melayu kat Pulau Pinang, isu PKNS dan Yayasan Selangor di Selangor akan di timbulkan setiap hari.

4. TV akan membuat ulasan dari pemimpin UMNO/BN setiap hari terhadap isu-isu ini.

5. Apa sahaja kepincangan akan didedahkan, seolahnya segala kesilapan adalah akibat dari PAS, PKR dan DAP dan bukan UMNO, ketika memerintah negeri-negeri berkenaan.

6. Segala kegagalan akan dilemparkan kepada PAS, PKR dan DAP, seolah-olah UMNO/BN tidak terlibat langsung.

7. Pemimpin UMNO/BN mula menyerang setiap peribadi individu pemimpin PAS, PKR dan DAP.

8. Segala kegagalan dan keburukan UMNO/BN tidak akan nampak atau disiarkan dalam media.

9. UMNO/BN akan menggunakan dan memperkudakan mana-mana NGO untuk membuat demontrasi membantah PAS, PKR dan DAP.

10. UMNO/BN akan membayar mereka-mereka yang melakukan demontrasi kat negeri yang diperintah oleh PAS, PKR dan DAP yang kononnya mereka adalah ahli PAS, PKR dan DAP yang tidak puas hati terhadap kepimpinan.

11. UMNO/BN akan membeli pemimpin PKR seperti Zulkifli MP dari Kulim untuk membuat komen mengutuk dan mengiritik kepimpinan PKR dan PAS.

12. Lain-lain.... lu orang sambung la pulak..... dah lengoh jari kaki gua menaip alkisah umnoapco pundek haramjadah nih.....

So... tunggu apa lagi.... belasah jelah sebelum akta internet diluluskan... hahaha....

TAHNIAH BUAT AZMIN, UMNO TERKEDU MELIHAT GAMBAR INI !

Oleh: WFAUZDIN NS

PERTAMANYA, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memelihara Kongres PKR yang baru berakhir dengan jayanya. Apa yang kita bimbangi bahawa Kongres kali ini gagal dilaksanakan akibat `tangan-tangan' pengkhianat parti yang bersekongkol dengan pihak musuh dan media pencacai untuk memporak-porandakan Kongres kali ini, namun Alhamdulillah, mereka gagal di dalam misi jahat mereka.

Tahniah, saya ucapkan kepada YB Azmin yang telah ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PKR, sekaligus membuatkan Umno teramat dukacita di atas kemenangan pejuang gigih ini. Begitu juga kepada YB Nurul Izzah, YB Fuziah Salleh, YB Tian Chua dan YB Mansor yang juga berjaya menduduki kerusi Naib Presiden. Saya amat bersyukur juga apabila Dr Badrul Amin Bahrom berjaya terpilih di antara yang menduduki kerusi MPP dengan undian kedua tertinggi. Beliau mempunyai harapan cerah di masa akan datang untuk ditabalkan ke jawatan yang lebih tinggi lagi.

YB Azmin Ali hari ini diumumkan secara rasmi sebagai timbalan presiden PKR yang baru, selepas menang jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu dengan majoriti besar. Berdasarkan keputusan yang diumumkan di Kongres PKR di Petaling Jaya semalam, Azmin mendapat 19,543 undi. Syabas diucapkan kepada Sdr Mustafa Kamil Ayub, walaupun tewas di dalam perebutan kerusi yang ditandinginya namun beliau berjaya melalui pertarungan yang dikatakan `kontroversi' itu sehingga ke akhirnya. Keberanian, keikhlasan dan kejujuran beliau menunjukkan beliau sememangnya tokoh yang bakal bangkit di suatu masa nanti. Bukan mudah untuk seseorang berani menegur parti dan pimpinan demi keutuhan parti. Sdr Mustafa Kamil telah berjaya melakukannya.

Kesemua mereka yang bertanding kali ini sebenarnya adalah pemenang dan telah berjaya menangkis dakwaan Umno bahawa PKR akan berpecah dan berkubur selepas ini. Walaupun saya kecewa dengan kekalahan Chegu Bard yang bertanding kerusi Ketua AMK, namun saya masih menganggap beliau adalah idola anak muda yang berani dan jujur di dalam perjuangannya membantu parti. Mungkin terdapat beberapa pihak atau kumpulan yang menyokongnya termasuk saya, melakukan langkah yang silap sehingga dilihat seperti `menentang' parti, menyebabkan imej Chegu Bard terjejas pada pandangan parti, diharapkan Chegu Bard sudi memaafkan. Mungkin, terlalu kuat kita menyokong seseorang sehingga orang yang kita sokong itu mendapat kesulitan.

Adalah menjadi harapan kita agar parti sentiasa memberikan keadilan kepada kita semua termasuk calon-calon yang tewas kali ini. Selagi mereka tidak melanggar disiplin parti dan menghidupkan amalan kebebasan bersuara secara beradab, maka parti tidak harus memandang serong kepada mereka.

Berikut adalah keputusan resmi pemilihan;

Presiden (menang tanpa bertanding) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan presiden Azmin Ali - 19,543 undi Naib presiden Nurul Izzah Anwar - 13,211 Tian Chua - 11,744 Fuziah Salleh - 8,927 Mansor Othman - 8,576 Majlis pimpinan pusat Elizabeth Wing 10,897 Badrulamin Bahron 9,672 Heee Loy Sian 8,473 Khalid Jaafar 7,889 Johari Abdul 7,719 Abdul Rahman Yusof 7,719 Haniza Talha 7,588 Fariz Musa 7,511 Zakaria Abdul Hamid 7170 Roland Chian Ming Shen 7,095 Siti Aishah 6,876Ismail Yusof 6,332 Latheefa Koya 6,242S Kesavan 6,139 Shuhaimi Shafie 6,095MR Summugam 5,964 Yusmadi Yusoff 5,810S Manikumar - 5,789 Mustafa Kamal Yusoff - 5,745 Christina Liew - 5,707

Dari
: wfauzdin.blogspot.com

UMNO Mengambil Kesempatan Menghentam PKR Diatas Ucapan Dasar Presiden PKR ?


Ucapan Dasar Pres PKR: Silap serang Ketuanan Melayu

Umno dengan ketuanan Melayu dan PKR memerangi ketuanan Melayu. Siapa yang tersepit dalam mencari keberuntungan politik? Dalam keghairahan mencari sokongan politik kita jangan sampai terlampau.

Tema paling tidak kena, serangan bertali arus, perbincangan demi perbincangan sokongan demi sokongan total NGO Melayu menyukarkan jalan PR ke Putrajaya. Ini adalah satu bentuk ucapan dasar yang silap.

Realitinya kawasan parlimen berpengundi Melayu masih kekal 2/3 dan PR akan gagal secara total PRU13 untuk saingi Umno Bn. Ucapan dasar Presiden PKR memberi talian hayat untuk Umno terus kekal PRU 13. Dan silap percaturan Selangor juga bakal jatuh kembali ke tangan Umno Bn.

Hari ini saja ucapan Azmin Ali akan memerangi Ketuanan Melayu, mula dikitar. Dan pengitaran berita tersebut sudah mula masuk ke rumah rumah pengundi negara Melayu seluruh negara.

Berita ini rancak diagendakan, pusingan ini PR akan kalah ?


BARISAN Kepemimpinan Pusat PKR yang baru 2010/2013 iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Mohd Azmin Ali, Naib Presiden, Nurul Izzah (tiga dari kiri), Tian Chua (dua dari kiri), Fuziah Salleh (tiga dari kanan) dan Mansor Osman (dua dari kanan).

Banyak pihak persoal sikap Wan Azizah bidas ketuanan Melayu, agungkan Anwar

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mempersoal sikap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan, semata-mata untuk meraih sokongan bukan Melayu.

Mereka juga mempertikaikan sikap Dr Wan Azizah yang mengagung-agungkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat PKR yang dianggapnya sebagai anugerah tuhan untuk memimpin rakyat negara ini.Mereka berpendapat kenyataan Presiden PKR mengenai ketuanan Melayu memberi implikasi besar terhadap negara, institusi Raja-Raja Melayu, di samping menjadikan bangsa Melayu mundur.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata konsep itu seharusnya diperbaiki bukan disanggah kerana pelaksanaan berkaitan kedudukan istimewa Melayu perlu lebih telus. “Secara perundangan, menghapuskan kedudukan istimewa Melayu bukan semudah menukar pakaian, sebaliknya Perlembagaan Persekutuan yang sarat dengan keistimewaan Melayu dan Islam perlu dipadamkan terlebih dulu.

“Persoalannya, dalam keadaan wujudnya keistimewaan Melayu dan Islam pun kedudukan itu sering dicabar, apakah akan berlaku jika kedudukan berkenaan dihapuskan. “Jika persaingan adil mahu diwujudkan, ia perlu berlaku dalam kedudukan sama pada semua pihak. Dalam sektor swasta dan perniagaan yang dimonopoli bukan Melayu misalnya, persaingan adil tidak berlaku kepada Melayu tetapi perkara ini tidak diperbesarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu perlu dihapuskan supaya anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’.

Beliau juga mendakwa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya Melayu bagi kepentingan sendiri.Zainul Rijal juga menolak pandangan tidak tepat, iaitu Ketuanan Melayu bermaksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga memperhambakan bangsa lain.

“Frasa Ketuanan Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi konsep itu kerana kesanggupan Melayu menerima bangsa Cina dan India sebagai warga negara ini.

“Sebagai timbal balik kesanggupan dan kesediaan toleransi serta pengorbanan Melayu, Perlembagaan digubal dan memberi kedudukan istimewa kepada Melayu mengikut Perkara 153 dengan persetujuan saling beri memberi ini disebut sebagai Kontrak Sosial,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, istilah Ketuanan Melayu perlu dilihat dalam konteks perjuangan Melayu sebelum merdeka yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah pusaka diakui British, selain dirujuk sebagai kedaulatan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, kesal kerana Dr Wan Azizah memomokkan bangsanya sendiri.“Sepuluh kali pun PKR mahu mendapatkan sokongan kaum lain, tidak perlulah memomokkan bangsa sendiri.

“Jika PKR tidak mahu ketuanan Melayu, itu haknya. Jika mahu kritik pun, itu haknya. Tapi jangan samakan ketuanan Melayu dengan bangsa yang hancur kerana kezaliman seperti kisah dalam al-Quran. Perjuangan Melayu berbeza, kita tidak zalim, sebaliknya inklusif,” tambahnya.

Timbalan Pengerusi Majlis Veteran Umno, Datuk Mohd Zaid Sirat pula mempersoalkan kedudukan Presiden PKR itu yang tidak mahu menerima kebangkitan dan kejayaan bangsanya sendiri.

“Segala-galanya kerana mahu kembalikan pengaruh yang makin terhakis, mendapatkan simpati Melayu dan sokongan bangsa bukan Melayu,” katanya.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), Rahimuddin Md Harun, menganggap ia ucapan pemimpin yang terdesak dan kecewa terutama apabila sejak kebelakangan ini, Melayu mula sedar.

“Malah ramai (orang Melayu) menjauhkan diri dari PKR, dan pada masa sama Azizah cuba memperoleh dan meyakinkan lagi bangsa Cina dan India mengenai keterbukaan PKR,” katanya.

Pemerhati politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussein pula berkata, kenyataan Dr Wan Azizah bertujuan mengembalikan kepercayaan dan sokongan ahli PKR yang dilihat semakin luntur dengan krisis keyakinan kepimpinan parti.

“Ini jelas satu bentuk ketaksuban. Dalam agama pun tak boleh memuja keterlaluan walaupun seorang pemimpin,” katanya.

Beliau mengulas tindakan Wan Azizah menyifatkan Anwar, “insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan kepada kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat”.

Pengerusi Sekretariat Melayu Muda, Wan Azrain Wan Adnan pula berkata ia terpulang kepada ahli PKR untuk menilai dan mentafsir sama ada kenyataan Wan Azizah yang juga isteri Anwar itu berasas atau sebaliknya.


LIHAT BAGAIMANA SEORANG RATU KRISTIAN MENGHURMATI ISLAM ! - Lagi Gambar Ratu Elizabeth Lawat Masjid Abu Dhabi.

Blog GB pada hari kelmarin (26 Nov) telah menyiarkan beberapa keping gambar Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.

Baginda juga membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Berikut di siarkan lagi gambar-gambar yang diperolehi dari BBC.

Ratu Inggeris Elizabeth II dan Putera Philip berkunjung ke masjid diiringi oleh Putera Sheikh Mohamad bin Zayed al-Nahayan.


Kunjungan ke Masjid Agung Sheikh Zayed diiringi juga oleh sejumlah anggota keluarga Kesultanan Emirat Arab


Sebelum memasuki ruangan utama masjid, Ratu Elizabeth memasuki ke sebuah sudut untuk membuka kasutnya


Di dalam masjid, Ratu Elizabeth menyaksikan dengan seksama sejumlah anak sedang membaca ayat-ayat suci Al Quran


Pengiring dari Emirat Arab mengiringi Ratu Elizabeth mendengarkan anak-anak sedang membaca ayat-ayat suci Al Quran


SYABAS & TAHNIAH : Barisan Kepimpinan PKR Yang Baru !

Setelah pelbagai kerenah dan mehnah sepanjang Pemilihan PKR 2010. Akhirnya keputusan muktamad dah keluar, suka tak suka belasah jelah...

Kalau Mat Balai masih lembab macam tahun2 yang sudah...., lu orang hantar jer... dia pergi lepak kat mana-mana balai yang lu orang agak dia dah tak boleh buat u-turn lagi.... hahaha.... sungguh menjengkelkan...

Buat Sya Reformis..., tahniah gua ucapkan buat lu... nanti gua hantar rombongan meminang.... hahaha...

Harap puak2 parti PKR dapat menerima keputusan tersebut dengan berlapang dada, namun begitu... setiap aduan yang sebanyak 200 lebih tu... harap diberi perhatian moga dapat memperbaiki kelemahan dan menambah baik pengurusan dan perjalanan parti di masa akan datang.

Dengan keputusan tersebut, so.... apa tunggu lagi beb... mantapkan parti PKR dan mantapkan Pakatan Rakyat, jom kita humban barisan nasional ke dalam longkang.... buat selama-lamanya....

Takbiiiiiiiirrrrrr...!!!!

Gua tengah bersemangat gileeeerrrr.... beb..., weiiii... Tantawi... lu jangan bikin kecoh aaarrrr....!!!! Ide cadangan lu bagus... tapi belum masanya lagi, tawan Malaysia dulu... yang lain2 kita cerita kemudian...

Lu... jangan bagi bom kat umnoapco untuk letupkan PAS dan PR..., tak pasal2 gua suruh Nasha sekeh kepala lu nanti....

sumber : ikut suka aku (ISA)

INI PROJEK TEPAT LAGI BETUL OBAMA DENGAN BEROK


nota:

berok tunggal dari

hutan pahang telah
ditangkap dan dihadiahkan
presiden amerika untuk
bekerja sebagai pencari kutu
michelle obama isteri president kah kah kah








HAPUSKAN KETUANAN MELAYU : WAN AZIZAH –berita hairan

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan yang menurutnya supaya anak-anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’.

Ptresiden PKR itu berkata, beliau sebagai seorang Melayu beragama Islam yakin bahawa tidak akan ada satu bangsa pun akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai ‘tuan’.

Sambil mendakwa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu bagi kepentingan sendiri, beliau berkata: “Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera masih tetap terabai. Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup sangat menyedihkan.

“Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan”.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

kah kah kah…. KESIAN BANI GEROMOILAN SUDAH TAK JADI TUAN LAGI… kah kah kah..

kah kah kah…KENA LAH KERJA CARI MAKAN…. kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN NAK HIDUP JUAL KONTREK …. kah kah kah..

nota:
wahai bani melayu buatlah kerja
cari lah kerja untuk menampong
anak isteri kamu seperti yang telah
dilakukan oleh orang orang yang terdahulu dari kamu

wahai bani melayu jangan lah kamu anggap diri
kamu sebagai tuan walhal kamu sebenarnya
pemalas bekerja

wahai bani melayu jauhlah diri kamu dari merasa
angkuh dan sombong dan merasa bahawa
bumi ini milik kamu sahaja. tidak kah kamu sedar
bahawa ada lagi orang lain selain dari kamu
wahai bani melayu

wahai bani melayu tidak kah kamu sedar akan
apa yang terjadi kepada kaum kaum lain yang engkar
tidak kah kamu melihat bagaiman kaum kaum
yang terdahulu dari kamu ini hancur dan punah

ingatlah wahai bani melayu akan nasib nasib
orang yang terdahulu dari kamu
ingat lah bagaimana mereka telah diteggelami
oleh seribu sungai dan akhirnya tenggelam jua.


Unity team bags win, Ronnie Liu booted out

Anwar Ibrahim - Oslo Freedom Forum 2010

70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri Pulau Pinang dimenangi oleh kontraktor Melayu


GEORGETOWN, 28 Nov: Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri ini tidak lembik, apatah lagi dayus.

Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Guan Eng berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pedoman pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Di Pulau Pinang, katanya mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari UMNO sahaja.

Malah, ujarnya program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu.

“Biarlah Umno dan Barisan Nasional menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, beliau meminta Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus di masa depan.

Tambahan sub-kontraktor dari Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Menurunya, bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil itu dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepadanya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, tambahnya.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer itu akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd, IJM Contructions Sdn Bhd, HRA Teguh Sdn Bhd.-

harakahdaily

Sunday, November 28, 2010

Anwar janji tak akan abaikan Sabah, Sarawak !


Oleh Jamilah Kamarudin

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa ahli PKR dari Sabah dan Sarawak akan diberikan jawatan dalam barisan pimpinan yang baru.

Ini kerana pengumuman pemilihan ahli pimpinan pusat yang baru jelas menunjukkan hanya dua wakil daripada Sabah yang mengisi jawatan untuk ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) manakala tiada langsung wakil Sarawak yang berjaya merebut sebarang jawatan MPP.

Dalam pemilihan itu, wakil Sabah Roland Chia Ming Shen memperoleh 7,095 undi manakala Christina Liew memperoleh 5,707 undi.

Berikutan itu, Anwar memberi jaminan pemimpin tertinggi akan mengadakan perbincangan dengan Biro Politik untuk menempatkan wakil Sabah dan Sarawak dalam barisan pimpinan.

"Perwakilan Sabah dan Sarawak tidak ada tapi jangan bimbang.. Kita akan pastikan perwakilan Sabah dan Sarawak akan terus kuat dalam parti.

"Kita beri jaminan mereka akan diberi tempat dalam pimpinan dan ini akan dibincangkan dalam Biro Politik dalam amsa terdekat," katanya semasa menyampaikan ucapan penutup Kongres Nasional PKR di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam ucapannya berkata isu memperkukuhkan parti di Sarawak adalah agendanya yang terpenting buat masa ini memandangkan pilihan raya negeri itu dijangka Mac tahun depan.

Beliau berkata pihaknya bersama barisan pimpinan yang baru akan merancang untuk turun ke Sarawak pada 14 Disember depan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya negeri.

"Negeri pertama yang akan turun adalah negeri Sarawak. Kita akan atur proram dua minggu dalam bulan Disember untuk bantu Sarawak menyiapkan segala jentera bagi menghadapi pihan raya," katanya.

Beliau turut meletakkan keyakinan bahawa parti itu sudah pun bersedia kerana menganggap ahlinya sudah pun ‘terlatih’ semasa mengendalikan proses pemilihan peringkat cabang dan MPP sejak tiga bulan lalu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua anggota parti yang memberi sokongan kepada saya untuk teruskan kepimpinan parti sebagai timbalan presiden yang baru.

"Saya bertekad dan berazam untuk bersama pemimpin meneruskan agenda reformasi ke Putrajaya berdasarkan empat prinsip iaitu keadilan untuk semua, kepedulian rakyat, keharmonian kaum serta ketinggian moral," katanya.


Tuan Guru Nik Aziz Akui Anwar Ibrahim Suatu Anugerah Allah SWT!!

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.”

“Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup,” katanya.

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini.

“Apa yang tidak pernah dialami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara.

“Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita,” katanya.

Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.

“Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.

“Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” kata beliau.

Nik Aziz berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah tapak projek Bandar Utama Gua Musang, di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS, yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak 1990, tidak pernah menolak pembangunan dan sentiasa memberi keutamaan untuk faedah rakyat.

“Saya masih ingat semasa saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu ada pelbagai pihak yang menuduh saya macam-macam.

“Antaranya pemerintahan kerajaan PAS bawah pimpinan saya tidak lama kerana tidak mampu melaksanakan projek pembangunan tetapi ketabahan itu berjaya memerintah Kelantan sampai sekarang,” katanya.

Nik Aziz berkata antara usaha pembangunan ialah dengan melaksanakan projek pembinaan rumah Bandar Utama Gua Musang dan beliau yakin pembangunan itu hasil usahasama Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd, akan mampu menampung keperluan rumah yang meningkat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dalam projek seumpama itu asalkan ia boleh membawa kemajuan serta faedah untuk seluruh rakyat di Kelantan.

YB LIM KIT SIANG : "Jangan Terlalu Leka Berpolitik - Selangor Bakal Tumbang ?

Selangor Bakal Tumbang?

Petaling Jaya: Tokoh DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin hilang Selangor jika pemimpinnya terlalu bangga dan tidak mengambilkira dengan sebarang kemungkinan.

Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambilkira amaran itu dan belajar dari sejarah.

PAS, katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya.


"Apa yang berlaku di Terengganu boleh terjadi di Selangor, iaitu tidak menjangka menang sebelum pilihanraya umum 2008 dan kalah dalam pilihanraya berikutnya walaupun mereka tidak menjangkanya?

"Siapa kata ini tidak akan berlaku," katanya.

Menurut Lim, konvensyen DAP Selangor penting untuk DAP Pakatan Rakyat supaya tidak mengulangi apa yang berlaku di Terengganu pada 2004.

"Konvensyen ini boleh membantu mengakhiri krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat.

Pengerusi DAP Selangor chairman Ean Yong Hian Wah berkata beliau kesal ada yang berkata, rombakan perlu terhadap wakil rakyat sekarang.

Katanya beliau sangat kesal kerana ia boleh memecahkan pasukan sedia ada.

"Adakah kamu mahu memusnahkan diri kamu dalam proses ini. Jangan gunakan parti untuk kepentingan peribadi tetapi untuk umum dan negara," tambahnya.

Ketika berita ini ditulis, 812 dari 1,016 perwakilan tiba untuk mengundi bagi 15 jawatankuasa negeri.

Terdahulu dalam pengumuman awal tujuh dari 50 calon telah menarik diri - Gan Eu Eng, Gan Siah Tong, Lee Sek Wun, Ong Kian Chye, R Rajiv, S Selvadurai dan Sow Kim Tar @ Sow Kim Ling.


Free Malaysia Today

Unsur Politik Sempit Pengaruhi Polis Kuching Batal Permit


SHAH ALAM 28 NOV: ADUN Padungan Sarawak, Dominique Ng yakin ada unsur politik mempengaruhi keputusan polis menolak permit DAP untuk mengadakan jamuan makan malam di Bazar Lama Batu Kawa, Kuching esok.

Justeru beliau berkata, pandangan DAP yang dilontarkan sebelum ini berasas selain mengecam tindakan polis yang sepatutnya membantu parti dan organisasi di Malaysia mengadakan program untuk rakyat.

"Sebenarnya, satu sebab yang mereka tidak akan akui, kekuatan DAP akan bertambah di kawasan itu. Batu Kawa satu-satunya di Kuching yang masih BN," kata beliau kepada TV Selangor petang tadi.





Dominique berkata, kebiasaanya RELA akan dipanggil membantu mengawal lalulintas namun penolakan terus permohonan tanpa memberi sebarang alternatif oleh polis diragui.

"Kita ada pasukan RELA yang sudi tolong.

"Sebenarnya kalau polis takut tempat itu tidak sesuai, dia boleh cadangkan macam mana untuk mengatasai masalah itu. Jangan tidak memberi permit polis. Sebenarnya tugas polis mesti menolong parti-parti dan organisasi tersebut untuk mengadakan apa-apa majlis tanpa masalah ganguan pihak berkuasa tempatan," ujar beliau lagi.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong berkata masa yang tidak sesuai untuk DAP menganjurkan perhimpunan seperti itu.

Selain itu menurut Dominique lagi, DAP akan mengalami masalah sekiranya program tersebut tidak dapat diteruskan kerana tiket telahpun habis dijual.

"Jikalau begitu, DAP perlu mencari tempat lain untuk mengantikannya. Kalau tidak kena beri balik duit. Itu memang susah sebab biasanya mereka jual di pasar, tidak tahu siapa ada beli. Jadi nak pulangkan semula pun susah," jelas beliau lagi.

Sehingga kini, empat daripada lima kerusi DUN Kuching telahpun dimonopoli Pakatan Rakyat namun kawasan Batu Kawa masih dipegang parti komponen Barisan Nasional iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Anwar : Saya Tetap Bertahan Walaupun Diserang Bertubi-tubi Umno-Bn


PETALING JAYA 28 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semalam diberikan kepercayaan agar terus kekal sebagai ketua umumnya berkata, walaupun diserang bertubi-tubi oleh Umno-Barisan Nasional (BN) akan tetap bertahan bagi memperjuangkan hak rakyat.

"Ramai kawan-kawan tanya sama ada saya rungsing dengan serangan yang dibuat Umno-BN, saya cakap jangan dengar.

"Walau apa pun serangan, saya akan tetap bertahan. Yang penting adalah keyakinan saya terhadap parti," kata Penasihat PKR itu ketika berucap pada program khas bersama perwakilan Kongres Nasional PKR di sini malam tadi lapor The Malaysian Insider.

Anwar berkata, ahli dan kepimpinan parti perlu yakin terhadap perjuangan sekiranya mahu membawa perubahan.

"Kita kena ada keyakinan, kalau yakin akan perjuangan ini, baru kita boleh maju dengan kuat demi kepentingan dan kebebasan rakyat.

"Semuanya kena bermula dengan keyakinan, ini bukan gimik poltik. Kita perlu buktikan komitmen bahawa kita ini adalah parti yang berbeza," kata Ketua Pembangkang ini.

Anwar berkata, sesiapa yang mahu menyertai parti itu terlebih dahulu perlu memahami asas perjuangan PKR.

"PKR adalah parti pejuangan, siapa yang nak masuk parti ini perlu faham agenda kita.

"Agenda parti adalah perjuangan dan keadilan yang selama ini menjadi tunggak kita. Kekuatan parti kita berbeza dengan Umno-BN.

"Dalam perjuangan keyakinan itu mesti ada, selama ini kita diserang bertubi-tubi. Kenapa kita diserang? Kerana kita adalah parti yang memperjuangkan keadilan dan mahu membebaskan rakyat daripada cengkaman kezaliman Umno-BN," katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Umno-BN akan melakukan apa sahaja untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Umno menggunakan media untuk menyerang kita, kenapa? Kerana mereka mahu menghakis keyakinan kita terhadap parti tapi adakah mereka berjaya? Tidak..

"Bila saya minta seranglah saya sebanyak mungkin mereka tidak berani kerana tiada keyakinan apa yang mereka boleh tunjukkan adalah kuasa.

"Jadi kita perlu yakin terhadap perjuangan parti, kita perlu yakin kepada perubahan untuk tegakkan keadilan untuk rakyat," katanya.

sumber : tvs

SEBENARNYA UMNO DENGKI, Kerana UMNO Tidak Berupaya Mengatakan NAJIB ANUGERAH Tuhan !

Najib Anugerah Tuhan, Aishhh... Janggal Pula Bunyinya-Oleh Lan Iisma-Semalam TV3 mainkan isu ucapan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini. Kalut ribut media UMNO BN, hari ini Utusan Meloya pula menjadikan sebagai tajuk muka hadapan.

Awang Selamat juga menulis "lebih mengejutkan Wan Azizah menyatakan Anwar adalah pilihan tuhan untuk memimpin Malaysia dan tiada siapa boleh saingi kehebatannya. Awang geleng kepala. Jika itu yang Wan Azizah percaya atau mungkin terpaksa tuturkan atas arahan sesiapa jua, bersedialah untuk menerima hakikat". Menerima hakikat apa kejadahnya....

Azizah berkata Anwar seorang tetap kental sehingga ke hari ini, insan hebat, kalau biasa-biasa, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu. Apa yang tidak dibuat kepada Anwar. Pukul sudah, tumbuk sudah, telanjang sudah, diaib sudah, diseksa sudah dan semua yang tidak berkesudahan sehingga kini. Jadi kalau menyebut Anwar anugerah tuhan, patutlah.

Katakanlah Mahathir, Najib menerima aib dan segalanya seperti Anwar terima, adakah 'hidup' lagi mereka kini. Nak harapkan Zaib Ibrahim, awal-awal pun dah 'mabuk'.

Sebenarnya Umno dengki, kerana mereka malu dan terasa malu serta tidak layak untuk menyatakan demikian kepada pemimpin mereka. Tidak ada pemimpin mereka yang layak untuk dikatakan sedemikian, kalau ada mngkin melalui versi berlainan. Itulah sebabnya Umno dan medianya menjadi kalut ribut.

Najib Anugerah dari Tuhan untuk Malaysia. bolehlah! Aishhh... namun mereka sendiri terasa janggal menyebutnya.

sumber : ek.ele.cc.co



Najib akan ikut Mahathir? - Abdullah Ngah

Kebanyakan setuju bahawa Najib adalah anak murid Mahathir dalam arena politik. Oleh itu segala yang diajar akan diikut miskipun rata rata mengatakan Najib ikut telunjuk Rosmah.

Saya yakin dan percaya Datuk Seri Mohd Najib Razak akan ikut terlunjuk Tun Mahathir Mohamad, baik dalam hal ehwal sosia-ekonomi melalui moto menjana tranformasi ekonomi yang di cang canangkan, hatta mengadakan pilihanraya umum ke 13 sekalipun nanti

Mengapa saya berkata demikian? mengapa tidak? Tun Mahathir menyembelih Anwar Ibrahim melalui ke liwat mengusung tilam ke mahkamah.

Najib cuba menyembelih Anwar melalui ke liwat 2 yang sedang dalam perbicaraan yang seakan jelas akan memenjarakan semula bakal perdana ke penjara Sungai Buloh.

Tidak lama dahulu, Tun Mahathir pernah nyatakan bahawa pilihanraya umum baik diadakan sekarang.

Hujjahnya, UMNO/BN kini sudah mendapat 78 peratus sokongan, maka baik diadakan pilihanraya dan akan mendapat kemenangan lebih baik berbanding sebelum ini.

Dua tiga hari ini, Tun Mahathir menyatakan kedudukan sekarang ini kurang baik untuk mengadakan pilianraya umum.

Hujjahnya,mungkin sokongan rakyat kepada UMNO/BN menurun balik ketahap kritikal. sebab itu pilihanraya umum tak harus diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Pandangan Tun Mahathir kadang kadang ada baiknya, tapi kena ingat kadang kadang banyak punahnya.

Zaman beliau menerajui UMNO, umno diharamkan. Nasib baik MCA tak belok. Kalau tidak nahaslah tapak perdana menteri pada orang Melayu yang akan dipertahankan oleh Najib dengan darah dan nyawa.

Sehubungan dengan itu, Najib kena fikir seribu kali fikir, kerana ikut jangan sebarang ikut, nanti akan membawa padah yang menyesal tak sudah.

Beliau tak harus setuju dengan hakim yang akan memutuskan dan hukuman penjara semula terhadap Anwar,kerana ini akan muncul semula gelombang reformasi ke 2 yang barang kali lebih buruk berbanding sebelum ini.

Kalau Anwar dipenjara mungkin akan berlaku tsunami ke 2 yang lebih besar dan buruk yang barangkali akan mengakibatkan umno/BN hancur lebur dan nyawa Najib melayan.

-tko-

PENGHARGAAN BUAT SDR MUSTAFA KAMIL Justify Full Oleh: WFAUZDIN NS

PENGHARGAAN wajar diberikan kepada calon yang bertanding Timbalan Presiden PKR, Sdr Mustafa Kamil Ayub kerana berjanji akan terus komited terhadap parti. Kenyataan beliau itu membuktikan bahawa tidak semua pemimpin di dalam PKR mudah berputus asa dan kecewa sehingga sanggup menjual maruah diri.

Kemenangan YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan yang terdapat `kontroversi' ini tidak menunjukkan bahawa Sdr Mustafa `tewas' sebenarnya. Beliau mungkin tewas di dalam pertandingan ini, tetapi beliau menang di dalam melawan hawa nafsunya yang beliau sendiri akui begitu banyak tawaran yang datang.

Saya sendiri hampir kecewa apabila melihat Sdr Mustafa seolah-olah mendedahkan dirinya di dalam `game' yang diatur oleh Zaid Ibrahim. Namun, akhirnya Sdr Mustafa menyedari bahawa tiada gunanya mementingkan diri sendiri. Malahan, anggapan Sdr Mustafa bahawa terdapat kepincangan di dalam pemilihan parti kini menjadi isu utama yang parti berjanji akan selesaikan. Ini bererti Sdr Mustafa telah pun menjalankan peranan dan tanggungjawabnya tanpa memburukkan parti.

Saya sejak awal lagi menaruh harapan agar Sdr Mustafa berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR sekiranya YB Azmin tewas, kerana bagi saya Zaid Ibrahim tidak layak berada di kerusi nombor dua itu. Saya masih menanti kemunculan Sdr Mustafa sebagai pemimpin atasan di dalam parti, cuma saya berharap selepas ini Sdr Mustafa lebih kerap bersama akar umbi di merata ceruk negara agar beliau lebih dikenali. Amat penting bagi sesiapa sahaja yang ingin berada di hariki kepimpinan parti terutamanya di peringkat tertinggi menonjolkan diri di peringkat akar umbi.

/wfauzdin.blogspot.com

Srikandi Keadilan : Anwar Pemimpin Disegani Dunia Dan Perlu Dipertahankan


PETALING JAYA 28 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang disegani di seluruh pelosok dunia dan menjadi penyatu kepada Pakatan Rakyat perlu dipertahankan seluruh Anggota Parti keadilan Rakyat, tegas Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Shaik Ismail dalam perbahasannya di Kongres Nasional Keadilan ke-7 di sini hari ini.

"Anwar merupakan pemimpin penyatu, yang menyatukan ketiga-tiga parti pembangkang ke dalam Pakatan Rakyat, yang dijangka oleh ramai pemimpin rantau ini bahawa beliau akan menjadi perdana menteri satu hari nanti.

"Tetapi apa yang berlaku di negara ini ialah, pemimpin ini, diizinkan untuk dihina," jelas Siti.

Katanya lagi, beliau dapat menerima sekiranya orang luar parti yang mengeluarkan kenyataan menghina Anwar tetapi beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana ahli PKR yang cuba mengata Anwar.

"Anwar akan dipenjarakan kali ini dan bagi saya, seorang akan tidak akan mendoakan keburukan untuk bapa, maka saya tidak akan izinkan apa-apapun terjadi kepada beliau.

"Sebagai anak muda PKR, kita tidak akan membenarkan Anwar dipenjarakan sekali lagi. Jangan jadi bacul seperti Umno-BN, kalau takut risiko, jangan bicara soal perjuangan!" tegas beliau lagi.

Kata beliau, laungan reformasi perlulah menjadi asas perjuangan semua ahli dan tidak menjadi 'menang sorak kampung tergadai'.

"Lebam mata Anwar bangkitkan semangat saya untuk berjuang, sakit belakang Anwar bangkitkan semangat saya untuk mendapatkan keadilan.

"Seperti mana Parti Islam SeMalaysia (PAS) mempunyai Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am, kita juga patut berbangga adanya seorang individu seperti beliau (Anwar) untuk menasihati kita," tegas Siti lagi.

Mengulas berkenaan peranan media, Siti mengingatkan ahli PKR agar tidak menggunakan media massa untuk menunjukkan tentangan terhadap pemimpin kerana cara sebegitu tidak melambangkan budaya PKR.

Katanya lagi, seminit dua sudah memadai untuk Srikandi bertindak dan tidak perlu menunggu 24 atau 48 jam untuk memberikan kenyataan media dan sebagainya sekiranya sesuatu berlaku terhadap Anwar.

"Kita punya sebutir permata, kita perlu jaga jangan jadikannya kaca!" tegas Siti, mengakhiri ucapan perbahasan beliau.

tv selangor

Saham Resort: SPRM Digesa Siasat KM Sarawak, BERANI KE ?


PETALING JAYA 27 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan portal sarawakreport.org berhubung pegangan saham Ketua Menteri, Datuk Seri Taib Mahmud dalam anak syarikat kerajaan negeri iaitu Royal Mulu Resort, ujar Baru Bian.

Pengerusi Majlis Pimpinan Sarawak itu yang ditemui di sidang kongres nasional PKR petang tadi berkata laporan yang dibangkitkan amat penting bagi pihak SPRM menyiasat perkara itu lebih lanjut kerana ia membabitkan hak rakyat negeri itu.

"Saya bersama pimpinan Pakatan Rakyat Sarawak menyerahkan salinan laporan itu kepada SPRM di Bandar Kuching, semalam.

"Aduan yang dibuat adalah tentang pembabitan langsung Ketua Menteri yang mempunyai kepentingan dalam sebuah anak syarikat kerajaan negeri ke atas pengurusan Royal Mulu Resort.

"Kita akan beri tempoh dalam satu hingga dua minggu untuk mereka dan jika tidak, kita akan 'follow up' dengan mereka," katanya.

Menurut beliau, tidak ada laporan rasmi yang dibuat tetapi SPRM katanya boleh bertindak berdasarkan salinan laporan portal tersebut yang jelas menunjukkan terdapatnya salahguna kuasa berhubung isu tersebut.

Portal sarawakreport.org sebelum ini mendedahkan Taib memiliki saham yang terbesar di dalam projek kontroversi, Royal Mulu Resort yang mendapat suntikan dana tunai yang banyak daripada Kerajaan Negeri.

Ini menunjukkan Taib sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan menyalahguna kuasa dengan memberi kebenaran supaya pengaliran dana awam terus dalam poketnya.

Taib turut bertanggungjawab dalam pengambilalihan tanah adat secara paksa daripada kaum Berawan untuk membina resort tersebut, tanpa memberikan apa-apa pampasan.

Portal tersebut juga mendakwa mereka mempunyai bukti-bukti kukuh yang menunjukkan tindakan tersebut atas kapasiti untuk kepentingan diri sendiri.

PKR ada 400,000 anggota, kata Saifuddin Nasution

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengulangi kenyataannya bahawa parti itu mempunyai 400,000 anggota di seluruh negara.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 50 peratus adalah Melayu, India (22 peratus), Cina (13 peratus) dan kaum di Sabah dan Sarawak (15 peratus).

"Mengikut rekod keanggotaan parti, sehingga 25 Nov lepas, keahlian kita mencapai 370,000 anggota dan sebanyak 24,000 lagi permohonan dalam proses menjadi ahli parti," katanya ketika membentangkan laporan Setiausaha Agung di Kongres Nasional Tahunan Ke-7 PKR di sini.

Majlis perasmian kongres oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut dihadiri dua Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Mengenai pemilihan parti, Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Machang berkata sebanyak 99.7 peratus anggota PKR layak mengundi pada pemilihan tersebut yang melaksanakan kaedah "satu anggota satu undi".

Saifuddin juga berkata seramai 70,000 anggota di seluruh negara direkodkan keluar mengundi ketika pemilihan di peringkat Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang menyaksikan seramai 13,000 calon mencuba nasib bagi merebut pelbagai jawatan termasuk ketua cabang.

Mengenai jumlah aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Saifuddin berkata sehingga Khamis lepas, sebanyak 18 aduan diterima.

Katanya, kesemua aduan itu masih dalam siasatan JPP dan ia tidak akan dipinggirkan. — Bernama

TVS NEWS

Ketua Umum: Kalau PAS punyai Nik Aziz, kita ada Anwar, kata perwakilan PKR


PETALING JAYA, 27 Nov – Perwakilan PKR meneruskan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya terus mengetuai parti itu dengan meminta jawatan ketua umum tidak perlu melalui proses pemilihan sebagaimana dicadangkan oleh sayap Wanita semalam.

Anwar sebelum ini menolak untuk bertanding bagi jawatan presiden PKR yang kini disandang isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 11 tahun lalu.

“Terdapat pihak yang mempersoalkan Anwar untuk membuat keputusan-keputusan, yang membuat kami meragui kepimpinannya. Ada juga yang mempersoalkan kecekapannya untuk menjadi ketua umum.

“Beliau tidak lantik diri sendiri untuk menjadi ketua umum. Kita yang melantik beliau,” kata perwakilan PKR Selangor Faris Musa ketika membahaskan usul dasar ucapan presiden pada hari pertama kongres.

Faris kemudian meminta supaya 1,200 perwakilan berdiri untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar selaku ketua umum.

“Mari kita berikan sokongan tidak terhingga kepada Anwar,” kata timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan ini.

Sementara itu, perwakilan Srikandi Siti Aishah Shaik Ismail berkata, tindakan memaksa Anwar bertanding bagi jawatan presiden parti akan mengehadkan peranannya.

“Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Seri Anwar menolak untuk bertanding jawatan presiden. Saya kata itu adalah naif kerana kita tidak sepatutnya mengehadkan peranan Anwar untuk berkhidmat kepada parti.

“Beliau adalah pemimpin antarabangsa,” tambahnya.

Siti Aishah turut menyamakan kedudukan Anwar sebagai ketua umum PKR seperti Mursyidul Am PAS yang kini dipegang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kedudukan ketua umum ini tidak boleh dipertandingkan atau dipertikaikan. Jika PAS ada Mursyidul Am, kita ada ketua umum untuk memberikan nasihat kepada parti,” katanya.

Anwar dilantik sebagai Ketua Umum PKR ketika kongres parti itu pada 2007 selepas tidak dibenarkan untuk bertanding bagi jawatan presiden oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau dilarang daripada memegang mana-mana jawatan parti ekoran hukuman penjara yang dikenakan pada 1999. Larangan itu tamat pada April 2008.

Jawatan ketua umum tidak digubal secara rasmi dalam perlembagaan PKR yang sebelum ini dipersoalkan bekas calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dan mencabar Anwar untuk mengambil alih jawatan presiden.

Semalam Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mencadangkan supaya kedudukan Anwar sebagai ketua umum diwujudkan secara rasmi tetapi Dr Wan Azizah menolak cadangan itu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider malam tadi, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara peribadi merasakan tidak perlu ada jawatan ketua umum yang formal bagi membolehkan Anwar, yang juga suaminya menyandang kerusi tersebut sebagaimana disarankan oleh Wanita PKR semalam.

Dr Wan Azizah berpendapat tidak perlu ada peruntukan perlembagaan khas bagi mewujudkan jawatan itu memandangkan amalan semasa membolehkan keputusan bersama dibuat membabitkan semua lapisan kepimpinan kanan parti.

Wanita PKR memberikan pandangan itu di sebalik pertikaian pihak-pihak pesaing PKR khususnya dari Umno-BN bahawa tiada jawatan khusus di bawah perlembagaan parti bagi membolehkan Anwar dipanggil sebagai ‘ketua umum PKR’.

“Itu pandangan ketua Wanita, ya saya menghormati pandangan beliau, tetapi saya kira bahawa walaupun tiada jawatan formal, namun ‘de facto leader’ itu, Saudara Anwar membuat keputusan yang efektif, tetapi dengan mengambil kira inputnya dengan kebijaksanaan (timbalan presiden Senator Dr) Syed Husin Ali, (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim, dan mereka-mereka seperti Azmin (Ali), Saifuddin (Nasution Ismail), William Leong, Tian Chua, Sivarasa, semualah.

“Jadi, saya rasa tak perlulah jawatan itu, yang formal, yang kita ikut perlembagaan kerana perkiraannya kita membuat keputusan secara bersama. Memang ‘de facto leader’ itu Anwar, tetapi bukan ‘reserve’ bagi beliau, bukan satu jawatan ‘reserve’, yang dipegang oleh Anwar, oh tidak... sebab kita ada input daripada semua,” kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di rumahnya di sini malam tadi sempena Kongres Nasional PKR selama dua hari yang bermula hari ini.

TMI

Surat Terbuka Untuk YB Saifuddin & Teman Reformis ?

Surat Terbuka Kepada YB Saifuddin dan Teman Reformis

Hakikat tidak boleh diselindung lagi. Nampaknya memang ada pertembungan serius para bangsawan PKR dengan ahli-ahli akar umbi. Ahli mendesak, pemimpin bertahan dengan penafian. Ahli dakwa pemilihan PKR tipu, Pemimpin kata tidak, semuanya sempurna, hebat, adil lagi bersih; kita menempa sejarah, semua parti di Malaysia ini tidak segagah kita.

Saya mengutuk sikap dan mempersoalkan kewibawaan Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution. Saya berpendirian YB Saifuddin adalah ‘mangsa’, daripada seorang pemimpin yang disegani kini menjadi pemimpin paling dibenci gara-gara pemilihan PKR. YB Saifuddin adalah mangsa kepada ketamakan aliran politik merajakan Azmin Ali dan mendewakan Anwar Ibrahim.


YB Saifuddin,

Ingin saya beritahu YB dan sahabat-sahabat perjuangan sekalian, huru-hara PKR ini adalah ciptaan pimpinan parti. Tidak ada penyakit tetapi cari penyakit. Dulu orang tidak tahu kita ada pekong, kurap dan kusta. Sekarang semua orang dah tahu. Ini kerana pemimpin tidak sedar diri – nak petik bintang tapi kail panjang sejengkal.

YB Saifuddin dan teman-teman reformasi sekalian.

Keadilan tidak ada pada Parti Keadilan.

Asas kepada undang-undang adalah keadilan dan keadilan mesti dilihat pelaksanaannya – Justice must be seen to have been done.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak wajar menjadi badan penyiasat bagi segala aduan yang diterima kerana timbul percanggahan kepentingan (conflict of interest) memandangkan ada aduan yang mempersoalkan tata kerja JPP sendiri. Kita minta JPP menyiasat kesalahan yang JPP sendiri buat, mana mungkin JPP akan mengeluarkan kenyataan mengatakan “Selepas kami menyiasat diri kami sendiri, kami mendapati kami telah melakukan kesalahan”.

JPP dan juga Biro Politik dianggotai oleh calon-calon yang sedang bertanding dalam pemilihan, seperti Azmin Ali, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Manikavasagam, Johari Abdul dan lain-lain. Mereka adalah orang yang sama yang dikaitkan dalam aduan dan mesti dikecualikan, akan tetapi Biro Politik berperanan sebagai penyiasat dan kadang-kadang hakim. Mana mungkin pimpinan Biro Politik Parti akan menyatakan “selepas kami menyiasat aduan terhadap salah laku kami, kami dapati kami memang salah dan patut dihukum”.

YB Saifuddin,

Saya tidak jelas apakah definisi ‘bukti kukuh’ bagi JPP dan Biro Politik? Laman web FreeMalaysiaToday memaparkan gambar yang jelas menunjukkan daftar pengundi tidak bersih dan banyak duplikasi. Laman yang sama memaparkan jelas gambar pengawas pemilihan sedang manipulasi undi. Gambar tersebut pula baru didedahkan semalam. Tidak sampai 24 jam selepas gambar tersebut disiarkan, YB Saifuddin dalam sidang media menafikan bahawa pengawas itu tidak mungkin buat salah. Mana YB Saifuddin tahu? Apa piawai prosedur penyiasatan? Apa mekanisma penyiasatan yang dibuat? Semuanya tidak jelas dan tidak dijelaskan. Tiba-tiba muncul Setiausaha Agung dengan keputusan yang sangat meragukan.

Jangan berpura-pura dengan kebenaran demi merajakan Azmin dan mendewakan Anwar.

Hari ini, sempena Kongres Keadilan yang ke-7, saya juga mempersoalkan kewibawaan YB Saifuddin sebagai Setiausaha Agung dalam menangani isu dakwaan bekas Setiausaha Agung sebelumnya, bahawa Sekretariat Ibu Pejabat mengeluarkan satu surat palsu dengan memalsukan tandatangan bekas Setiausaha Agung itu bagi tujuan mencipta bukti bagi menghalang S. Jenapala dari bertanding.

YB Saifuddin,

Sebagai Setiausaha Agung, kenyataan “saya tidak tahu, buka fail ada surat, jadi kira jalanlah…” yang diucapkan dalam sidang media semalam adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab oleh saudara.

YB Saifuddin,

Dakwaan bekas Setiausaha Agung itu mengikut pendedahan MalaysiaToday sangat panjang lebar beserta fakta, affidavit dan bukti. Isu ini menggusarkan anggota dan jika benar dakwaan tersebut, pihak ibu pejabat memang sekali mengecewakan anggota dan tentu sekali mengaibkan parti.

Teman-teman Reformis yang dihormati,

Keadilan semacam hanya pada nama sahaja.

Abdul Aziz Anon -ureka.asia

0 comments:

Kongres Nasional PKR: Wan Azizah Tolak Syor Lantik Anwar Ketua Umum!



PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak cadangan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum parti itu.

Beliau menegaskan, hingga kini belum ada sebarang keperluan melantik suaminya dengan jawatan baru berkenaan.

Menurut beliau peranan yang dimainkan oleh Anwar sebagai penasihat PKR sudah memadai untuk menggerakkan pentadbiranparti."Buat masa ini tidak ada keperluan untuk lantik ke jawatan berkenaan.

"Sehingga kini pun beliau sudah menjalankan tugasnya sebagai Penasihat parti dengan baik, lantikan itu hanya sekadar jawatan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR Ketujuh di sini, Sabtu.

Semalam, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar parti melantik Anwar sebagai Ketua Umum.

Sehubungan itu Zuraida berkata pindaan serta-merta dalam Perlembagaan parti itu perlu dilakukan bagi merealisasikan kewujudan jawatan berkenaan.

Katanya, Anwar merupakan pemimpin paling sesuai untuk memegang jawatan berkenaan kerana beliau terlibat sejak dari awal sejarah penubuhan PKR.

Selain itu, Wan Azizah menambah bahawa berdasarkan hirarki parti ketika ini, semua pemimpin sudah berada di tempat masing-masing.Mstar

Tarif air: Jelas Umno BN khianati rakyat ?

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tuntutan Syabas yang disokong oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan Syabas untuk menaikkan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama Syabas selama 30 tahun dengan meletakkan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat,” ujarnya.

Katanya, DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berharap Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat Syabas dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang.

“DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum Rakyat ke Istana Negara,” ujarnya.

Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, katanya maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus itu.

Tambahnya, hatta pihak menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti.

“Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikkan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti Syabas hari ini?” soalnya.

Dalam hal ini, katanya rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas.

“Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus dan kerajaan negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri.

“Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan,” ujarnya lagi.