Followers

Monday, December 28, 2009

POLIS AMBIL KETERANGAN ADUN SERI KEMBANGAN -melayau




BERITA LAWAK AKHIR TAHUN
KENA AIR ASID PUN PENYOKONG
HINDRAF INI TAK TAKUT


Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar berkata,
polis akan mengambil keterangan daripada Anggota
Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan,
Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang
cuba menakut-nakutkan polis.


"Kita akan memanggil Hian Wah dalam
waktu terdekat untuk dirakam percakapannya
bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506
Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998,” katanya.


Beliau berkata, kenyataan Adun itu dalam media
yang mengarahkan polis menghentikan siasatan
ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba
menakut-nakutkan pihak polis.


"Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan
cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi
arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng,”
katanya kepada pemberita pada Hari Mesra Bersama
Masyarakat Dengan Polis di Seri Kembangan di sini hari ini.


KAH KAH KAH…
woit… INI CUKUP LAWAK…. kah kah kah..

woit… SENANG NAK TAKUT TAKUT KAN
POLIS…kah kah kah..
woit… TAK PERNAH TERJADI DALAM DUNIA..
POLIS TAKUT…kah kah kah…


kah kah kah… ADUN INI MINTA HENTIKAN
SIASATAN … POLIS SUDAH TAKUT… kah kah kah..
kah
kah kah… APA PUNYA TUUUUUUURRRRR…. kah kah kah…


sumber: tukartiub

Baik punya ampu. - 'Tak perlu siasat Dr. Mahathir - RAIS YATIM

Kerajaan tidak perlu menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya kerana dakwaan-dakwaan oleh Barry Wain menerusi bukunya, Malaysian Maverick.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rakyat dapat meneliti, menilai dan menghakimi sendiri pentadbiran beliau sepanjang 22 tahun memimpin negara.


Katanya, semua rakyat Malaysia terhutang budi atas kewibawaan Dr. Mahathir menerajui negara sehingga berjaya.


"Tidak perlulah kerajaan menyiasat pendapat yang gelojoh daripada penulis picisan (Barry) itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.



MAHATHIR JANGAN NAK MENIPU LAGI !

SATU MALAYSIA WASPADA - FIRAUN MENIPU LAGI

MENYAMBUT CABARAN MAHATHIR – kenyataan resmi PKR


Walaupun kami tidak percaya Mahathir Mohamad serius, namun Parti Keadilan Rakyat (KEDILAN) mengalu-alukan cabaran beliau supaya pemerintah membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pendedahan Barry Wain dalam buku tebarunya bahawa di bawah bekas PM itu lebih RM100 bilion lesap akibat rasuah dan pembaziran.


Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-Bn yang dipimpin oleh Najib Razak. Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut. Suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu. Bahkan, jika perlu dan sesuai, Suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah mantan PM Abdullah Badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.


Sesuai dengan “cabaran” Mahathir, Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional (misalnya dari golongan academia serta Majlis Peguam). Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain. Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”.

Senator Dr SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden PKR
.


KAH KAH KAH…
kah kah kah…
FIRAUN INI KAKI KELENTONG… kah kah kah…


kah kah kah… MALAOAN INI TAHU… ISTERI ROSMAH
TAK KAN BERANI….kah kah kah…


woit… ITU PASAL FIRAUN BERANI MENIPU
LAGI…. kah kah kah…


woit… SAJA NAK TUNJUK BERANI…. kah kah kah


woit… SELAMA 22 TAHUN SATU
MALAYSIA KENA TIPU…kah kah kah..


kah kah kah… HAIRAN ! kah kah kah…


kah kah kah…..ADA LAGI MELAYU YANG SEDIA
KENA TIPU… kah kah

sumber: tukartiub

Hassan Ali Dukacita Spekulasi Tinggalkan Pakatan Rakyat ?

Persuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali melahirkan dukacita dengan spekulasi pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Menyifatkan dakwaan itu sebahagian dari kempen fitnah, pensyarah itu berkata beliau dan gerakan Islam terbesar negara itu komited kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.


Jawatankuasa Displin Pas sedang menyiasat Dr Hasan dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ekoran kenyataan dari dua pemimpin itu yang dikatakan menjejaskan imej Pakatan Rakyat.


Pas telah menetapkan tarikh 7 Januari dan 9 Januari untuk menyoalsiasat Khalid manakala satu tarikh baru akan ditetapkan buat Hasan.


Pengerusi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jawatankuasa mempunyai kes yang kuat terhadap mereka.


Meskipun begitu Adun Gombak Setia ini menegaskan beliau mahu kekal dalam Pakatan Rakyat kerana gagasan kerajaan alternatif ini memerlukan wakil rakyat yang bukan dari spesis katak melompat.


sumber: tvselangor


Dr Hassan Ali turut mencurigai kewujudan geng pemisah yang dikatakan mahu menyerahkan memorandum kepadanya hari ini.

Najib digesa sambut cabaran Dr Mahathir




PKR menggesa perdana menteri menubuhkan suruhanjaya bebas seperti cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyiasat pendedahan dalam buku tulisan Barry Wain bahawa di bawah pentadbiran mantan perdana menteri itu, lebih RM100 juta lesap akibat rasuah dan pembaziaran. Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, walaupun pihak tidak percaya mantan perdana menteri itu serius, namun PKR mengalu-alukan cabaran beliau itu.

"Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak.


"Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Katanya, suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan perdana menteri itu.


"Bahkan, jika perlu dan sesuai, suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang berlaku di bawah mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir," katanya lagi.


Sesuai dengan cabaran Mahathir itu, katanya, suruhanjaya tersebut hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh profesional, termasuk Majlis Peguam.


"Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan suruhanjaya diambil tindakan oleh kerajaan serta pihak berkuasa lain.


"Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan "Pita Lingam"," tegasnya.


sumber: malaysiakini

Kartika Saridewi terharu temui TG Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.
Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.


Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.


Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.


Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Siti Zailah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dilaporkan baru-baru ini.


Katanya, SPRM hendaklah melaksanakan tanggungjawab itu dengan telus dan adil tanpa memilih bulu demi menjaga amanah rakyat.


“Sedangkan sebelum ini pantang ada khabar angin negetif membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, SPRM segera membuka fail siasatan.


“Sekarang kenapa pula seperti berdiam diri apabila dakwaan berlaku membabitkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat tersebut
.


Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, kalau enjin jet pejuang boleh dicuri, tidak pelik masalah rempit, ragut serta gejala sosial lain gagal diselesaikan pemimpin kerajaan.



sumber: berita2u


Baru-baru ini media tempatan mendedahkan kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik TUDM pada 2007 yang hanya disedari beberapa bulan kemudian. Setiap enjin tersebut bernilai RM50 juta.

Kes mahkamah jadi tumpuan dalam 2009



Kes pertikaian jawatan Menteri Besar Perak, inkues kematian setiausaha politik Teoh Beng Hock dan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk usaha beliau untuk membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya mewarnai kes-kes di mahkamah sepanjang tahun ini.

Ketika tahun ini hampir menutup tirainya, akhbar sekali lagi memaparkan tajuk menggemparkan berhubung pendakwaan pertama dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan 29 pertuduhan pecah amanah dan penipuan
terhadap empat tertuduh.

nizar jamaluddin win court case at duta court house 110509 03Kes pertama yang menjadi tumpuan dan tajuk akhbar pada tahun ini membabitkan pertikaian antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat (PR) dan Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir dari BN selepas tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PR mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.


Mohd Nizar mengemukakan rayuan selepas Dr Zambry dilantik sebagai menteri besar dan kes itu kini menunggu penyelesaian di Mahkamah Persekutuan.


Sebelum itu, Mahkamah Rayuan, semasa membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, memutuskan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertindak betul dalam melantik Dr Zambry sebagai menteri besar yang baru mengikut Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.


Kes itu juga menyebabkan pengerusi DAP Karpal Singh menghadapi pertuduhan memfitnah bagi kenyataannya pada sidang akhbar mengenai Sultan Perak berhubung krisis politik negeri itu.


Anwar, 62, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada 2008, gagal menghalang pihak pendakwaan daripada memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.


Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi untuk membekalkan dokumen seperti laporan perubatan dan sampel DNA seperti diminta Anwar dengan perbicaraan ditetapkan pada 25 Januari tahun depan.


NONESementara itu, Anwar juga mengemukakan saman fitnah RM100 juta di Mahkamah Persekutuan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menggelarnya sebagai seorang homoseksual selepas Mahkamah Rayuan menolak saman itu kerana rayuan yang difailkannya tidak dibuat dalam bahasa kebangsaan sepertimana ditetapkan oleh undang-undang.


Mahkamah Persekutuan menetapkan 1 Mac untuk mendengar rayuannya bagi kebenaran mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu.


Anwar juga memfailkan saman sivil jutaan ringgit terhadap syarikat media dengan Utusan Malaysia dan New Straits Times mendahului senarai.


Agensi pencegahan rasuah negara yang diberi nama baru iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal 2009 turut dilanda kemelut apabila seorang setiausaha politik Teoh Beng Hock, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas beliau disoal siasat oleh SPRM Selangor berhubung penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri.


azlanPunca kematian Teoh sedang disiasat melalui satu inkues dan kerajaan juga bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kaedah penyiasatan yang digunakan oleh SPRM.


Mahkamah Tinggi juga memutuskan SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi pada waktu pejabat sahaja dalam kes anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah, 39, yang memfailkan saman terhadap SPRM, mendakwa penahanannya dan disoal siasat selama 16 jam oleh SPRM adalah melanggar undang-undang.


Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan oleh Mah
kamah Rayuan.

Imej SPRM juga tercalar ekoran kegagalan badan itu dalam mensabitkan beberapa nama besar iaitu bekas Menteri Kemajuan Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Datuk Ramli Yusoff dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab bagi kesalahan rasuah.


Badan itu bagaimanapun telah memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk merayu terhadap pembebasan Mirza yang kembali memegang jawatannya itu selepas perbicaraan itu.


Dalam skandal PKFZ, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka O C Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang terhadap tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM254.85 juta.


NONETiga yang lain, daripada kontraktor turnkey Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan perunding projek BTA Architect, menghadapi pertuduhan menipu dengan mengemukakan tuntutan palsu.


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata lebih ramai lagi akan dibawa ke muka pengadilan berhubung kontroversi PKFZ yang timbul selepas kos untuk membangunkan pusat kargo bersepadu di kawasan seluas 400 hektar itu melonjak daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.


Untuk makluman, PKA telah memfailkan saman RM920 juta terhadap KDSB untuk mendapatkan semula sebahagian daripada kerugiannya itu manakala Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat memfailkan saman fitnah RM500 juta terhadap Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Datuk Seri Tiong King Sing, yang juga anggota Parlimen Bintulu.
k sujathaSatu lagi kes koroner yang mendapat liputan media besar-besaran ialah inkues kematian aktres K Sujatha, 28, bekas pembantu peribadi kepada S Vell Paari, Ketua Pegawai Eksekutif Maika holdings dan anak Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.

Mahkamah Koroner memutuskan wanita itu membunuh diri selepas minum racun rumpai, paraquat.


Penulis blog kontroversi Raja Petra Raja Kamaruddin, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), melarikan diri daripada pihak berkuasa yang cuba melaksanakan waran tangkap terhadapnya ekoran kegagalannya hadir di mahkamah bagi pertuduhan memfitnah secara bertulis dan juga pertuduhan memfitnah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tiada pilihan selain menutup kes terhadap penulis blog itu yang kini dilaporkan berada di London selepas sebelum ini dispekulasikan berada di Australia. - Bernama

Sunday, December 27, 2009

USAHA JERIH HUSAM KINI SUMBANGKAN RM10 JUTA KEPADA KELANTAN

Mungkin bahan berita ini akan sedikit menutup mulut sesetengah pihak dalam PAS sendiri yang mencemburui Datuk Husam Musa kerana ia menjelmakan kebenaran akan kewibawaannya.

TGNA MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Husam sebagai "Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.


“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU).”

Hasil jasa dan kebaktiannya itu, maka benarlah sepertimana hukum Allah s.w.t. bahawa kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga.


Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Felcra Berhad menyerahkan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran lebihan pendapatan melalui projek perladangan getah dan kelapa sawit yang menjadi milik negeri.


Ia diserahkan oleh Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di sini semalam.


Selain itu, dokumen bagi ladang bernilai RM200 juta melibatkan kawasan tanaman seluas 6,065 hektar tanpa peserta yang dimajukan Felcra juga diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.


Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian itu, Tajuddin memberitahu, Felcra memajukan 10,802 hektar tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit di negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu.


Daripada kawasan yang dimajukan itu katanya, terdapat 31 projek dengan keluasan 6,065 hektar yang belum dipilih pesertanya oleh kerajaan negeri.

Ini adalah hasil usaha Husam untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada Negeri dan rakyat. Husam juga kelihatan mengemudikan usaha mendapatkan royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Kelantan.

sumber: perakite

HASAN ALI NAFI KELUAR PAKATAN RAKYAT

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyangkal spekulasi kononnya beliau telah keluar Pakatan Rakyat (PR) negeri, dan menjadii wakil rakyat bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri menegaskan beliau dan PAS Selangor akan tetap bersama PR untuk meneruskan kerajaan negeri, pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.


"Itu (khabar angin) tidak benar... itu adalah maklumat jahat untuk merosakkan nama saya. Saya tidak ada niat semacam itu (untuk keluar Pakatan dan bertindak sebagai Adun Bebas)," kata Hasan.


Hasan menegaskan pihaknya akan kekal dalam PR dengan memerlukan barisan wakil rakyat berkualiti yang "tidak akan melompat ke mana-mana parti yang lain."


Sambil merujuk situasi yang pernah dilalui PAS Kelantan, Hasan yang merupakan Adun Gombak Setia berkata, "walaupun ketika PAS di Kelantan pernah mempunyai hanya majoriti satu kerusi tetapi berupaya mempertahankan kerajaan negeri."


"Ini merupakan prinsip berkualit. Jadi, kami pun mahukan wakil rakyat berkualiti macam itu.


"Sepanjang satu setengah tahun memerintah Selangor, kami sudah membuktikan satu kerajaan yang bersih, dan kami mahu mengekalkannya," kata Hasan.

sumber: perakite


YB Tian Chua: "Pesta Konsumer Peluang Peniaga Perkenal Produk"

Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan syarikat MC2 Sdn Bhd menganjurkan Pesta Konsumer 2009 bertempat di Dewan Bandar Utama, Petaling Jaya.

Pesta tahunan itu diadakan bertujuan memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk memperkenal dan memasarkan produk mereka kepada pengguna.


Pesta siri ke-2 yang diadakan untuk tahun ini dirasmikan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.


Chua dalam ucapannya berkata, penganjuran ini dapat membantu pengguna berkomunikasi secara langsung dengan pengusaha selain mempromosikan produk-produk buatan tempatan.


“Pesta seperti ini membenarkan perniagaan dan pengguna berinteraksi secara langsung. Oleh yang demikian mereka dapat memperhalusi serta menyusun struktur perniagaan supaya mencapai hasrat keperluan semasa dan pengguna,” kata beliau.

Chua turut meminta pengguna untuk tampil memberi sokongan kepada usaha kerajaan negeri membangunkan ekonomi negeri melalui program-program yang dianjurkan.

Katanya, semua program anjuran kerajaan negeri dilakukan bagi membolehkan hasilnya dinikmati rakyat.


Tian berpendapat, pesta ini juga dilihat dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil memperkenalkan serta memperluaskan pasaran produk tempatan.


“Ada banyak perubahan struktur yang perlu kita lakukan dan memerlukan kesungguhan untuk melaksanakannya. Sebab tu kita memerlukan pengguna, kawan dan penyokong untuk bersama-sama memberi sokongan moral, teknikal dan sumber supaya kita boleh berjaya,” ujarnya.


Tambah Chua, pesta ini merupakan salah satu daripada pelbagai program yang bakal dilaksanakan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat bagi menjalankan tanggungjawab berbakti kepada rakyat.


sumber: tvselangor


Pesta Konsumer 2009 ini akan berlangsung dari 23 Disember sehingga 27 Disember 2009. Orang ramai dijemput hadir ke Dewan Bandar Utama dari jam 11 pagi hingga 9 malam untuk menikmati diskaun barangan sehingga 70 peratus selain mengambil bahagian dalam acara yang disediakan pihak penganjur.- Hadri Yaziz

Kutipan zakat Kedah meningkat RM11 juta - Setelah dibawah Pakatan Rakyat !

ALOR SETAR - Jumlah kutipan zakat di negeri ini meningkat sebanyak RM11 juta apabila mencatatkan kutipan RM68 juta tahun ini, berbanding RM57 juta pada tahun sebelumnya.

Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Datuk Sheikh Ghazali Yaacob berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kutipan tahun ini adalah kerana ramai pembayar zakat memilih skim Zakat Pendapatan Potongan Gaji.


“Skim ini mendapat sambutan majikan dan pekerja kerana memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat. Sehingga kini, terdapat 37,000 pembayar zakat yang memilih skim ini, terutama kalangan kakitangan awam dan Kerajaan Negeri,” katanya pada majlis penyampaian bantuan zakat kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di sini, semalam.


Sheikh Ghazali berkata, zakat perniagaan antara penyumbang terbanyak tahun ini dan antara penyumbang terbesar ialah institusi perbankan, Lembaga Tabung Haji dan syarikat korporat
.


“Begitu pun, masih banyak syarikat tidak menunaikan zakat perniagaan, kita sekadar boleh memberi nasihat kerana tiada peruntukan yang membolehkan kita mengambil tindakan perundangan,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Zakat Negeri Kedah memperuntukkan RM9.2 juta derma siswa melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan kepada 12,811 pelajar tahun ini.

“Hari ini sahaja kita menyerahkan RM973,600 kepada 1,249 pelajar antaranya dari daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Pendang, Kubang Pasu dan Padang Terap. Setiap pelajar peringkat Ijazah menerima RM1,000 manakala Diploma RM600,” katanya.


Derma siswa melanjutkan pelajaran ke luar negara, iaitu Mesir, Jordan dan Syria pula berjumlah RM1.2 juta memanfaatkan 306 pelajar, dengan bantuan RM4,000 setahun.


Sinar Harian

NOTA :

“Memandangkan kutipan zakat meningkat, jabatan zakat membuka permohonan pembiayaan pelajaran ini sepanjang tahun, berbanding sebelum ini diadakan secara bermusim kerana terhad kepada kuota 7,000 penerima bantuan sahaja,” katanya.

Enjin jet yg hilang dikesan di Argentine ?

Dua enjin jet pejuang buatan Amerika Syarikat F-5E bernilai AS$29 juta yang hilang dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dikesan berada di Argentina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pegawainya sedang menyemak dengan rakan setugas di Buenos Aires untuk memastikan enjin yang hilang itu masih berada di negara berkenaan.


“Enjin yang dicuri itu dibawa ke Argentina. Kami perlu periksa sama ada enjin itu masih berada di negara berkenaan," katanya kepada AFP hari ini.


Laporan menyatakan enjin berkenaan dijual di pasaran gelap oleh pegawai tentera kepada syarikat berpangkalan di Afrika Selatan selepas diambil dari pangkalan TUDM tahun lalu.


Selain enjin, bahagian lain pesawat pejuang itu juga dilaporkan dicuri. - AFP


sumber: perakite

PPP ANGGAP MURUGIAH TIMBALAN MENTERI HARAM – berita hairan


HARAM MACAM BEEF BACON
RAJA INI HARAM


Parti Progresif Penduduk (PPP), menganggap T Murugiah,
sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan
melepaskan jawatannya walaupun sudah
dipecat daripada parti itu Jun lalu.


Presiden PPP,
M Kayveas, berkata beliau
menyerahkan kepada Najib Razak untuk menentukan
kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan j
awatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat
atas kuota PPP.


"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan
Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan
terpulang kepada Perdana Menteri untuk
mengambil tindakanterhadapnya," kata Kayveas
pada majlis rumah terbuka Hari Krismas
anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) di sini, hari ini.


KAH KAH KAH… woit…. INI SUDAH LEBIH… kah kah kah..

kah kah kah… MENTERI PUN ADA HARAM…
kah kah kah…
woit… MUNKEE INI SAMA MACAM
BAKU TEH KE?.... kah kah kah..


kah kah kah… SAMA MACAM HAMBURGER?...kah kah kah…

kah kah kah… SAMA MACAM BEEF BACON…. kah kah kah…

sumber: tukartiub

TERENGGANU PERUNTUK RM10 JUTA BANTU PESAKIT KRONIK – berita hairan


JANGAN GUNA HARTA RAKYAT UNTUK KEMPEN
MUKA MACAM INI BERSUMPAH BOLEH PERCAYA

Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan
khas RM10 juta tahun depan bagi membantu anak
negeri yang mengidap masalah penyakit kronik
seperti jantung berlubang, kanser, dan masalah saraf,
dalam meringankan beban mereka untuk
mendapatkan rawatan.


Datuk Ahmad Said berkata, orang ramai yang
menghadapi masalah berkaitan penyakit itu
diminta menghubungi Pejabat Menteri Besar bagi
memudahkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan.


"Kerajaan negeri berharap penyediaan peruntukan
itu dapat membantu usaha meringankan beban
mereka yang terbabit,” katanya ketika pemberita
ketika ditemui semasa melawat keluarga Amran
Abu Bakar, 43, di sini hari ini.


Anak Amran, Nurzahirah, 10, mengalami penyakit
saraf manakala adiknya Ainul Hayat, 8, yang mengalami
sindrom down sejak dilahirkan juga mengalami penyakit
jantung berlubang.


Ahmad berkata, Nurzahirah yang kini hanya
mampu terlantar akan dirujuk kepada pakar dan
kerajaan negeri juga bersedia membantu untuk
membiayai kos pembedahan Ainul Hayat di Institut
Jantung Negara tidak lama lagi.


KAH KAH KAH…
woit… KERJA MENTERI BESAR BUKAN HULUR
DUIT SEDEKAH…kah kah kah…


woit… MB KERJANYA MEMBUAT DASAR…. kah kah kah…

woit….TAK PERLU SEDEKAH SEDEKAH…kah kah kah…


woit… TAK PERLU MINTA MINTA… kah kah kah… kah kah kah…
KENAPA BODOH SANGAT…. kah kah kah…


woit… TAK KAN TIDAK TAHU… JANGAN JADI
BODOH…kah kah kah…
woit…TUGAS KERAJAAN IALAH MENYEDIAKAN
HOSPITAL… kah kah kah…


kah kah kah…RAKYAT TAK PERLU MENGHINA
DIRI… MINTA MINTA BANTUAN… kah kah kah..


kah kah kah… BERI SEDEKAH INI BUKAN DUIT
GEROMBOLAN… INI DUIT RAKYAT…kah kah kah


sumber: tukartiub

PELAJAR CEMERLANG DIRASUAH AHMAD SAID - harakah daily


RASUAH AWAL AWAL - KALAU TIDAK IKANG HILANG KETUANAN MELAYU MENOBATKAN RASUAH

"Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini,
saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya
ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi
tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."


Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Ahmad Said di
Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.


Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar
seluruh Terengganu yang menerima hadiah
kecemerlanganPelajar Yayasan Terengganu.


Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan
negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun
kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi
tetapi secara terus terang.


KAH KAH KAH…

woit… KECIK KECIK LAGI DAH DI AJAR DENGAN DUIT… kah kah kah…


woit…. KECIK KECIK LAGI DAH MULA DI RASUAH… kah kah kah..


woit…. BILA SUDAH BESAR…. BOLEH JUAL ENJIN
KAPAL TERBANG…kah kah kah…


kah kah kah… BILA SUDAH BESAR…JADI
BARUA GEROMBOLAN… kah kah kah…

sumber: tukartiub

Saturday, December 26, 2009

ENAM SESI PERTEMUAN AWAM, KDN SETUJU ISA DI KEKALKAN- mStar





BERSEDIA UNTUK KEJALAN RAYA HAPUSKAN GEROMBOLAN -
MAKA ISA AKAN HAPUS !


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan
enam sesi Pertemuan Awam dengan pihak
berkepentingan bagi membincangkan isu Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan
masing-masing bersetuju akta itu dikekalkan bagi
tindakan pencegahan awal sebarang perbuatan atau
tindakan keganasan yang boleh
mengancam keselamatan negara.


Hishammuddin Hussein berkata, lima isu pokok telah
dikenalpasti yang menimbulkan rasa tidak puas
hati sesetengah pihak terhadap penguatkuasaan
dan pelaksanaan akta tersebut.


Aspek-aspek tersebut melibatkan kuasa-kuasa
menteri, tempoh tahanan, hak-hak dan layanan
terhadap orang tahanan, persepsi umum bahawa
pelaksanaan akta itu bagi tujuan politik dan penahanan
tanpa bicara, menurutnya dalam satu kenyataan di sini.


KAH KAH KAH…


woit… BUKAN MAIN HEBOH… NAK BUAT PINDAAAN…
kah kah kah..
woit… BUKAN MAIN HEBAT…. NAK JADI
DEMOKRATIK…kah kah kah…


woit….BUKAN MAIN HEBAT….NAK TUNJUK ADIL…kah kah kah


kah kah kah… POOOOOOOORAAAAAAHHHHHH….. kah kah kah..

nota:


seperti yang di ramal oleh tt
tidak akan ada berlaku apa
apa
perubahan. ini kerana isa adalah pembantu untama
gerombolan untuk
meneruskan kuasa dan merompak negara.

cakap cakap untuk dipinda dan di ubah
bertujuan
untuk menipu rakyat yang naik
angin. nak meredakan
kemarahan rakyat
yang beribu ribu turun ke jalan raya.

semua tipu!


hanya ada satu jalan untuk isa di hapuskan
hapuskan
gerombolan maka akan hapus isa kah kah kah.

sumber: tukartiub

SIASAT PENTABIRAN SAYA – MADEY - melayau





JUMPA ULAR - JUMPA MADEY - KETUK KUTTI DULU
FIRAUN CUBA MENYOROK !


Mahathir Mohamad mengakui pernah berlaku beberapa
kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya
tidak mencecah RM10 bilion.


Beliau berkata, jika kerajaan kerugian sehingga
RM100 bilion seperti yang didakwa Barry Wain, penulis
buku Malaysia Maverick, kerajaan sedia ada pasti tenat.


"Walaupun pertumbuhan kita agak lemah dalam
beberapa tahun, kerajaan tidak pernah gagal
memenuhi semua komitmen kewangan termasuk
perkhidmatan pembayaran balik hutang.


KAH KAH KAH..


woit… NAK SIASAT APA LAGI… kah kah kah..
woit…
NAK TIPU APA LAGI… kah kah kah…


woit… MEMANG LAH BERANI SURUH SIASAT… kah kah kah…


kah kah kah…. HAKIM INI HAKIM FIRAUN… kah kah kah..


kah kah kah… KETUA POLIS… ANAK DIDIK
FIRAUN… kah kah kah…
kah kah kah…. TAK PERCAYA?.... kah kah kah.. woit…. TANYA LINGGAM…. MALAON INI
YANG SUSUN …kah kah kah..


kah kah kah… MELAYU KENA TIPU… BUKAN
KETUANAN MELAYU…kah kah kah..


kah kah kah kah… KETUANAN KELING LINGGAM…. kah kah kah


sumber: tukartiub

RAKYAT DIMINTA BERMURAH HATI - berita hairan



PEROMPAK MINTA ORANG LAIN BERSEDEKAH

KALAU BELI KAPAL SELAM DARI AH BENG INI MESTI BANYAK SELAMATKAN DUIT
Najib galak masyarakat berlainan agama bantu golongan memerlukan
Najib Razak berharap semua rakyat Malaysia, tidak
kira apa juga kepercayaan agama, mempamerkan
kemurahan hati dan perasaan belas kasihan dengan
menghulurkan bantuan kepada golongan yang
paling memerlukannya.

Dia berkata golongan yang paling memerlukan bantuan itu,
termasuk daripada mereka yang tidak berdaya kepada yang
susah sehinggalah kepada perkhidmatan kecemasan yang
sentiasa sedia berkhidmat.


Dengan semangat kemurahan hati ini, kita harus juga
menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar. Satu
perayaan Krismas yang lebih hijau boleh diadakan.

KAH KAH KAH…
woit…NAK BERMURAH HATI MACAM MANA?... kah kah kah..
woit… SEMUA HARTA KEKAYAAN NEGARA KENA REMBAT…kah kah kah.. kah kah kah…. MADEY REMBAT 100 BILION RINGGIT….kah kah kah…

kah kah kah… MADEY TUDUH DOLAH REMBAT 270 BILION…
kah kah ka..

woit… INI BELUM KIRA LAGI YANG DI REMBAT OLEH MENTERI… POLIS…KASTAM… JENERAL…kah kah kah…
woit… SEMUA MENYAMUN… SEMUA MEROMPAK….kah kah kah..
woit… KALAU SEMUA DUIT INI DI GUNKAN UNTUK RAKYAT…
.TAK PERLU SEDEKAH SEDEKAH…kah kah kah..

kah kah kah… TIAP MINGGU KITA BERKRISMAS…
kah kah kah..

kah kah kah... SATU MALAYSIA DAPAT HADIAH....
kah kah kah

nota:
altantuya apa cerita? best ke ? puteh dari ziana kan?

sumber: tukartiub

MADEY : SIASAT JUGA RM270 BILION ZAMAN PAK LAH - malaysiakini


ORANG MELAYU KENA TIPU - JAGA JAGA AUTA KELING !

Tidak cukup mempertahankan dirinya, Mahathir Mohamad
turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri
berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa
dalam sebuah buku terbaru.


Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion
sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Mahathir meminta
kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion
sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun
Abdullah Ahmad Badawi.


Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar
menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan
erhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick:
Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.


KAH KAH KAH..


woit… INI BETUL BETUL SEPERTI APA ORANG MELAYU CAKAP…
kah kah kah..
woit… APA ORANG MELAYU CAKAP ?.... kah kah kah..

kah kah kah… ORANG MELAYU CAKAP INI LAH DIA : AUTA KELING….
kah kah kah…


kah kah kah… DIA YANG MENCURI…. DIA TUDUH ORANG LAIN…
kah kah kah…

suber: tukartiub

UMNO Perak Membela Melayu ???


ANJANG HALIM menunjukkan gerai Lemang Seladang miliknya yang dirobohkan MBI di Taman Soon Choon, Ipoh semalam.

IPOH - Kelazatan lemang Seladang mungkin tidak dapat dirasai lagi oleh orang ramai khususnya penduduk bandar raya ini apabila gerai yang sudah bertapak di Taman Soon Choon di sini lebih 20 tahun lalu, dirobohkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam.
Pengusahanya, Anjang Halim Md. Saman, 57, mendakwa, gerai lemangnya telah dirobohkan MBI pada pukul 8 pagi tanpa sebarang notis pemberitahuan.

"Walaupun gerai lemang saya dibina di atas rizab jalan tetapi ia tidak mengganggu lalu lintas malah saya telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.
"Saya ikut semua syarat ditetapkan JKR Perak. Lagi pun saya telah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu, kenapa sekarang baru hendak dirobohkan," katanya ketika ditemui di tapak gerainya yang telah diroboh.


Lemang Seladang terkenal di bandar raya ini kerana keenakannya dan menjadi pilihan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga pelancong asing seperti Hong Kong, Australia dan Singapura.
Artis Hollywood, Jodie Foster juga pernah singgah di gerainya untuk menikmati lemang semasa dia melakukan penggambaran filem Anna and The King di bandar raya ini pada tahun 1999.

(sumber kosmo)
sumber: anaksengat

Keberanian MB Ahmad Said akan selamatkan negara

Oleh Husam Musa

Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu. Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu.


Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri.


Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'.


Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan.


Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat
.


Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan.


Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak.


Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas.


Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko.


Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya.


Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas.


Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi
.


Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja.


Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja.


Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat.


Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang.


Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur.


Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan.


Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

ADUN Chenor Kaya Raya ? Antara 2 Darjat !



Rakyat negeri ini tidak terkejut dengan pendedahan yang telah dibuat oleh mantan Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (foto) perihal ada pemimpin politik negeri yang menggunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk meneroka dan menceroboh ratusan hektar tanah dengan sesuka hati mereka.

Dato' Tan, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor dan Exco kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal pertanian dan peneroka Felda itu mendedahkan kegiatan tersebut telah berlaku sejak sekian lama dan semakin serius mutakhir ini.
Biarpun beliau tidak menamakan pemimpin UMNO terbabit, namun rakyat setempat sudah boleh meneka siapakah antara mereka yang terlibat.
Setakat ini Dato' Tan masih berdiam diri tentang cabaran pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS yang mahu supaya beliau mendedahkan nama-nama tersebut atau berhadapan dengan tindakan laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kenyataan beliau itu.
Susulan pendedahan beliau itu juga, maka ramailah pemimpin UMNO Pahang terutamanya yang berkedudukan amat khuatir dan gusar sekarang ini. Mereka kecewa dengan kenyataan melulu Dato' Tan itu, sedangkan mereka juga tahu banyak rahsia pemimpin kanan UMNO Bahagian Maran itu sebenarnya.
Beliau yang sudah beberapa penggal menjadi ADUN itu dikatakan "lupa daratan" oleh pemimpin UMNO apabila mendedahkan kegiatan ini.

Ramai dikalangan mereka menganggap Dato' Tan sengaja cuba "menjolok sarang tebuan" kerana rekod perkhidmatan beliau sendiri sejak menjadi wakil rakyat itu amat meragukan. Malahan, Dato' Tan kini dikatakan sedang sibuk membina "istana mahligai air mata rakyat" di kediamannya dekat Chenor yang dipercayai menelan belanja mencecah jutaan ringgit.
Malah, ramai juga tahu Dato' Tan telah membina kekayaan untuk dirinya serta saudara mara beliau sejak menjadi pemimpin UMNO di bahagian Maran.

Bagi menutup kelemahannya, beliau memasang kroni di merata tempat termasuk ADUN Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Samsuddin yang dipercayai adalah anak saudaranya sendiri. Malahan, Ahli Parlimen Maran Dato' Ismail Mutalib juga dikatakan mempunyai hubungan saudara dengan pemimpin terbabit. Pendek kata, Dato' Tan sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan demi menjaga kepentingan politiknya di bahagian Maran itu sebenarnya. Ramai pemimpin UMNO Pahang melihat, pendedahan Dato' Tan itu seperti sengaja "membuka pekung di dada" beliau sendiri.

Inilah kediaman rumah ADUN Chenor itu yang sedang dibangunkan
Ini pula rumah rakyat yang terletak tidak jauh dari kediamannya itu Selain daripada memperkayakan suku sakat dan kroni-kroninya, Dato' Tan juga cukup dikenali sebagai perompak balak secara berhemah di Pahang.

Dengan kedudukan beliau selama ini yang memegang portfolio exco pertanian, maka mudahlah baginya untuk memperdayakan rakyat dengan satu strategi licik yang cukup sukar untuk difahami sebenarnya. Hanya rakyat yang bijak dan tidak dibutakan mata dan hati sahaja boleh menilai segalanya.
Atas nama projek pertanian seperti penanaman keledek, roselle, jagung dan ladang rakyat maka beliau begitu mudah untuk mengeluarkan beratus-ratus ekar hutan balak di negeri ini.

Malah ada juga industri pertanian dalam bidang penternakan yang turut digunakan untuk tujuan tersebut, misalnya dengan memperkenalkan program lembu pawah dan sebagainya.
Kebanyakan projek berkenaan hanya sebagai gimik semata-mata, sebaliknya belum apa-apa lagi ratusan ekar kayu balak telah "dirompak secara berhemah" oleh beliau dan kroni-kroninya. Perkara ini memang telah diketahui oleh sebahagian besar rakyat tambahan pula puak-puak UMNO karat.

Namun dek kerana kebijakan Dato' Tan menggunakan "politik wang" setiap kali pilihanraya dan musim pemilihan UMNO maka riwayat politiknya terus selamat hingga ke hari ini.
Bagi mereka yang tidak mengenali pemimpin ini dengan rapat, pasti akan menganggap beliau adalah pemimpin yang hebat. Namun, bagi yang sudah mengenali dan mendalami kehidupan beliau maka ternyata Dato' Tan adalah seorang yang boros dan suka bermegah-megah.

Lantaran itulah kita tidak hairan beliau sanggup membina mahligai istananya, sebagai persediaan dipenghujung kariernya sebagai wakil rakyat DUN Chenor itu.
Beliau mungkin tahu bahawa dirinya kemungkinan besar tidak dicalonkan lagi oleh UMNO dalam pilihanraya umum akan datang. Maka itulah, dibina istana sebagai bukti perjuangan membela rakyat yang dilaung-laungkan selama ini. Anehnya, rakyat miskin yang terletak berdekatan dengan rumahnya sendiri langsung tidak terbela selepas begitu lama menjadi wakil rakyat.

[Atas dasar inilah, Dato' Tan Aminuddin tidak perlu mendabik dada seolah-olah beliau bersih dari segala amalan rasuah dan penyelewengan dalam isu rompakan wang rakyat di negeri ini. Rakyat melihat sendiri apa yang dilakukannya, malah kesombongan dan kerakusan pemimpin ini untuk terus berkuasa menyebabkan beliau hampir menumbuk muka Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob ketika melihat namanya tidak dicalonkan dalam pilihanraya umum ke-11 beberapa tahun yang lalu.
Inilah sikap beliau sebenarnya yang langsung tidak diketahui oleh rakyat.
Malah, beliau pernah menaja ketua-ketua UMNO di Bahagian Maran untuk menunaikan umrah dan ziarah ke timur tengah menjelang pemilihan UMNO bahagian itu beberapa tahun yang lalu. Semua ini adalah bertujuan untuk memancing undi semata-mata. Oleh itu marilah sama-sama kita menolak Dato' Tan dan semua pemimpin UMNO BN yang telah sekian lama merosakkan dan merompak hasil mahsul serta khazanah negeri sejak dulu, kini dan selamanya].


sumber: pahangdailyonline

Friday, December 25, 2009

Rosmah Yang Menonjol dan Tertonjol..

Ramai yang mengatakan bahawa Rosmah sebagai "First Lady" di Malaysia,cakap-cakap berisi ini dijaja oleh juak-juak wanita Umno yang tak keruan adanya.Sebenarnya apa yang wa lihat Rosmah ni "Lebih Senduk dari Kuah Kari"bukan waktu suaminya sebagai PM,malah semasa Pak Jib menjadi TPM Rosmah sudah ligat mempopulari dirinya,walaupun kebanyakan rakyat meluat akan perangai keji beliau yang sanggup meninggalkan kaum keluarga sendiri demi untuk mengejar kemasyuran dan dipandang hebat.

Yang wa tahu gelaran firts lady ni diberikan kepada wanita nombor satu di negara kita,iaitu isteri kepada yang diPertuan Agong,malah memang bersesuaian kerana beliau "Firts Lady" yang Menutup AURAT.Bukan macam kak rosmah yang bangga menonjolkan setiap yang haram ditonjol sehingga dilaknat Allah.Beliau juga seorang isteri PM yang gilakan publisiti sehingga memaksa pihak media membuat laporan terhadap kehebatan beliau didada akhbar dan majalah sehingga memualkan masyarakat yang telah tahu akan kelibat sebenar isteri kepada PM ini.

Malah boleh dikatakan saban hari ada saja program bagi beliau,tetapi kebanyakannya berkisar dikalangan isteri-isteri para menteri dan kelab serta persatuan elit mereka demi untuk mengejar publisiti murahan yang dipandang hebat oleh masyarakat yang kurang maklumat.

Kalau sebelum ini paklah disindir oleh rakyat kerana kelibat terlampau dan melampau-lampau menantunya,kini Pak Jib pula akan disindir dan dimeluati kerana kelibat yang memualkan oleh isterinya.Apa yang menjadi tanda soal ialah,kelemahan dan kecelaruan Pak Jib sebagai suami yang tunduk kepada desakan dan asakan isteri beliau sehingga menampakkan kedayusan beliau.

Atas sikap ingin menonjol,sehingga yang haram tertonjol dan ditonjolkan.Maka Rosmah sudah berjaya menjadi alat "Remote Control" kepada Pak Najib yang kini semakin kecelaruan dalam era pemerintahannya yang "menonjolkan" isu-isu berat yang semakin meyusahkan rakyat dan menambahkan krisis keyakinan rakyat terhadap pemerintahannya semakin tinggi.Apakah era pemerintahan Pak Jib dan isterinya "Karut Lady" paling singkat dalam sejarah PM Malaysia..kita tunggu dan lakukan perubahan.

sumber: sendirimauingat

2x5 = 2 Mantan PM - $100 & $270 Billion Lesap ?





Harakahdaily - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir
Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan
ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung
dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan
zaman masing-masing.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata,
satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi
menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily
ketika diminta mengulas berhubung dakwaan
Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan
sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk
kegunaan peribadi beliau.
Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini,
kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah
yang dihabiskan pada zaman masing-masing.
Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam
masa 23 tahun pemerintahannya.
"Kedua-dua mereka harus dihadapkan ke muka
pengadilan iaitu perlu kepada satu proses penyiasatan
yang telus ke atas kedua-dua bekas perdana menteri itu.
Ianya perlu kepada satu penubuhan Suruhanjaya Diraja.
Bagi saya kedua-duanya ada masalah dan mereka
perlu menghadapi satu siasatan dan siasatan itu
perlu telus, bukan polis, bukan SPRM," katanya.
Menurut Mahfuz juga, jika Suruhanjaya Diraja tidak
dapat ditubuhkan, satu jawatankuasa siasatan di peringkat
Parlimen harus ditubuhkan dan laporan siasatan
berkenaan diletakkan di bawah bidang kuasa Speaker
Dewan Rakyat untuk dibahaskan," katanya lagi.
"Paling kurang pun satu jawatankuasa siasatan
peringkat parlimen yang dianggotai pelbagai latar belakang,
diletakkan di bawah parlimen dan laporan (siasatan)
dihantar ke parlimen untuk diperiksa dan dibahaskan," tambahnya.
Mahfuz juga menyifatkan kedua-dua mantan
Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling
menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam
salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.
"Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun. Seorang
kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang
yang samun lebih. Dua-dua pun penyamun.
"Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah habiskan 28 bilion,
sudah tentu beliau (Tun Mahathir) habiskan lagi banyak
sebab beliau 22 tahun memerintah berbanding Pak Lah
yang hanya lebih kurang 4 tahun," ujarnya.
Mahfuz turut menegaskan, siasatan terhadap projek
pembinaan rumah Pak Lah yang berjumlah RM12 juta
uga perlu disegerakan kerana pembinaanya dibuat sewaktu
Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini katanya membuktikan Najib juga terlibat dalam
penyelewenagn dana awam.
"Siasatan ini juga termasuk rumah Pak Lah RM12 juta.
Tapi rumah Pak Lah itu dibina di zaman Najib. maksudnya
dalam pengetahuan Najib."katanya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat http://sharpshooterblogger.blogspot.com/