Followers

Tuesday, July 1, 2014

Jawatankuasa Fatwa Terengganu putuskan Kassim Ahmad Kufur dan Murtad


Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad (gambar) pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.

Media New Zealand Dedah Nama Diplomat Malaysia Yang Dituduh Merogol Warganya

 
Media New Zealand telah menamakan diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam satu kes kesalahan seksual selepas mahkamah tinggi di sana menarik balik perintah melarang identitinya didedahkan.

Portal berita stuff.com.nz menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.

Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Portal berita itu berkata Robert Stewart, peguam bagi Fairfax Media, yang merayu perintah larangan itu ditarik balik, berkata Kementerian Luar Malaysia dijadual membuat kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

Oleh itu, katanya, media New Zealand akan berada dalam kedudukan tidak adil jika ia tidak dapat mendedahkan nama seorang lelaki yang mungkin didedahkan di luar negara.

Muhammmad Rizalman, yang berusia dalam lingkungan 30-an, tidak diwakili peguam di pendengaran itu tetapi peguam Barbara Hunt telah dilantik oleh mahkamah untuk membantu jika perlu.

Muhammad Rizalman pertama kali muncul di mahkamah daerah pada 10 Mei di mana dua Hakim membenarkan perintah larangan tersebut. Seorang pendaftar mahkamah meneruskan perintah tersebut pada 15 Mei apabila polis berkata isu imuniti diplomatik sedang diteliti.

Kes itu didengar Hakim Mahkamah Daerah Bruce Davidson pada 30 Mei apabila perintah larangan itu diteruskan.

Sementara itu, polis New Zealand tidak menentang rayuan itu kerana tidak ada hubungan antara defendan dan mangsa yang dikatakan itu, jadi tiada risiko jika dia dikenal pasti jika defendan dinamakan. - mkini

Diplomat Yang Rogol Wanita Di New Zealand Akan Juga Didakwa Di Malaysia

  PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan seorang diplomat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand sedang disiasat berkaitan dakwaan membuat serangan seksual dan rompakan keatas seorang wanita warga New Zealand pada 9 Mei lalu.


Anifah menamakan suspek sebagai Pegawai Waran II MINDEF di New Zealand, Muhammad Rizalman Ismail, 38 yang telah dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei 2014.

Katanya, sehingga kini kekebalan diplomatik suspek kekal.

“Malaysia tidak akan menarik balik kekebalan imuniti terhadap seorang diplomatnya yang menjadi suspek kes serangan seksual di New Zealand, kecuali ia diperlukan,” kata Anifah dalam satu sidang akhbar di Wisma Putra, Putrajaya hari ini.

Sebaliknya siasatan akan dijalankan keatas suspek di negara ini.

Katanya lagi, siasatan akan dijalankan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang telah pun menubuhkan satu lembaga siasatan untuk menyiasat perkara itu.

“Hanya sekiranya perlu, pada pendapat kita untuk melakukannya (mengenepikan kekebalan) kita akan lakukan, tanpa ragu-ragu,” kata Anifah.

“Kita amat yakin dengan lembaga siasatan MINDEF dan pihak MINDEF akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand.”

Rizalman menurutnya turut menjalani ujian kesihatan di Pusat Perubatan MINDEF pada 29 Mei untuk  menjalani ujian mental dan fizikal. Ujian air kencing dan darah turut dijalankan ke atas suspek. Keputusan ujian kesihatan itu adalah memuaskan.

Rizalman kini masih berada di Hospital Tentera Tuanku Mizan untuk penilaian tahap kesihatan mental dan emosinya.

Pihak berkuasa New Zealand juga bekerjasama dalam mendapatkan bukti yang diperlukan, tambah Anifah.

Menurutnya dalam satu perbincangan pada 12 Mei, pihak New Zealand telah menawarkan alternatif untuk suspek dibawa pulang ke Malaysia dimana suspek  bersama keluarganya telah pun dibawa pulang 22 Mei lalu.

Menurut Anifah, PesuruhjayaTinggi Malaysia di New Zealand telah mengadakan perbincangan bersama Timbalan Ketua Protokol dari Kementerian Luar dan Perdagangan New Zeland selain pegawai polis New Zealand mengenai perkara ini.

"MINDEF juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas suspek di bawah Akta Angkatan Tentera 1972, jika ia terbukti tanpa sebarang keraguan bahawa tertuduh bertanggungjawab serta telah melakukan kesalahan seperti yang didakwa," katanya.

Tertuduh di tahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei 2014 dan dibawa ke mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan cubaan merompak serta gangguan seksual ke atas seorang wanita dengan niat merogol.

Identiti suspek sebelum ini dirahsiakan tetapimahkamah New Zealand hari ini telah menarik balik larangan terbabitselepas menerima desakan dari pihak media.

 

"Malaysia Mahu Tuduhan Digugurkan"

Isu Diplomat Suspek Kes Serangan Seksual, Rupa-rupanya Menteri Luar Malaysia....



 
[Malaysia Kini] New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Datuk Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan kebenaran untuk diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.
Antara didedahkan, surat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada kementerian luar (MFAT) New Zealand yang menunjukkan permohonan supaya Muhammad Rizalman Ismail pulang ke negaranya datang daripada pihak negara ini.

Surat bertarikh 21 Mei, yang dilihat Malaysiakini, sebagai reaksi kepada MFAR bertarikh 10 Mei kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang meminta supaya kekebalan diplomatik Rizalkan dilucutkan.

Ia penting supaya tindakan polis dapat diambil terhadapnya di negara itu.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekenalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu. -1/7/14



Duniacacamarba

Spiderman Malaysia Panjat Bangunan 36 Tingkat


Lelaki warga tempatan (tengah) yang menimbulkan kekecohan apabila memanjat bangunan NU Central di Brickfield, semalam.

KUALA LUMPUR 30 Jun - Jika sebelum ini negara pernah digemparkan dengan aksi Spiderman Perancis, Alain Robert yang berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas tanpa menggunakan kelengkapan memanjat, kali ini seorang lelaki warga tempatan pula melakukan aksi sama di bangunan 1 Sentrum setinggi 36 tingkat di Brickfields, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, lelaki berusia 26 tahun itu bertindak memanjat bangunan pusat komersial tersebut dengan hanya memakai sandal, baju T , berseluar pendek hitam, menutup muka dengan sapu tangan, memakai beg sandang berwarna biru dan kamera lasak.

Ketika sampai di tingkat paling atas dia sempat mengibarkan bendera Malaysia sebelum ditahan polis. Lelaki itu kemudian dibawa ke Balai Polis Travers untuk siasatan lanjut dan dibenarkan pulang hari ini.

Lelaki 'Spiderman' yang memanjat bangunan 1 Sentrum di Brickfield, Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh pihak polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu.

Menurut beliau, lelaki itu mendakwa ingin menjadi orang pertama memanjat bangunan tersebut selepas mendapat maklumat ada peserta daripada luar negara mahu berbuat demikian dalam tempoh terdekat ini.

"Lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 14 Akta Undang-Undang Kecil dan selepas keterangannya diambil kita benarkan dia dijamin," kata beliau.

Sementara itu, video serta gambar aksi lelaki itu turut dimuat naik di akaun Facebook bernama Keow Wee Loong (UglyKiwi) yang dipercayai miliknya.

Berdasarkan status yang dipercayai dimuat naik oleh lelaki terbabit, dia memberitahu hanya sempat memaparkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam serta ucapan selamat kepada bekas model, Felixia Yeap yang bakal memeluk Islam pada 5 Ramadan ini ketika berada di puncak. Ucapan itu ditulis di atas dua helai kertas A4.

Pada 1 September 2009, Robert yang terkenal dengan kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa bantuan kelengkapan memanjat, ditahan kerana memanjat Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat itu tanpa permit.



Bloglist Malaysia

VIDEO - Felexia @ Rania Memeluk Islam



Bangkai MH 370 Ditemui - TERBUKTI TEORI KONSPIRASI ADALAH BENAR

JIKA AUSTRALIA JUMPA BANGKAI PESAWAT MH370 DI HUJUNG LAUTAN HINDI SELATAN, MAKA TERBUKTI TEORI KONSPIRASI ADALAH BENAR

Kalau Yong tak komen apa-apa mengenai perkembangan terbaharu yang dibuat oleh kerajaan Australia ni, Yong rasa amat bersalah. Bersalah kerana menentang suara hati nurani.

Dulu Australia kata begini:

THE GUARDIAN

Apa katanya?

Dalam bahasa Inggeris yang berbelit-belit:


Yong terjemahkan:

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata analisis itu berdasarkan perhubungan akhir radar pesawat di antara Laut China Selatan dan Selat Melaka, dan mencadangkan pesawat akan membakar bahan api yang lebih pada peringkat awal penerbangannya. 
 
Oleh itu ia tidak akan sampai jauh ke Lautan Hindi sebelum kehabisan bahan api dan terhempas. 

Lokasi sasaran baru bermakna pesawat (pencari) dapat menghabiskan masa lebih lama di kawasan carian, dan dengan prospek cuaca lebih baik kerana ia jauh dari keadaan yang terkenal buruk "roaring forties" di antara garis lintang 40 dan 50 darjah selatan. 
 
Sebelum itu pesawat (pencari) telah menggunakan banyak bahan bakar dan masa hanya untuk pergi ke laut dan balik. 
 
Ini mengakibatkan kapasiti yang terhad untuk kekal "di tempat kejadian," kata John Young, Pengurus Besar AMSA bahagian kecemasan.

Itu dia. Kenyataan Hishamuddin Hussein boleh baca di sini.

Yong percaya sudah tentu John Young ini bercakap sebagai seorang pakar.

Tetapi dua hari sudah ini pulak terjadi:

SCMP

Australia kata MH370 terbang secara auto-pilot kerana semua sudah pengsan. Kemudian ia kehabisan bahan api dan jatuh jauh di hujung Lautan Hindi Selatan. Ini juga katanya dari pakar. Entah pakar mana tidak disebut pulak.

Inmarsat pula mengaku ia silap:

PING PALSU? (THE RAKYAT)

Inmarsat mengaku silap. Kenapa ia mengaku silap? John Young ada mengaku silap tak? Ada siapa dengar? Yong belum dengar.

Jika John Young tak silap dan Australia terjumpa serpihan pesawat MH370 di hujung Lautan Hindi Selatan, bermakna teori konspirasi itu benar. Serpihan itu sengaja diletakkan di situ untuk ditemui.

Logik kah pesawat MH370 itu boleh terbang sehingga ke hujung dunia dengan minyak yang diisi mengikut "standard practice"? 

Untuk sampai ke Diego Garcia pun ia perlu refueled. Ini pulak ke Antartica.

Lantak komer nak percaya Australia ni. Yong sependapat dengan Dr Mahathir. Skeptik.
Kerajaan Malaysia dah bayar bill Inmarsat atau belum?




Di Malaysia - Macam Macam Ada..... "KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN"

Mengandung 2 Bulan ─ Terdesak, Post Status Cari Calon Pak Sanggup di FB



Kegilaan apa kah ini? Itu lah, sebelum buat taknak fikir, kan dah susah tu.

Menghairankan SK, kenapa dia nak update status macam ni? Satu dunia tahu dia mengandung anak luar nikah.

Jadi kalau ada orang yang sanggup kahwin sekalipun tetap tidak akan menyorokkan yang dia mengandung anak luar nikah dari pandangan masyarakat memandangkan dia dah pun buat pengumuman seperti ini.

Bagaimanapun, tidak tahulah samada akaun Facebook dia telah digodam dan sebagainya.

Kepada pemuda-pemuda di luar sana yang teramat baik hatinya untuk cuba menutup aib wanita ini bolehlah jadi pak sanggup.

- SiakapKeli

Tips Untuk Khatam Al Quran 30 Juz Sendirian Pada Bulan Ramadhan Dicatat oleh ustazcyber



Anda ingin mengkhatamkan bacaan Al-Qur'an di Bulan Ramadhan? Berapa kali anda ingin khatamkan Al-Qur'an? Insyaa Allah mudah sekali, jika itu sudah ada kemahuan yang kuat!

Ini tips yang harus anda ketahui,

 
1. 1 juz Al-Qur'an (versi madinah Rasm Utsmany, biasanya warna hijau) terdiri dari 20 halaman, 10 lembar
2. Tilawah 1 halaman boleh mengambil waktu 1-2 menit
3. Tilawah 1 juz boleh selesai dalam 1 atau 2 x 20 halaman = 20-40 Minit In syaa Allah tergantung lancarnya bacaan.

Mahu Khatam tilawah 30 juz sekali di bulan Ramadhan?

 
1. Atur waktumu. Boleh malam, atau siang, boleh juga setiap ba'da sahur dan disetiap antara adzan dan iqamah.
2. Sediakan waktu khusus untuk bertilawah, 20-40 minit untuk sekali khatam 1 juz sehari. Jika ingin khatam lebih banyak lagi maka tinggal disesuaikan waktunya.

Atau mahu khatam dua kali?....lagi VoaI,

Siapkan waktu khususmu sehari 80-90 minit untuk bertilawah dua juz sehari secara rutin.

Khatam tiga kali, mahu?

 
Khususkan waktumu sekitar dua jam saja sehari dibagi dalam tiga tahap:


-40 minit awal anda khatam satu juz saja
-Juz yang kedua dan ketiga juga seperti itu.

Jika ini rutin, maka anda khatam 3 juz sehari, dan dalam 10 hari boleh satu kali khatam in syaa Allah.

Atau mahu yang lebih banyak lagi? Lima atau enam kali?

-Tahap pertama: targetkan untuk sekali duduk boleh khatam dua juz,


-Tahap kedua juga dua juz, sampai ke tahap yang ketiga di waktu yang berbeda juga dua juz.

Ingin memecut lebih jauh lagi, menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik sebagai Bulan Al-Qur'an?

Khatam Al-Qur'an Satu Kali saja, tapi lengkap dengan Tafsirnya. Pilih kitab tafsir diantaranya: Tafsir Ibnu Katsir, atau Tafsir Al-Jalalain.

Praktekkan caranya!


1. Membaca 5 halaman (2 lembar setengah) lengkap dengan tafsirnya setiap selesai shalat Subuh.


2. Membaca 5 halaman (2 lembar setengah) lengkap dengan tafsirnya setiap selesai shalat Ashr.


3. Membaca 5 halaman (2 lembar setengah) lengkap dengan tafsirnya setiap selesai shalat Maghrib.


4. Membaca 5 halaman (2 lembar setengah) lengkap dengan tafsirnya setiap selesai shalat Tarawih.

Dengan cara ini, anda dan kita semua bisa khatam dalam Bulan Ramadhan Full satu kali tilawah Al-Qur'an lengkap dengan tafsirannya. In syaa Allah...

#Waktu-waktu yang jarang digunakan untuk membaca Al-Qur'an:

 
1. Tahukah anda jika kita bertilawah setiap antara adzan dan iqamah 4 halaman (2 lembar) Al-Qur'an, maka anda mampu khatam sekali sehari.


2. Bagi anda yang selalu berangkat pagi ke pejabat, berapa kali anda melewati lampu merah? Atau dalam setiap detik-detik sedang menanti seseorang.

In syaa Allah bila saja ada waktu kosong kita boleh tilawah, asal Al-Qur'an selalu anda bawa kecuali ke tempat-tempat yang diharamkan.

Penutup:

 

Tips-tips diatas sesungguhnya hanya sebagai 'pengingat' dari kelalaian!

Tips tersebut boleh dipraktekkan di bulan Ramadhan, atau di bulan lainnya.

Ketahuilah, dalam setiap huruf tilawah kita ada 10 pahala kebaikan, juga akan disertai rahmat Allah, Ketenangan, Malaikatpun akan mengelilimu saat anda bertilawah, bahkan Allah akan menyebut namamu dilangit sana. Maka boleh dihitung sendiri betapa besar pahalanya.

Segera perbaiki niat, sucikan diri, yakinkan tilawah kita tidak sia-sia...!

Terakhir:

"Semoga Allah menyampaikan kita ke Bulan Ramadhan dan setelahnya, Allah juga menerima seluruh amal shalih yang kita lakukan, kita mendapatkan gelar 'Taqwa', mendapatkan ampunan dari api neraka..." Allaahumma Aamiin.

*Diterjemahkan dari tulisan Syaikh Ahmad bin 'Abdur Razaq bin Muhammad Al Ibrahim Al 'Anqariy.

(Cisarua, Kamis 26 Juni 2014. 09.45 Wib). Usman Baco

KDN Pasti Sakit Hati Dengar Berita Ini.. - Addin

Rakyat Malaysia yang berjuang di Syria, Mohd Lotfi Ariffin bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanan yang sempat disampaikan sebelum beliau berlepas ke negara bergolak itu, kata Mohd Zainon Ariffin.

Zainon yang juga abang sulung Lotfi berkata, perkara itu disampaikannya seminggu sebelum bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS pusat itu pergi meninggalkan tanah air.“Dia pergi tanpa pengetahuan sesiapa. Jika dilabel bekas pejuang Mujahidin di Afghanistan, itu saya boleh terima.

Tetapi tuduhan itu berniat untuk jejaskan nama baik dia.“Saya antara orang terawal yang tahu, itu pun seminggu sebelum dia berangkat. Walaupun tidak diberitahu secara jelas, naluri saya merasakan dia akan pergi senyap-senyap.“

Tidak sangka 31 Januari lalu, jam 12.30 tengahari, dia datang berjumpa buat kali terakhir,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.Lotfi dalam satu kiriman Facebook pada Khamis mendakwa sudah meletakkan semua jawatannya dalam PAS sejak 19 April sebelum dipecat oleh parti itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Lotfi dipecat daripada PAS pada 11 Mei lalu.Katanya, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan  memecat Lotfi daripada parti selepas mendapat tahu dan kemudiannya mengesahkan beliau ke Syria bagi menyertai perjuangan bersenjata di sana.

Zainon, 53, berkata Lotfi membuat kajian yang mendalam selama tiga tahun sebelum berangkat ke Syria dan tidak pernah berkempen mengajak saudara atau sahabat menyertai perjuangannya.

Katanya, pemecatan daripada PAS tidak menjadi isu kerana kepentingan Lotfi kini adalah perjuangannya di Syria.“Sebenarnya Lotfi tidak lagi pentingkan soal keahlian dalam parti kerana fokusnya kini adalah berjihad. 

Dia tidak akan kembali ke Malaysia.“Yang penting PAS tetap berdiri teguh dan dirinya selamat di Syria,” katanya kepada Sinar Harian yang kesal dengan pihak tertentu sering mengeksploitasi perjuangan adiknya di negara bergolak itu. ~tmi

Polis sahkan Awie disiasat !!! - Oleh NUR AISHAH AMIN

Artis: Dia Minta Bukti, Polis Dah Ada Bukti!

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penyanyi rock terkenal, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 45, sedang disiasat atas dakwaan sengaja mencederakan isteri sendiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, penyanyi dan juga pelakon yang terkenal menerusi filem Zombie Kampung Pisang itu ditahan sebelum kenyataannya diambil untuk siasatan.
“Awie kemudian dibebaskan dengan ikat jamin... dia kini disiasat kerana disyaki dengan sengaja mendatangkan cedera kepada isterinya,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Halang pondok 'ekstrem' Satu konspirasi jahat sedang direncana ?


Photo: Halang pondok 'ekstrem' Satu konspirasi jahat sedang direncana ? 

Ada ke sekolah pondok yang menghasilkan  pengebom berani mati dimalaysia ? 

Apa alasan puak anti-agama dalam kerajaan umno kata sekolah pondok sebar fahaman ekstrem ? 

Kerajaan umno  hanyamahu semua sekolah pondok sentiasa memuji kerajaan. Semua sekolah pondok mesti dibawah telapak kaki mereka. Itu lah kerajaan umno mahu. 

Berkata 'benar' amat dilarang didalam fahaman penganut bani umno. Majority ilmuan islam dimalaysia kurang setuju dengan sikap & pemerintahan kerajaan sekular umno. 

Sebab itu perancangan awal diatur untuk menyekat 'fakta' terus tersebar. Mana mana sekolah pondok yang dilihat lebih cederung kepada prinsip 'berkata benar' akan dilabel sarang 'ekstrem'

Rakyat bijak berfikir. Setelah kedatangan presiden obama ke malaysia, kita dapat lihat langkah demi langkah kerajaan umno telah lakukan untuk menyekat ideology islam terus berkembang dan mengetuai segala urusan pertadbiran.

Bukah itu dituntut oleh islam ? 

Anda yang mampu menilainya ~ 

#malaysiaKEarahNegaraSekular

#HatiHatiDenganFitnahDajjal

#hidupKerajaanUmnoApco 

#LikeJeneralYakuzaOgawaFBpages

-AP-


Ada ke sekolah pondok yang menghasilkan pengebom berani mati dimalaysia ?

Apa alasan puak anti-agama dalam kerajaan umno kata sekolah pondok sebar fahaman ekstrem ?

Kerajaan umno hanyamahu semua sekolah pondok sentiasa memuji kerajaan. Semua sekolah pondok mesti dibawah telapak kaki mereka. Itu lah kerajaan umno mahu.

Berkata 'benar' amat dilarang didalam fahaman penganut bani umno. Majority ilmuan islam dimalaysia kurang setuju dengan sikap & pemerintahan kerajaan sekular umno.

Sebab itu perancangan awal diatur untuk menyekat 'fakta' terus tersebar. Mana mana sekolah pondok yang dilihat lebih cederung kepada prinsip 'berkata benar' akan dilabel sarang 'ekstrem'

Rakyat bijak berfikir. Setelah kedatangan presiden obama ke malaysia, kita dapat lihat langkah demi langkah kerajaan umno telah lakukan untuk menyekat ideology islam terus berkembang dan mengetuai segala urusan pertadbiran.

Bukah itu dituntut oleh islam ?

 

-AP-

" 7 Gambar. Gagal Melepasi Longkang Membawa Ajal Kepada Penjawat Awam Ini Al-Fatihah "




Seorang penjawat awam lelaki yang bertugas di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar meninggal di Bazaar Ramadhan Putrajaya, Presint 3, petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.45 petang tadi, Muhammad Kamal bin Salleh Hodin, 34, berasal dari Kluang, Johor dipercayai memanjat cerun ke bazaar dan melompat longkang besar. 
 
Namun lompatannya gagal dan terjatuh lalu terhantuk di tebing longkang besar. Pihak polis mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian. Al-Fatihah.

Prof Redzuan dipecat kerana kritik pentadbiran Umno - Anwar

 
Berita pemecatan serta merta Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.
 
Penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan UMNO. 
 
Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap UMNO-BN. 
 
Penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal terhadap UMNO apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.
 
Nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS, profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu. 
 
Dan hari ini kita lihat ia menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti lengkap dan kebebasan.
 
Amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar. Beliau sekali lagi menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap bebas dan berani.
 
Saya ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya mutlak dan tindakan terbaru ini bukan sahaja melanggar kebebasan akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi. 
 
-http://anwaribrahimblog.com
 
Mimpi Senja

Tutup mulut, diam, dan jangan nak mimpi ranking universiti Top 100, tak mungkin,..


Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) kecewa dengan tindakan Putrajaya memberikan tekanan kepada Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar) sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Presiden PKAUM Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata, jika benar wujudnya tekanan daripada Kementerian Pendidikan, sangat jelas kerajaan tidak mementingkan kebebasan akademik dan buat keputusan berasaskan politik.


Beliau berkata, isu ini merupakan bukti salah satu punca universiti di Malaysia sukar untuk maju kerana ada campurtangan daripada pihak politik.


"Jangan kacau kami. Kajian dan metodologi kami ikut peraturan akademik. Jangan sebab kajian kita anda (kerajaan) menghadapi masalah, itu bukan masalah kita.

"Jangan sebut sekali pun kecemerlangan akademik. Tutup mulut, diam, dan jangan nak pandai-pandai mimpi ranking universiti Top 100, tak mungkin," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kebebasan autonomi akademik merupakan asas universiti yang cemerlang dan sepatutnya bebas daripada campurtangan politik secara langsung dalam penyelidikan, namun perkara ini gagal difahami pihak kementerian.

Mengenai isu jawatan dekan Redzuan yang tidak dilanjutkan, Azmi berkata Timbalan Cancelor (VC) berkuasa penuh menentukan calon paling layak memegang jawatan dekan walaupun jumlah undi mungkin menyebelahi Redzuan.

"Tentang dekan itu kita tak tahu kenapa kerana sistem (pemilihan) dekan bukan sistem demokratik.

"Staf akademik hanya memberi cadangan siapa yang mereka suka kemudian VC yang akan pilih.

"Jadi kita tak tahu berapa banyak staf fakulti sastera yang sokong (Redzuan).

"Walaupun mungkin beliau menang undi popular tetapi keputusaan akhir ditangan VC, apa sebab kita tak tahu," katanya.

Beliau berkata, jika benar berlakunya isu Redzuan tidak dipilih walaupun mendapat undi popular, ini jelas satu lagi contoh campurtangan kerajaan.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Redzuan diarahkan Kementerian Pendidikan supaya meletakkan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel malah jawatan dekannya juga tidak diperbaharui.

Difahamkan, Putrajaya tidak senang dengan hasil kajian UMcedel apabila dilihat memberikan lebih banyak publisiti kepada Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Antaranya, kajian tentang sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Selain itu, Redzuan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Februari lalu turut membentangkan hasil kajian yang dilihat pro kepada Anwar.

Cubaan The Malaysian Insider ke UM untuk berjumpa Redzuan bagaimanapun gagal apabila beliau dikatakan sibuk bermesyuarat dan enggan berjumpa dengan wartawan.

Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir beliau sebelum jawatan dekan diambil alih secara rasmi oleh timbalannya, Prof Dr Md Sidin Ishak bermula esok.

Majlis penyerahan tugas antara Redzuan dan Md Sidin diadakan dalam mesyuarat tertutup di pejabat pentadbiran FSSS pagi tadi.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam responnya terhadap nasib Redzuan turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM.

Saifuddin mengumumkan perletakan jawatan atas alasan prinsip kebebasan akademik dan solidariti terhadap Redzuan melalui akaun Twitter miliknya, hari ini.

"Kami hormati prinsip dan keputusan beliau, dan apakah kesan kepada UM? Universiti jadi malu.

"Tetapi akhirnya mereka akan tunduk kepada arahan kementerian juga," kata Azmi. – tmi

Khasiat Buah Kurma !!

Photo: Kelebihan buah syurga: KURMA

TAKDER HATI PERUT PUNYA PEROMPAK (GAMBAR)

 

Hangat!!! Diplomat Malaysia di New Zealand terlibat dengan kes rogol

 

Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.
Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya,
memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak.
 
-malaysiakini-