Followers

Thursday, December 1, 2011

Kes Lembu NFC: PKR Pertikai Kenyataan Awal Polis "Bersihkan" Imej UMNO


NFC: PKR pertikai kenyataan awal polis ‘bersihkan’ imej Umno

KUALA LUMPUR, 1 Dis – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini.
“Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?” kata Naib Presiden PKR N. Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan. -TMI
Setakat Ini Tiada Unsur Pecah Amanah Dalam NFC - TKPN

KUALA LUMPUR: Tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan sambil memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

"Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di bawah Strategi Gelombang Biru Kebangsaan di Taman Bukit Rahman Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Robert Phang, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Md Rashid.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan masih diteruskan berhubung penahanan 13 individu termasuk warga Filipina dan Indonesia di Tawau, Sabah baru-baru ini, yang disyaki cuba menghidupkan kegiatan militan di negeri berkenaan.

"Mereka masih disiasat, sebab itulah kita tahan mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana siasatan perlukan masa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kegiatan dan rangkaian mereka.

"Kita mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk menahan mereka mengikut akta itu kerana membabitkan isu keselamatan negara dan rakyat," katanya. -mstar




 

Marah Mahathir pada Abdullah semakin marak - Oleh: Abdullah Ngah


Terbakar dihutan Nampak asapnya. Terbakar di hati tiada sesiapa yang Nampak konon. Tapi terbakar dihati Mahathir ramai yang Nampak.

Ya tak ya juga, Siapa tak marah jika orang yang dia bunuh dihidupkan semula. Demikianlah tabiat manusia yang tak beriman. Lainlah jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Cuba anda bayangkan apabila orang yang dibenci dan di sayangi Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bukan setakat itu malah sebaik saja menjawat jawatan perdana menteri Datukr Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Sudah tentu hati Tun Mahathir Mohamad terbakar hangus, kerana orang yang dihukum dibebaskan.

Kemarahanya bukan setakat berkata Tun Abdullah merosakkan umno, malah Tun Mahathir bertindak keluar parti menunjukkan kemarahan yang amat sangat.

Bukan setakat itu saja termasuk mengugut cabinet umno/BN menurunkan Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan perdana menteri dan sekaligus menyerahkan jawatan presiden umno.

Abdullah Ahmad Badawi diserang segenap penjuru beralasan dialah punca kekalahan teruk umno dalam musim pilihanraya umum ke 12 sehingga kerajaan hilang kelayakan dua pertiga di parlimen.

Alasan tersebut jelas tak lojik, kerana bukan Abdullah Ahmad Badawi seorang saja yang salah dan buat silap jatuhnya umno, malahan semua anggotan cabinet umno terbabit.

Oleh kerana kemarahan Tun Mahathir pada Abdullah Ahmad Badawi, maka itulah senjata yang terbaik untuk menurunkan presiden yang dibenci itu.

Setelah berjaya menurunkan Abdullah Ahmad Badawi yang pasrah itu tidak lama kemudian Mahathir masuk semula umno dan Tan sri Sanusi junid presiden uiversiti Islam antara bangsa Malaysia dipecat kerana keluar parti ikut Mahahtir.

Tun Mahathir semakin marah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut sebut akan menjadi perdana menteri selepas PRU 13 nanti.Tambahan pula kKini antara Najib dan Anwar, Anwar dikatakan lebih pupolar berbanding Najib perdana menteri ke enam yang penuh dengan kontroversi itu.

Marah Tun Mahathir semakin marak, kerana bimbang dengan apa yang akan berlaku setelah Malaysia di terajui Anwar Ibrahim musuh ketatnya itu, walaupun Anwar telah membuat pengakuan terbuka yang dia tidak akan mendendami sesiapa.

Barangkali Tun Mahathir kurang yakin dengan pengakuan yang dibuat oleh musuh ketatnya sebab itu dia seranag Abdullah Ahmad Badawi habis habisan macam pukul anak sindir menantu.

Maklum sajalah mana boleh percaya dengan pengakuan Anwar yang pernah dikenalpasti sepanjang menjawat jawatan timbalan menteri , menteri dan perdana menteri sepanjang 22 tahun Tun menjadi perdana menteri.

Bimbang nanti cakap tak serupa bikin maka nahaslah.
 

Tranungkite online

Video : Panas!!! Jawapan Saifuddin Kepada Ucapan Shahrizat

 

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku ketua Wanita Umno tidak sepatutnya mengheret anggota pergerakan wanita itu dalam skandal projek lembu fidlot.

Shahrizat sebaliknya perlu menjawab isu pokok – dakwaan penyelewengan dana rakyat dan juga penganugerahan projek berkenaan ketika menjawat jawatan menteri, kata Saifuddin

"Shahrizat, dalam ucapan antara lain mengheret sama kaum wanita sebagai isteri sebagai ibu yang turut menangis bersama dia.

"Saya berpendapat ahli wanita Umno sama ada isteri atau ibu, mereka tidak tahu menahu dan tidak terbabit dalam isu ini.

"Skandal ini cuma babitkan Datuk Seri Shahrizat sebagai menteri dan ada dalam mesyuarat jemaah menteri yang buat keputusan projek fidlot ini dapat kepada suami dia," kata Saifuddin lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.
 


Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang turut menyifatkan Shahrizat sebagai seorang yang "terdesak" kerana menyerang beliau dengan dakwaan tidak membuka pusat khidmat.

"Mungkin dia pergi hari Jumaat. Pusat khidmat tutup biasalah hari Jumaat. Punyalah tak ada isu Shahrizat untuk serang setiausaha agung PKR ini, isu pusat khidmat tutup hari Jumaat yang jadi isu.

"Ceritalah kondo mewah mana saya beli, saham mewah mana saya pegang, timbunan kekayaan mana saya kaut. Ini cerita pusat khidmat," katanya lagi.
 
Saifuddin dalam pada itu turut mendakwa, penganugerahan projek berkenaan juga "tidak telus dan menyeleweng" kerana cadangan projek berkenaan dicedok daripada satu kertas cadangan.

Bezanya, kata beliau, cadangan berkenaan langsung tidak memerlukan suntikan modal kerajaan tetapi hanya memerlukan tanah kerajaan untuk disewa.

Syarikat yang tidak dinamakan itu juga bercadang untuk membiak baka lembu berkenaan dengan baka import, berbanding usaha NFC yang hanya "menggemukkan" lembu yang diimport sebelum disembelih dan dijual.

"Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan.

"Anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

"Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat," katanya yang mahu perdana menteri bertanggungjawab.

Saifuddin (kanan) berkata, perdana menteri perlu bertanggungjawab selaku pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi "kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha."MK

Adegan UMNO yang tak sanggup kita lihat…- Fairuz Azhan

Perhimpunan agung UMNO bermula secara rasminya hari ini. Namun arah tujuannya sudah pun jelas melalui suara persidangan sayap pemuda, wanita dan puteri parti semalam. Malah lebih awal lagi, api perkauman sudah pun dinyalakan.


Sebelum persidangan bermula, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan telah memulakan tembakan dengan memberi peringatan basi kepada orang Melayu bahawa jika UMNO hilang kuasa, maka Melayu akan hancur musnah.

Menurutnya, tanpa UMNO, institusi diraja akan hancur dan Islam juga akan hancur kerana DAP merupakan “ejen kristianisasi”. Tidak cukup dengan itu, DAP dituduhnya tidak menghormati institusi raja kerana tidak mahu meminta atau menerima darjah kebesaran!

Kenyataan politik longkang ini datangnya dari seorang pemimpin UMNO yang hanya beberapa hari lalu dilaporkan media sebagai berkata, “apabila kita beri pandangan tertentu, kita perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini.”

Cakap tak serupa bikin itu sudah seperti menjadi budaya di kalangan pimpinan UMNO. Mungkin mereka lupa pesan nenek moyang sendiri, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

“Parti paling rasis”

Bukan sahaja tidak ada sesiapa yang menegurnya, malah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambung nada Ahmad dengan mengumumkan ‘jihad’ untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional – dengan menghamun DAP sebagai “parti paling rasis”.

DAP yang menolak ketuanan kaum, yang mahu kepada hak dan peluang saksama, dan yang mahu kepada keadilan untuk semua, dikatakan parti paling rasis. Inikah kenyataan bernas dari seorang Menteri Pelajaran?

“Daripada soal kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP,” kata Muhyiddin tanpa memberi sebarang bukti untuk mengalas fitnahnya.

Ditambah pula: “Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.

“Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.”

Bukan sekali, malah berkali-kali fitnah. Begitu rendah sekali pandangan Timbalan Perdana Menteri terhadap orang Melayu yang disangkanya akan mudah menelan bulat-bulat pembohongannya. Oh, mungkin yang ditujukannya itu hanya kepada para perwakilan UMNO sahaja.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah ucapan Timbalan Presiden UMNO di mana lebih 60 kali nama “DAP” disebut dengan diselitkan dengan pelbagai fitnah. Memang semua pembohongan Muhyiddin dijawab oleh DAP tetapi kita sedar tidak ada satu kenyataan pun telah dan akan disiarkan oleh media massa yang hampir keseluruhannya dikawal oleh UMNO-BN.

Sopan santun perwakilan UMNO?

Mengapa para pemimpin UMNO perlu memusuhi orang lain demi mengekalkan kemandirian politiknya? Mereka sentiasa menggunakan DAP (sebagai ganti nama ‘Cina’) untuk menjadi kambing hitam. Kini untuk menambah perencah dalam hidangan mereka yang basi, mereka menambah penganut agama Kristian pula sebagai sasaran.

Tidak cukup dengan itu, bahasa sesetengah perwakilan UMNO sewaktu persidangan sayap-sayap parti juga biadap dan memalukan serta menjatuhkan maruah bangsa Melayu. Sudah tentu ada di antara 3.2 juta ahli UMNO yang merasa malu mereka menjadi anggota parti itu pada saat ini.

Seorang wakil Pemuda UMNO, mungkin kerana penguasaan kosa kata yang lemah dan terhad, telah menggelar PAS dan PKR sebagai “pondan” dan “bapok” serta menuduh sesiapa yang menyokong DAP adalah “bangsat”. Jika beginilah pemimpin muda Melayu, sukar dibayangkan nasib anak-anak Melayu di masa hadapan.

Jika berbuat salah, salahkan orang lain

Logik yang semakin pupus sifat munasabahnya pula dibawakan oleh Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal penternakan lembu, termasuk wang yang digunakan untuk membeli kondominium mewah, dengan cuba mengalihkan tumpuan kepada kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shahrizat mencabar Wanita PKR supaya mendesak Datin Seri Wan Azizah Ismail meletak jawatan kerana suaminya Anwar dikatakn telah melakukan pelbagai kesalahan. Apa pula kena-mengena Anwar dengan projek lembu beratus juta ringgit yang diberikan kepada keluarga Shahrizat yang penuh dengan pelbagai persoalan, sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara?

Dan seperti biasa, agama menjadi alat. Shahrizat yang mendapat “restu” perwakilan wanita yang mengangguk dan menyorak sokong sewaktu ucapannya itu, menggulung dengan menyatakan: “Saya menyeru semua rakyat Malaysia tak kira parti mana pun, kita orang Islam mari bersatu, jangan kita biarkan ideologi politik memecah-belahkan ukhuwah kita”.

Telenovela tahunan UMNO ini baru sahaja bermula. Saksikanlah drama hebat ini yang pasti mengundang air mata, sama ada terlalu sedih dan pedih mengenangkan nasib orang Melayu di bawah UMNO atau terlalu tidak masuk akal memikirkan kedangkalan politik UMNO masa kini yang telah menghancurkan impian ibu-ibu dan bapa-bapa kemerdekaan kita. 
 
 
-Roketkini.com-

Semalam bukan main Shahrizat, cuba teka hari ini macam mana pulak?

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan National Feedlot Corporation (NFC) - sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam pengkritiknya berhubung isu tersebut.

Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden

Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC.
Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu.

Sebaliknya, Shahrizat bercakap menyentuh ucapan dasar Najib dan tergesa-gesa meninggalkan sidang akhbar, tanpa menjawab soalan seterusnya dari pihak media.

Semalam, Shahrizat mengecam mereka yang menyerangnya dan keluarganya berhubung projek NFC, yang dibangkitkan dalam Laporan 2010 Ketua Audit Negara.


Projek tersebut telah diberikan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat pada tahun 2007 sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Shahrizat merupakan seorang menteri kabinet.


Dalam ucapannya di perhimpunan agung Wanita Umno semalam, Shahrizat berkata beliau tidak ada kaitan dengan projek NFC itu.


Pengkritiknya, terutamanya PKR, mendakwa NFC menyalahgunakan pinjaman RM250 juta, dengan membeli kondominium mewah dan membiayai perjalanan ke luar negara.


Hanya beberapa jam selepas itu, PKR membuat tuduhan terbaru terhadap NFC, dengan mendakwa syarikat itu menyalahgunakan dana untuk membeli tanah di pusat pentadbiran Putrajaya dan sebuah kereta mewah. (MK)

Diterbitkan PBO

TIMB KPN KATE TIADA PECAH AMANAH DALAM NCF??? - Abu Nu'man

 
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang juga merupakan polis UMporNO berkata pihak polis telah pun menyoal siasat 74 orang berhubung aduan berkenaan projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil termasuk anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 
 
Namun begitu beliau enggan mendedahkan nama-nama saksi yang telah dipangggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.


“Bagaimanapun kami meneruskan siasatan berkenaan isu ini dan akan memanggil menteri (Sharizat) untuk merakamkan kenyataan beliau jika diperlukan,” kata beliau kepada pemberita di Sungai Buloh.


... siapa 74 orang tue?... kenapa ahli PKR  yang mendakwa pasal NFC ini tak dipanggil soal siasat???

Mend your ways, Umno - Jeswan Kaur

 
For a long time now, Umno has been 'in the red' due to the sheanigans of its top leaders, who seem to have little or no shame in indulging in acts that go against the very grain of the party.
 
Should the country’s largest poltical party, the United Malay National Organisation or better known as Umno pride itself for having become larger than life, if best, for the sake of its survival, think again.

As the party stands today, the despicable power-play and miserable antics of its top guns have only proved otherwise.

The recent occurences involving Umno’s bigwigs are a clear reflection of the tattered image the party is left with.

The most recent controversy involves Umno Wanita chief, Shahrizat Abdul Jalil who having lost her parliamentary seat in the 2008 general election to youngster Nurul Izzah Anwar of PKR made a “comeback” into politics via the “backdoor” after being appointed a senator.

Three years down the road and Shahrizat, who is the women, family and community development minister has made news for the wrong reason. Currenty embroiled in a fiasco involving allegations of misuse of state funds, Shahrizat has to prove that she is worth every vote.

Lashing out at the opposition for trying to ruin her political career will not do. Shahrizat, instead, has to come clean with the rakyat on why and how her husband Dr Mohamed Salleh Ismail became the NFC director.

The NFC first became embroiled in controversy when its operation was criticised in the Auditor-General’s Report for 2010.

The report, released last month, criticised the RM250 million federally-funded cattle project, pointing out that it was now “in a mess”. It also said production in 2010 was only 3,289 head of cattle or 41.1% of the target set.

The “helping hand” lent to Shahrizat by Umno deputy chairman and deputy prime minister Muhyiddin Yassin is not going to absolve Shahrizat, a lawyer by training, of wrongdoing.

Muhyiddin’s declaration that the public should be the best judge of the NFC fiasco and that there is no reason for Shahrizat to resign, in spite of pressure mounting for her to do so, has only proven that cronyism is still very much the order of the day in this country.

Umno in the red

For a long time now, Umno has been “in the red” due to the sheanigans of its top leaders, who seem to have little or no shame in indulging in acts that go against the very grain of Umno, that is to uphold the aspirations of Malay nationalism and the dignity of race, religion and country.

And whilst Prime Minister Najib Tun Razak keeps reiterating calls to reduce ethnic tensions and protect minority rights, the truth as ironical as it is, is clear that Umno is doing otherwise by consciously stoking racial sentiments.

Time and again the race issue is raised by Umno using its general assembly platform, forewarning the non-Malays not to “mess” with the Malay rights laid down in the Federal Constitution.

It was in 2006 that then Umno Youth chief Hishammuddin Hussein at the Umno Youth assembly warned the Article 11 Group of bringing up the issue of Article 11 and Article 121 (A) of the Federal Constitution.

Hishammuddin was also against the setting up of the Inter-religious Commission. The Article 11 Group undertook a nationwide campaign to make people aware of their rights to religious freedom.

In 2006, Hishammuddin had said: “Umno Youth opines that questions and issues relating to Islam should be heard and decided by the syariah court and not the civil court in line with Article 121 (A) of the Federal Constitution.”

He added: “Do not make fun, question and challenge the position of the Malays and Islam in this country. Any movement, in whatever form or name, even in the name of religious freedom, freedom of speech or press freedom, will not be allowed to challenge the rights as enshrined in the country’s constitution.”

Umno serving the chosen few

Earlier this month, Gerakan president Koh Tsu Koon announced his decision not to contest in the coming 13th general election, citing personal reasons. But to DAP secretary-general Lim Guan Eng who is also Penang chief minister, Koh was forced by Umno to call it quits, a claim which Umno has denied.

Looking at Umno’s track record of trying to brainwash Penangites against Lim’s administration in the hope of conquering the state in the next general election, there is little reason to doubt Lim’s claim of Umno’s hand in getting Koh out once and for all.

That is just Umno, having long strayed from its objective of upholding the dignity of race and country.

The party’s reason d’etre these days is to suppress the non-Malays and make sure the nation’s wealth is shared among its selected cronies, as seen through the NFC scandal.

When Umno’s second-in-command Muhyiddin showed no interest in solving the controversy surrounding the Malay novel Interlok (which has been made the literature text for Form Five students beginning this year despite depicting the Indians and Chinese in a condesending manner), it was a loud and clear signal that Umno cares two hoots about the sentiments of the non-Malays who are also the rakyat of this country.

Riding on “Umno power”, Muhyiddin also lambasted the organiser of Seksualiti Merdeka which early this month organised a festival aimed at providing space and forum for the LGBTIQ (lesbians, gays, bisexuals, transgenders, intersex and queer) community, saying both the government and Umno found it “totally non-beneficial” to Malaysians. The festival has since been deemed illegal by the police.

What really is beneficial then? Was the purchase of a luxury condomionium in Bangsar by NFC director using state funds “beneficial”?

Or was forcing pupils of a primary school in Ampang to go to Umno’s division office to receive the RM100 education aid made available through the 2012 Budget beneficial?

On Nov 18, FMT reported Wanita PKR chief Zuraida Kamarudddin as saying that instead of the amount being banked into their accounts, the students ended up receiving it from Ampang Umno division head Ismail Kijo at the Umno Ampang office at Jalan Bukit Belacan.

What was Ismail trying to depict by doing so, that it was Umno’s pocket money being distributed to the students? Or was it a subtle bribery tactic to win the students’ parents’ votes? Whatever it is, that definitely was a pathetic attempt at trying to gloss over Umno’s reputation.

All the above is merely the tip of the icerberg. Suffice to say that until and unless Umno mends its way, this “narcisstic” party has a lot to lose, in more ways than one.

Jeswan Kaur is a freelance writer and a FMT columnist.

Gempar!! Cybertrooper UMNO Pakat Boikot Isa Samad, Sokong Peneroka Felda - Oleh: Cybertrooper Bumi Bertuah @ Bro Yee

 

NAK TAHU KENAPA CYBERTROOPER UMNO ANAK FELDA SOKONG JKPP DAN GPW BANTAH SECARA TERBUKA KEPADA NAJIB? PENGAKUAN SEBENAR!

Mari kita lihat sekali imbas kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka Felda dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda:

1. Menuntut permohonan maaf daripada Pengerusi Felda, Isa Samad di atas penghinaan beliau terhadap Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda, En. Shamsuddin semasa program sesi penerangan di Melang Inn, Kuala Pilah. Permohonan maaf beliau dituntut dalam tempoh 14 hari di 5 buah akhbar utama dan secara terbuka di mana-mana majlis melibatkan peneroka atau jika enggan, Isa Samad akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. (Sehingga kini, tidak kurang 22,000 rakyat Malaysia menyaksikan kebiadapan Isa Samad melalui video di Youtube ini http://youtu.be/pMenvftq6Ys )

2. Mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda, JKKP dan GPW menolak perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) melalui kuasa Menteri Koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi pilihan perwakilan KPF dan undang-undang Koperasi Permodalan Felda.

3. Menuntut Kerajaan Malaysia atau Felda Global Ventures supaya menghentikan tindakan memajakkan tanah-tanah Felda diuruskan Felda Plantation yang didapati merugikan masa hadapan peneroka dan anak-anak. JKPP dan GPW menuntut supaya Surat Pajakan Tanah di antara Felda dan Felda Global Ventures diberikan dahulu kepada peguam mereka untuk diteliti atau Felda Global Ventures bakal menghadapi tindakan injuksi mahkamah

4. Mengutuk tindakan Seranta Felda mengganggu peneroka untuk mendapatkan maklumat-maklumat tepat mengenai isu semasa Felda, penyelewengan Pengarah Seranta Felda dan menuntut Unit Seranta Felda dibubarkan. Manakala pegawai-pegawai Seranta Felda yang berkebolehan diserapkan secara tetap ke dalam Felda, bukan berstatus kontrak dulu, kini dan selamanya

5. Menuntut perletakan jawatan (ayat asal mengundurkan diri) Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, menuntut perletakan jawatan Dato Sabri Ahmad sebagai Ketua Eksekutif Felda Global Venture dan menuntut perletakan jawatan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid sebagai Pengarah Seranta Felda.

Sebagai salah seorang cybertrooper umno anak Felda, tentulah berasa terperanjat dengan apa yang berlaku iaitu tidak sangka JKPP Felda seberani ini. Pendirian Pak Sam sebelum ini telah lama diketahui dan jika ada menuduh Pak Sam tak kemukakan bantahan dalam mesyuarat maknanya mereka tak kenal Pak Sam siapa. Saya sempat bertemu Pak Sam dan beliau mempersilakan mereka yang berminat melihat sendiri minit mesyuarat lembaga pengarah Felda yang mencatatkan bantahan Pak Sam. “Saya suruh setiausaha lembaga minitkan bantahan saya.Bukan sehari dua saya jadi ahli lembaga pengarah” kata Pak Sam.

Saya tahu dan kenal benar Pak Sam dan JKPP Felda. Mereka buat ini bukan kerana politik atau pengaruh sesiapa. Sulong Jamil, setiausaha JKPP adalah Setiausaha Bahagian Umno Tg Malim seorang yang berdedikasi menjaga Sang Saka Bangsanya, begitu juga setiap JKPP pasti memegang tinggi jawatan UMNO di kawasan masing-masing termasuklah dari Chini yang memberi undi kepada Najib sendiri. Kalau mereka mahu wang, lebih baik mereka ampu Isa Samad atau sanggup jadi kasut tumit tinggi kepada si pendek yang menjadikan port dickson sebagai pemangkin kariernya.


Nak pertahankan pengurusan Felda atau tok zul pun tak mungkin, tak sepanjang masa JKPP dan GPW bermesra dengan pengurusan Felda, ada kala berpelukan adakala bertegang urat.Tapi semua diselesaikan dengan cara baik, cara berhemah, cara adik-beradik sesama Melayu yang sama-sama menjunjung Al-Quran dan bersumpah mempertahankan kesucian agama Islam.

Anjing besar aka bigdog pernah panggil geng2 kami untuk pertahan Felda. Apahal si haram jadah berkait felda pulak? Siap marah tu, kata dalam beratus cybertrooper umno, takda sapa pertahan Felda. Dia sorang2 je buat kerja, copy paste ayat dari seranta felda dan pegawai FGV kat blog dia. Dah macam pegawai komunikasi korporat FGV pun ada, presentation power point kaler2 lagi kat blog dia..haha! 


Untuk menghadapi serangan dari luar Felda iaitu dengan kerja keras Mazlan Aliman ANAK, gelombang kebangkitan penentangan peneroka Felda dan silent protest kakitangan Felda terhadap kerja-kerja menjahanamkan aset orang Melayu ini, cuba teka Isa Samad dan CEO FGV Sabri Ahmad upah siapa untuk jadi pertahanan mereka di media baru...? Big Dog dan Rockybru?! 

What the F***? Budak Seranta Felda bagitau 3 JUTA dibayar kepada mereka yang dakwa punya ramai blogger di bawah dan punya pengikut yang ramai. PATUTLAH si anjing sial ni marah2 orang tak support dia isu Felda, dia dah dah makan duit Isa Samad dan Sabri Ahmad banyak! Harrk Ptuih!! Kau sedap makan, tukar kereta baru, pegi Spa ***** memantat sorang2, pegi holiday Australia (rockybru) pastu nak kami tolong FREE..minta maaflah bro.

Apa kaedah bigdog, rockybru dan askar seranta felda nak pertahankan felda? Serang DG Felda tok zul dan tunjukkan pengurusan Felda tu lemah uruskan Felda dan menentang Najib..hahahahaha! Wahai seranta felda yang bengap, korang kenal ke sapa bigdog dan rockybru ni? Meh aku citer sket. Otai cybertrooper tak kira baik pro BN atau pro PR, sapa tak kenal papagomo? Ya, blog pro PR boleh label Gomo macam2 tapi kena akui dia Otai kalo bab kenakan Anwar. 


Benar tidak tindakan dia, Allah sahaja hukum sama ada di dunia atau di akhirat.Aku cuma hormat dia sebagai otai lama. Apa pendapat Gomo tentang Big Dog dan Rockybru? Tengok posting papagomo ni http://www.papagomo.com/2011/05/blogger-anjing-besar-jeff-oii.html . Perhatikan ayat terakhir papagomo dalam artikel dia ni “Maaf buat Blogger Big Dog aka Anjing Besar, anda tidak merugikan kami blogger yang lain kerana pada kami semua anda adalah Parasit yang sentiasa menghisap darah VVIP. 

Sudah lama kami awasi gerak geri kamu dan nampaknya terbukti Kamu adalah PENGKHIANAT kepada UMNO BN.” Datuk Rocky lagi kesian, balik holiday Australia kena bayar saman 400 ribu. Kecik je tu Datuk, Isa Samad boleh cover takda hal punya.

Menyerang dan memfitnah pegawai kerajaan dan ketua peneroka secara peribadi dan panggil dia gunting dalam lipatan tu gila melampau tapi kami blogger UMNO tak heran pun perangai dua ekor ni. Isa Samad ni tersisih dari UMNO dan pegang Felda berapa lama? Isa Samad tak tahu pun jasa2 DG dan ketua peneroka. Ramai ADUN dengan Ahli Parlimen tergelak bigdog dan rockybru salah pilih target semata-mata Isa Samad dengan Sabri Ahmad arah “kalau nak tumbangkan penentangan peneroka dan kakitangan kena buang Dato Dzul dan Pak Sam.


Kalau tak,habis planning kita”. Nama pun anjing, dia bukan tahu nak nilai jasa orang Felda baik pengurusan atau peneroka. Nama betul anjing ni Zakir Mohammed. Dia dulu kasi kecoh kata paderi kristian kat Penang nak PM orang kristian.Gila malu kami blogger Umno sebab dalam bodoh dia reka hal tu, Utusan pegi sambut pulak tu..dua kali bodoh (http://kafesantai.blogspot.com/2011/05/blogger-pro-umno-telagah-gesa-bigdog.html )

Dalam hal ni,jauh lebih baik profesional Mazlan Aliman, walaupun aku pernah bertugas patahkan hujah beliau, tapi aku tengok dia tak ada sentuh peribadi orang, ini kelebihan orang Pas bagi aku. Pernah minum pun dengan Mazlan masa dia singgah kat Felda aku, dia kira gentleman la orangnya, macho je cara cakap, patut dapat undi terbanyak ajk Pas pusat.

Aku nak declare niat Cybertrooper UMNO anak2 Felda melalui sahabat2 di blog2 pro PR ini, bahawa kami akan menyokong penuh JKPP dan GPW Felda dan bersama dengan ANAK Mazlan Aliman dan blog Pro PR sampai hasrat JKPP dan GPW untuk saksikan Isa Samad, Sabri Ahmad dan Ehsanuddin letak jawatan dan Seranta Felda dibubarkan. 


My last word, tak sangka PM Najib telur kecut tak boleh cakap sendiri hal listing,hal KPF dengan pengurusan Felda dan peneroka sampai JKPP dan GPW kena bangkit sound Najib sendiri. Rosmah tak uli ke kasi tegang balik? Ke Rosmah geli nak masuk Felda sampai PM Najib nak sebut hal Felda pun tak ada telur. Memang PM Najib aku sial, mak ayah aku dalam JKPP dan GPW kena hina dengan Isa Samad kau diam je.Betul ke kau anak Tun Razak. Hark Ptuih!!

Kedahlanie

Pengerusi SPR Harus Bertaubat !!

Seorang lelaki yang berhasrat untuk mendaftarkan namanya sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan atas nama individu lain.

Lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor berkata, sebaik beliau melakukan semakan di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.


Lebih menimbulkan tanda tanya apabila nama individu yang tertera dalam senarai itu, dipaparkan sebagai Zulkifly Mohamed Yusof dan turut meletakkan status jantinanya sebagai perempuan.



Perkara berkenaan didedahkan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, ekoran lelaki berkenaan ke Pejabat Pusat Perkhidmatan DAP Melaka berhubung masalah itu.

Menurut Khoo, ketika semakan pada laman rasmi SPR, didapati nombor kad pengenalan lelaki berkenaan didaftarkan sebagai seorang pengundi di Kuala Krai, Kelantan, dengan menggunakan nama 'Zulkifly Mohamed Yusof,' sedangkan lelaki itu mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

"Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ini mungkin satu kesilapan.

"Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya juga turut didaftarkan atas nama orang berkenaan," katanya.

Khoo berkata, satu aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

"SPR perlu menyiasat dan memperjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Pada masa sama, saya juga menyarankan kepada semua pengundi berdaftar supaya memeriksa daftar pemilih yang terbaru bagi memastikan nama mereka masih ada," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR, ketika mengesahkan laporan berkenaan, berkata, satu siasatan akan dijalankan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

http://www.malaysiakini.com/news/182876

PERKAUMAN : Senjata akhir Umno !!

 
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa Umno sedang berusaha keras mencetuskan huru hara apabila cuba membangkitkan isu perkauman pada waktu ini.
Menurutnya, tindakan itu dibuat supaya Umno dapat mengambil kesempatan selepas kerajaan BN semakin lemah. Apatah lagi kerajaan BN dilihat sudah tidak mampu menguruskan ekonomi dan kebajikan rakyat Malaysia.

"Kita yakin Umno sekarang dalam keadaan tersepit dan cuba cetuskan kemarahan kaum.

"Umno BN cuba mengambil kesempatan dengan menimbulkan belbagai propaganda untuk menarik kembali sokongan rakyat.

"Yang kita risau, mereka nampaknya cuba bangkitkan isu perkauman," katanya.

Menurutnya, tindakan paling selamat bagi rakyat sekarang ini adalah bersama  berjuang di bawah payung Pakatan Rakyat yang sentiasa menghormati hak semua kaum.

Umno melalui media arus perdananya terus memainkan sentimen perkauman dan perpecahan kaum apabila menyiarkan berita yang  berbentuk perkauman sekaligus dapat merapuhkan hubungan erat rakyat pelbagai kaum dinegara ini.
Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu, juga turut menyeru rakyat negara ini agar bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin kronik dimainkan oleh pimpinan Umno BN.
 
Mutaligat

Dr Asri: Umno nampak gelisah, masih gagal beri harapan baru ?

 
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri (gambar) yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.


Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.



Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13.

Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak “luar biasa” untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai “ibu kepada segala pilihan raya.”

“Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.

“Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai ‘kunci pengikat’ mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu,” kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford.

Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya.

Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.

“Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan.

“Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya,” kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib.

Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi.

Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan.

Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.

Ekoran keputusan mahkamah rayuan baru-baru ini, Najib pada minggu lalu berjanji untuk mengkaji pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.

“Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka,” katanya.

Seterusnya kata beliau, Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.

“Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.

“Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka,” katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.

Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

“Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.

“Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga,” kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.

Seperti lazimnya, majlis perasmian ketiga-ketiga sayap dan perhimpunan agung parti disiarkan secara langsung. Malah ucapan penggulungan melibatkan pemimpin-pemimpin kanan parti disiarkan secara langsung.

“Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.

“Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?” soal beliau.

Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata, “itu strategi Umno yang salah.”

“Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.
 


Skandal NFC: Dana untuk beli Mercedes, biayai percutian mewah - Oleh Mohd Rafizi Ramli

 

Isu Lembu NFC: Lagi Dielak, Lagi Banyak Terselak



Memandangkan Ketua Wanita UMNO langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:
PKR: RM5j dana NFC biaya Benz, tanah di Putrajaya dan cuti
1. Pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat Jalil (gambar bawah) menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.

2. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.

3. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman
http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/).

Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?

4. Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda UMNO mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?

Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan - sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong UMNO dalam masa terdekat, atau terus mengheret UMNO dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.

KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.

PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini.

PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services.

Mendedahkan perkara itu petang ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat “memberitahu siapa yang pergi bercuti.”

Rafizi menambah RM534,622 digunakan untuk membeli Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), kedua-dua syarikat yang milik penuh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC.

“Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada bisnes di Singapura... jadi mengapa sejumlah wang itu dipindahkan ke sana?” kata beliau pada sidang media di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, tanah juga dibeli di Precinct 10 Putrajaya, yang sebahagian besar merupakan kawasan kediaman.

“Saya pasti pelan induk Putrajaya tidak melibatkan ternakan lembu di sana,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

Saifuddin  juga berkata, PKR bertegas bahawa proses anugerah projek NFC kepada keluarga Shahrizat adalah tidak telus dan menyeleweng kerana salah satu syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut serta.

“Ini telah menjadi penyakit dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat.

“Oleh itu, PKR mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha,” katanya.

Merujuk kepada kenyataan-kenyataan pimpinan Barisan Nasional termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa penganugerahan NFC kepada syarikat milik keluarga menteri terbabit dibuat mengikut prosedur bidaan dan tender yang betul, kata Saifuddin:

“Saya juga merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.”

Katanya, mengambil kira keangkuhan pimpinan Umno terutamanya Shahrizat yang sedikit pun tidak mahu memahami kemarahan rakyat mengenai isu ini, PKR pada hari ini mendedahkan bahawa idea asal untuk mewujudkan sebuah industri daging dan penternakan komersil telah dibawa seawal tahun 2003 oleh sebuah syarikat usahawan muda Bumiputera.

“Cadangan asal yang dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mardi dan kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak membabitkan suntikan dana atau pinjaman dari kerajaan.

“Syarikat terbabit hanya memohon persetujuan kerajaan negeri untuk menyewa tapak ladang penternakan di Gemas,” katanya lagi.

Kata beliau, syarikat terbabit juga telah berjaya mendapat khidmat nasihat dan kerjasama dari Profesor Jerry J Reeves, seorang pakar teknologi penternakan dari Washington State University.

“Ladang ternakan tersebut bakal menggunakan teknologi terkini untuk membangunkan baka terbaik tempatan melalui proses artifisial ‘insemination’ menggunakan mani dan embrio baka lembu wagyu.

“Proses sebegini dijangkakan adalah lebih mudah dan murah untuk membangunkan ladang satelit dan membantu penternak kecil berbanding dengan kaedah mengimport lembu untuk digemukkan di fidlot seperti yang dibuat NFC,” katanya lagi.

Malah menurut beliau, syarikat terbabit telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Mardi dan hampir menandatangani memorandum persefahaman.

“Cadangan ini juga telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan Negeri Sembilan.

“Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputera ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan,” kata beliau lagi. -TMI


Ulasan GB

Bengong punya Ketua Wanita dan Ketua Pemuda. Hukum kebenaran nak dilawannya. No way. Truth is mighty and will prevail, and the guilty will be punished. Stupid fellas.




 

UMNO sudah sampai ke tahap defensif dalam semua hal !!

 

Apabila negara sudah sampai ke tahap cerca marba seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini, kita tahu pihak yang memimpin mempunyai masalah. Setakat kesalahan kecil-kecil orang Melayu dan rakyat amnya sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan yang boleh diperbaiki dan terus sahaja memberikan mandat kepada mereka (BN).

Rakyat Malaysia amnya dan lebih khusus lagi orang Melayu sentiasa bersifat pemaaf. Rakyat bukan tidak tahu apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak jujur selama ini. BN tetap mendapat sokongan di setiap kali pilihanraya.

Tetapi keadaan itu semua sudah tiada lagi. Rakyat sedar yang BN khususnya UMNO telah mengambil sikap pemaaf orang Melayu itu sebagai kelemahan Melayu. Mereka terus melakukan perkara keji seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kerana mempercayai yang orang Melayu khususnya dan rakyat amnya akan terus memberikan sokongan dan tidak akan lari dari memberikan mandat terus menerus.

Mereka (pemimpin) terus terusan melakukan perkara yang selama ini dibenci rakyat dan mereka (pemimpin) merasakan yang kalau mereka membuat salah pun rakyat akan tetap mengundi mereka lagi. Tetapi sekarang kesabaran itu sudah habis hadnya. Rakyat termasuk orang Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap angkuh dan sikap bermaharajalela mereka lagi.

Dalam pada rakyat merasa gusar dengan sikap pemimpin, mereka yang menjadi pemimpin masih lagi merelakan diri mereka di tawan oleh nafsu nafsi mereka. Kalaulah mereka sedar dan tahu bagaimana rakyat marah isu NFC misalnya tidak akan timbul. Banyak lagi isu-isu besar yang sudah pun di tulis dalam blog ini. Dalam kabinet hari ini ahli-ahlinya (menteri-menteri) berniaga dari kapal selam kepada perniagaan kapal terbang dan seterusnya sampai terlibat dengan perniagaan lembu. Pendeknya apa yang ada di darat, di air dan di udara semuanya mereka sapu bersih.

Penggubal dasar tidak lagi bertanggungjawab untuk menjadi pemantau terhadap dasar yang di gubal oleh parti dan parlimen yang berkuasa. Malahan penggubal dasar yang berada di dalam kementerian-kementerian sebagai menteri berebut-rebut dengan rakyat untuk mendapatkan peluang perniagaan.

Tugas mereka untuk melihat dan mempastikan dasar yang di gubal terlaksana dengan baik oleh pelaksana (penjawat awam) sudah di lupakan dan sebaliknya mereka bersama-sama berkonspirasi dengan pelaksana untuk menjadi peniaga yang besar dan menggunakan sumber di kementerian masing-masing.

Orang Melayu memang tidak begitu bernasib baik kerana keadaan bangsa kita yang serba kekurangan dalam semua bidang ini. Kalau dasar ekonomi baru dulu di wujudkan untuk memberikan peluang kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi dan ‘equity participation’ sekarang ini orang Melayu terhimpit dengan saingan dari kerajaan sendiri.

Orang Melayu bukan sahaja terpaksa bersaing dengan rakan-rakan dari berbilang kaum, orang Melayu juga terpaksa bersaing dengan GLCs dan badan-badan dan institusi kerajaan sendiri. Semua GLCs, badan-badan berkanun termasuk perbadanan kemajuan ekonomi negeri-negeri semuanya bersaing dengan orang Melayu. Sekarang ini wujud pula apa yang di kenali sebagai Menteri Besar Incorperated (MBI) yang digunakan sepenuhnya oleh Menteri-Menteri Besar untuk bersaing dengan kontraktor Bumiputra dan MBI mendapat keuntungan yang tidak di audit oleh mana-mana pihak. Semuanya ini adalah alat-alat untuk membunuh peniaga bumiputra dan rakyat keseluruhannya.

Rakyat nampak semuanya ini tetapi mereka (MB-MB) tidak sensitif dengan perasaan rakyat khususnya orang Melayu. Sekarang sesiapa sahaja yang dilantik mengetuai MBI ini boleh menentukan berapa banyak pendapatan yang mereka mahu dalam setahun dan mereka bukannya bekerja untuk mempastikan keuntungan itu untuk di rasai oleh rakyat selain dari hanya memberi bantuan ad hoc kepada sesiapa yang dirasakan perlu mengikut cita dan rasa Menteri Besar terlibat.

Kalau UMNO benar-benar mahu melihat keadaan ini diperbetulkan dalam perhimpunan UMNO tidak beberapa hari lagi ini boleh di keluarkan isu ini secara terbuka. Tetapi saya tidak yakin perkara ini akan dilakukan kerana hampir kesemuanya dalam UMNO itu mempunyai kepentingan peribadi dan tidak akan berani berkata benar.

Perhimpunan itu hanya sekadar tempat pemimpin UMNO bercakap dan bertempik dengan diikuti dengan tepuk gemuruh dari perwakilan yang syok sendiri semata-mata. Akan ada pelawak-pelawak di kalangan perwakilan yang hampir keseluruhan ucapan mereka di saluti dengan lawak jenaka untuk hiburan perwakilan yang datang dari jauh. Lawak jenaka mereka akan di sambut oleh pemimpin di atas stage dan apabila Presiden sendiri ketawa seluruh perwakilan akan ketawa.

Dalam perhimpunan agong itu nanti akan kita lihat dan dengar Presiden UMNO bercakap dengan nada yang tinggi dan bersemangat seperti ucapan Presiden Sukarno, Indonesia pada tahun enam puluhan dahulu bagi menaikan semangat para perwakilan. Tetapi selepas perhimpunan itu ramai perwakilan akan melupakan hal perhimpunan kerana kebanyakan mereka akan berada outlet-outlet karaoke di sekitar Kuala Lumpur. Hasil dari perhimpunan itu adalah seperti kata-kata yang biasa kita dengar, ‘walhasil balik asal’.

Seperkara lagi yang saya hendak sebutkan di sini ialah khabarnya perhimpunan agong kali ini ialah perhimpunan kali yang ke 60. Saya hendak bertanya juga kenapa perhimpunan kali yang ke-60 sedangkan UMNO ini baru berusia 23 tahun. Bagaimana pula UMNO boleh menganjurkan perhimpunan yang ke 60?

Ini juga elok kita tanya Presiden UMNO dan tuntut jawapan dari beliau. Mungkin pemimpin UMNO pada hari ini terlupa sejarah partinya sendiri. Untuk peringatan pucuk pimpinan parti UMNO, usia UMNO yang ada pada hari hanyalah 23 tahun bukannya 60 tahun.Oleh kerana terlalu sangat tidak berkata benar, UMNO kini menjadi sebuah parti yang defensif dalam semua isu.

Mengikut perkiraan saya kali ini adalah kali yang ke 22 tahun sahaja. Kita mesti ingat semasa negara kita mencapai kemerdekaan UMNO sekarang tidak wujud lagi. UMNO sekarang lebih muda dari umur anak bongsu saya.

PAS lebih lama usianya dari UMNO. Begitu juga DAP. UMNO sekarang hanya tua sedikit dari parti Keadilan Rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1998 dahulu, sepuluh tahun selepas penubuhan UMNO itu.

Saya sekadar ingin mengingatkan pucuk pimpina UMNO sahaja, tetapi kalau mereka masih mengatakan UMNO itu sudah berusia 6 dekad…itu lantak dialah. Bagi mereka yang tidak mahu di bohongi mereka tetap cekal dengan pendirian yang UMNO itu baru berusia 23 tahun.

Apa Kelemahan Mamak ?

Sekarang kita lihat sudah ramai Mamak masuk UMNO dan berkuasa dalam UMNO... hanya SATU saja kelemahan Mamak - 

Mereka ini tidak boleh bermain BOLA,  sebabnya...??   asal dapat "corner", mereka buka Restoran Mamak....kah kah kah kah.....

ZAR ALI

MUHYIDDIN DID AN OPPOSITION BASHING - By : Brigadier General (B) Dato Mohd. Arshad Raji

Wednesday, November 30, 2011 - Opposition bashing! Yes, that’s the theme of UMNO Deputy President Muhyiddin’s speech to Wanita, Youth and Puteri delegates at the opening of the party’s general assembly. I wouldn’t want to repeat what all was said by Muhyiddin, but I can only describe the speech as one of the most idiotic speeches ever in the history of the assembly from a statesman who aspires to lead the nation one day.

The audience may have given Muhyiddin a standing ovation after the speech (this is standard procedure), but the fact that by ‘criminalizing’ and bad mouthing all that is opposition, Muhyiddin had exposed his own weakness and that of his party i.e. the fear for the opposition and the party’s uncertain fate in the upcoming general election is very real.

I think Muhyiddin knows this and what best he can do to distract the delegates off the many distressing issues infecting the party, other than to criminalize and bad mouth the opposition. In military tactics, this is called a ruse or feign. But be warn, that such tactics do not guarantee success.

Say what you want, but I think what Muhyiddin did was shameful. As the party’s Deputy President cum Deputy Prime Minister of the country, he should have shown his true leadership prowess by appealing to the audiences all that he aspires of the party and its members, particularly now in the face of an impending general election – the mother of all elections, he claims. He should highlight the weakness and failures of the party (there are numerous) and to outline the corrective measures that he wishes to take to rid the party of such weaknesses.

He should focus his thoughts on how to win the upcoming general election that is threatening the party’s survival by outlining new strategies that should appeal to the voters. He should make a stand on how party members should act and talk henceforth in order to garner public support. He should articulate on how he sees the party in the future and the kind of leaders that should be leading it. Such are the issues and many others that Muhyiddin should have addressed, but not by bashing the opposition.

And if someone were to ask me how would I grade Muhyiddin? I would answer by saying that Muhyiddin is no better than a leader of a third world country who seems lost in his own world and devoid of intellectualism, maturity and progressive ideas. I think President Mugabe is far more intellectual and speaks in more constructive tone.

They say that this year’s UMNO General Assembly is the last before PM Najib calls for the 13th General Elections, believe to be anytime next year. Coincidently the number 13, to some strikes a superstitious eerie feeling that something isn’t going to be right for some people. I am not a soothsayer nor am I a superstitious person, but of late the nation seems to be struck by a number of contentious issues blamed on the government i.e. NFC fiasco, and the most recent being the government’s handling and passing of the Peaceful Assembly Bill amid opposition from activist and civil society.

I also read that Felda Chairman Isa Samad too had made a mess of himself by ridiculing some Felda members in Pahang, knowing full well that Felda settlers form a substantial voter’s pool that may well decide the fate of UMNO/BN during an election. Isa Samad may have overlooked that Felda does not belong to him; rather it belongs to the settlers, and that his past record in politics too is much to be desired.

The above are some of the issues that the rakyat can turn against the government, besides the controversy caused by Rosmah Mansor recently over the multimillion ringgit ring that she denied purchasing and the expensive handbags. Rosmah may not have sense the anger and frustration of the rakyat in the way she spends and the extravagant lifestyle she appears to lead. There is no hiding the fact that the Mak Chik’s in the kampongs are well aware of this too, and this spells certain disaster for her mate i.e. PM Najib. How is she going to appear with Najib during the campaigning and the responses she gets is much awaited by the electorates.

Finally, UMNO leaders bashing of the opposition throughout the general assembly can backfire, for there is already too much that the rakyat knows that UMNO/BN seems oblivious. While UMNO is too engross with party affairs, the opposition is already out in force campaigning. Indeed, and taking the words of Muhyiddin, the upcoming general election will be the “mother of all elections”.

CRUSADE AGAINST CORRUPTION Posted by Mohd Arshad Raji