Followers

Saturday, July 3, 2010

UMNO - Benci tapi Rindu pda SPR balik!


Hahahaha!!
Komen-komen macam ni baik dari SPR ke UMNO mahupun dari UMNO ke SPR,
teman dah rasa macam senda gurau laki bini pulak!
Lebih tepat senda gurau suami-isteri bila isteri dah boleh 'pakai telekung solat' balik!
Wakakakaka!

Takde langsung unsur-unsur kekerasan dan ketegasan..
Macam main cubit-cubit sayang jugak laaa...
Mula-mula si isteri (SPR) cubit suami... senyum-senyum..
Lepas tu si Suami (UMNO) cubit balik isteri(SPR).. gelak-gelak..

Lepas tu?? faham-faham sudahlaahhhhh!!

Harap baik UMNO mahupun SPR.. rentikanlah lakonan bangang macam ni!!

sunsnake 03072010


Pemuda Umno mahu SPR permudahkan pendaftaran pengundi

July 02, 2010

KUALA TERENGGANU, 2 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mempermudahkan proses pendaftaran rakyat yang layak mengundi sebagai pemilih, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana ramai rakyat, terutamanya golongan remaja, yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar.

“Saya minta carilah jalan yang paling mudah untuk rakyat mendaftar, walaupun termasuk (kaedah) pergi dari rumah ke rumah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Kuala Nerus di sini, hari ini.

Umno/BN pun sama......perasan, mahu menang selama-lamanya


Begitulah nasib Brazil, legenda bolasepak......merintih, hiba, sedih pilu apabila tumpas pada pasukan Belanda sebuah negara yang kuat, malah pernah memasuki perlawanan akhir di dua kejohanan Piala Dunia berturut-turut.(1974 dan 1978)

Begitu juga dengan penyokong dan peminat samada di stadium atau d seluruh pelusuk dunia berasa hampa......seolah-olah tidak boleh menerima sebarang kekalahan.

Sehubungan dengan itu, begitulah keadaannya apabila 5 negeri dibawah pemerintahan Umno/BN tumbang, Umno/BN semacam hilang akal......meracau......terkinja-kinja.....meroyan di sana-sini tidak boleh menerima kekalahan.

Kalau kejohanan Piala Dunia diadakan setiap 4 tahun sekali, mana-mana negara yang kalah seharus menerima dengan dada terbuka, gandakan latihan, susun semula strategi permainan dan pembangunan pasukan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan berikutnya.

Di dalam senario politik Malaysia, Umno/BN tidak dapat menerima sebarang kekalahan. Tempoh di antara satu pilihanraya umum dengan pilihanraya umum yang lain adalah tidak melebihi 5 tahun, tetapi Umno/BN yang berlagak seperti ayam jantan sentiasa mencari akal untuk men'jolok' negeri-negeri yang terlepas dari pemerintahanya agar tumbang sebelum PRU. Negeri-negeri yang terlepas dari 'genggaman' mereka akan di'gelodak' dari semasa ke semasa dengan bantuan 'referee' dan beberpa pembantu 'referee'.

Nota:

Begitulah dalam sesuatu pertandingan, jika pengadil gagal menjalani tugasnya atau ada unsur-unsur berpihak pada mana-mana pasukan maka penonton akan hampa, integriti pengadil sentiasa dipertikaikan, kejohanan menjadi tidak bermutu.

Apakah dalam konteks politik di Malaysia, fenomena pengadil (referee) 'berat-sebelah' juga berlaku?......jawapannya.....ia sudah lama berlaku.....aduhai.....

DAP Menang 2:1 Mengalahkan Umno

Mana teloq Umno ?, dengan DAP pun dah kalah moral nya, itu pun Perkosa dah menolong.

Bila Umno kalah bererti Melayu Umno yang di perjuang Umno turut kalah, ini di sebabkan orang melayu sudah tidak mengharapkan Umno untuk menjaga kepentingan melayu.

Trend melayu kini beralih kepada Parti2 Pakatan Rakyat, mereka ingin mencuba nasib dengan PR pulak, setelah Umno GAGAL dalam memartabatkan melayu, Umno lebih pentingkan kroni, suku sakat dan dikalangan pemimpin2 jah, tambah2 bagi golongan muda, peluang pekerjaan bagi golongan mereka terhad.

Dalam berlumba2 untuk mendaftar pengundi baru Umno nampak nya ketinggalan di belakang DAP.

Sebelum ini dengan menggelabah pihak Pemuda Umno kata nisbah melayu mendaftar 1:40 di sangkal spR, sebolih2 nya Umno ingin menagih simpati pengundi melayu dalam keadaan terdesak, sengaja mengadakan propaganda.

Mampos Umno, pergi Jahannam lah Umno, tolak rosmah negara selamat.

Bekas Pegawai Penjara Bidas Menteri Mengenai Penjara Pudu

Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (Expoam) mengusulkan bantahan sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein mengenai ‘Penjara Pudu yang tidak perlu dibanggakan’.

Setiausaha Agungnya, Ali Othman berkata, kenyataan menteri itu yang menyebut "mungkin banyak benda lain boleh dibanggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama" ketika bersidang di Dewan Rakyat pada 21 Jun 2010, benar-benar mengguris dan menghina ahli-ahli persatuan dan pegawai penjara yang sedang berkhidmat kini.

Kenyataan itu turut tersiar di sebuah akhbar tempatan keesokan harinya.

“Melalui Perhimpunan Agung Ke-10 persatuan, baru-baru ini, kami membuat usul bantah sekeras-kerasnya kenyataan beliau kerana merasakan seolah-olah perkhidmatan yang diberikan pegawai penjara khususnya yang telah berkhidmat di Penjara Pudu tidak dihargai, jauh sekali dari menjadi kebanggaan.

“Perlu diingatkan dengan adanya bangunan penjara atau jabatan penjara telah membuktikan wujudnya sistem keadilan yang lengkap di negara ini seiring dengan adanya mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, penjenayah wajar dibenci kerana melakukan jenayah tetapi bukan terhadap penjara itu sendiri kerana penjara adalah tempat penjenayah jalani hukuman. -SH


‘Penjara Pudu bukan warisan negara’

2010/06/22

KERAJAAN tidak bercadang menjadikan Penjara Pudu sebagai tapak warisan kerana kewujudannya tidak dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata kerajaan juga tidak berhasrat untuk membina muzium di tapak itu untuk membolehkan generasi akan datang mengetahui sejarah kewujudannya yang dibina pada 1895.

“Kerajaan sudah meneliti perkara ini dan membuat keputusan tapak ini bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan tapak warisan negara.

“Mungkin banyak benda lain boleh dibanggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Fong dalam soalannya ingin mengetahui kemungkinan kerajaan akan memulihara sebahagian bangunan penjara yang berusia 115 tahun itu untuk dijadikan bangunan dan tapak warisan bagi generasi akan datang supaya mengetahui sejarah penjara dan pembangunan Kuala Lumpur seperti dilakukan Korea Selatan.

Menjawab soalan asal Fong mengenai butiran lanjut pembangunan UDA Holdings Berhad di tapak Penjara Pudu, Awang Adek berkata, mereka akan membina projek pembangunan bercampur termasuk pejabat, kawasan rekreasi, hotel dan ruang niaga. -BH




Ulasan GB

Selain Awang Adek, Rais Yatim juga menyatakan Penjara Pudu tiada nilai warisan.

Mungkin jika Awang Adek dan Rais Yatim dimasukkan ke penjara Pudu, kedua-dua orang ini akan bersama-sama dengan Pegawai Penjara membuat demontsrasi membantah tindakan merobohkan penjara berkenaan.

Ada diperuntukkan komisyen ker untuk pembangunan projek pembinaan bernilai RM5 bilion di tapak berkenaan kepada kedua-dua menteri ini? GB sekadar bertanya jer.

0 comments:

Pendirian Anwar dan PKR tentang Zionis

Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap Imbang Penuhadil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."


Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara.

Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.

Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.

Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia.Hrkh

PAS TINGGALKAN DAP DAN BERKAWAN DENGAN UMNO ?


Oleh: WFAUZDIN NS

BERNAMA memetik kenyataan Mukhriz anak Tun Mahathir , PAS lebih baik berkawan dengan Umno daripada berkawan dengan DAP. Jika dibaca pada ayat itu, saya pun amat bersetuju PAS berkawan dengan Umno walaupun saya tidak bersetuju jika PAS pula bermusuh dengan DAP. Masalahnya, siapa yang sering bermusuh dengan PAS dan siapa pula yang telah menunjukkan kebaikan mereka kepada PAS? Persoalan utama sekarang, sejauh mana Umno boleh beri jaminan bahawa Umno tidak akan menentang perjuangan Islam yang ingin dibawa oleh PAS?

Memang benar bahawa kebanyakan ahli-ahli Umno itu adalah berbangsa Melayu dan berugama Islam, tidak jauh bezanya dengan ahli-ahli PAS sendiri. Jika Umno boleh dikatakan sebuah parti yang memperjuangkan Melayu, lebihnya PAS pula adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan tidak akan menganiayai mana-mana bangsa dan agama lain. Di dalam Islam, mencintai bangsa dan keturunan itu amat baik dan terpuji tetapi tidak sampai kepada bersifat `Assobiyah' yang dilarang oleh Islam.

Memperjuangkan syariat Islam seterusnya mendaulatkan Islam di negara ini adalah asas perjuangan PAS. Sebab itulah PAS meletakkan perjuangan menegakkan Islam itu di dalam perlembagaan partinya. Di dalam sejarah, PAS pernah bersatu dengan Umno dan pernah bersama-sama memerintah.

Namun, sikap Umno yang tidak pernah komited untuk menegakkan Islam di negara ini maka hubungan PAS dengan Umno tidak boleh lagi dipertahankan. Apabila konsep `Islam Hadhari' cuba diperkenalkan di zaman Pak Lah, PAS cuba bersangka baik dengan Umno dan serangan terhadap Umno ketika itu diperlahankan dan terdapat usaha untuk PAS berbaik dengan Umno. Ketika itu, Umno berjaya dengan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum Tahun 2004.


Malang sekali, Pak Lah gagal mengimplimentasikan `Islam Hadahari'nya dengan tidak menunjukkan sebarang kemajuan untuk memartabatkan Islam secara syumul. Kezaliman ISA terus berleluasa, rasuah gagal dibendung, kenaikan harga barang lebih-lebih lagi harga petrol tidak dapat dikawal malah meningkat secara mendadak dalam tempoh setahun. PAS berterusan dijadikan musuh oleh Umno dan pihak media yang sekutu dengannya. Akhirnya, PAS tidak lagi boleh bersangka baik dengan Umno setelah Umno sendiri menzahirkan sikap dan pendiriannya terhadap Islam.

PAS kini lebih selesa dan beruntung berkawan dengan PKR dan juga DAP. Walaupun pemimpin DAP, Karpal Singh pernah menyuarakan bantahannya terhadap penubuhan Negara Islam yang ingin dibawa oleh PAS, namun suara Karpal Singh yang `Non Muslim' itu tidak memberi kesan besar terhadap perjuangan PAS. Pada PAS, jika pemimpin Umno yang mengaku Melayu dan Islam itu pun menolak hukum Islam, pelik apanya jika Karpal Singh menentangnya?

Penentangan Umno terhadap Islam tentu lebih besar mudharatnya kepada perjuangan PAS jika dibandingkan dengan Karpal Singh kerana Umno parti yang berkuasa dan menjadi tunjang kepada kerajaan sekarang. Penentangan Karpal Singh tidak memberi kesan kepada PAS kerana tanpa persetujuan Karpal Singh atau DAP sekalipun, jika semua umat Islam menyokong perjuangan PAS maka Islam pasti tertegak di negara ini.


PAS berkawan dengan DAP dan PKR adalah berdasarkan konsep kerjasama menentang kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah negara ini sekarang. Konsep kerjasama ini juga bertepatan dengan Islam. Usaha untuk mewujudkan Negara Islam bukan kewajipan PAS sahaja, lebih-lebih lagi DAP atau PKR. Kewajipan ini merupakan kewajipan semua umat Islam.

Jika Umno benar-benar berminat dan yakin dengan sebuah Negara Islam, apa masalahnya jika Umno turut sama berjuang dengan PAS? Hakikatnya Umno tidak berminat dengan Islam, justeru itu jangan sibuk dengan apa yang diperkatakan oleh Karpal Singh./
wfauzdin.blogspot.com

Tindakan Terhadap Musa Hassan, Suri Rumah Dapat Kebenaran Mahkamah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan seorang suri rumah mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan kerana menghina mahkamah selepas dia ditahan semula walaupun dibebaskan oleh mahkamah pada Mei lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha hari ini membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh Lim Mui Cheng, 42, dari Muar, yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah kerana didakwa mengedar dadah.

Peguam Lim, Datuk N. Sivananthan berkata notis keputusan itu akan diserahkan kepada Musa hari ini.

Pada 25 Mei lalu, Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan permohonannya bagi writ 'habeas corpus' atas alasan penahanannya tidak mengikut peraturan dan memerintahkan Lim dibawa ke mahkamah pada 27 Mei lalu untuk dibebaskan.

Bagaimanapun, wanita berkenaan ditahan semula selepas melangkah keluar dari mahkamah.

Lim ditahan bersama suami, anak lelaki dan teman wanitanya kerana disyaki mengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Mawar, Muar, pada 27 April lepas.

Suri rumah itu ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 di balai polis Johor Jaya manakala lain pula dibebaskan dua hari selepas serbuan itu.

IBRAHIM ALI: DILEMA NERACA RETAK

IBRAHIM ALI: DILEMA NERACA RETAK

Antara dua graduan Oxford, Kedua-duanya graduan dari Oxford. Fuiyo..... hebat tu!!



Kedua-duanya masih muda tapi sudah ada anak isteri. Sorang dari UMNO/BN, manakala sorang lagi dari DAP/PR. Tetapi..... antara kedua-duanya banyak perbezaan.....

Seorang MP ialah.... yang ada intergriti dan sentiasa berada di hati rakyat. Mengapa?? Sebab, sebagai MP, dia tak giler babi. Sebaliknya... dia berdebat bagi mempertahankan hak dan kebajikan rakyat. Dia mendedahkan kepincangan dan memperjuangkan kebenaran.

Walau pun baru pertama kali menjadi MP tetapi.... telah memperlihatkan kesungguhan dan kebertanggungjawabannya sebagai seorang YB. Yes.... he's trully a Yang Berkhidmat. Barulah layak pakai gelaran YB. Yang Berhormat.... yang berkhidmat untuk rakyat. Wakil Rakyat untuk rakyat!! A true Wakil Rakyat indeed!! Yes... a genuine YB.. Yang Bijak!

Manakala... yang seorang lagi ialah MP juga. Also a first time MP, tapi giler babi sikit. No.... no.. no... not sikit but banyak... Tak da apa benda yang sifnifikan pun yang dia buat untuk rakyat.. In fact, tarak apa pun yang dia buat untuk memperjuangkan nasib rakyat. Yang dia handal ialah melalak dan menyalak. Ibarat anjing yang menyalak bukit. Woof!! Woof!! Woof!! Tetapi.... bukit tak runtuh pun, malah tetap kukuh. Sekarang... dia sedang melalak dan menyalak pada si katak dan Anwar Ibrahim.

Kalau melalak yang membawa faedah kepada rakyat, tak per.... tetapi kerap melalak dan menyalak, mempertahankan parti dan para pemimpinnya. Oleh itu, dia ni tak layak digelar wakil rakyat. Tetapi... lebih sesuai digelar wakil parti. Kerja utama dia, ialah... membodek pemimpin parti yang duduk hat di atas tu dengan salakan dan lalakannya. Jenis yang hat ni, memang suka dengan gelaran YB. Megah weh.. apabila dipanggil Yang Berhormat.

Hi.. hi... hi... YB syok sendiri!! Pada rakyat... dia lebih layak digelar YB..... Yang Beretorik. And also.... Yang Bangang!! Sebabnya.... setakat ni, tak nampak lagi bijaknya graduate dari Oxford ni!!

Itulah perbezaannya dua graduan dari Oxford ni. Seorang YB.... Yang Bijak dan seorang YB.... Yang Bangang.

Ha.. ha.. ha.. ha..

YB Tony Pua!!



YB Khairy Jamaluddin!!

Pensyarah: Saya dijemput temu PM, tapi tak sertai Umno.




Hosni menafikan laporan dia merupakan antara 40 ulama muda menyertai Umno Jumaat lalu.

SHAH ALAM — Seorang ulama muda, Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, yang mendakwa dirinya “diperdaya” agar memasuki Umno minggu lalu menegaskan, dia tidak pernah mengisi borang menyertai parti tersebut sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun Hosni mengakui kehadirannya dalam program Jumaat yang berakhir dengan penyerahan borang adalah kerana diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu bertemu dengan mereka yang pernah belajar di Timur Tengah.

“Saya hadir ke program ini kerana diberitahu oleh seorang tokoh agama Umno bahawa Perdana Menteri mahu menemui pelajar-pelajar yang pernah belajar di Timur Tengah.

“Jadi apabila diberitahu begitu saya tanpa syak wasangka bersetuju untuk mengikut tokoh agama menghadiri program itu.

“Namun apabila sampai ke sana lain pula jadi apabila mendapati ramai wartawan dan jurukamera berada di situ sebelum dimaklumkan Perdana Menteri akan hadir untuk menerima borang keanggotaan Umno,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program ceramah Ulama Muda Masuk Umno dekat sini.

Hosni, 27, mendakwa dia tidak pernah melihat dan mengisi sebarang borang keanggotaan Umno.

“Saya pegang borang pun tidak macam mana nak isi? Jadi bagaimana boleh kata saya masuk Umno?

“Lagipun saya memang tiada niat untuk masuk Umno... belajar agama tinggi nak masuk Umno buat apa?” kata pensyarah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Teknologi Selangor itu.

Sambil menjelaskan dia juga bukan ahli PAS, Hosni berkata, dirinya menggunakan ceramah malam tadi untuk menjelaskan kedudukan dalam isu semasa ini.

Hosni berkata dia tidak mahu orang salah faham dengan apa yang berlaku Jumaat lalu.

Difahamkan selain Hosni terdapat tiga orang yang mendakwa diri mereka “diperdaya”.

Bagaimanapun dakwaan mereka telah dinafikan oleh bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan jurucakap kumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno.

Selasa lalu, jurucakap kumpulan 40 ulama itu, Fadlan Mohd Othman menafikan empat orang yang mendakwa diri mereka “diperdaya” untuk memasuki parti BN itu sebagai ahli kumpulan tersebut.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Najib sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Sehubungan itu, Fadlan berkata keempat-empat nama mereka yang mendakwa telah diperdaya memang tiada dalam senarai 40 borang yang dikemukakan kepada Najib.

“Nama mereka itu memang tiada dalam senarai saya, saya pun tidak kenal mereka... memang tidak ada.

“Saya sendiri tidak pernah jumpa mereka,” kata Fadlan.

Senarai 40 nama itu merupakan kumpulan pertama ulama menyertai Umno.

Dakwaan mereka diperdayakan muncul sehari selepas kumpulan 40 itu menyerahkan borang permohonan keahlian menyertai Umno.

Ketika mengulas lanjut, Hosni berkata dakwaan yang dikatakan dia dan tiga orang ulama muda itu tidak diundang adalah tidak benar sama sekali.

“Kalau saya tidak diundang saya tidak akan datang tapi ini diundang sebab itu saya datang.

“Selain itu ketika berada di sana Shahidan melayan saya dengan baik sekali, kalau tidak diundang kenapa tidak sahaja suruh kami pergi,” katanya.

Azmin: 'BN salah guna agensi cuba tumbang kerajaan Selangor'

Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam “bermotifkan politik”.

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.

Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut.

Friday, July 2, 2010

Keadilan Untuk Semua : Masyarakat Cina Pun Dapat Takaful Kifalah

Inilah keadilan menurut islam. Semua orang dibantu tanpa kira kaum, agama mahupun fahaman politik. Mana nak cari sebuah kerajaan negeri yang adil. Saya nak ceritakan pengalaman di kampung halaman saya di Terengganu. Ada 'seekor' (maaf bhs kasar) JKKK yang memang kaki umno, tak nak beri bantuan pada seorang warga emas semata-mata pergi ke surau PAS.

Warga emas ni kakinya dipotong akibat kencing manis dan terpaksa bertongkat ke surau. Tapi JKKK Yahudi ni memang zalim punya orang, dahla bantuan tak dapat, zakat pun tak diberinya. JKKK ni punyalah kaya kalahkan orang bekerja pegawai kerajaan, sedangkan diani SPM pun tak lepas.

Rumah dia je rumah batu dan betapa roswahnya dia ini, jalan tar sampai depan pintu rumah dia sedangkan di kg. saya, ada jalan yang becak dan tak bertar pun. Inilah sikap angkuh JKKK yang pro Apco israel ini. Alangkah bahagianya jika warga emas tu duduk di Kelantan. Tentu akan dapat bantuan. Malangnya warga emas ini duduk di bawah pemerintahan UMNO Yahudi, yang mentekedarah duit rakyat demi nafsu perut mereka..

Penduduk Cina pertama terima Takaful Kifalah

KUALA KRAI - Seorang penghidap kanser pangkal rahim dari Kampung Bukit Langsat, dekat sini, Kua Mek Seng yang meninggal dunia Khamis lalu menjadi penduduk Cina pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang yang menerima manfaat Takaful Kifalah pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, secara keseluruhan, mendiang Mek Seng penerima ke-350 bagi DUN berkenaan sejak skim perlin-dungan insurans untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas itu diperkenalkan Kerajaan Negeri pada awal Februari 2007.

"Bagi penduduk Cina dalam DUN Mengkebang yang menerima manfaat Takaful Kifalah sejak skim ini mula diperkenalkan pula, mendiang Mek Seng adalah penerima yang kelima.

"Bayaran pendahuluan ini sepatutnya dibayar pada hari kematian tetapi ketika itu saya berada di Indonesia kerana mengikuti rombongan Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam)," katanya kepada :Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bayaran pendahuluan sebanyak RM500 kepada suami mendiang Mek Seng, Wee Kim Swee, 65, di Kampung Bukit Langsat di sini, semalam.

Hadir sama, Penghulu Tanpa Mukim Wakil Kaum Parlimen Kuala Krai, Sik Chai Som dan suami Chuink Gin Huat serta mantan Penghulu Mukim Bedal, Mohd Ariffin Wahab.

Sementara itu Kim Swee berkata, mendiang isterinya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.30 petang Khamis lalu pada usia 62 tahun akibat kanser pangkal rahim yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, keadaan isterinya bertambah teruk selepas terjatuh di dapur rumah mereka sembilan bulan lalu sehingga menye-babkan mendiang tidak dapat berjalan dan terlantar di tempat tidur.

"Seminggu sebelum meninggal dunia, keadaan isteri saya semakin buruk apabila dia mula mengalami batuk berdarah dan mengeluarkan nanah apabila kencing," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutama Abdul Latiff atas pemberian manfaat Takaful Kifalah dan juga bantuan Tabung Kronik yang diterima mendiang isterinya sebelum ini.

Bahkan katanya, keprihatinan Kerajaan Negeri tidak terhenti setakat itu sahaja kerana anak sulungnya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU), Wee Liu Pin, 40, turut menerima bantuan.

Mendiang Mek Seng yang disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Prutok, Temangan, dekat Machang, kelmarin, meninggalkan dua anak lelaki dan dua perempuan berusia antara 30 tahun dan 40 tahun.\

Ibrahim Ali: Saya sedia ditahan ISA kali ke-3 - Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 2 Julai — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — buat kali ketiga — ekoran kenyataan beberapa pihak mendakwanya menerbitkan artikel berunsur hasutan dalam edisi sulung Suara Perkasa semalam.

“Saya bersedia untuk ditahan di bawah ISA bila-bila masa jika polis merasakan Perkasa ataupun saya menjadi mudarat kepada keselamatan negara,” kata beliau mengulas desakan agar disiasat oleh pihak berkuasa ekoran artikel dalam Suara Perkasa.

Edisi pertama akhbar itu muncul di pasaran semalam.

Ibrahim (gambar) kali pertama ditahan di bawah ISA selama dua tahun bermula 1974 dan kemudian selama 60 hari pada 1987.

“Saya pernah ditahan di bawah ISA dua kali meskipun saya menyokong kuat agar akta ini dikekalkan.

“(Ditahan) kali ketiga bermakna saya menerima (ijazah) PhD dari Amerika,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata tiada masalah langsung bagi dirinya jikapun ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya tidak akan melarikan diri, tidak akan bersembunyi ataupun berusaha mendapatkan sokongan negara lain sebagaimana dilakukan oleh sesetengah pemimpin,” kata Ibrahim lagi.

“Saya bersedia untuk menerima cabaran dan memikul tanggungjawab penuh atas tindakan saya ini,” kata beliau lagi.

Ibrahim seterusnya berkata, beliau bukan seorang yang suka membuat kenyataan media tanpa berfikir panjang dan kemudian meminta maaf.

“(Mereka) semua ini adalah pengecut,” kata beliau.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa, terbitan Perkasa kerana menerbitkan rencana sulungnya meminta rakan sejawatan beliau dari MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah ISA.

“Saya merasakan bahawa jika benar laporan muka depan Suara Perkasa keluaran hari ini menggesa Wee ditahan di bawah ISA, maka saya merasakan Kementerian Dalam Negeri dengan serius wajar melihat perkara ini.

“Tindakan ini tidak betul, anda tidak harus menyiarkan kenyataan-kenyataan macam ini. Saya serius, tidak bergurau,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Saya merasakan adanya perbezaan ideologi antara saya dan ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali. Saya tidak bersetuju dengan Perkasa,” kata beliau sambil menambah, Perkasa tidak harus menghasut suasana yang tegang.

“Saya tidak membela Ka Siong, Perkasa tidak boleh menghasut ketegangan,” katanya.

Edisi sulung Suara Perkasa muncul “garang” semalam dengan tajuk “Tahan Ka Siong di bawah ISA” — laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu.

Ibrahim sebelum ini memanggil Wee “biadap” dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan.

Khairy juga minggu lalu melabelkan Ibrahim “gedebe politik”, pertikaman lidah yang berpanjangan dengan Ibrahim mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana mempertahankan Wee.

Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Wee membuat kenyataan itu sebagai respons kepada keputusan kerajaan yang mahu memansuhkan sebanyak 1,500 biasiswa JPA.

Beliau merupakan antara pemimpin terbaru menjadi sasaran kecaman Perkasa, NGO yang ditubuhkan akhir 2008 susulan landskap politik negara selepas tsunami politik Mac 2008.

Ekoran artikel itu Wee juga sedang memikirkan tindakan ke atas akhbar itu dan Perkasa.

Ada pihak yang menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap Ibrahim kerana sering mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan.

Nik Aziz : Ajar Seks Di Sekolah Macam Ajar Pencuri Curi


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.



“Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ''zina'' dan bukan ''seks bebas'' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.-Bernama

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

BALA : “ YA SAYA HIDUP KERANA DAPAT DANA TAPI…..” – minsider


TUNGGU DAN NANTI APA YANG AKAN BERLAKU DI PARIS

Detektif persendirian P. Balasubramaniam yang kini berada di luar negara mengakui “menerima pembiayaan” daripada seorang tetapi orang yang dimaksudkan bukannya mereka yang rapat dengan Pakatan Rakyat, tetapi ahli perniagaan permaidani yang dikenali sebagai Deepak Jaikishan.

Balasubramaniam yang semalam berhadapan dengan situasi enggan ditemui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di London minggu depan atas faktor implikasi perundangan berkata, dia bersetuju dengan pandangan Zahrain Hashim dalam hal tersebut.

Bagaimanapun, dalam jawapan yang dihantar menerusi peguamnya Americk Sidhu beliau berkata, sumber kewangannya bukan daripada orang lain tetapi “dana” diterima ahli perniagaan.

“Saya merujuk kepada kenyataan Zahrain Hashim (semalam).

“Saya diarahkan oleh pelanggan saya untuk mengatakan bahawa dia menyokong penuh cadangan dibuat Datuk Zahrain atas alasan mudah yang mana wang yang digunakan untuk membayar perjalanan ke London dan penginapan adalah diperoleh daripada dana diterima daripada Deepak Jaikishan,” katanya.

Selepas portal-portal tempatan menyiarkan temu bual terbaru Balasubramaniam akhir tahun lalu beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Mohamed Nazim Razak dan Deepak sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.


KENYAATAN PEGUAM BALA


I refer to the statement made by Independent MP Datuk Zahrain Mohamed Hashim in the lobby of Parliament this evening and reported in The Star online portal.

In this statement Datuk Zahrain has suggested that the "individual involved in sponsoring Bala in London" be investigated by the MACC.

I have instructions from my client to say that he fully supports the suggestion made by Datuk Zahrain for the simple reason the money he is using to pay for his trip to London and his hotel accommodation there is derived from the funds he has received from Deepak Jaikishan at the behest of Rosmah Mansor, who ultimately and unwittingly, is his sponsor.

Americk Sidhu
Counsel for P. Balasubramaniam

FRENCH PROSECUTORS TO INTERVIEW PI BALA OVER SUBMARINE – free malaysia today

French prosecutors will be interviewing private investigator P Balasubramaniam in Paris next week as part of their ongoing investigation into claims of corruption over a US$1.1 billion submarine deal linked to Najib Razak.

Balasubramaniam's lawyer Americk Singh Sidhu told FMT that he was informed by French lawyers of this latest development yesterday.

“Balasubramaniam will be travelling to Paris later next week to talk to the French prosecutors,” he said.

He added that it was an irony that the French prosecutors were ready to talk to Balasubramaniam but not the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers.
He was referrring to the MACC's decision yesterday not to send its officers to London to record statements from Balasubramaniam in the murder trial of Mongolian Altantuya Shariibuu.

MACC deputy chief commissioner (operations) Mohd Shukri Abdull had said Balasubramaniam would instead be asked to answer questions which would be submitted through his lawyer in the form of a sworn statement or affidavit, as advised by the Attorney-General.

Americk said he was disappointed with the MACC's decision not to fly out to London to meet Balasubramaniam as was previously agreed upon.

“I just find it interesting that the French don't seem to have a problem in taking Balasubramaniam's statement unlike our MACC and its legal advisers,” he said.


KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA TIDAK AKAN SELESAI

Amat jelas kes pembunuhan Atantuya dan pembelian kapal selam dari Peranchis ini tidak akan selesai.

Kes ini akan terus berpanjangan selagi Najib dan Rosmah cuba memainkan peranan dalam negara ini. Seluruh rakyat Malaysia semakin jelak melihat perangai Najib and Rosmah.

Najib dan Rosmah boleh menggunakan jentera daulah – polis, Sprm, media, lembaga kehakiman untuk melindungi mereka. Tetapi kes pembunuhan Altantuya dan kes jual beli kapal selam ini bukan lagi hanya kes pembunuhan di Malaysia. Kes ini telah pergi ke Eropah. Pada ketika ini siasatan kes ini sedang berjalan di Peranchis.

Apabila PI Bala berada di Eropah minggu hadapan – dia bukan sahaja akan mengadakan sidang media di London. Bala juga akan disoal siasat oleh pihak pendakwa Peranchis. Polis dan mahkamah Peranchis di Paris sedang menjalankan sisatan keatas penjualan dua buah kapal selam. Polis dan mahkamah Peranchis sedang menyiasat sama ada berlaku rasuah ketika jual beli kapal selam ini.

Polis dan mahkamah Peranchis menyiasat kerana syarikat yang menjual kapal selam ini ialah syarikat negara. Ertinya semua rakyat Peranchis ingin tahu 500 juta yang diberi kepada Razak Baginda itu duit berpunca dari mana.

Inilah indahnya globalisasi. Penyamun dan pengganas, pembunuh dan penipu dari Malaysia kini boleh ditangkap dan dicarakan di Eropah.

Nuffnang Ads

Said Zahari: KDN Menangguk Di Air Keruh



Tokoh wartawan, Said Zahari menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dilihat cuba menangguk di air keruh apabila mencampur-aduk isu yang melibatkan masalah Felda dengan isu permit akhbar Suara Keadilan.

"Kenapa KDN campur tangan ini? Soal KDN ialah soal permit. Pada pandangan saya soal permit tidak timbul lagi. Soal sekarang, apakah tulisan dalam Suara Keadilan itu tidak betul atau fitnah yang mungkin merosakkan nama baik Felda.

"Kalau itu yang felda rasakan, Felda boleh ambil tindakan," katanya kepada TV Selangor yang menganggap agensi itu boleh mengambil tindakan perundangan tetapi KDN tidak wajar mengambil tindakan bagi pihak agensi berkenaan.

Anehnya, ketika isu Felda sedang hangat, KDN pula membangkitkan status permit Suara Keadilan akan yang diproses pada mesyuarat panel 13 anggota jawatankuasa mengkaji dan menilai permohonan permit penerbitan media cetak.

"Soal KDN itu soal kedua. Kalau Suara Keadilan buat berita yang dianggap memfitnah, soal KDN tarik balik atau tidak, tidak timbul," katanya lagi.

Muhyiddin Pakar Fitnah No 1

Muhyiddin penipu besar. Lembab. Sedih tengok pencacai yahudi dalam negara ini. Muhyiddin hari ni kata Anwar tanpa segan silu ke negara itu untuk memohon maaf di atas kesilapan beliau kerana khuatir ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakannya itu.

Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana baru-baru ini jelas membuktikan bahawa hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan kumpulan tersebut memang intim, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memang munafik, penipu besar. Sedangkan Anwar kata kunjungannya ke Washington adalah di atas jemputan Woodrow Wilson International Center untuk memberikan syarahan. Selepas itu, katanya seperti biasa diadakan perjumpaan yang telah diatur untuk kakitangan editorial dan media antarabangsa. Sebab itulah laporan akhbar Washington Post yang ditulis yahudi, menyebut tentang ini. Bukannya Anwar terhegeh-hegeh ke sana naik kapal terbang 15 jam nak pergi semata-mata ampu yahudi. Takde masa Anwar buat macam tu sebab dia ke sana diundang untuk beri syarahan.

UMNO biasalah sebab dimana-mana pun mereka mengampu yahudi. Memang muhyiddin kaki penipu. Mulut busuk pemfitnah no 1. Tentu Anwar lepas ni akan failkan saman pada TPM yang lemah ni. Asyik-asyik nak tukar dasar pendidikan supaya namanya dikenang sebagai Penyata Muhyiddin, sama seperti Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak.

Sedangkan pelajar dan guru hidup dalam cacamarba. Kepada Muhyiddin penipu, sebelum bercakap tu eloklah siasat dulu. Bukannya baca Utusan yang bersuara macam yahudi tu. Mungkin Apco dah bagi taklimat pada kabinet suruh fitnah Anwar. Memang dahsyat pengaruh UPCO. Buat Pemimpin PR, jadikan agenda lawan APCO sebagai agenda utama. Lebih elok demontrasi esok bantah judi disertakan juga agenda bantah Apco.

Mahathir Menyanyi, Tapi Sumbang ?

Tun Mahathir, akhir-akhir ini asyik menyanyikan 'lagu', tapi sayang sekali, lagunya 'sumbang' selari dengan suaranya yang sumbang.

Sumbang sesangat. Sungguh-sungguh sumbang, kira-kira nak dengar pun amat 'takut'. Tolong jangan putarkan lagu itu, kerana mungkin ramai yang akan jadi resah gelisah mendengarnya.

Diharapkan orang Rembau ini dapat mengajarnya membaca 'nota' lagu serta tolong beri tunjuk ajar agar 'pitching'nya tak lari.


Apa makna semuanya ini?

PM Tidak Menjawab Soalan MP Padang Serai Berkenaan Kos Perbelanjaan Rosmah Ke New York

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York, April lalu meskipun didesak supaya berbuat demikian di Dewan Rakyat.

Dalam jawapan bertulisnya kepada N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Najib mengelakkan daripada memberikan sebarang jumlah.

"Kos perbelanjaan penginapan dan perjalanan Datin Seri Rosmah adalah termasuk di dalam perbelanjaan yang disediakan untuk perdana menteri, selaras dengan kedudukan beliau sebagai isteri perdana menteri,” kata Najib dalam jawapan satu perenggannya.

Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang kurang tepat itu, cuba menimbulkan perkara berkenaan dengan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bagaimanapun, Pandikar menjawap Aturan Dewan tidak memberikannya kuasa untuk menilai 'kualiti' jawapan menteri dan sehubungan itu, beliau tidak boleh bertindak.

Selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Nuklear di Washington DC, Najib dan Rosmah menghadiri sebuah majlis gilang-gemilang di hotel lima bintang St Regis di New York pada 16 April.

Majlis itu juga dihadiri oleh bintang filem antarabangsa seperti pelakon pemenang Oscar, Robert De Niro, Charlize Theron dan Emmy Rossum, serta diacarakan oleh Jamie Foxx.

Ketika majlis itu, Rosmah diberikan anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada US Business Council for International Understanding (BCIU).

Meskipun tidak dapat disahkan, beberapa laporan Internet mendakwa kemuncak majlis itu ialah apabila Rosmah berduet dengan Foxx.

Majlis berkenaan tidak mendapat liputan akhbar tempatan tetapi menjadi perdebatan berikutan penyiaran dua halaman iklan berwarna di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah daripada “keluarga dan sahabatnya di Amerika dan Malaysia”.

Tidak kurang juga rakyat marah apabila Rosmah dirujuk sebagai 'wanita pertama Malaysia' - gelaran yang sepatutnya dikhaskan untuk Raja Permaisuri agong.

Menurut laporan The Nut Graph, New York Times pada mulanya berkata iklan berkenaan dibiayai oleh kerajaan Malaysia tetapi kemudian menarik semula kenyataan berkenaan.

Berikutan itu, Najib memberitahu Dewan Rakyat bahawa BCIU yang meletakkan iklan berkenaan. Bagaimanapun majlis berkenaan belum mengesahkan perkara tersebut.

Bercakap kepada wartawan, Gobalakrishnan berkata kerajaan harus telus dan mendedahkan kos sebenar perbelanjaan Rosmah.

"Sebelum ini, mereka dakwa ada NGO yang membiayai lawatan isteri perdana menteri. Tetapi sekarang mereka berkata pejabat PM pula yang membayar,” katanya.

"Saya akan terus menulis meminta jawapan. Saya minta perangkaan, tetapi mereka tidak memberikan jumlahnya. Rakyat seharusnya tahu berapa yang dibelanjakan oleh isteri PM.”

Umpan jinak......tapi awas!..... Kalaulah misinya datang ke Malaysia, rasa-rasanya semuanya tercapai.


Friday, July 02, 2010-Tiada satu pun yang tertinggal, semua maklumat dapat di'angkut' balik.Semuanya akan cair.Kalau dah jenis 'Cap Ayam', mana boleh bertahan lama.....mana jenis boleh menyimpan rahsia kot.....pantang di'ayat' semuanya jadi ter'geliat'......jangan fikir yang bukan-bukan yeop.....

al-brangi:

Samada datang dan balik dengan penuh selamat dan bermaklumat atau......nasib badan.....semuanya jadi 'lumat'.....maka jangan putarkan lagu 'Suci dalam debu'. Sila baca dibawah:

Pengintip pernah tinggal di London

GAMBAR di Facebook menunjukkan Anna Chapman di luar bangunan Westminster, London.

LONDON - Wanita seksi yang ditahan oleh anggota-anggota Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kerana disyaki menjadi pengintip untuk Rusia di New York, Amerika Syarikat (AS), Anna Chapman pernah menetap dan bekerja di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Anna merupakan antara 11 suspek yang ditahan FBI atas dakwaan melakukan pengintipan untuk Rusia di sebuah mahkamah pada Isnin lalu.

Media Barat semalam menyiarkan beberapa gambar Anna yang berambut merah berusia 28 tahun itu yang dirakamkan di London.

Satu gambar itu menunjukkan Anna memakai seluar panjang dan baju-T belang hitam-putih tersenyum semasa dia bergambar di hadapan bangunan mercu tanda London, Big Ben.

Dia tinggal dan bekerja di London selama lima tahun sebelum terbabit dalam rangkaian perisikan yang beroperasi menghantar maklumat sulit ke Moscow.

Namun, masih tidak dapat dipastikan sama ada dia terlibat dalam operasi pengintipan ketika itu.

Munculnya Anna dalam dunia perisikan umpama jelitawan berbahaya yang mewarnai filem-filem perisikan James Bond.

Dalam kes wanita itu, dia dan beberapa ejen Rusia lain beroperasi di bandar-bandar raya AS, sesetengahnya sejak lebih sedekad lalu.

Sesuai dengan wataknya sebagai penggoda, Anna menggunakan rupa paras, daya tarikan dan hubungan dengan kalangan pembuat dasar untuk mempergunakan mereka bagi mengorek rahsia negara AS.

Difahamkan, dia memiliki ijazah sarjana ekonomi, sebuah pangsapuri mewah di kawasan kewangan New York dan menguruskan sebuah agensi hartanah antarabangsa yang berjaya di Internet.

Pekerjaannya itu memudahkan dia menjalin hubungan dengan sejumlah individu dari seluruh dunia.

Anna fasih berbahasa Rusia dan Inggeris selain boleh bertutur dalam bahasa Jerman serta Perancis.

Dalam akaun Facebook milik wanita itu, terdapat banyak gambar yang menunjukkan susuk tubuhnya yang mengggiurkan.

Mempunyai 187 rakan, Anna menulis di laman Facebook bahawa prinsip hidupnya adalah: "Sekiranya anda boleh membayangkannya (impian), anda boleh mencapainya. Jika anda boleh mengimpikannya, anda boleh mencapainya."

Kelmarin, pentadbiran Rusia mengakui sesetengah suspek yang ditahan merupakan warganegara Rusia tetapi menegaskan bahawa mereka tidak berkomplot untuk menjejaskan kepentingan AS.

Ibu Anna, Irina, 51, berkata: "Sudah tentu saya menafikan anak saya seorang pengintip. Berita penangkapannya mengejutkan kami."

Berdasarkan beberapa dokumen pengenalan, Anna dilahirkan semasa era Kesatuan Soviet (USSR) di wilayah Karkov, Ukraine dan dibesarkan di bandar Volgograd, dahulu dikenali sebagai Stalingrad, di selatan Rusia.

Dia belajar di Jabatan Ekonomi Universiti Setiakawan Rakyat di Moscow, sebuah institusi pengajian tinggi yang telah lama mempunyai kaitan dengan agensi perisikan USSR, KGB.

Anna mempunyai hubungan kuat dengan Britain dan difahamkan bahawa dia berkahwin dengan seorang rakyat Britain.

Dia dipercayai menetap di Britain selama lima tahun bermula dari tahun 2003.

Wanita itu pernah bekerja di Bank Barclay sebelum menceburi sektor dana lindung nilai di firma Penasihat Pengurusan Aset Navigator di Mayfair.

Dia juga pernah bekerja untuk perkhidmatan penerbangan NetJets iaitu sebuah syarikat di Eropah yang menjual penerbangan mewah dengan menaiki pesawat eksekutif kepada golongan kaya dan terkenal.

Seorang rakan sekerja Anna di Navigator kelmarin menyatakan: "Saya keliru bagaimana orang Rusia sepertinya mempunyai nama keluarga Chapman. Saya berpendapat dia mungkin berkahwin dengan orang Eropah."

Bagaimanapun, Bank Barclay tidak mempunyai rekod bahawa Anna bertugas di bahagian pelaburannya antara tahun 2004 hingga 2005 seperti yang didakwa wanita itu.

Dia dipercayai pulang ke Rusia untuk bekerja di bawah beberapa pengurus aset sebelum berpindah ke AS untuk memajukan firma miliknya yang menguruskan sewaan dan penjualan hartanah di seluruh dunia. Sebelum dia ditangkap, Anna dikenali di kalangan golongan elit di Manhattan, New York.

Namun, semasa dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan Manhattan pada Isnin lalu, dia bukan digambarkan sebagai wanita berstatus tinggi, sebaliknya Anna dituduh seorang penipu licik.

Wanita itu didakwa menemui seorang pegawai Rusia dan menyerahkan rahsia sulit kepadanya pada setiap Rabu sejak Januari lepas.

Ejen-ejen Rusia yang didakwa di makamah bersamanya termasuk pasangan suami isteri, Richard Murphy dan Cynthia Murphy dari Montclair Negeri New Jersey serta Vicky Pelaez bersama suaminya, seorang lelaki dikenali sebagai Juan Lazaro dari bandar Yonkers, negeri New York.

Selain mereka, turut didakwa ialah Mikhail Semenko dan pasangan yang dikenali sebagai Michael Zottoli dan Patricia Mills yang dihadapkan ke sebuah mahkamah persekutuan di bandar Alexandria, negeri Virginia selepas mereka ditangkap di Arlington, negeri yang sama. Dua lagi suspek, pasangan bernama Donald Howard Heathfield dan Tracey Lee Ann Foley ditahan di bandar raya Boston, negeri Massachusetts.

Suspek ke-11 dan terakhir, Christopher Metsos yang dinamakan sebagai perancang rangkaian perisikan tersebut, ditangkap di Lapangan Terbang Larnaca di Cyprus kelmarin.

Metsos yang berumur 54 tahun ditangkap selepas beberapa pegawai imigresen mendapati namanya dalam senarai orang yang perlu ditahan semasa dia mahu menaiki penerbangan ke Budapest.

Tracey Lee Ann Foley yang menyamar sebagai seorang warga AS kelahiran Kanada, dipercayai diberikan dokumen pengenalan diri Britain palsu oleh pihak atasannya dari Rusia.

Menurut FBI, Foley menggunakan dokumen itu untuk keluar masuk Moscow dengan mudah. Pejabat Hal Ehwal Luar Britain menyatakan, pihaknya sedang menyiasat dakwaan FBI itu.

Sekiranya, dakwaan tersebut benar, ia bakal merosakkan hubungan Britain-Rusia yang semakin pulih susulan inisiatif Perdana Menteri Britain, David Cameron untuk berbaik dengan Presiden Rusia, Dmitry Medvedev semasa sidang kemuncak Kumpulan Lapan Buah Negara (G8) dan Kumpulan 20 Buah Negara (G20).

Dalam perkembangan berkaitan, White House semalam mengakui bahawa Presiden AS, Barack Obama telah mengetahui bahawa FBI semakin hampir mematahkan rangkaian pengintip Rusia itu pada sidang kemuncak G20 di Toronto.

Sementara itu, Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin yang merupakan bekas ejen perisik KGB memberitahu bekas presiden AS, Bill Clinton bahawa polis AS bertindak secara membabi buta ekoran penangkapan tersebut.

Putin, bagaimanapun, berkata, beliau berharap kes tersebut tidak akan menjejaskan hubungan AS dengan Rusia yang kini semakin pulih. - Agensi

Adakah dengan saman Suara Keadilan oleh FELDA akan menyebabkan rakyat jadi 'DIAM'??

Saman Felda, lalu rakyat diam?

oleh Husam Musa

Saya seronok membaca kenyataan Ahmad Maslan. Felda menyaman PKR dan Suara Keadilan.

Tajuk berita Suara Keadilan ' Felda Bangkrap' dikira memfitnah Felda.

Ternyata Felda terdesak menutup perbincangan bagaimana rizab tunai susut lebih cepat dari paip bocor.

Felda memang belum bangkrap. Bangkrap yang dipakai sebagai tajuk oleh Suara Keadilan juga bukan bermaksud begitu.

Saman satu cara. Jika ada pihak yang takut lalu membisu, seronoklah Felda. Cerita ia berbelanja besar akan tertutup.

Tidak semudah itu. Saya yakin ramai pihak akan membantu Suara Keadlan merangka afidavit mendetailkan pemborosan-pemborosan dan pebelanjaan yang mengeringkan kantong Felda. Afidavit ini boleh dipetik pula oleh apa saja media. Mungkin, kesan tidak memihak kepada Felda.

Itu sebab saya seronok. Ini 'launching pad' untuk gerakan membongkar Felda mendapat tempat terhormat.

Jika Felda benar dan perbelanjaannya prudent, tidak ada salah menjemput MP ke satu taklimat Felda. Buka untuk pertanyaan. Ajak media ikut sama. Bentangkan penyata yang diodit. Jelaskan rasional tiap perbelanjaan dan pelaburan.

Rakyat rasa puas. Keraguan hilang. Keyakinan terbina. Maruah Felda memuncak.

Ahmad Maslan menekankan nilai saman RM 200 juta. Sekalipun Suara Keadilan ditakdirkan membayar semua saman itu, ia tidak cukup untuk menampung akaun Felda yang kekeringan.

Pada waktu Felda hauskan 200 juta dari Suara Keadilan, rakyat hauskan penjelasan tentang kedudukan Felda. Kehausan ini terus membengkak sekalipun Felda memfailkan sepuluh saman lagi.