Followers

Thursday, February 4, 2010

MUKA DEPAN UTUSAN : Anwar gagal tarik ramai penyokong...masih nak menipu dan putar belit lagi..!!!

Anwar gagal tarik ramai penyokong

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik para penyokongnya berhimpun pada hari pertama perbicaraan kes liwatnya tidak mendapat sambutan apabila kira-kira 50 orang sahaja hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.... Berita Penuh

(GAMBAR-GAMBAR KAT BAWAH NI MENIPU MACAM UTUSAN JUGA KOT..!!!)
YANG ADA 4 ORANG

YANG NI ADA 3 ORANG

YANG NI ADA 5 ORANG

YANG NI TINGGAL ANWAR SEORANG

Kabinet Baru BN

Pendapat Oleh: salehgong

"Banyak isu yang sedang berlegar disekitar ibu kota setelah ramalan akan ada perubahan kabinet pada januari tidak menjadi.Ramai yang meramal tetapi banyak yang tidak tahu ramalan itu boleh terjadi tetapi disebabkan beberapa sebab ianya ditahan.

Perletakan jawatan Datuk Sulaiman masih hangat dan khabar mengenai Datuk Nasir bakal menggantikan Sulaiman adalah tidak benar,kerana kini jawatan itu disandang oleh Yb James.Tetapi ape semakin benar ialah,Nasir Fikri akan masuk ke kabinet juga.


Khabarnya,Datuk Nasir dan Perdana Menteri akan berangkat ke German pada bulan ini untuk mengesahkan senarai kabinet yang baru,yang akan memasukkan beliau ke dalam kabinet untuk portfolio yang lebih serius.Datuk Nasir memang terkenal dengan kelantangan beliau dan kejujuran beliau dalam berpolitik kerana beliau memang berdarah politik.Kemasukkan Nasir ke kabinet juga katanya telah dipersetujui oleh MB Terengganu dan mendapat sokongan penuh."

Wednesday, February 3, 2010

Berikut adalah kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

UPDATE : Terkini Dari Mahkamah 4.40pm: Walaupun hujan lebat, para penyokong Anwar brerhimpun dekat pintu masuk komplek mahkamah. Dua penyokongnya kelihatan memakai topeng Najib dan Rosmah. Polis mengeluarkan amaran tangkap.

4.30pm: Mohd Saiful berkata dia diarahkan pergi ke kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk membincangkan dengan Anwar mengenai urusan tugasnya.


4.15pm: Peguam Karpal Singh membuat bantahan kerana laporan polis menyebut kejadian liwat itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 6 petang, yang berbeza dengan waktu yang tercatat pada kertas tuduhan.


DPP Mohd Yusof menjawab banyak insiden yang berlaku. Katanya, laporan polis itu merupakan bukti utama, yang membawa polis melakukan penyiasatan.


4.05pm: Mohd Saiful berkata Anwar mengambilnya bekerja antara bulan Mac dan Jun tahun berkenaan.
Walaupun surat peletakan jawatannya menyebut dia berbuat demikian kerana malas dan tidak berdisiplin, Mohd Saiful berkata motif sebenarnya ialah kerana tidak tidak tahan lagi diliwat seperti dalam tuduhan tersebut. Laporan polis Mohd Saiful yang dibuat di hospital besar Kuala Lumpur bertarikh 28 Jun 2008, diserahkan sebagai bahan bukti.

4.00pm: Mohd Saiful berkata, dia bekerja untuk Anwar sebagai seorang sukarelawan seminggu sebelum pilihan raya umum Mac 2008, dengan gaji RM1,000.
Selepas pilihan raya tersebut, dia menjadi pengawai khas, dengan tugasw mengatur perjumapan dengan ahli-ahli parlimen BN yang berkemungkinan melompat parti. 3.55pm: Mohd Saiful menceritakan mengenai latar belakang pendidikannya kepada DPP kanan DPP Mohd Yusof.

Katanya, dia tercicir dari Universiti Tenaga kerana keputusannya yang teruk. Dia kemudiannya menunjuk ke Anwar ketika diminta mengecamnya. Anwar tidak memandang ke arahnya. Sebelum itu, ketika Mohd Saiful melangkah ke kandang saksi, kedengaran seseorang melaung "taubatlah", menyebabkan mukanya berubah.

Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada 29 Jan lalu itu, disemak semula. Kedua-dua pihak berhujah lebih 40 minit sebelum Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada sebab-sebab khas bagi menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan ia disambung. Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/02/update-terkini-dari-mahkamah.html#ixzz0eSpcUzvL

Suami Mendakwa Dia Menjadi Mangsa Dera Isteri ?

Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu.

MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.


Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.


Bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 juga didakwa turut mengikut perangai ibu mereka apabila bersubahat memukulnya jika si isteri naik angin.


Sham yang bekerja di sini hanya pulang sekali seminggu ke rumahnya di Selayang dan mendakwa setiap kali pulang ke pangkuan isterinya itu dia akan menjadi mangsa dera.


"Saya bekerja di Melaka dan hanya pulang pada hujung minggu manakala isteri tinggal bersama anak-anak di Selayang," cerita Sham ketika ditemui di Merlimau di sini semalam.

pS- Ini baru betul selalu kita dengar suami dera isteri. Apa nak jadi dunia sekarang wallahua'alam

Laungan Reformasi Di Lobi Makhamah

Tepat jam 2.26 petang, penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan sejurus selepas itu, Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dengan diiringi laungan reformasi.

Sebelum itu,berlaku sedikit kekecohan apabila ahli parlimen Batu, Tian Chua dan beberapa penyokong Anwar ditahan daripada memasuki mahkamah kerana membawa sepanduk yang dilipat.


Bagaimanapun, ianya diprotes dengan mengatakan tiada larangan untuk membawa sepanduk.


Laungan " kami rakyat Malaysia dan "membayar cukai" turut kedengaran memenuhi ruang legar mahkamah.


Bagaimanapun, peguam Anwar, R. Sivarasa menenangkan keadaan dengan berjumpa dengan pihak polis.


Setelah Anwar memasuki mahkamah, sekali lagi kekecohan berlaku apabila Tian Chua dihalau daripada memasuki mahkamah dan sepanduk perhimpunan membantah kospirasi II terhadap Anwar cuab dirampas.


Tian Chua bersama penyokong Anwar kemudiannya membuka sepanduk tersebut diikuti dengan laungan reformasi diketuai oleh bekas Pengerusi Gerak yang menyertai PKR, Mohd Nazree Mohd Yunus.

Anwar Ibrahim in Second Sodomy Trial

By Barney Henderson in Kuala Lumpur

Malaysia’s opposition leader has appeared in court to face sodomy charges for the second time in a decade and threatened to call the prime minister as a witness.


Anwar Ibrahim, who led his party to record gains in the 2008 election, said the charges were the result of “the machinations of a dirty, corrupt few”.


A 25-year-old former male aide, Saiful Bukhari, accused Anwar of sodomy. He faces up to 20 years in prison if he is convicted – a ruling that would effectively end the 62-year-old’s political career. Homosexuality is illegal in Malaysia.


Anwar’s opposition coalition party poses the biggest ever threat to the National Front, which has ruled the country with an iron fist for 52 years.


Arriving at the court with his wife and two daughters, Anwar said his lawyers intended to call Najib Razak, the prime minister, and his wife as witnesses, claiming they are part of a political conspiracy against him.


“We have evidence that Saiful Bukhari was in the house with Rosmah and met Najib a few days before he lodged the police report,” he said.


The government denies any involvement.


The former deputy prime minister served six years for an earlier sodomy conviction and was freed in 2004 when the ruling was overturned.


The latest charge against Anwar has once again put the Malaysian legal and political system under the microscope.


300 Anwar supporters clashed with police outside the court and rights groups condemned the trial.


“The Malaysian authorities have resorted to the same old dirty tricks in an attempt to remove the opposition leader from politics,” said Sam Zarifi, Amnesty International’s Asia-Pacific director.


Court proceedings ended early on Tuesday amid a row over defence lawyers’ access to medical evidence.

Maruah wanita kita selamat di Kedah dan Kelantan!!



oleh MP Pendang Kalau anda berjalan ke bandar Alor Setar sekarang ini, pasti anda akan merasa satu kelainan yang nyata dan ini sudah pasti akan menjadikan Menteri wanit DS Shahrizat merasa bangga kerana tiada lagi gambar wanita diperdagangkan saperti semasa BN memerintah sebelum ini, dan bandingkan juga gambar dipapan iklan di Negeri Kedah serta Kelantan dengan negeri-negeri lain yang diterajui BN,

Sudah berbuih mulut kami dalam parlimen menyeru agar semua papan iklan yang mengiklankan produk barangan janganlah jadikan wanita sebagai bahan dagangan sesuai dengan taraf wanita yang diangkat oleh Rasulullah setelah kedatangan Islam, tetapi masih direndahkan martabat sebagai bahan dagangan barangan saperti kereta dan alat audio visual dinegeri dibawah BN, tapi dibawah PAS alhamdulillah, sudah pun dihapuskan unsar dagangan wanita tersebut.


Perkara ini boleh dilakukan hanya jika kita mempunyai political will yang tinggi dan meletakkan pemerintahan itu sebagai satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.

Oleh kerana antara perkara yang akan dinilai oleh pembeli adalah barangan yang hendak dibeli, kenapalah gambar wanita yang sengaja dicari tak cukup kain untuk buat baju itu sebagai bahan ditempelkan bersama didalam iklan.


Pernah beberapa kali ana sentuh perkara ini didalam perbahasan semasa sessi parlimen yang kesebelas dulu, namun kerana hanya Kelantan saja yang berada dibawah naungan pemerintahan PAS, maka bagai angin lalu saja teguran kita tersebut, sekarang ni alhamdulillah nampaknya dah ada dua negeri yang rakyatnya selamat dari bala bencana perdagangan wanita dalam iklan ini, mohon komen dari DS Shahrizat sama lepas ini. !

LAUNGAN REFORMASI BERGEMA DI MAHKAMAH – harakah daily

SEJARAH BERULANG SEPULUH TAHUN DAHULU - INGATAN UNTUK ANAK MUDA

Laungan reformasi kedua bergema di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini apabila perbicaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula.


Sekitar jam 2.30 petang ini, Anwar disambut oleh lebih 100 wartawan dan antarabangsa di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini.


Dianggarkan lebih 1,000 rakyat pelbagai bangsa dan lapisan usia mula membanjiri mahkamah sehingga polis mula membuat kawalan di pintu masuk kandang perbicaraan.


Beberapa pemimpin utama Pakaran Rakyat seperti Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali antara yang terus hadir memberikan sokongan kepada Anwar.


nota:
untuk anak anak muda, pelajar dan mahasiswa inilah masanya untuk belajar memahami politik dan konspirasi.

datang dan lihat untuk bersama dalam sejarah.
tiga puluh tahun dari hari ini – potret, gambar dan tulisan yang diambil hari ini akan dilihat sebagai bahan sejarah.

kumpulkan bahan bahan hari ini – arkibkan dalam
alam siber dan buka kembali tiga puluh tahun nanti. lihat dan alami sendiri. rasakan nikmatnya apabila kita bersama melakar sejarah.

untuk generasi oldtai ini hanya ulang tanyang.

Konspirasi Semakin Dasyat - Kini Air Mani pula di dubur Saiful

Peguamcara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dalam bentuk spesimen air mani bagi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

NONE“Pihak pendakwa akan membuktikan kes ini melalui laporan kimia yang menunjukkan air mani diperolehi daripada mangsa,” kata Mohd Yusof yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan yang secara rasmi bermula esok.


“Terdapat spesimen yang dikeluarkan dari dubur mangsa. Ini akan membuktikan tembusan memang berlaku,” katanya.


“Apa yang dimiliki oleh pasukan pembela adalah hanya laporan awal daripada doktor yang merawat Mohd Saiful tetapi ia tidak termasuk laporan kimia berhubung spesimen air mani,” tambahnya.

Mohd Yusof berkata perkara berkenaan akan dibuktikan ketika perbicaraan apabila doktor dan ahli kimia memberi keterangan.


Mereka akan menunjukkan bagaimana tembusan tehadap mangsa dilakukan.

Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/02/konspirasi-semakin-dasyat-kini-air-mani.html#ixzz0eODeRukW

Anwar Mahu Sapena Najib dan Rosmah Sebagai Saksi - by DS ANWAR IBRAHIM

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan ke atasnya sebagai konspirasi Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Anwar telah meminta peguamnya, Karpal singh supaya mensapena Perdana Menteri dan Rosmah untuk menjadi saksi dalam kes liwat II ini.


Anwar berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Saiful telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.


”Orang yang terlibat berpakat dengan orang yang menuduh saya termasuk Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah jelaskan keadaan”.


Kita membuat tuntutan supaya Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah. Saya hendak tengok mereka hadir atau tidak. Kenapa hendak larang, nafikan hak saya belan diri, sekarang saya ada bukti Najib dan Rosmah menghasut budak ini”, ujar Anwar.


Saiful Bukhari Azlan menurut Anwar hanyalah kambing hitam di dalam kes Fitnah II ini.

Kes Balak : Risalah sampah mula beredar di Gerik

GERIK : Risalah sampah berunsur fitnah dan provokasi dikatakan sedang beredar di Gerik sejak malam tadi dan kelihatan bertaburan dibeberapa tempat. Demikian seperti dilaporkan oleh seorang anggota Unit Amal Gerik, Sdr. Jefri.

Penyebaran risalah itu nampaknya ada kaitan dengan pendedahan saya kelmarin sekaligus dengan laporan yang telah saya laporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Kandungan risalah itu dikatakan berupa serangan kepada MB Pakatan Rakyat dan Exco Kerajaan negeri PR dengan dikaitkan dengan penyelewangan pemberian konsesi balak kepada pihak tertentu.


Nampaknya ada pihak yang mula jadi macam cacing yang kepanasan dan mula gelisah dengan kerja jahat mereka sejak ampasan kuasa yang berlaku di Perak pada 6 Feb 2009


Malah banyak yang saya temui mengesahkan sejak dari tarikh itu jelas kelihatan pertambahan kenderaan mengangkut balak dijalan raya sekitar gerik.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

KES LIWAT ANWAR : KONSPIRATOR SILAP STRATEGI

Kalau benar dakwaan ramai pihak bahawa Anwar sekali lagi difitnah oleh sepasukan Konspirator yang mahu membunuh karier politik Anwar dan PR, saya kira pasukan konspirator dan tuannya telah tersalah langkah.

Strategi mereka untuk membunuh masa depan politik Anwar adalah silap dan salah 100 %. Bagi saya Anwar sebenarnya akan sekali lagi mendapat simpati dari rakyat dan seluruh dunia. Satu dunia sudah tahu Anwar tidak bersalah dalam kes liwat yang pertama dahulu. Tetapi mengapa pihak Konspirator ( kalau benar dakwaan itu) masih menggunakan taktik lama yang terbukti gagal.?


Saya yakin kes ini akan memberikan impak yang besar juga kepada senario politik tanahair. Rakyat tanpa mengira agama, ideologi dan warna kulit akan simpati kepada Anwar dan keluarganya. Rasa simpati juga akan tempias sama kepada PR kerana Anwar adalah salah seorang pemimpin utama PR.

Kita lihat hari ini bagaimana sokongan kepada Anwar tetap teguh malah semakin teguh. Kalau sebelum ini Mursyidul Am PAS tidak pernah hadir memberikan sokongan moral kepada Anwar di mahkamah tetapi Tok Guru Nik Aziz hari ini berbuat demikian sebagai tanda simpati kepada Anwar. Begitu juga dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang awal-awal lagi sudah kelihatan di mahkamah. Tidakkah menunjukkan bahawa PR semakin kukuh dan padu.


Saya mengharapkan konspirator dan pihak-pihak yang bertanggungjawab (jika benar ini fitnah jahat) menggugurkan tuduhan kepada Anwar jika mereka mahu isu ini reda dan sokongan kepada tidak membuak-buak seperti era reformasi dahulu. Jika tidak saya yakin PR akan mendapat sokongan yang lebih jitu.


Saya bukan bercakap atas isu politik semata-mata tetapi sebagai seorang rakyat dan seorang Islam saya harap pihak terbabit terutama Saiful segera menggugurkan tuduhan ini kerana banyak keraguan yang dilihat dari dakwaan ini. Jadi lebih baik kita sama-sama bertaubat dan memohon ampun kepada Allah sebelum kita terlambat.

SUDAH MULA BERANI BERDEMO DALAM KAMPUS



SENYAP SENYAP - LAWAN TETAP LAWAN !

Mahasiswa di UKM masih tidak lagi redha dengan penindasan dan kezaliman yang berlaku dalam Pilihan Raya Kampus kali ini apabila mahasiswa sekalian telahpun dinafikan kemenangan mereka untuk membentuk PMUKM.


Dalam usaha untuk membantah keputusan dan pengiraan undi pada Hari Pengundian (28/1/2010) serta sepanjang kempen 3 hari (25 - 27/1/2010), mahasiswa-mahasiswi telah mengumpulkan segala bukti fakta yang mereka ada mengenai kekurangan, keraguan, ketidakadilan dan penyelewengan yang berlaku untuk diutarakan kepada pihak universiti melalui 'saluran yang betul'.

Bantahan SENYAP pada 1 tengah hari ini merupakan salah satu langkah yang signifikan, yang telah diambil oleh mahasiswa di FSSK (Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaa), UKM untuk membantah secara senyap tanpa melaung-laungkan slogan, ala peace walk/berkabung mengenai kematian demokrasi kampus.


Selain daripada itu, pengabaian kebajikan mahasiswa oleh pihak pengurusan universiti (2 buah kolej di UKM sering mengalami kekurangan air - Kolej Pendeta Zaba dengan Kolej Keris Mas) serta penganiayaan mahasiswa oleh pihak polis dan FRU baru-baru ini telah memberi inspirasi kepada kumpulan mahasiswa-mahasiswi ini untuk meneruskan perjuangan dengan cara yang kreatif dan lebih memberangsangkan.

Tuesday, February 2, 2010

Sensasi: Saiful Bukhari Gembira Kononnya Hari Kebenaran - pahangdailyonline

KUALA LUMPUR, 2 Feb [5.49 pm] - Mangsa fitnah liwat Mohd. Saiful Azlan Bukhari (foto) berkata, beliau sangat gembira kerana setelah lebih setahun menunggu, akhirnya mendapat peluang untuk memberi keterangan dalam mahkamah. Beliau berkata, perasaannya tenang tanpa apa-apa tekanan.

Beliau yakin perbicaraan kes liwat yang dihadapi bekas majikannya yang juga Ketua Pembangkang itu dapat berjalan dengan lancar selepas ini. Katanya, beliau berada di mahkamah sejak 8 pagi bersama bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguam Zamri Idrus, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak Mohd. Saiful. Ditanya mengenai kemungkinan kes perbicaraan liwat tersebut ditangguhkan sekali lagi, Mohd.


Saiful berkata, segalanya bergantung kepada keputusan mahkamah. Pagi esok, pihak pembelaan bagi kes liwat Anwar akan bertemu dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff di Putrajaya bagi memohon tarikh awal semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu.


Saiful memang gembira kerana namanya tersohor seantero dunia gara-gara mengaku diliwat Anwar. Beliau gembira kerana mahu membuktikan bahawa dirinya memang tekah diliwat Anwar biar pun doktor pakar gagal mengesan dan membuktikan perbuatan itu berlaku.


Saiful juga gembira kerana segala bukti telah direkacipta oleh pihak terbabit dalam usaha untuk membantu beliau menang sandiwara ini dan berjaya mengondol hadiah wang tunai jutaan ringgit seperti yang dijanjikan. Beliau langsung tidak malu pada diri sendiri atau orang disekelilingnya. Bagi beliau, amat bertuah kerana menjadi mangsa liwat seorang pemimpin negara seperti Anwar.


Lantaran itulah beliau tidak habis-habis berdoa agar tuduhan itu benar belaka. Inilah manusia yang paling aneh di dunia ini, tapi hairan pihak polis dan mahkamah boleh pula menerima laporan mulut seorang anak muda seperti ini. Bayangkang kiranya ia berlaku kepada orang lain?].

Perbicaraan Berkisar Soal Penangguhan Kes Liwat - YB Karpal Singh

KUALA LUMPUR, 2 Feb [2.30 pm] - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan petang ini dengan peguam Anwar, Karpal Singh (foto), berhujah kenapa perbicaraan itu perlu ditangguhkan. Mahkamah kemudian berehat sementara untuk hakim menimbang hujah dan membuat keputusan.

Anwar pagi tadi memohon bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau. Karpal berkata, penangguhan itu diperlukan kerana mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya.


Terdahulu, kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan akan menemui Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff esok bagi membincangkan tentang perkara berkaitan permohonan semakan kes berkenaan. Karpal berkata Alauddin semasa dihubunginya menerusi telefon bersetuju menemui kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan, selepas kedua-dua pihak yang bergegas ke Istana Kehakiman di Putrajaya pagi ini gagal menemui Zaki. Karpal berkata beliau dimaklumkan Zaki hadiri mesyuarat di Kuala Lumpur manakala Alauddin mempunyai temu janji perubatan.


[Mahkamah Tinggi dilihat sengaja menggunakan kuasa untuk memastikan Anwar gagal dalam perbicaraan yang bakal dilaluinya. Langkah tidak membenarkan salinan dokumen penting diberikan kepada tertuduh, termasuk laporan polis itu jelas sekali merupakan penganiayaan terhadap tertuduh. Jika bukan Anwar Ibrahim sekali pun, ia tetap salah disisi undang-undang dan sebagai rakyat Malaysia kita ada hak untuk itu. Bukankah dokumen original ada pada mereka, kenapa terlalu takut untuk berhadapan dengan kenyataan jika yakin berada di pihak yang benar?].

Penduduk Bukit Botak Bakal Terima Rumah Semi D dari Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini memberikan semula hak tanah yang dinafikan oleh Umno-Barisan kepada penduduk Bukit Botak selama 20 tahun.

Setelah hampa dalam cubaan mendapatkan pembelaan daripada kerajaan negeri lalu, pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan kemelut penduduk berkenaan pada perjumpaan dengan mereka petang tadi .


Kerajaan Selangor menawarkan untuk membina rumah berbentuk semi-D untuk 1400 keluarga di Bukit Botak dan menjualnya kepada mereka pada harga lebih rendah dari pasaran.


Lebih sembilan puluh peratus daripada penduduk bukit Botak hadir pada sessi dialog ini.


Selain Tan Sri Abdul Khalid, kerajaan negeri turut diwakili oleh EXCO Kerajaan negeri Iskandar Abdul Samad dan pegawai-pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.


Tan Sri Abdul Khalid bersama wakil PKNS memberikan taklimat mengenai usaha pembangunan semula Bukti Botak yang tergendala dalam zaman pemerintahan Umno-BN dalam tahun lapan puluhan.


Khalid tegas menyatakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak akan memberi janji kosong kepada penduduk di sini.


"Taklimat cadangan pembangunan yang diadakan di Dewan Sri Siantan Selayang hari ini dan memberikan komitmen kerajaan negeri komitmen Kerajaan Negeri, memberikan penjelasan yang saya rasa akan menguntungkan rakyat, akan menguntungkan mereka-mereka yang telah kita janjikan sejajar dengan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor" ujar Khalid.


Beliau berkata kira-kira 1,442 rumah teres berkembar akan dibina dalam tempoh tidak melebehi 24 bulan untuk membolehkan penduduk bukit botak mendapatkan hak kekal untuk menetap di sini.


Projek ini akan membabitkan tanah seluas 55.8 hektar dan dijual pada penduduk dengan harga RM99 ribu.


Harga pasaran untuk unit rumah berkenaan ialah RM175 ribu sebuah.


Khalid menambah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama pakar telah melakukan kajian untuk memastikan penduduk Bukit Botak mendapat tempat tinggal yang selesa buat mereka.


"Dalam kajian-kajian PKNS bersama dengan pakar-pakar, arkitek, QS dan juga pihak akauntan, mereka akhirnya membuat keputusan mencadangkan pembinaan rumah yang sesuai dengan keadaan tanah-tanah tersebut dengan nilai boleh dikemukakan kepada masyarakat Bukit Botak dengan harga RM 99 ribu ringgit" tambahnya.


Penduduk Bukit Botak juga diberi pilihan samada menerima rumah tersebut dengan harga yang ditawarkan ataupun menjual rumah itu kepada PKNS dengan harga pasaran semasa.


"Mereka juga bersedia menjamin, jika mereka tidak mahukan rumah tersebut apabila sudah siap, PKNS menjamin untuk membelinya dengan harga RM170 ribu".


Difahamkan, rumah berbentuk Semi D ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan diterap gaya binaan berunsur kontemporari moden.


Kerajaan negeri juga berjanji akan melantik kontraktor berkemampuan untuk membangunkan projek ini.

Apehal si Amerika ni pi jumpa Nizar pulak? Awat tak jumpa Zambry?

Ipoh 1 Feb : Kunjungan hurmat Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan Amerika ke Pejabat PAS Perak pagi ini merupakan satu satu penghormatan oleh sebuah kerajaan besar dunia terhadap keupayaan kepimpinan PAS Perak , khususnya terhadap DS Ir Nizar Jamaluddin.

Turut mengiringi beliau menemui Majlis Dewan Harian PAS ialah Setiausaha Politik Kedutaan Amerika, En Ravi Manickam.


Tetamu dari Kedutaan Amerika tersebut berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin PAS Perak hampir satu jam lebih.


al-Husseyn punya
Selain Nizar, turut hadir ialah Pesuruhjaya Negeri, Ust Abu Bakar Hussin,Timb 3 PJ, Ust Mustaffa Shaari,YB Zainuddin,Misbahul Munir dan beberapa yang lain.

Ditanya oleh wartawan samada kunjungan beliau menemui PAS Perak ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang akan memutuskan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar pada 9 Februari nanti, Jeremy menyatakan bahawa kunjungan ini sebenarnya telah lama dirancang dan hanya kali ini ada beliau ada kese
mpatan.


Beliau menjelaskan tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan dan bertanya tentang peluang pelaburan yang ada di Perak.


“Amerika tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” jelasnya lagi kepada pihak media.


Walau bagaimana pun ramai yang melihat kunjungan wakil Kedutaan Amerika tersebut menemui pemimpin PAS pada hari ini sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes Nizar yang dijangka diputuskan menjelang 9 Februari ini.

Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/02/apehal-si-amerika-ni-pi-jumpa-nizar.html#ixzz0eHFgNmuu

Kartika hanya mahu peluang kedua - malaysiakini

Di balik hiruk-piruk laporan di media dan perdebatan agama, Kartika Sari Dewi Shukarno hanyalah seorang wanita yang patah hati dan mahukan peluang kedua bagi menjalani kehidupan yang normal.

Julai lalu, model sambilan 33 tahun itu menjadi bahan berita di persada antarabangsa apabila menjadi wanita pertama dijatuhkan hukuman sebat kerana kesalahan minum arak.


Dalam wawancara ekslusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Kartika berkata, dugaan berat terhadapnya itu telah memusnahkan gerbang perkahwinannya dan menegangkan hubungan dengan ahli keluarga dan kedua-dua anaknya.


Tahun lalu, Kartika ditahan pihak berkuasa agama di Pahang ketika sedang minum arak bersama rakan-rakan bukan Islamnya di sebuah hotel di Cherating.


Setelah membayar denda RM5,000 setengah tahun kemudian, hukuman terhadapnya seolah digantung tidak bertali.


"Saya tidak tahu kenapa ia ditangguh. Peguam saya kata, pihak berkuasa tidak dapat menjalankan hukuman kerana mereka tidak mempunyai kakitangan terlatih untuk melaksanakan hukuman.


"Terdapat tekanan daripada Sultan (Pahang) yang dikatakan tidak setuju dengan hukuman tersebut," katanya dalam wawancara di sebuah resort keluarganya di Kuala Kangsar
.

Kenyataan Zambry sombong, dangkal dan bodoh - Misbahul Munir

Kenyataan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.

Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Dr Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.


Di dalam satu portal berita, Dr Zambri dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.


"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.


Menurut Ustaz Misbah, Dr Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.


Inilah yang Dr Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.


“Sepatutnya Dr Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.


“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.


Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu. Harakahdaily

Telur Semakin Kecut!!!! - fromperakwithlove

Sekarang nie semakin hari semakin dekat plak kepada tarikh 9 Februari 2010 ... Memang rasanya hampir seluruh warga Negeri Perak Darul Ridzuan tertunggu hari bersejarah tue... Ader yang rasa nak terkucil, ader yang rasa nak terberak dan ader plak yang nak menangis da ader plak yang macam nak bergumbira... apa-apa pun telah ujud plak tanda-tanda Zambru Kadeer kecut telor... hahaha..

Mana tak kecut telor punya.... yer la... belum tentu kali nie MB Mahkamah nie boleh menang... tapi kalu memang... itu semua memang dah dijangka.... hahaha... kalu kalah la yang paling rasa pelik... dan sure masa tue... bukan setakat kecut telor... usus pon rasa nak terkeluar ikut lubang pungkoq... hahaha


Zambry Kadeer dimasa kecederaan nie (macam main bola la plak)... memang risau... gundah gulana nampak... cakap pon dah makin merapu teruk... pastue plak.. sekarang nieh macam-macam projek Kerajaan Persekutuan tengah jalan kat Perak... haha... itulah tanda-tandanyer ... hehehe... mungkin ader yang kena bubar DUN la pulak... hahaha..


Kalu tidak Zambry Kadeer kecut telor.. takkan dier cabar Nizar Jamaluddin and the gang suruh letak jawatan sebagai ADUN... giler aper.. hanya orang bodoh jer yang akan letak jawatan ADUN sebelum DUN dibubarkan.... sebab... nanti dah tak bholeh bertanding lagi la... hahaha....


Jadi biler Nizar dan rakan-rakan dah hilang kelayakan nak bertanding... senang la Zambry Kadeer... baru la dier ader brani.... baru la dier ader bertelor balik... la nih dier tengah kecut telor nih... hahaha..


Apa-apa pun.... Zambry Kadeer dah terbukti tengah kecut telor tue... hahaha.. kita tengok apa lagi komen yang akan dier kemukakan... hahaha... cukuplah tue Zambry Kadeer ooi... lu tue buat malu orang Perak jer la... hahaha... lu tue cuma MB Mahkamah jer.... hahaha


Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/02/telur-semakin-kecut.html#ixzz0eH25JMr7

BICARA DS ANWAR, SIAPAKAH PIMPINAN PR YANG SANGGUP BERSUSAH BERSAMA DS ANWAR?

Tuesday, February 2, 2010 Oleh: WFAUZDIN NS

`PENDEKAR' kita DS Anwar hari ini mula melangkah memasuki gelanggang hari ini. Cubaan pertamanya adalah untuk menuntut keadilan sebelum beliau dibenarkan bertarung dengan rejim penfitnah terbesar itu. Adakah keadilan itu akan diperolehinya hari ini atau beliau dipaksa bertarung juga demi untuk melengkapkan agenda mereka yang ingin melihat DS Anwar kembali merengkok di dalam tirai besi jahanam itu?


Mereka sering menyebut tentang ketelusan undang-undang dan kebebasan kehakiman. Apakah yang bakal mereka buktikan hari ini? Bayangkan di dalam satu perlawanan bola sepak, kita dipaksa bermain tanpa kasut menentang lawan yang lengkap berkasut. Apakah nanti keputusan bakal berpihak kepada kita? Tidak mustahil kerana segalanya ditentukan oleh takdir Illahi.


Sebelum perlawanan bermula, kita telah dibuktikan pihak lawan tidak layak untuk bermain kerana banyak melanggar undang-undang dan peraturan, tetapi mereka diberi keistimewaan untuk terus bermain bahkan diberikan berbagai keistimewaan. Mereka kata mereka ingin cepat bermain dan menuduh DS Anwar takut untuk masuk gelanggang, sedangkan mereka dari awal lagi sepatutnya tidak layak bermain. Tambahan pula, mereka menyedari mereka punyai semua kelengkapan untuk bermain lengkap berkasut, sedangkan DS Anwar berkaki ayam. Sebab itulah mereka tidak sabar untuk bertarung kerana mereka pasti dengan kelebihan yang mereka ada, DS Anwar pasti kecundang.


DS Anwar tidak mudah untuk terus menerima nasib sedemikian. Beliau sedaya upaya mahu menuntut keadilan agar pertarungan nanti benar-benar pertarungan anak jantan. Sekiranya DS Anwar masih tidak mendapat keadilan yang dihajatinya, beliau tetap akan memasuki gelanggang biar pun beliau tahu risiko yang dihadapinya. "Jika Takut Menghadapi Risiko, Jangan Bicara Soal Perjuangan', Itulah kata-kata hikmat DS Anwar bertahun-tahun yang lalu.


Kita tetap akan meneruskan perjuangan ini walaupun DS Anwar dizalimi lagi. Hari ini beliau berada di dalam kesusahan dan dizalimi lagi setelah beliau banyak membantu kita mendapat beberapa buah negeri yang kita tawan hinggakan puak-puak itu kehilangan 2/3 majoritinya. Apakah kita tidak merasa malu dan bersalah sekiranya kita tidak berada di sisinya ketika beliau susah dan dizalimi ? Pimpinan PR terutamanya perlu membuktikan bahawa mereka sanggup susah dan senang bersama DS Anwar yang terlalu banyak jasanya kepada PR.

Berita Angin: Pilihanraya serentak Perak dan Sarawak.

Register today, vote for your future! Dengar khabarnya di kedai2 kopi, di warung2, di kopitiam2 dan di restoran2 nasi kandar DUN Sarawak dan DUN Perak akan dibubarkan serentak.

Strategi ini untuk menumpulkan tumpuan kempen parti2 PR. Kalau DUN Perak saja bubar, semua jentera parti2 PR akan tertumpu ke Perak.


Begitu juga kalau DUN Sarawak saja dibubar.


Pihak BN tak ada masalah tentang jentera, infrastruktur dan logistik berkempen. Semua jentera negara dan negeri akan dikerahkan untuk berkempen dan bekerja bagi pihak BN.


Begitu juga dengan kewangan, BN banyak pemodal-taukey yang sanggup beri subsidi. Wang negara pun akan kena pau.


Ini terutamanya berkempen di Sarawak. Negerinya besar, lebih luas daripada Tanah Semenanjung. Bagi satu kawasan DUN, untuk logistik dan berkempen, memerlukan RM200,000.


Ada 71 kawasan DUN. RM200,00 x 71 Berapa da?


BN akan belanja tak kurang dari RM 1 juta untuk satu kawasan DUN. Untuk politik wang!


Oh ya, bila?


Desas desusnya ialah pada bulan Mei. Bulan Jun pesta Gawai di Sarawak. Jadi kata Orang Iban tak sesuai buat pilihanraya.


Hujung bulan Februari ini AGM parti PBB - parti pemerintah Sarawak. Ranking parti itu akan diputuskan di situ. Calon2 juga akan dikenalpasti kat situ.


Masa aku pegi kat Sarawak, kuat sekali lobi melobi calon ni. Sudah ada yang mengenalkan diri sebagai calon dan mula berkempen.


Sarawak dan Perak, BN rasa mereka boleh menang. Apa khabar PR?...

Memalukan: MB Haram Perak, Dr.Zambry Kadir Menjatuhkan Maruahnya Sendiri

Memalukan: MB Haram Perak, Dr.Zambry Kadir Menjatuhkan Maruahnya Sendiri Bila Mencabar Nizar Dan 28 ADUN Pakatan Kosongkan Kerusi !! Sungguh memalukan melihat keletah MB Haram Perak, Zambry Kadir tiba-tiba mencabar MB Perak yang sah, Nizar Jamaluddin serta kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat Perak meletakkan jawatan bagi mmembolehkan satu pilihanraya kecil diadakan dikawasan masing-masing.

Kenyataan itu dibuat Zambry hari ini, tatkala diwawancara dalam satu rancangan khas terbitan media arus perdana Perak FM (RTM). "Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak," katanya. Kenyataan angkuh Zambry ini dibuat bagi bagi menutup maruah setelah mendengar Nizar akan membubarkan DUN Perak sekiranya beliau menang dalam penentuan "Menteri Besar Perak Yang Sah" yang akan diputuskan hakim pada 9 Februari ini. Biarpun kita tidak berapa yakin yang keputusan akan berpihak kepada Nizar, namun MB Haram Zambry nampaknya sudah melatah dan takut dengan tindakan tersebut.


Malah Zambry secara lantang mengatakan mereka tidak akan terikut-ikut dengan rentak permainan pembangkang dalam isu ini. Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri BN tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh rakyat. "Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak pembangkang ini," katanya.


"Sebaik sahaja kita (BN) mentadbir, saya telah memaklumkan bahawa kita tidak boleh selamanya bermain dengan politik kerana rakyat di luar sana inginkan sesuatu daripada kita. Ada masanya rakyat ingin memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting khususnya dalam konteks pembangunan ekonomi negeri," katanya. Zambry yang dilantik MB Perak Ke-11 pada 6 Februari tahun lalu menyatakan keyakinannya bahawa sokongan masyarakat pelbagai kaum di Perak terhadap BN akan terus bertambah disebalik pelbagai permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang.


"Saya yakin bahawa rakyat di Perak tidak akan termakan dengan cara mereka (pembangkang) dan dengan adanya perkembangan ekonomi yang baik, kedudukan keamanan yang baik di Perak dan program pembasmian kemiskinan efektif yang kita lakukan, saya yakin akhirnya rakyat akan bersama-sama dengan kita... dengan syarat kita pun kena buat kerja dengan kuat," katanya. Masalahnya sekarang, jika Zambry benar-benar yakin bahawa BN kini mendapat sokongan padu rakyat Perak maka kenapa beliau takut untuk membubarkan DUN negeri bagi membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan. Mencabar Nizar adalah merupakan satu tindakan bangang yang dilakukan oleh Zambry sebenarnya. Beliau lupa, Nizar menang besar dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang yang telah diadakan selepas BN merampas Perak itu. Kenyataan Zambry ini juga melambangkan betapa dangkalnya pemikiran MB Haram itu.


Beliau lupa isu MB yang sah hanya akan diputuskan pada 9 Februari ini. Maka itu, beliau tidak sepatutnya "perasan sebagai MB" sejak merampas kuasa di Perak tahun lalu. Inilah dia sikap sebenar pemimpin UMNO BN yang "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Rakyat Perak tidak mahu mereka sebenarnya, tetapi mereka kini memerintah dengan kuasa mahkamah dan bukannya kuasa rakyat !.


Nampak benar ketakutan Zambry dan kuncu-kuncunya sekarang ini. Tanggal 9 Februari ini maka genaplah setahun 3 hari Zambry menjadi MB Perak. Apakah itu tarikh keramat untuk beliau dihumbankan secara terhormat agaknya. Zambry memerintah Perak hanya dengan kuasa mahkamah dan bukannya kuasa rakyat. Maka itulah, keadaan di negeri Perak akan terus kucar-kacir jika kuasa rakyat tidak dikembalikan. Jika Zambry benar-benar tidak takut, kenapa beliau tidak mahu membubarkan DUN dalam keadaan politik Perak yang terus berkecamuk sekarang ini.


Zambry hanya layak menjadi MB Haram di Pulau Pangkor sebenarnya, dan bukannya merompak wang rakyat atas nama pentadbiran haram seperti sekarang ini. Apapun, sama-sama kita nantikan keputusan mahkamah yang entahkan betul entahkan tidak itu. Harapan kita agar kuasa pemerintahan di Perak akan diberikan kepada rakyat untuk menentukannya].

TEMBELANG UMNO PECAH - angkasanuri

Cukup rancak sehari dua ini Umno menyerang Pakatan Rakyat dengan memberi gambaran bahawa PR sedang mengalami krisis keyakinan dan umpama retak menanti belah. Tidak dinafikan wujud sedikit masalah seperti 'pendarahan dalaman' menurut Lim Kit Siang tetapi tidak sampai mengalami komplikasi.

Isu melibatkan YB Khalid Samad, Dato Dr, Hassan Ali, Zuklifli Nordin dan beberapa ahli parlimen daripada PKR lebih kepada proses 'pendidikan' kepada PR. Tetapi apa yang berlaku kepada Umno-BN menyebabkan mereka sebenarnya dalam kepanasan. Tengku Razaleigh secara terbuka berada di pentas rakyat bersama kerajaan Pas Kelantan, Khairy didesak secara terbuka melepaskan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menyebabkan parti 'juara rakyat' cukup tertekan.


Oleh itu tidak ada cara lain kecuali mengalih isu dan cuba menyogok wakil rakyat PR sama ada di parlimen dan Dun untuk berpaling tadah untuk 'memulih semangat' Umno-BN. Mereka tahu kalau mempelawa sekadar guna 'air liur basi' tak berkesan maka ratusan juta ringgit ditawarkan untuk wakil rakyat PR melompat parti. Dato Seri Anwar mendedahkan bahawa Dato Dr. Jamaludin Jarjis mengetuai komplot untuk menumbangkan PR.


Siapa tak kenal JJ, bagi penduduk Rompin cukup mengenali beliau bahawa rasuah sudah sinonim dengannya untuk memastikan beliau kekal sebagai ahli parlimen Rompin. Maka saya tak pelik tugas untuk 'membeli' wakil rakyat PR diketua oleh JJ. JJ cukup dekat dan rapat dengan Presiden parti juara rakyat. sudah pasti beliau bukan bertindak bersendirian kalau tak buat apa susah-susah perabis bil telefon untuk menghubungi wakil rakyat PR dari Amerika!


Apa yang berlaku mendedahkan tembelang sebenar Umno yang bukan parti juara rakyat tetapi parti juara rasuah!

Monday, February 1, 2010

Jangan Biarkan UMNO terus zalami rakyat - Nazri Abdullah



LARUT, 31 Jan: Umno Barisan Nasional tidak boleh dibiarkan untuk terus memerintah ekoran telalu banyak penganiayaan dan kezaliman dilakukan kepada rakyat di negara ini. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, selain mengainaya rakyat, Umno juga tidak boleh diharap untuk menjaga hal berkaitan agama Islam itu sendiri. "Umno sekat bantuan ke negeri Kelantan sebab Kelantan diperintah pembangkang, Umno khianati orang miskin khususnya dalam Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Umno sebenarnya khianat tanah orang Melayu di Perak dan menuduh Pakatan yang khianat. " Umno tidak boleh agama, kita tengok apa yang mereka sudah lakukan terhadap agama Islam sekarang," katanya sewaktu berucap merasmikan program Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2010 di Darul Ta'lim, Selama, di sini. Selain itu dakwanya, kerajaan Umno juga bersikap 'double standard' dalam melaksanakan undang-undang dengan mensasarkan pembangkang dan mereka yang menentang dasar mereka. "Undang-undang 'double standard', dikenakan kepada pemimpin pembangkang dan orang yang membangkang mereka," katanya lagi. Menyentuh keputusan mahkamah berhubung kes Menteri Besar Perak yang bakal diketahui 9 Februari ini beliau berkata, PAS dan pakatan rakyat akan menerima sebarang keputusan asalkan ianya dibuat secara adil. "Kalau kita menang, kita akan buat cara menang, kalau kalah kita buat cara kalah sebab kita dah memang biasa kalah. "Tapi biarlah kalah dalam bentuk yang adil dan boleh diterima oleh fitrah manusia," katanya lagi. Namun dalam apa juga keputusan yang bakal dikeluarkan, beliau mengharapakan pemuda terus bangkit menentang sebarang kezaliman Umno BN. Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan dalam ucapannya sebelum itu mengarahkan seluruh pemuda bersiap sedia berdepan Pilihan Raya Negeri ekoran ura-ura pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bila-bila masa. "Saya arahkan pemuda untuk menggerakkan jentera di semua peringkat termasuk kawasan,cawangan dan MTD (Majlis Tindakan DUN) bergerak seperti nadi kita yang sedang berdenyut. "Untuk hancurkan siapa? Umno," soalnya sambil disahut seluruh pemuda yang hadir. Lebih 8,000 pemuda sudah memenuhi perkarang Darul Ta'lim di sini dan penganjur menjangkakan kehadiran terus bertambah menjelang acara kemuncak ucapan pimpinan utama PAS petang ini. Turut akan memberi ucapan petang ini adalah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Sekurang-kurangnya terdapat dua sekatan pihak polis dilihat mengadakan sekatan jalan menuju masuk ke kawasan himpunan

Tekad Mengharungi Gelombang Fitnah - By Anwar Ibrahim

Sekembalinya dari Manila semalam, saya berkesempatan mengunjungi ayahanda di kediamannya sebelum ke majlis anjuran ABIM yang dilansungkan di Kajang. Pertemuan ini sungguh bermakna kerana ianya dihadiri sahabat seperjuangan dekad 70an dan awal 80an dahulu dan disertai lapisan pimpinan muda yang bersemangat. Paduan generasi sebegini, inshaallah akan memantapkan lagi dakwah dan usaha ABIM menyampaikan mesej Islam yang sejagat.

Antara sahabat lama yang hadir ialah Sdr Siddiq Fadhil, Sdr Idris Jauzi, Ustaz Abdul Halim El Muhammady, Sdr Ridhuan Othman dan Sdr Muhd Nur Manuty. Alhamdulillah ukhuwwah di antara kami ternyata kukuh sungguhpun kadangkala ada perbezaan pendapat. Saya juga mengambil kesempatan, selain dari menghimbau pengalaman lalu dengan tokoh seperti almarhum Muhammad Natsir, Profesor Syed Naguib, almarhum Profesor Syed Hussein Alatas dan almarhum Profesor Ismail Raji Al Faruqi mengungkapkan kepentingan organisasi Islam untuk kekal relevan di zaman ini.

Demonstrasi Baling antara bukti kesejagatan mesej dakwah menuntut keadilan dan menumpaskan kezaliman. Ianya juga merupakan upaya yang melintasi sebarang sempadan fahaman serta kepercayaan. Saya juga terharu keperihatinan teman-teman terhadap fitnah yang ditohmahkan ke atas saya dan keluarga. Moga dengan berkat doa semua, inshaallah saya dan keluarga, dapat mengharungi ujian Allah SWT ini.


Fitnah yang dipintal membuktikan pimpinan umno-barisan nasional bersungguh-sungguh mahukan saya dihumban ke dalam penjara. Siang malam media yang dikongkong mengolah propaganda bertujuan merasuk minda dan nurani rakyat. Saya digambarkan kononnya takut berhadapan dengan mahkamah dan sengaja melengah-lengahkan perbicaraan.


Aduhai, janganlah kerana nak mengampu, integriti dan maruah diri digadaikan. Apa yang saya dan barisan peguam pembela lakukan adalah untuk menuntut keadilan dilaksanakan sepenuhnya. Kami menuntut satu proses perbicaraan yang adil serta bebas. Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen serta bukti sesuai dengan peruntukan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah menzahirkan hasrat mereka untuk menjadikan perbicaraan ini umpama satu serangan hendap, sedangkan ini bersalahan dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang menuntut agar kes ini dibicarakan secara adil.


Kelihatannya serangan bertali arus dan usaha memenjarakan saya bertujuan memporak perandakan Pakatan Rakyat. Namun mereka lupa, ikatan yang mengikat perjuangan Pakatan Rakyat berasaskan kemahuan dan cita-cita membawa Perubahan kepada negara ini.


Kita sedar di sebalik sogokan muluk-muluk oleh kerajaan yang diperintah umno-barisan nasional, negara sebenarnya berada di kedudukan yang tenat. Ekonomi tidak memperlihatkan keupayaan yang menyegarkan dan hubungan antara kaum meruncing. Harga barang semakin meningkat dan apa yang mampu dilakukan oleh pimpinan negara hanyalah menasihati rakyat agar cermat berbelanja serta menggesa kita untuk perihatin dengan saudara kita yang lain.


Akan tetapi persoalannya, apakah upaya pemimpin, ketika negara memerlukan pimpinan membawa rakyat keluar dari kemurungan? Jawapannya tidak ada! Tidak ada tindakan yang jitu, berkeyakinan dan imajinatif. Semuanya serba kaku.


Di sebalik tohmahan akan kelemahan muafakat ini, kita sudah berjaya melahirkan dokumen bermakna yang dikenal sebagai “Dasar Bersama Pakatan Rakyat.” Ianya dilakarkan selepas perdebatan dan perbincangan secara terus terang demi menggarap hala tuju negara. Proses bersejarah itu bahkan mematangkan serta memperkukuh kerjasama di antara kami. Yakinlah muafakat ini bukanlah satu ikatan rapuh bahkan mampu memimpin negara keluar dari kelesuan yang sekian lama menghinggapinya.


ANWAR IBRAHIM

Anwar Nyatakan Sokongan Kepada Tengku Razaleigh

Umno mungkin akan mengambil tindakan keatas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh kerana menyokong rayuan royalti minyak rakyat Kelantan.

Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan meneliti isi kandungan ucapan pemimpin veteran itu yang dibuat di satu perhimpunan aman di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baharu, Khamis lalu.


Tengku Razaleigh dalam ucapannya berkata rakyat Kelantan berhak kepada royalti minyak dan bukannya wang ehsan.


Mengulas perkembangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mengalu-alukan tuntutan Tengku Razaleigh itu.


“Pendirian beliau bercanggah dengan pendirian pimpinan BN. Kita mengalu-alukan pendirian itu, dan tumpuannya kepada membantu kerajaan negeri,” kata Anwar.


Diminta mengulas desas-desus pemimpin Umno itu akan beralih parti, Anwar berkata beliau menyambut baik sekiranya perkara itu berlaku.

“Sekiranya benar, kesudian beliau didokong oleh semua ahli PR,” katanya.

Zahrain, Dua lagi MP PKR Nafi sertai BN

Zahrain, Dua lagi MP PKR Nafi sertai BN

Tiga orang daripada sekumpulan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Datuk Seri Zahrain Hashim, yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu untuk menyokong BN, menafikan khabar angin sedemikian.


Ketiga-tiga wakil berkenaan – masing-masing dari Bayan Baru, Pulau Pinang, Merbok, Kedah dan Indera Mahkota, Pahang menyangkal spekulasi mereka sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.


Wakil rakyat Merbok dan Indera Mahkota juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas PKR di ibu negara pagi ini.


Zahrain tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR Selasa lalu dan hari keesokannya mengeluarkan kenyataan mengecam kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau tidak dapat dihubungi sejak empat hari lalu.


Bagaimanapun dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Zahrain berkata “belum terlintas” untuk keluar PKR.


“Walaupun saya kurang senang dengan perkembangan yang berlaku dalam PKR, saya belum terlintas untuk keluar parti kerana masih mahu menjayakan agenda perjuangan,” kata beliau.


“Saya akan bersama PKR walaupun banyak perkara yang saya tidak setuju.


“Saya harap akan berlaku perubahan dalam PKR seperti yang dijanjikan kepada rakyat,” kata Zahrain lagi.


Semalam Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengesahkan beliau ada mendengar tiga hingga empat ahli Parlimen akan keluar PKR.


“Tidak betul, tidak betul,” kata Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din ketika dihubungi The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan mengenai desas-desus itu.


Semasa dihubungi malam tadi beliau dalam perjalanan ke ibu negara untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR pagi ini.


Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang tawaran daripada Umno dan BN, Rashid berkata, “tidak, tidak.”


Dengan ketawa besar beliau memberitahu; “Saya ada jawatan, saya ada keluarga, saya ada anak isteri, apa lagi saya mahu.”


Dalam pada itu Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail juga menolak tanggapan sedemikian.


“Ia mengarut, tak berasas (spekulasi) sama sekali, sampah,” kata beliau ketika dihubungi.


Beliau juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas pagi ini yang bermula pukul 10 pagi.


Ditanya apakah spekulasi itu dikaitkan dengan keputusannya melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Azan memberitahu, beliau telah menjelaskan bahawa ia tiada kaitan dengan kedudukannya di peringkat pusat.


“Saya sudah jelaskan sebelum ini saya mahu memberi tumpuan di pusat, jadi tak timbul isu saya akan keluar parti,” kata beliau yang berulang kali mengatakan desas-desus itu “mengarut”.


Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof berkata beliau perlu meneliti laporan media sebelum ini membuat sebarang kenyataan.


“Saya baru balik dari luar negara (persidangan di Filipina) dan kurang sihat, saya akan membuat kenyataan kemudian,” kata beliau.


Tiga hari lalu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau tiada hasrat untuk keluar PKR.


Beliau yakin dapat menerangkan kepada lembaga disiplin tentang keputusannya membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.


Zulkifli akan disiasat oleh lembaga itu dalam tempoh sebulan.


Desas-desus beliau akan keluar PKR sudah kedengaran sejak akhir 2008.- Malaysian Insider

Bahana 'kuli' Khalid lawan 'tauke' Hassan

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau tidak kecewa walaupun digantung jawatan sebagai Yang DiPertua Pas Shah Alam dan Ahli Lujnah Politik Pas Pusat selama enam bulan berkuatkuasa semalam kerana matlamatnya telah tercapai.

"Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minimum saya telah pun tercapai," katanya di dalam laman blog beliau www.khalidsamad.com.


Khalid Samad juga belum membuat keputusan sama ada akan merayu terhadap keputusan Jawatan Kuasa Disiplin PAS yang mengantung jawatannya dalam parti selama 6 bulan.


Khalid yang menulis di blognya berkata dia sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan.


“Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?” katanya.


Khalid berkata dia menerima penggantungan itu dengan hati terbuka.

Katanya lagi, ramai yang tidak menyedari pada hakikatnya matlamatnya bagi mendedahkan kepincangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali telah tercapai.


“Tindakan Dato PJ (Pesuruhjaya PAS) selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar salah dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi,” katanya.


Tambahnya lagi, Hasan tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi.


Semalam, Jawankuasa Disiplin Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapati kedua-duanya bersalah dan Hasan turut dikenakan amaran bertulis.


Khalid mengakui walaupun jawatannya digantung tetapi itu tidak sepenting tindakan terhadap Hasan yang telah diberi kata dua berhubung sikap dan tindakannya selama ini.


Beliau berkata hukuman gantung jawatan yang dikenakan ke atasnya disebabkan cara beliau menegur Dr Hasan yang dianggap memudaratkan Pas.


"Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala'' (taat kepada pemerintah) terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli," katanya.


Khalid berkata akhirnya beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali menghadapi perbalahan secara terbuka.


"Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan ''tauke'' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini ''tauke'' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi," katanya. Beliau berkata jika Dr Hasan terus dengan cara lamanya, beliau sendiri akan melaporkan perkara itu kepada Jawatankuasa Disiplin Pas.

Khalid juga berikrar dasar perkukuhkan Pakatan Rakyat akan dipertahankan selagi mana PAS bersama gabungan itu.


Beliau juga mengingatkan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir dan menyeru semua supaya bersatu mengasak Umno sehingga mereka tersungkur.

Sunday, January 31, 2010

Orang Melayu Benci Sangat Dengan Khairy - Dr. Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan desakan supaya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, meletak jawatan bukanlah satu perkara baru bahkan ia sepatutnya dilakukan lebih awal dengan memilih calon lebih sesuai ketika pemilihan sayap parti itu tahun lalu.

Dengan nada sinis, mantan Perdana Menteri itu berkata, sepanjang pengetahuannya tidak pernah berlaku kes seorang Ketua Pemuda dilarang berkempen dalam pilihan raya kecil negeri atas alasan ia boleh menjadi faktor kekalahan.


"Itu luar biasa...kes pilihan raya kecil di Perak, mereka larang dia (Khairy) datang...katanya kalau datang juga, mesti kita (Barisan Nasional) kalah. Orang Melayu ketika itu benci sangat, saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh menang.


"Sebab itu saya katakan, depa (mereka) kena belajar mengira Matematik dalam bahasa Inggeris, sebab susah sangat nak kira undi (pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno). Cuma ada 700 perwakilan, takkan ambil masa tujuh jam nak kira undi.


"Pasal apa jadi macam tu, saya tak tahu. Masa dia menang Naib Ketua Pemuda, siapa berani lawan dia sampai menang tanpa bertanding. Apa strategi dia guna...," katanya pada sidang media selepas melancarkan Penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia peringkat Selangor.

Oleh : Nangkubai pada 9:48 AM