Followers

Sunday, October 7, 2012

Video : Kerabat Diraja Terengganu Sertai Pas


 
Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Foto dan Video .


Perkembangan paling menarik di Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU 5) di Jabi Setiu Terengganu apabila seorang kerabat Diraja Terengganu iaitu Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan diri menyertai PAS.

 Beliau menyerahkan borang menyertai Pas di Majlis perasmian yang disempurnakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995 mewakili Parti Melayu Semangat 46.Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim kembali menyertai Umno

Selain beliau,turut menyerahkan borang menyertai Pas ialah bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan  yang juga bekas AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman,Datuk Omar Abu  Bakar dan seorang tokoh muda berpengalaman dibidang korporat saudara Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim ~ 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.