Followers

Sunday, July 29, 2012

Anwar Di Tuaran Sabah Sebentar Tadi - Hampir 70 ribu orang hadir ! (3 FOTO)


SIARAN LANGSUNG! Anwar Ibrahim Bersama Wilfred Bumburing Di Tuaran Isytihar KELUAR BN!

TERKINI!



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini berada di Tuaran di kawasan parlimen Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organaization (UPKO), Wilfred Bumburing.

Wilfred dalam ucapannya yang berakhir sebentar tadi berkata Pakatan Perubahan Sabah (PPS) bukanlah sebuah parti politik untuk menyaing Pakatan Rakyat tetapi bersama pakatan itu bersama-sama menumbangkan Umno-APCO dan Barisan Nasional (BN) di negeri kedua termiskin sejak 1995.


Tambahnya lagi, Wilfred sendiri mengisytiharkan dirinya dan beliau keluar dari BN berkuat kuasa serta merta.

Segak berbaju kaum Kadazandusun, Wilfred tanpa rasa sedikit pun menyesal mengajak seluruh rakyat Sabah supaya beramai-ramai meninggalkan BN kerana tidak ada apa perubahan dilakukan BN sejak memerintah dari zaman Sabah menyertai Persekutan Malaysia pada 16 September 1963.


Beliau juga mahu Sabah tidak ketinggalan menyertai arus perubahan seperti mana yang dilakukan pada 2008 lalu di mana BN berjaya ditumbangkan di lima negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan selain hilang majoriti dua pertiga di Parlimen buat kali pertama sejak Merdeka.


Wilfred tambah lagi juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PAkatan Rakyat memenangi negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.