Thursday, September 30, 2010

UMNO Kurang Senang Dengan Ku Li Yang Senada Dengan Pakatan rakyat !!


Menanti Ku Li Sertai PAS/PR? - oleh : Sofi Wahab

Sejak akhir-akhir ini Ku Li kelihatan senada dengan PAS dan PR khasnya dalam isu royalti minyak Kelantan. Beliau seringkali tidak menghampakan rakyat Kelantan bila diundang memberikan ceramah tentang isu royalti minyak walaupun penganjur kerajaan negeri Kelantan atau PAS sendiri.

Tindakan beliau itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno khasnya Umno Kelantan yang melihat Ku Li seolah-olah cenderung dan menyokong PAS/PR.

Namun penantian rakyat untuk melihat Ku Li bersama PAS/PR dalam wadah politik yang sama tidak kesampaian juga. Ku Li tetap mahu bersama Umno walaupun beliau dipermainkan oleh Umno beberapa kali sejak zaman Dr Mahathir lagi. Sudah banyak kali beliau cuba menentang Presiden Umno pada pemilihan parti itu tetapi beliau seringkali tewas angkara tidak adanya demokrasi dalam Umno lantaran kegagalan beliau memperolehi 2 pencalonan minima dari Bahagian. Beliau hanya berupaya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagian beliau sendiri iaitu Gua Musang.

Namun hari ini media melaporkan bahawa Ku Li akan tetap bekerja kuat membantu Umno pada PRK Galas nanti.

Laporan itu menyebut bahawa Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan membantu BN merampas semula DUN Galas, manakala PAS pula berharap pemimin veteran Umno itu akan mengambil sikap 'low profail' dalam pilihan raya kecil Galas nanti.

Tengku Razaleigh yang dihubungi Berita Harian di London, dilaporkan berkata ia boleh dilakukan dengan lebih berkesan jika beliau diberi peranan untuk menggerakkan dan mengatur pelbagai persiapan seperti tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi di bahagian itu.

“Saya akan bekerja keras bersama pemimpin lain dalam bahagian bagi menentu kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS kembali ke tangan BN,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, Umno bahagian itu tidak mempunyai sebarang masalah dan bersedia mengatur persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kerusi yang pernah menjadi kubu BN.

Katanya, buat masa ini beliau masih sibuk dengan tugas penting yang perlu diselesaikan dulu di luar negara dan menyerahkan kepada tiga kepimpinan bahagian itu untuk mengatur persiapan awalnya.

Beliau percaya timbalan ketua Umno bahagian Mat Yusoff Ab Ghani, naib ketua Datuk Nozula Mat Diah dan setiausahanya Ab Aziz Yusoff mampu berbuat demikian.

Ternyata Ku Li masih tidak mahu meninggal parti yang beliau sendiri cemuh dan kritik. Apa yang menyebabkan beliau masih sayang kepada Umno tidak pula kita ketahui. Namun begitu ahli PAS tetap menanti bila agaknya Ku Li akan menyertai PAS atau parti-parti PR yang lain????

Profesor Dr. Aziz Bari : "Perlantikan Ku Li Di PRK DUN Galas Adalah Untuk Menyingkirkan Beliau Dari UMNO"

Pengarah Pilihanraya, Cubaan Singkir Ku Li Dari Umno?

SHAH ALAM 30 SEPT: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Dr Aziz Bari percaya pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sebagai cubaan halus Umno untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Beliau berkata Umno nekad dengan meletakkan tekanan kepada Teng Razaleigh atau Ku Li bagi menyulitkan kedudukan beliau yang sering berpihak kepada kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memperjuang royalti minyak.

"Saya menganggap ini amaran kepada Ku Li sama ada terus kekal atau keluar Umno. Walaupun kita melihat beliau konsisten tidak senada dengan Umno tetapi dia masih belum keluar," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Ku Li selama ini didesak pelbagai pihak supaya keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat berikutan kecenderungannya memihak kepada kerajaan Kelantan dalam isu royalti minyak dan beberapa perkara lain.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyat Pas, Che Hashim Sulaima akibat barah usus, mendorong laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

Mengulas mengenai peluang Pas memenangi pilihan raya kecil itu, Aziz percaya keputusan pilihan raya kecil itu secara matematiknya berpihak kepada Pas walaupun Ku Li memimpin kempen Umno Barisan Nasional.

Beliau berkata, Umno BN tampak tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil mengejut walaupun mahu menunjukkan kemampuan mereka merampas semula kerusi DUN yang terlepas ke tangan PAS pada 2008.

Katanya, kemerosotan pengundi Umno BN dijangka berlaku melibatkan undi pos berikutan masyarakat orang Asli di Kelantan khususnya DUN Galas semakin selesa dengan kepimpinan Pas.TVS

Teori RAHMAN..Memang Benar-Benar Berlaku - oleh : Justice For All


Benarlah Teori RAHMAN

Melihat kepada suhu ketegangan kaum yang semakin dahsyat kini. dan UMNO pula kelihatan semakin fobia dan ekstrem dengan agenda Perkasa dan ultra-Melayunya, akhirnya BN akan dipulaukan secara total oleh yang bukan Melayu dan menyebabkan kejatuhan kerajaan BN yang terbina atas sifat kow-tow kepada orang Inggeris dahulukala.

Sekaligus membenarkan teori RAHMAN daripada kumpulan mistik penyokong UMNO. Teori yang mereka gunakan untuk menafikan Anwar kini menjadi senjata terhadap mereka sendiri, kerana N untuk Najib adalah huruf terakhir; maka dacing itupun tumbang.

Kembalinya UMNO kepada perjuangan ultra-Melayu adalah kesan langsung daripada kekalahan teruknya dalam pilihanraya 2008. Keadaan yang sama memperlihatkan PAS kembali kepada perjuangan Negara Islam pada 2004 apabila Barisan Alternatif mengalami kekalahan teruk ketika itu.

Namun sentralisasi ini ada kelemahannya. Di dalam usaha memperkuatkan kembali parti maka segala persefahaman diantara sahabat politik akhirnya terbantut. Dan sokongan hasil daripada penggabungan dalam BA terhakis.

Situasi sama kini berlaku kepada UMNO. Didalam mencari penyelasaian kekalahan BN pada 2008, mereka kembali kepada perjuangan Melayu mereka tanpa mempedulikan persefahaman MCA dan MIC. Maka timbullah isu 'Hak Melayu' dan 'Kedaulatan Islam Melayu' yang menghancurkan setiakawan antara tiga sekawan yang dahulunya dilihat sebagai 'Sekukuh Gunung Tahan'.

Kini MCA dan MIC hanya berpura-pura sesama-sendiri bersahabat dengan UMNO dan UMNO pula dilihat terus menerus menyerang kaum-kaum selain Melayu didalam usahanya menawan kembali 'base-support' mereka iaitu orang Melayu.

Kini MCA dan MIC hampir lumpuh diserang ahli mereka sendiri. Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa BN sendiri yang akan menghancurkan BN, dan hakikat ini dilihat dalam percaturan terakhir BN dalam menghadapi PEMILU yang akan datang.

PR atau Pakatan Rakyat tidak lagi dilihat sebagai 'gabungan lemah' malah persepsi rakyat kini melihat mereka sebagai 'Government-in-Waiting'. Pelbagai taktik digunakan UMNO seperti rasuah sehingga tumbangnya kerajaan Perak, membuka semula kes Anwar dan menahan pimpinan mereka. Namun ini adalah gerak longlai terakhir rejim zalim yang tersalah arah, dan PR akan mengorak langkah ke Putrajaya dengan penuh bergaya.

UMNO mengatakan bahawa tujuan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri. Saya dan jutaan rakyat yang akan mengundi Pakatan Rakyat turut bersetuju dan berikrar akan melakukan apa jua untuk memastikan beliau ke sana.

Kenapa pula UMNO tidak tertanya-tanya mengapa boleh pula Rosmah 'tergila-gila'kan gelaran First Lady? sehinggakan membuat 'First Ladies Summit' di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh mereka yang turut 'tergila-gila'kan gelaran yang sama? perlu kita ingat beratus negara menolak pelawaan Rosmah itu kerana mereka tahu penyertaan mereka memberikan legitimasi kepada Rosmah dan mereka tidak mahu dipergunakan untuk tujuan politik.

Ayuh kita berlaku adil dan letakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai.

HEBAT LAKONAN UMNO P. PINANG !!





Sumber Dari Blog pro umno

UMNO P.Pinang kutip semula wang warga emas RM100

Posted by Love Perak

Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.

Kadang-kadang kita nak jaga adab kita supaya jangan maki hamun pemimpin umno yang dari dulu, kini dan selamanya asyik tipu Melayu saja. Tetapi perbuatan mereka memang melampau sangat.

Mereka akan guna apa cara sekali pun untuk merampas kembali P.Pinang. Satu demi satu demi satu demi satu, isu dan isu dan isu dan isu yang umno terbitkan bermula sejak tahun 2008 lagi.

Guan Eng dan Hj Malik serta Ustaz Asri sudah buat penjelasan tetapi ye lah, mana nak disiarkan dalam TV3 suku atau Utusan Meloya. Memang mudah UMNO tipu orang-orang Melayu kampong.

Ini bermakna kempen Galas sudah bermula. Isu ini akan berlegar di Galas.

Ayuh... AMK seluruh negeri P.Pinang yang baru yang masih segar dan enjin pun masih baru, anda wajib buat sesuatu..Anda wajib selamatkan orang-orang Melayu Kampong yang tertipu. :- Sharpshooter

PAS minta PKR henti salahkan UMNO, BN ?


Pemimpin PAS Tegur PKR, Jangan Salahkan UMNO

Wah hebat..betul ke ni..rasanya betul juga apa yang dikatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu ini..

KUALA TERENGGANU: PAS meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya merawat masalah dalaman parti itu dengan bijaksana dan berhenti mendakwa kemelut dalamannya disebabkan dalang dari luar, termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib, berkata tiada sebab BN bersusah payah untuk mengkucar-kacirkan PKR, melainkan masalah itu berpunca daripada parti itu sendiri yang disifatkannya tidak tahu menjaga diri.

"Saya tidak suka menyalahkan orang lain.

Saya tidak setuju orang kata ini (kekecohan dalam pemilihan cabang PKR) didalangi UMNO. Memang mereka (BN) lawan kita, tetapi PKR sendiri hendaklah gunakan kebijaksanaan untuk merawat penyakit sendiri.

Kami tidak mahu campur tangan dalam rumah tangga PKR, tetapi sebagai rakan seperjuangan dalam gabungan pembangkang, PAS berharap parti itu kembali stabil selepas pemilihan nanti," katanya selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan PKR bahawa kekecohan dan insiden pergaduhan dalam pemilihan di beberapa cabang, khususnya di Selangor adalah perbuatan orang luar.

Malah, beberapa cabang di di Terengganu, termasuk Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Marang tidak dapat mengadakan pemilihan dan mesyuarat agung berikutan pendaftarannya dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas gagal mengemukakan laporan mesyuarat tahunan dan penyata kewangan.

Sementara itu, mengulas mengenai nama besar dalam PKR yang tumbang pada pemilihan cabang, Harun berkata, ia adalah kehendak ahli di peringkat akar umbi yang mempunyai hak memilih pemimpin yang mereka mahu.

"Dalam pemilihan, tidak kira nama besar atau nama kecil, kedua-duanya boleh tumbang. Penyingkiran mereka adalah kehendak ahli akar umbi. Jadi, sebagai parti yang berasaskan demokrasi, dia (pemimpin yang tidak terpilih) perlu akur dan terima kehendak ahli," katanya.

TPM Salah Menilai Kepintaran Saifuddin !!


Muhyiddin Bagi Bola Tanggung Kepada Saifuddin? - Oleh Mohd Sayuti Omar

MUNGKIN Muhyiddin Yassin tidak menyedari bahawa cabaran beliau kepada Saifuddin Nasution Ismail supaya mendedahkan petulang luar yang cuba mengkucar kacirkan mesyuarat peringkat cabang parti itu merupakan hantaran bola tanggung kepada Saifuddin. Sudah pasti bola itu akan dismash melenting oleh Setiausaha Agung PKR itu.

Barang kali juga Muhyiddin lupa mengenali kebolehan dan kehebatan Saifuddin dalam silat sulit politiknya. Kalau umpamakan pemain bulu tangkis, Saifuddin boleh bermain di semua keadaan, di net, base line ataupun rally.

Saifuddin dikenal sebagai seorang ahli politik yang bercakap bersandarkan fakta dan hujjah. Beliau tidak beretorik. Cakap-cakapnya tidak kosong dan ada nilai. Sebab itu Saifuddin tidak suka bercakap dan 'berlebel' atau berkokok berdaung seperti orang lain. Apa yang dicakapkan adalah fakta.

Atas kelebihan yang ada kepadanya itulah beliau diberi kepercayaan oleh Anwar Ibrahim untuk memikul tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Sallahuddin Hashim, bekas Setiausaha Agung PKR yang meletak jawatan kemudian menjadi promoter menghancurkan PKR. Sebenarnya track record Saifuddin juga sudah lama menyerlah sebelum ini. Beliau pernah menjadi orang penting dalam Pergerakan Pemuda Umno sewaktu Zahid Hamidi (bukan Zaid *** ****) menjadi ketuanya. Kalau tidak silap Saifuddin adalah setiausahanya kalaupun tidak ketua penerangan.

Apabila Muhyiddin mencabar agar Saifuddin mendedahkan siapa petulang yang dimaksudkan oleh Saifuddin itu ia menggembirakan Saifuddin sendiri. Saya percaya berdasrakan pengalaman mulai malam ini Saifuddin sudah menyusun bahan buktinya di samping memperkemaskan segala maklumat yang ada.

Barang kali Saifuddin akan menanti masa sesuai saja untuk menjawabnya. Beliau akan membiarkan Muhyuddin dan mana-mana pemimpin Umno memberi bola tanggung. Sudah pasti apabila Saifuddin mendedahkan bukti baik berbentuk audio video serta cetakan itu menyebabkan semua akan menganga nanti. Apakah kalau Saifuddin berjaya menyahut cabaran itu Muhyiddin akan sedia memohon maaf atau meralatkan cabarannya?

Dengan kedudukkan sebagai timbalan presiden Umno dan TPM, Muhyiddin tidak sepatutnya mencabar Saifuddin. Kerja mengkritik dan membedal PKR tidak payah dilakukannya. Serah sajalah kepada beberapa bekas ahli PKR yang kini mencari makan dalam Umno yang kerjanya memang sesuai untuk memburukkan Umno walaupun mereka tidak ada locas standi untuk bercakap mengenainya.

Berikan tugas itu kepada mereka, dan tambahkan elaun mereka bekerja mengkritik PKR. Muhyiddin tidak patut ikut sama mencampur kerja-kerja huduh begitu.

Tugas sebagai TPM masih banyak. Muhyiddin perlu bercakap macam mana hendak menyakinkan pelbor asing ke negara ini. Beliau perlu membantu Najib bukannya membiarkan Najib terkotang kanting sendirian. Jadilah seorang TPM yang membantu bukannya yang menyusahkan Najib. Muhyiddin sepatutnya bersama Najib sebab Najib ketuanya dan bukan beriringan dengan Mahathir Mohamad.

Begitu juga dakwaan bekas timbalan Setiausaha agung PKR, bernama Janapala Prumal itu juga saya yakin Saifuddin ada jawabanya. Cabaran Janapala itu juga akan mengena kepalanya sendiri. Masakan sebagai ahli sebuah parti politik beliau tidak mengetahui mengenai status dirinya. Sepatutnya sebagai timbalan setiausaha agung beliau tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Mustahil kalau Janapala tidak mengetahui pemecatannya sebagai ahli PKR pada Feb 2009. Beliau juga mungkin tahu kenapa pemecatan itu dilakukan. Surat pemecatan tidak diterima itu cuma alasan saja untuk dijadikan bahan berita kepada media. Sebagai orang yang berada di bawah dagu bekas setiausaha agung lama Janapala tentu menghidunya kalaupun tidak melihat tindakan dikenakan kepadanya.

Bukankah ada surat pemecatan yang ditulis oleh Sallahuddin Hashim yang tersimpan dalam fail setiausaha agung? Kalau orang luar seperti saya atau orang lain tahu mengenai kedudukan sebenarnya Janapala, kenapa beliau sendiri tidak tahu mengenai dirinya.

Kerana itu pada saya aksi dan ulah Janapala itu tidak lain sebagai sukarelawan untuk menimbulkan kelama kabut dalam PKR saja. Peranananya samalah dengan beberapa orang bekas anggota PKR yang telah meninggalkan parti berkenaan tetapi masih tergilak talak untuk memperkatakan PKR. Mereka itu sepatutnya bercakap bagaimana hendak menyalamatkan Umno bukannya bercakap bagi mempbertulkan PKR. Apakah mereka tidak diberi peranan selayaknya dalam Umno menjadikan mereka merepek meraban menghentam PKR?

Berbalik kepada cabaran Muhyiddin tadi, saya ingin sebut satu saja sebagai menjawab cabarannya. Satu maklumat yang masuk kepada saya, di sebuah cabang PKR di Kelantan ada orang Umno yang cuba merosakkan sebuah cabang PKR berkenaan dengan menyamar sebagai ahli PKR bertanding merebut jawatan ketua.

Nasib baik kejahatan orang berkenaan disedari. Menjelang pertandingan disebarkan maklumat mengenai status orang berkenaan menunjukkan dia seorang ahli Umno. Katanya orang ini diupah oleh Umno untuk membuat kacau dalam PKR.

Mungkin Muhyiddin boleh merujuk kepada partinya dan melihat senarai ahli-ahli Umno yang diutuskan khas mengkhianati mesyuarat cabang PKR. Atau mungkin juga kejadian ini sebahagian bukti yang ada dalam simpanan Saifuddin

Wednesday, September 29, 2010

BUKTI DAH CUKUP - SPRM KENAPA TIDAK AMBIL TINDAKAN ?? - oleh : A Mum Of Three






SPRM..... hangpa dok buat apa??

Lim Soo Nee...Mai la keluar daripada PKR!!

Jangan banyak pikiaq...Hang boleh jadi kaya!!RM 5 juta hang dapat buta ja...Tak cukup pi runding dengan Najib

Lim Soo Nee...Mai la keluar daripada PKR!!

Hang tunggu dalam tu hang dapat apa??Hang keluar hang jadi kayaProjek pun menanti dua tigaKaya raya beb!!

Lim Soo Nee....Mai la keluar daripada PKR!!

SPRM, hangpa dok buat apa??Bukti dok ada depan mata...Hangpa buta ka??Dakwa laSegera!! Segera!! Segera!!

Orang dok mengata hangpaSPRM... makan gaji buat ka apa??Kerja sambil lewaPi cari la Mahazir KhalidDakwa dia segera!!

Najib macam mana pula??Hangpa berani nak siasat dia??Hangpa berani nak dakwa dia??Nama dia punMahazir Khalid ada sebut!!

Kata dia...

Lim Soo Nee....Mai la keluaq daripada PKR!!

Kami bagi hang RM5 jutaTak cukup kalu, pi bincang dengan Najib...Dia sebut nama Najib.

SPRM??Hangpa ada berani ka??Nak pi cari Najib??

Kah... kah... kah... kah...

Tak tau nak kata la...Mahazir Khalid pun depa tutup mataInikan pulak Najib Razak...Piem 1Malaysia.

Kah... kah... kah.. kah...

SPRM...Sah... hangpa lembu!!Lembu kena cucuk hidung.Lembu balaci UMNO/BN!!

by A Mum Of Three Mohd

RAYUAN KHAS KES VIDEO KLIP VK LINGAM - Rakyat Akan Diperbodohkan Lagi ??


Semakan Kehakiman Video Lingam - Rakyat Nak Diperbodohkan Lagi

KELAB GREENBOC - Video Lingam: Semakan kehakiman - 16 Mei 2011

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) menetapkan 16 Mei bagi mendengar merit semakan kehakiman dua bekas hakim negara dan Datuk VK Lingam yang mencabar penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Tarikh itu ditetapkan dalam pengurusan kes hari ini.

Bagaimanapun sama ada perbicaraan akan diteruskan juga bergantung kepada kelulusan rayuan yang dibuat oleh pejabat peguam negara kepada Mahkamah Persekutuan.

Ia dijadualkan akan didengar oleh hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 24 Ogos, dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan dalam menolak permohonan kebenaran ketiga-tiga perayu itu untuk satu semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya, telah menggunakan prinsip yang salah bagi mentafsirkan nilai prima facie untuk diluluskan mengikut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya diraja itu.

Selain memberikan sejumlah RM30,000 kos perundangan bagi ketiga-tiga perayu itu, mahkamah juga mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes berkenaan.

Pada 12 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini.

Ulasan GB

Dari perspektif umum, ada usaha pihak tertentu untuk "membersihkan" imej hakim durjana yang membaca kertas penghakiman yang disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang diadilinya.

Kedua, sebarang penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak boleh dicabar. Apa lagi alasan hakim-hakim ini? Apakah hakim-hakim ini lebih tinggi kedudukannya daripada DYMM Yang Dipertuan Agong?

Ketiga, mengapa hanya tiga hakim untuk Mahkamah Rayuan? Supaya ia mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu? Maka sebab itu keputusan tidak sebulat suara. 2-1.

Rakyat nak diperbodohkan lagi!

UMNO Semakin Hari Semakin Karam - UMNO takut bayangan sendiri


Pihak Dppk Batu Gajah merasa seperti ada yang tidak kena dalam perjalanan parti dan perjuangan UMNO kerana semenjak akhir-akhir dilihat gerak kerja mereka seperti tidak tersusun, seolah-olah mengalami masalah dalaman dan lebih menjurus kepa...da tunggu dan lihat apa pihak lain akan buat sebelum mereka bertindak.

Sikap tidak proaktif UMNO khususnya bahagian Batu Gajah dan DUN Sg Rapat tidak menunjukkan kedewasaan parti UMNO didalam menyusun pelan dan rangka kerja didalam membela dan membantu masyarakat khususnya di kawasan Batu Gajah, Gopeng dan kawasan-kawasan dibawah selian DUN Sg Rapat secara keseluruhannya.

Ini dapat dilihat disepanjang bulan puasa dan bulan-bulan sebelum ini yang mana pasukan Pakatan Rakyat dan Pas sendiri khususnya telah turun padang dan membuat kerja-kerja kebajikan sehingga UMNO ’terpaksa turun semula’ ditempat yang sama yang telah dilawati oleh pihak Pas kerana ’takut’ PAS akan mempengaruhi penduduk disekitar dan takut orang-orang kampung akan marah dan tidak menyokong UMNO dimasa hadapan.

Persoalannya, kenapa perlu takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga merasa tertekan dan takut dengan lawatan dan program yang telah dijalankan oleh pihak Pas? Sesetengah penduduk dan masyarakat ketika ditemui semula oleh pihak Dppk Batu Gajah menunjukkan sikap serba salah untuk menerima apa-apa sumbangan dari pihak PAS kerana ’takut’ akan diboikot dan disisihkan didalam apa-apa jua program bantuan kerajaan oleh UMNO untuk penduduk kampung dimasa hadapan. Kenapa penduduk kampung menjadi mangsa dan perlu ’ditakutkan’ dengan isu sumbangan dan kerja kebajikan ini?

Dalam hal ini biarlah penduduk kampung dan masyarakat setempat menilai dan mendapat manfaat dari sumbangan ini dan tidak mengheret mereka didalam kancah politik sekarang. Walaubagaimanapun masyarakat setempat telah mula sedar serta boleh melihat dengan sendiri perbezaan diantara sumbangan PAS dan Pakatan Rakyat berbanding pihak UMNO Barisan Nasional yang sememangnya bertanggungjawab untuk membantu penduduk dan masyarakat setempat. Pertanyaannya, siapa yang ikhlas dan siapa yang ’terpaksa’ berlaku ikhlas dalam membantu masyarakat?

Didalam aduan yang lain yang telah diterima oleh pihak Pas kawasan Batu Gajah, penduduk kampung turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana terdapat beberapa aduan yang dikemuka kepada Bilik Gerakan Adun Sg Rapat tetapi malangnya tidak dilayan secara profesional dan efisien dalam menangani permasalahan mereka sehingga terpaksa berulang kali datang semula ke bilik gerakan tersebut sehingga ada sesetengah penduduk merasa bosan dan putus asa dengan janji dan bantuan dari pihak terlibat.

Banyak kes-kes yang dilapur terutama bagi masalah tidak menerima bantuan dari pihak-pihak tertentu terutama untuk golongan miskin, bantuan Baitul Mal, bantuan untuk orang kurang upaya dan warga emas ketika dibuat di bilik gerakan tersebut, lewat diambil tindakan dan seolah-olah adanya unsur ’double standard’ dan pilih kasih dan bukannya bertujuan membantu kepada yang memerlukan didalam menyelesaikan kes-kes mereka.

Menyingkap semula kes keluarga Puan Hawanin yang kecewa dengan janji YB Dato Hamidah Adun Sg Rapat yang dizahirkan kepada wartawan Sinar Harian pada tahun 2009 untuk membantu memberi peruntukan sebanyak RM5,000 bagi penambahbaikan rumahnya tetapi malangnya janji yang telah tertangguh selama 9 bulan terus membisu dan tiada tindakan apa-apa tindakan dari pejabat Adun Sungai Rapat.

Pihak Pas Kawasan Batu Gajah atas kesedaran dan tanggungjawab telah mengambil tindakan segera didalam membantu keluarga ini dan pada 2 September 2010, YB Dr Lim Bon Chye selaku Ahli Parlimen kawasan Gopeng telah melawat dan bersetuju untuk memberikan sumbangan zink baru berharga RM980 kepada keluarga terbabit dan 2 keluarga lain yang tinggal disekitar kampong Seri Jaya

Pihak Dppk Batu Gajah juga merasa hairan dan ingin bertanyakan cabaran debat terbuka yang dibuat oleh YB Hamidah kepada Ir Radzi Zainun sehingga kini tidak mendapat apa-apa jawapan persetujuan dari pihak YB Hamidah walaupun pihak PAS telah bersetuju dengan permintaan untuk mengadakan debat terbuka dimasjid walaupun pihak PAS percaya debat tersebut sebaiknya diadakan di Arena Square Batu Gajah.

Matlamat debat ini adalah jelas pada pandangan PAS iaitu mencari kebenaran dan membuktikan kebenaran kepada masyarakat setempat. Cabaran oleh pihak UMNO telah disahut oleh pihak PAS tetapi mengapa ianya diam sehingga kini?

Cadangan Agar Setiap Ahli UMNO Wajib Beli Senaskah Utusan Malaysia !!


AKHBAR TAK LAKU, AHLI UMNO DIWAJIBKAN BELI SENASKAH SEHARI ?

Blog RBF ada memberi cadangan kempen cara untuk menaikkan jualan akhbar Utusan Malaysia. Bagus cadangannya tu, "Oleh yang demikian saya mencadangkan mulai hari ini setiap ahli Umno harus membeli satu akhbar UM setiap hari. Bukan mahal sangat pun, RM 1.50 sahaja. Umno ada tiga juta ahli, jika seorang beli satu bermakna tiga juta naskah UM terjual di pasaran setiap hari. Wow ! ini sudah boleh dicatatkan dalam rekod dunia." n

Tapi ia memerlukan pengorbanan daripada ahli UMNO. Pada sesiapa yang kenal dengan perangai dan tingkah laku ahli UMNO sekarang ni, maka ia akan tahu bahawa ahli UMNO banyak yang dah kena sindrom M&M (malu dan malas) walaupun bukan semua tapi kebanyakkan. Malah ada yang nak mengaku ahli pun malu, sebab tu bila UMNO buat kempen atau ceramah, banyak yang ruang yang kosong. Jika diatas kertas satu-satu kawasan mempunyai ribuan ahli UMNO, tapi bila lakukan aktiviti, yang turun tak sampai seratus pun.

Apa sebabnya?? Mungkin ada diantara ahli UMNO yang kerja dan sibuk, sebab tu tak turun aktiviti, tapi kebanyakkannya tak turun, disebab sindrom M&M ni la. Berat punggung, berat perut nak turun. Malu lak berlebih-lebih. Jika benar ahli UMNO sekarang masih lagi menjiwai semangat UMNO zaman dolu-dolu (dulu-dulu) Mc rasa tak perlu kita suruh, mereka dah pun melakukannya.

Jika dulu ahli UMNO kebanyakkannya semua membaca Utusan, termasuklah Bapa Mc sendiri, beliau hari-hari baca Utusan sampaikan Mc yang kecil (dulu kecil, sekarang besar gedabak dah) ni pun diajarnya baca Utusan. he he he.. Belajar baca dan mengenal huruf mengunakan akhbar Utusan, cuba bayangkan. Setiap kali mamak (penghantar akhbar) baling je akhbar Utusan sampai depan rumah Mc, beliau akan suruh Mc pergi ambil dan suruh baca apa tajuk besar hari ni. Dari mengagap mengeja huruf, sampailah Mc lancar membaca.

Mungkin disebabkan itu, sampai sekarang Mc masih sayangkan akhbar Utusan Malaysia ni. Jika runtuh Utusan, runtuhla UMNO, jika runtuh UMNO, runtuhla Islam dan Melayu di Malaysia ini.Mc juga mempunyai cadangan, kita tahu, UMNO mempunyai lebih 3 juta ahli dan juga berpuluh ribu bahagian dan cawangan, apa kata Mc cadangkan setiap cawangan dan bahagian UMNO diwajibkan membeli akhbar Utusan Malaysia sebanyakkan 3 naskah sehari.

Ala.. tiga naskah baru rm4.50. Apa sangatla rm4.50 tu nak jejasnya kantung peruntukkan cawangan dan bahagian tu kan?? Sekurang-kurangnya ia akan menyumbangkan serba sedikit kenaikkan jualan akhbar Utusan Malaysia, betul tak??. Walaupun tak berjuta-juta, tapi ia lebih senang dipraktikkan (cadangan ni diilhamkan oleh orang dalam Utusan sendiri).

Sebelum ini pun ada bahagian dan cawangan yang membeli akhbar Utusan untuk diedarkan kepada sekolah dan tempat awam. (tapi hanya semasa PRU dan PRK je kot).

Kalau nak harapkan ahli beli susah sikit, kan macam Mc cakap tadi, banyak yang dah kena sindrom M&M. Tapi yang ini pun boleh dipraktikkan juga.

Jika benar UMNO mahu menunjukkan mereka 'tuan' kepada Utusan Malaysia dan juga ingin membantu menaikkan jualan akhbar Utusan. Pemimpin tertinggi UMNO perlu menimbang cadangan diatas. Jika tidak ada tindakan diambil, maknanya pemimpin tertinggi UMNO memang tak kisah kalau akhbar berjasa besar ni terkubur.Apa guna bangunan baru berharga rm90 juta kalau akhbar yang dikeluarkan tidak memdapat sambutan?? Mc harap perkara ini boleh dipanjangkan dan dibawa kedepan.

P/s: harap-harap si botak (Nazri) dan si hitam (KJ) tidak bantah kalau ada kempen ini. 

Hartawan "SIR RICHARD BANSON" Meminta Agar Kerajaan Selesaikan Dulu Kes Fitnah DS Anwar Sebelum Ia Datang Melabur !


PELABUR MAHU AGAR SELESAIKAN SEGERA KES ANWAR

PELABUR asing masih berhati-hati untuk datang melabur ke negara ini. Bermacam-macam faktor yang diperkatakan mengapa kurangnya minat pelabur asing untuk melabur di negara ini. Alasan paling melucukan adalah datangnya dari anak Tun Dr Mahathir yang menyalahkan Parti Pembangkang menyebabkan pelabur asing tidak berminat datang ke nagara. Satu alasan yang budak baru belajar asas ekonomi akan ketawakan.

Tertarik pula dengan apa yang diperkatakan oleh seorang hartawan Sir Richard Banson pemilik syarikat penerbangan Virgin di sini. Beliau mengaitkan isu `liwat' yang dihadapi oleh DS Anwar sebagai punca mengapa negara ini bukan pilihan bagi pelabur asing. Ada kebenaran dakwaannya kerana negara luar sudah lama mengenali tokoh reformasi itu.

Sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara berjaya diurus dengan baik sehinggalah `dirosakkan' oleh PM ketika itu yang begitu rakus dengan amalan kronisme dan nepotismenya. Cita-cita DS Anwar untuk membersihkan amalan rasuah, kronisme dan nepitosme di dalam pentadbiran kerajaan masa itu disekat. Akhirnya beliau disingkirkan secara jijik dari kerajaan.

Apa yang terjadi kepada DS Anwar ditentang oleh kebanyakan negara luar dan mereka menganggap negara ini sudah tidak selamat lagi untuk mencari keuntungan pelaburan. Bagaimana mungkin seorang Menteri Kewangan dan TPM yang cuba untuk menarik pelaburan asing untuk menjana ekonomi negara secara telus boleh diperlakukan sedemikian rupa? Amalan melindungi sistem yang korup sudah tentu ditolak oleh para pelabur asing.

Penganiayaan terhadap DS Anwar dilihat oleh para pelabur seolah-olah negara ini menyokong amalan korupsi. Apatah lagi apabila melihat secara jelas betapa DS Anwar difitnah sehingga dipenjarakan. Sistem kehakiman di negara ini tidak meyakinkan mereka dan tentunya mereka tidak sanggup untuk menghadapi risiko kemudian hari di bawah sistem yang sedemikian rupa.

Oleh itu, tiada jalan lain lagi melainkan sistem ini perlu diubah. Jika kerajaan yang ada sekarang tidak boleh mengubahnya, para pelabur asing mungkin bersedia menunggu sehingga kerajaan baru yang bakal diterajui oleh DS Anwar dibentuk selepas PRU ke 13 nanti.

wfauzdin.blogspot.com Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Kenapa tak ada parti politik yang mahu kutip anda jadi calon pilihan raya?


5 Soalan Panas: Tak ada parti nak kutip jadi calon?

Detikdaily

Perjuangannya hebat dalam membela mangsa ISA, dan para penghuni estet atas nama hak asasi manusia. Pahit getir dihadapi tanpa rasa jemu, sekalipun terpaksa berdepan dengan polis dan maki-hamun pihak tertentu. Risikonya tinggi berbanding nikmat yang diperolehi. Wartawan ANIS NAZRI menujah 5 Soalan Panas kepada Nalini Emalai, pengiat NGO Jerit, GMI dan Suara

1. Anda begitu aktif dengan beberapa NGO. Apa yang anda dapat?

Penglibatan dalam beberapa NGO yang penting di Malaysia ini, kerana ia membuka minda saya kepada pelbagai perkara dan saya rasa tidak ramai yang akan dapat peluang sebegini. Apa yang saya dapat adalah pengalaman yang tidak boleh diukur, dan dari sini saya gembira dan saya berbangga kerana dapat berkhidmat untuk rakyat dan kerja keras bagi mencapai perubahan.

2. Anda juga bergerak atas nama Suaram, GMI, dan Jerit. Cari glamor atau seronok-seronok saja?

Saya cuba terlibat dalam satu gerakan rakyat. Saya anggap organisasi-organisasi di atas adalah organisasi yang mendekatkan diri kepada rakyat dan memperjuangkan pelbagai isu yang melibatkan rakyat.

Itu yang penting. Jerit satu gerakan untuk masyarakt tertindas seperti pekerja, pekerja ladang dan orang miskin. Suaram pula bagi perjuangkan hak asasi setiap manusia, bukan sahaja di Malaysia tetapi setiap manusia di dunia

Apabila orang kata Saddam Hussein perlu dihukum gantung, kita sebagai organisasi hak asasi akan kata setiap manusia ada hak untuk hidup dan dibicarakan.

Bukankah ini sesuatu yang berbeza dan lebih kepada perikemanusiaan? Manakala dalam GMI untuk memansuhkan ISA. Sesiapa pun boleh ditahan di bawah akta ini.

Bukankah akta ini harus pergi dari bumi Malaysia sebelum ia menghancurkan kehidupan generasi akan datang? Ini yang membuatkan saya pilih untuk berada dalam organisasi ini. Cari glamor... (terdiam seketika) itu bukan niat saya.

Sekiranya saya dikenali ramai itu adalah kesan daripada kerja-kerja saya lakukan bersama komrad-komrad saya untuk memastikan satu perubahan dari segi sistem di Malaysia. Saya inginkan perubahan dan saya mahu rakyat Malaysia hidup dalam keadaan adil dan saksama.

3. Kebanyakan NGO yang disertai anda lebih kepada 'human rights'. Tapi sayangnya nampak macam tidak mendatangkan hasil. Tahap 'human rights' masih di tahap sama, ISA tidak mansuh-mansuh. Tak berkesan?

Saya setuju bahawa pendedahan dan kesedaran rakyat tentang hak asasi belum menyeluruh. Tapi kerja-kerja untuk menyedarkan rakyat sentiasa dilakukan. Kita kekurangan orang untuk melakukan kerja-kerja ini.

Orang yang sedar dan tahu tentang perkara ini tidak mahu turut serta dalam proses kesedaran ini.

Itu yang melambatkan proses perubahan ini. Hasilnya mungkin bukan banyak tetapi kita harus ingat bahawa, setiap rakyat yang turun menentang ISA pada 2009 adalah hasil daripada kerja kesedaran yang dilakukan sejak 20 tahun.

Kami percaya rakyat sekiranya dididik dengan konsisten maka perubahan boleh dicapai. Kita tidak mahu perubahan dicapai dengan cara segelintir sahaja yang faham tetapi kita mahukan penyertaan setiap masyarakat dalam proses ini. Ia hanya boleh dicapai jika kita mempunyai ramai orang untuk membantu. Proses perubahan ini mesti akan mengambil masa tapi ia harus diteruskan.

4. Berjuang atas nama hak asasi selalunya berdepan dgn risiko. Kena tangkap, kena belasah. Tidakkah semua itu menyusahkan diri, kawan-kawan dan keluarga?

Saya percaya bahawa hanya dengan pengorbanan, perjuangan itu akan sukses. Maka saya bersedia untuk berkorban demi masa depan generasi sekarang dan akan datang.

5. Anda hebat dan glamor. Kenapa tak ada parti politik yang mahu kutip anda jadi calon pilihan raya?

Kerja yang saya buat adalah kerja politik. Ia membantu saya mendekatkan diri dengan pelbagai lapisan masyarakat. Bagi saya ia masih boleh dilakukan walaupun tanpa perlu bertanding dalam pilihan raya ataupun bertanding atas nama parti.

Senapang Buatan Sendiri Dijual Dengan Hanya RM300 ??


Dua Lelaki "Pembuat Senapang" Ditahan Polis

KUALA PILAH: Dua lelaki bersaudara pakar membuat senapang dan seorang pelanggan mereka ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungkak kira-kira pada pukul 2 pagi semalam.

Enam pucuk senapang yang dirampas polis itu diledakkan oleh letusan angin dan menggunakan bebola besi sebagai peluru.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supritendan Jaafar Baba berkata, pada awalnya polis menyerbu mereka disebabkan terdapat maklumat tentang dadah dan ketika dikepung, suspek berada dalam keadaan khayal dan mereka turut menjumpai dua bungkus dadah jenis syabu.

"Suspek berusia 37 dan 28 tahun. Suspek membuat senapang angin itu dengan bahan terpakai dan menjual senjata itu dengan harga RM300 selaras," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Selepas disoal siasat, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun dari Kampung Sungai Dua Kecil pada pukul 4.30 petang hari yang sama yang dipercayai telah membeli senapang itu daripada mereka, katanya.

"Kita dapati kesemua suspek gagal ujian air kencing dan positif dadah, salah seorang dari mereka juga mempunyai rekod jenayah," katanya.

Mereka semua akan didakwa di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menganggap senapang angin ini seperti barang mainan kerana ia tetap membahayakan. - BERNAMA

Reezal Merican Beristeri 2 Dan Kaya Raya - Tolong Siasat Dari Mana Datang kekayaan Luar Biasa ??



Tolong Siasat, Dari Mana Mamak Rezal Kaya Luarbiasa, Kahwin 2, Satu Dengan Artis

Nah mamak. Haritu syok sangat serang Kerajaan Pulau Pinang, sekarang tolong jawab juga isu ini...

Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.

Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.

Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.

Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.

Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.-rakyat marhaen

Saya pun nak tambah. Memang kaya betul si mamak nih..siap pasang dua orang bini. Dan bini mudanya adalah seorang artis terkenal iaitu, Sharifah Norhazleenda atau lebih dikenali Lin. Mereka telah berkahwin pada 20 Mac 2005 lalu dalam satu majlis ringkas yang diadakan dekat Cheras.Lin,33 adalah bekas isteri penyanyi Yantzen.Mereka berdua bercerai pada tahun 2004. Ini gambar isteri Rezal Naina nih..

Dan ini pula isteri tuanya (biodata lengkap ada kat sini). Dan ada 3 orang anak pun. Yang hairannya, banyak betul duit mamak nih..buat kerja haram ke.

Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.

Bekas isteri yakin ADUN Melor miliki harta lebih RM3 juta ??


Kes..bakal menjadi TOP HIT..

Kes ini bakal menjadi TOP HIT..sekitar musim PRK Dun galas nanti...kalau ikut rupa di gambar..siti Aisyah juga bakal mendapat Durian runtuh..tapi ingatttttt..tersilap sikit habis dengan dia dia akan diruntuhkan UMNOBN...rasa waaaa..setakat 3 juta yang dituntut kepada suami (Adun Melor) beliau boleh dilipat gandakan kalau beliau berjaya dalam pemilihan calon utama untuk MUSIM PRK GALAS...ha ha ha ha ha

kalau nak cepat jangan tunggu ..cepat-cepat berhubung dengan media media yang banyak suku..

Bekas isteri yakin ADUN Melor miliki harta lebih RM3 juta

September 29, 2010

KOTA BARU, 29 Sept — Bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yakin wakil rakyat tersebut mempunyai harta berjumlah lebih RM3 juta.

Siti Aishah Chou Abdullah, 26, wanita berketurunan Cina Kemboja memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru semalam bahawa keyakinannya itu berdasarkan apa yang pernah diceritakan oleh Wan Ismail sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.

“‘Defendan (Wan Ismail) memberitahu beliau memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya, namun dia tidak tunjukkan sebarang dokumen berkaitan kepada saya,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Dia menyatakan demikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan ke atas bekas suaminya itu. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam syarie defendan, Mohd. Raziman Yaakub, Siti Aishah mengaku dia tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaan pemilikan harta termasuk simpanan saham amanah dalam Public Mutual Berhad.

“Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang dokumen berkaitan tetapi saya percaya dengan ceritanya kerana memberitahu hal yang sama lebih daripada sekali.

“Defendan juga pernah memaklumkan kepada saya, kebanyakan harta yang dimilikinya bukan atas namanya kerana beliau seorang wakil rakyat,” katanya.

Plaintif juga memaklumkan bekas suaminya itu tidak pernah menawarkan sebarang sagu hati selepas dia mengemukakan tuntutan mutaah.

Keterangan plaintif mengenai pemilikan harta oleh bekas suaminya bagaimanapun menimbulkan persoalan kepada Abdullah sehingga bertanyakan kesahihan dakwaan yang dibuatnya.

Peguam syarie mewakili Aishah, Mohd. Sabri Ismail memberi jaminan bahawa anak guamnya akan mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan aset defendan pada perbicaraan akan datang.

Abdullah menetapkan perbicaraan bersambung pada 8 dan 9 Mac tahun hadapan.

Siti Aishah, 25, yang berketurunan Cina Kemboja dan Wan Ismail, 55, berkahwin pada 1 November 2004 dan disahkan bercerai pada 18 November 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Wan Ahmad Firdaus, 5, dan Wan Nor Salwa, 4.

Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab di sini menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Pada pilihan raya umum 2008, Wan Ismail mengalahkan penyandang kerusi DUN Melor, Azmi Ishak (BN) dengan majoriti 1,616

undi setelah beliau memperoleh 8,390 undi.

DUN Melor terletak bawah kerusi parlimen Ketereh yang mempunyai dua lagi kerusi DUN, Kadok dan Kok Lanas.

Gempar, Blog ADUN Sungai Rapat, Si Hamidah Menghina Kaum Cina ??


Blog Adun UMNO Sg Rapat, YB Hamidah Osman Kata Orang Cina Celaka, Kurang Ajar

Komen: memang kaum cina sudah kurang ajar dua orang guru melayu dicemoh sedangkan Namewee disanjung ,kata nak 1 Malaysia konon boleh jalanlah........orang melayu bukannya bodoh cuma PKR dan PAS sahaja yang masih bengap

Nah..memang YB ni peniup api perkauman. Apa lagi pengundi dun Sungai Rapat terutamanya pengundi Cina yang berjumlah 7966 orang (atau 27.63% daripada 28,830 pengundi), tolaklah pemimpin perkauman ini. Jangan biarkan pemimpin yang suka mainkan isu perkauman, hidup di muka bumi Malaysia ini. Dahla sokong 2 ekor pengetua yang rasis, pastu kata cina kurang ajar. Kalau marah sangat kat Namewee, dakwalah dibawah Akta Hasutan, bukannya seperti orang bodoh, kokok sana sini kononnya cina nak pijak melayu UMNO.

Si Hamidah ni dulu menang pun dengan majoriti 636 undi. Jadi jangan biarkan pemimpin ini hidup lama lagi. Orang cina, melayu dan lain-lain perlu kuburkan dia dalam pru akan datang. Kalau biarkan si Hamidah ni hidup lama-lama dalam politik, bermakna kita menternak virus perkauman yang boleh hancurkan negara ini kelak.

Gaji minimum: Pemuda BN, MTUC berganding cari ‘semangat politik’


Khairy Jamaludin - Wira Buruh Bergaji Rendah!!!

KJ - Siapalah aku disisinya! wakakakak!

Teman tak pasti ada tak si KJ ni bawak isu 'Gaji Minimum' ni ke Parlimen..Selaku ahli parlimen daripada Bn yang pastinya akan diberi ruang seluas-luasnya oleh Speaker Yang Mulia.. Apalah perlunya dia nak memekak atas forum awam?

Nak cari modal publisiti murahan ke?

Oh ya! lupa pulak.. dia bukan ahli Kabinet Dapur Najib..Setiausaha Kementerian pun tak layak!!!Aduyaiii!! Kesian menantu abah!

sunsnake 28092010

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Pemuda Barisan Nasional (BN) bergandingan dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) – dilihat julung kali menjalin kerjasama – menganjurkan forum umum gaji minimum bagi mencari kata sepakat yang boleh memanfaatkan kira-kira lima juta pekerja berpendapatan rendah.

Bagaimanapun kedua-dua ikatan politik dan pertubuhan bukan kerajaan ini menolak daripada melihat kerjasama itu dari sudut politik menjelang pilihan raya umum ke-13, tetapi yakin boleh memberi “tekanan politik” agar dasar gaji minimum meliputi semua sektor pekerjaan menjadi kenyataan.

Penganalisis melihat jumlah pekerja itu sebagai komponen yang signifikan dalam daftar pengundi yang boleh mencecah 12 juta orang menjelang pilihan raya umum ke-13.

Kedua-dua wakil MTUC dan Pemuda BN sudah mengadakan perbincangan minggu lalu mengenai kerjasama bersejarah ini.

Pemuda BN mewakili komponen 13 parti politik manakakala MTUC pula mempunyai sekitar 140 kesatuan gabungan yang aktif mewakili 500,000 ahli.

“Nampaknya, kami dan MTUC mempunyai kesamaan dalam matlamat dalam isu ini.

“Jadi, kami harap dapat menghasilkan tekanan politik untuk memastikan gaji minimum diperkenalkan,” kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika dihubungi The Malaysian Insider.

YBM KuLi Berhadapan Dengan "Situasi paling sukar" di PRK DUN Galas !


Ku Li lalui situasi sukar di DUN Galas

KUALA LUMPUR, 29 — Meskipun persaingan langsung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), tetapi penganalisis melihat pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan berhadapan dengan “situasi paling sukar” dalam menghadapi pilihan raya kecil ke-12 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil minggu depan dan kemungkinan ia diadakan akhir Oktober atau awal November.

Galas adalah satu-satunya kerusi DUN di bahagian Parlimen Gua Musang jatuh ke tangan PR khususnya PAS.

Profesor A. Aziz Bari berkata, beliau melihat Tengku Razaleigh yang lebih mesra dikenal sebagai “Ku Li” akan melalui situasi sukar dalam kerjaya politiknya dalam menentukan “bakal keputusan” pilihan raya kecil itu.

Penganalisis ini menjangkakan kemungkinan itu ekoran penerimaan Tengku Razaleigh dengan baik oleh komponen dan penyokong PR khususnya PAS sejak kebelakangan, lebih-lebih dalam isu royalti minyak.

“Saya lihat memang sukar, saat paling yang susah... cukup sukar bagi beliau (Tengku Razaleigh) sepanjang kerjaya politiknya dalam persekitaran sekarang.

“Ia tidak sukar baginya jika pilihan raya kecil ini diadakan di kawasan di luar bahagian Parlimen Gua Musang atau negeri lain seperti biasa,” kata beliau merujuk kepada kedudukan DUN Galas dalam bahagian Gua Musang.

Tengku Razaleigh juga merupakan ketua Umno Gua Musang.

Aziz menambah, dalam menghadapi pilihan raya kecil ini Tengku Razaleigh perlu mengambil keputusan yang cukup “menarik” dalam menggambarkan pendirian beliau.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh telah beberapa kali menegaskan Kelantan mempunyai hak untuk menuntut wang royalti minyak, yang dinafikan pusat dan bersedia untuk muncul di mahkamah jika pertikaian itu dibawa ke mahkamah.

Kes itu telah difailkan di mahkamah 30 Ogos lalu.

Ekoran pendirian Tengku Razaleigh itu, yang dizahirkan sejak awal tahun ini, beliau yang juga bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas, telah berhadapan dengan tekanan segelintir pemimpin Umno agar dikenakan tindakan disiplin ke atas beliau.

Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau seorang pemimpin setia kepada Umno.

Majlis Tertinggi Umno pula telah menyerahkan kepada ahli-ahli memberikan pandangan mengenai gesaan tersebut tetapi sehingga kini tiada perkembangan susulan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno-BN akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh SPR.

“Malahan setelah kita dimaklumkan hal ini semalam, kita sudah mengambil perhatian. Dan seperti biasa, jika ada pilihan raya kecil, kita akan (letak) calon dan calon yang kita letak akan datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.

“Kita akan letak calon terbaik yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan

parti dan kita percaya Tengku Razaleigh akan membantu sebagai ketua bahagian dan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) selaku Ketua Perhubungan (Umno Kelantan) juga akan terlibat untuk memastikan kemenangan kita dalam pilihan raya,” katanya.

Muhyiddin berkata peluang BN untuk merampas kembali kerusi tersebut adalah 50-50.

Kerusi DUN Galas kini kosong berikutan penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, dari PAS meninggal dunia semalam akibat kanser kolon.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa beliau percaya bahawa Tengku Razaleigh akan membantu kejayaan BN di Galas, Aziz menambah, ia kenyataan strategi dalam ‘memerangkap’ gerak-geri pemimpin veteran menghadapi pilihan raya kecil.

Sebelum ini PR juga pernah meminta Tengku Razaleigh mengetuai kokus isu-isu berkaitan dengan minyak dan hubungan negeri dan persekutuan.

MUhyiddin meminta Tengku Razaleigh berfikir dengan mendalam sebelum memilih tawaran tersebut.TMI

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT 

Lebih 50 Ahli PERKASA Buat Kecoh Dipekarangan Dewan Pehimpunan Cina di KL ?






PERKOSE Gila Meroyan Kat Depan Dewan Himpunan Cina Semalam

Dilaporkan malam tadi bahawa kira-kira 50 orang anggota Perkose timbulkan kekecohan di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Ini kerana NGO bodoh itu membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang kononnya dikatakan berunsur perkauman.

Geng giler ini dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dan mula membakar gambar Namewee yang diedit macam khinzir, sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee. Weei buat malu je mengaku melayu, islam. Tapi perangai macam kafir. Macam Mr Bean. Kalau benarlah Namewee menghasut, buatlah laporan polis dan dakwa di mahkamah. Bukannya jadi giler, pergi demontrasi pastu seperti biasa, mencarut-carut. Lainkali kalau nak mencarut tu, pakailah topeng. Janganlah buat malu kat orang melayu yang lain.

Yang peliknya, polis yang bodoh dan roswah biarkan je si NGO melayau ni berdemontrasi. Sedangkan perhimpunan mereka tiada lesen. Sedangkan kalau pembangkang, berdemontrasi dalam rumah pun, pihak polis akan kerjakan. Ini gambar-gambar & video himpunan orang gila sasau ini..

Pas hanya dipimpin oleh Mahfuz dan Salahuddin?



Si sepet, si botol: Itulah wajah sebenar Umno

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap api perkauman yang ditiupkan Biro Tata Negara (BTN) semalam dengan gelaran menghina kaum Cina dan India amat menjijikkan.

Anggapan itu merujuk kepada ucapan seorang pegawai BTN yang dilaporkan memberikan gelaran rakyat berbangsa Cina dan India masing-masing sebagai 'si mata sepet' dan 'si kaki botol' dalam induksi dalaman Puteri Umno Malaysia di PWTC.

"Membuat suatu analogi yang begitu menjijikkan, itulah wajah sebenar Umno. Mereka akan jadi lebih rasis, mereka akan jadi lebih ekstrem dalam memainkan isu perkauman," ujarnya di Pejabat Agung PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, insiden terbaru yang dialporkan itu seakan mengulangi tindakan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas bagi Perdana Menteri pada Konvensyen 1Malaysia di Melaka.

Nasir pada 2 Februari dulu dilaporkan mencemuh rakyat berbangsa Cina sebagai 'wanita jual tubuh', manakala kaum India dihina sebagai 'pengemis' di tanah air.

"Satu lagi kesalahan berulang, tidak cukup yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujarnya.

Baginya, slogan 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sebelum ini sekadar untuk menutup wajah sebenar Umno.

"Mereka sebenarnya telah terlalu benci kepada orang Cina dan India dalam negara kita, cuma mereka cuba sembunyikan perasaan mereka itu di sebalik 1Malaysia.

"Itulah wajah sebenar mereka, mereka tidak pernah menghilangkan warna diri mereka yang sebenar," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat sama ada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain kian sedar dengan bahaya politik perkauman yang ditiupkan oleh Umno dan BTN itu.

MB Selangor Yakin PKR Berada Dilandasan Betul !!


Khalid: Kematangan Politik Berkembang Dalam PKR

PETALING JAYA 28 SEPT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di landasan betul dalam membina dan memperkembang kematangan politik di kalangan rakyat dan ahli parti. Bercakap pada sidang media selepas pelancaran buku "The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor" di sini, malam tadi, beliau percaya kejadian pada proses pemilihan, membuktikan ramai pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk menyumbang idea dalam menjana perubahan.

"Kita berharap kematangan akan berkembang dalam politik Keadilan,” katanya. Beliau juga mengingatkan pemimpin PKR yang terpilih menerajui parti peringkat cabang supaya tidak berasa selesa dengan kedudukan mereka kerana fokus utama tertumpu kepada hala tuju parti menjelang pilihan raya akan datang. “Saya rasa kemenangan peringkat cabang tidak bermaksud individu berjaya ke peringkat seterusnya namun kerjasama pemimpin merangka dan merancang pembaharuan menentukan hala tuju parti," katanya.

Beliau juga yakin PKR mampu mengenal pasti calon berkreadibiliti untuk menerajui kepimpinan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Khalid turut mencadangkan forum diadakan bagi membincangkan halatuju kepimpinan parti dan menyifatkan masalah di lapan cabang semalam, hanya mencalarkan imej parti dan harus dihenti segera.

"Tidak perlu ikut gelagat orang lain yang mengamalkan sikap tidak demokrasi dan kurang 'gentelmen' sebaliknya mengadakan forum untuk membincangkan perbezaan pendapat. Kita bertukar pendapat, ia tidak semestinya menggunakan fizikal untuk menyakiti sesama sendiri," katanya. Dalam pada itu, Khalid terus berahsia mengenai jawatan yang bakal ditandingi pada proses pemilihan parti, sebaliknya mengulangi kenyataan untuk membuat pengumuman mengenai hal itu pada 5 Oktober ini.