Wednesday, September 29, 2010

MB Selangor Yakin PKR Berada Dilandasan Betul !!


Khalid: Kematangan Politik Berkembang Dalam PKR

PETALING JAYA 28 SEPT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yakin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di landasan betul dalam membina dan memperkembang kematangan politik di kalangan rakyat dan ahli parti. Bercakap pada sidang media selepas pelancaran buku "The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor" di sini, malam tadi, beliau percaya kejadian pada proses pemilihan, membuktikan ramai pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk menyumbang idea dalam menjana perubahan.

"Kita berharap kematangan akan berkembang dalam politik Keadilan,” katanya. Beliau juga mengingatkan pemimpin PKR yang terpilih menerajui parti peringkat cabang supaya tidak berasa selesa dengan kedudukan mereka kerana fokus utama tertumpu kepada hala tuju parti menjelang pilihan raya akan datang. “Saya rasa kemenangan peringkat cabang tidak bermaksud individu berjaya ke peringkat seterusnya namun kerjasama pemimpin merangka dan merancang pembaharuan menentukan hala tuju parti," katanya.

Beliau juga yakin PKR mampu mengenal pasti calon berkreadibiliti untuk menerajui kepimpinan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Khalid turut mencadangkan forum diadakan bagi membincangkan halatuju kepimpinan parti dan menyifatkan masalah di lapan cabang semalam, hanya mencalarkan imej parti dan harus dihenti segera.

"Tidak perlu ikut gelagat orang lain yang mengamalkan sikap tidak demokrasi dan kurang 'gentelmen' sebaliknya mengadakan forum untuk membincangkan perbezaan pendapat. Kita bertukar pendapat, ia tidak semestinya menggunakan fizikal untuk menyakiti sesama sendiri," katanya. Dalam pada itu, Khalid terus berahsia mengenai jawatan yang bakal ditandingi pada proses pemilihan parti, sebaliknya mengulangi kenyataan untuk membuat pengumuman mengenai hal itu pada 5 Oktober ini. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.