Saturday, February 20, 2010

Zahid Pengecut? - duaduniazahidhamidi

Zahid memang pengecut, bercakap di atas pentas memang nampak hebat tetapi jiwanya kecil dan lemah.

Saya teringat 10 tahun dulu ketika gelombang reformasi, Zahid merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim, beliau bersama anggota EXCO pemuda UMNO cukup lantang menentang Dr. Mahathir. Setelah Anwar ditahan, beliau turut ditahan dibawah ISA di Sabah.


Ketika beliau dalam tahanan, pemuda-pemuda UMNO sering berjumpa saya dan membeli Harakah dari saya untuk mendapatkan maklumat terkini isu-isu politik ketika itu. Hanya Harakah yang memberi liputan yang meluas dan benar terhadap gerakan reformasi ketika itu.


PAS Bg Datoh turut menganjurkan ceramah besar-besaran untuk mengulas isu ini. Ramai kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Anwar hadir termasuk orang-orang kuat Zahid. Himpunan besar-besaran atas nama GERAK di Taman Melewar turut dihadiri oleh orang-orang kuat UMNO Bg. Datoh.


Setelah Zahid dibebaskan, beliau telah membuat kenyataan di hadapan Dr. Mahathir kononnya Anwarlah yang merancang untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Zahid tahu dia diperangkap oleh Dr. Mahathir, tetapi dasar pengecut, dia tidak berani menyatakan tentangan terbukanya kepada Mahathir.


Dia gagal melalui ujian ISA, orang lain setelah keluar ISA lebih bersemangat lawan kerajaan, tetapi Zahid bertambah pengecut, kata orang Jawa “kucur’.


Saya ketika itu menjadi Ketua Pemuda PAS Bagan Datoh, dan masih berkhidtmat sebagai guru.


Saya masih ingat ketika itu setelah Zahid dibebaskan, kawan-kawan saya dari UMNO melalui beberapa rakan yang sama mengajar di sekolah, menyatakan Zahid ingin sekali berjumpa dengan saya, tetapi tidak berani secara terang. Macam-macam cara cuba diatur untuk membolehkan berjumpa dengan saya.


Saya jadi hairan, hebat sangatkah saya sehingga Zahid terlalu ingin berjumpa dengan cara yang begitu strategik macam cerita James Bond. Setiap kali ura-ura nak berjumpa dengan Zahid, diaturlah berbagai strategi untuk bertemu dengannya supaya pertemuan tersebut tidak ada siapa yang tahu, saya pula menjadi rimas.


Nak jumpa Zahid macam nak jumpa dengan perompak atau penyangak. Tetapi tak pernah terjadi perjumpaan tersebut. Saya berkali-kali dipesan jangan beritahu sesiapa, saya pegang sungguh pesanannya, memang tidak ada siapa yang tahu ketika itu.


Melihat kesungguhan Zahid, saya sendiri yang mengatur untuk bertemu di kediamannya di Kajang. Bukan susah sangat, saya bersama Muhaimin melalui Zaharuddin (ketika itu pemimpin mahasiswa yang rapat dengan Zahid) akhirnya dapat bertemu dengan beliau di rumahnya di Cauntry Hight, Kajang pada waktu tengah malam.


Tidak ada pun yang sangat penting rupanya, pertemuan hampir 2 jam di rumahnya. Zahid jamu kami dengan satay Kajang. Setelah kenyang makan satay, Zahid tak juga cerita apa maklumat penting yang hendak disampaikan sehingga ingin sangat berjumpa saya, hanya bersembang kosong sahaja.


Saya akhirnya yang berterus terang bertanya pendirian beliau yang sebenar, nak terus bersama dengan Anwar atau bagaimana.


Jawapanya penuh dolak dalik, berkepul-kepul asap rokok gudang garam keluar dari mulut dan hidungnya, entah berapa batang yang dihisapnya, saya pun tak ingat. Beliau tetap tidak menyatakan pendirian yang sebenar.


Saya cabar dia samada bersama Anwar untuk lawan Mahathir atau bersama PAS. Contohi beberapa tokoh yang telah menyertai PAS seperti Kamaruddin Jaafar dan Datuk Dr. Hassan Ali.


Macam-macam alasan diberi, antaranya terikat dengan perniagaan, kalau menyertai PAS atau Anwar, bila-bila masa akan diisytihar bangkrap, bangunan UMNO di Bg. Datoh banyak guna duit dia, hutang banyak lagi. Saya jawab mudah je, kalau Datuk masuk PAS, bangunan tersebut ahli-ahli PAS boleh tolong bayarkan, kemudian terpulang padanya nak jadikan apa bangunan tersebut.


Zahid tersengih sahaja, mengisap asap rokok dalam-dalam kemudian menghembusnya puas-puas, begitulah setiap kali saya ajukan pertanyaan mengenai sikapnya yang sebenar.


Zahid juga ada menyebut dalam pertemuan itu, dia kata ada dua tokoh yang cukup dihormati yang dianggap tok gurunya iaitu Datuk Dr. Harun Din dan Ustaz Fadzil Noor.


Saya segera mencelah, kalau dah anggap dua tokoh ini macam tok gurunya, tak ada sebab tak boleh bersama PAS, sedangkan dua tokoh ini pemimpin PAS dan ulama yang tersohor. Dia cuma menjawab Insya Allah berkali-kali.


Akhirnya dari pukul 11.00 hingga 1.00 pagi, Zahid tetap tidak pernah menyatakan pendirian yang jelas samada ingin terus bersama gerakan reformasi atau sebaliknya.


Dalam perjalanan pulang, saya dengan Muhaimin buat kesimpulan, bahawa Zahid orang yang tidak jelas pendirian bila berlaku kemelut seumpama ini, seorang yang penakut terhadap risiko perjuangan, seorang yang hanya menjaga kepentingan dirinya sendiri dari kepentingan rakyat dan perjuangan, seorang yang bergantung kepada kehebatan orang lain, kenaikan dalam politik kerana bergantung dengan Anwar, dia juga sangat kaya orangnya, siapa yang bagi peluang dia kaya ketika itu, Anwar juga orangnya.


Apabila Anwar jatuh, dia tidak rela jatuh bersama Anwar, walaupun dia turut jatuh ketika itu di mana jawatan Ketua Pemuda UMNO terpaksa dilepaskan kepada timbalannya. Tetapi Zahid terus bergayut dengan orang lain sehingga dia dapat semula kedudukan politik yang cukup selesa sekarang, tetapi sayang, dia tetap menjadi orang pengecut.


Kalau tidak berani berdebat dengan Husam, saya cabar Zahid, jom kita berdua berdebat di Bg Datoh atas tajuk apa pun tak apa di Kg. Sg. Nipah Darat tempat kelahirannya atau di Sg. Tiang Darat tempat kelahiran saya.


Tidak perlu siar dekat tv pun tak apa, panggil sahaja orang kampung di Bagan Datoh. Tak mahu wartawan tahu untuk buat ulasan, kita berdebat dalam bahasa Jawa. Amacam Zahid, setuju ke, kita berdebat?


Ngomong waie Zahid, wane orak debat karo aku, orak wani nak kine, kito berdebat nang Jowo, dhulur kito nang Jowo pun pirang-pirang, men dhulur kito seng ngerokni. – Misbahul Munir


P/S Ada lagi cara nak tahu pengecut.


Nak belasah orang pun bawak orang ramai-ramai. Nak settle di mahkamah dengan budak pun, lari-lari macam Anwar. Nak hentam boss, tapi takut-takut dan nafi-nafi. Dah hentam boss, tapi cara bodoh hingga terlalu nampak.


Baik-baik. Zahid ini nakpak friendly tapi kepala gangster.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.