Saturday, February 20, 2010

PENYAMBUNG NAFAS UMNO

Umno sudah mula menurun pengaruhnya pada era 80an akibat kebangkitan Islam. Ianya diselamatkan oleh Anwar dengan penyertaannya dalam Umno. Geng ugama dan para ustaz yang malu-malu nak menyokong Umno tiba-tiba bersemangat menyokong Umno selepas mendapat inspirasi dari tindakan Anwar itu.

Orang awam tak reti berhujjah nak menyokong Umno tetapi geng ugama dan para ustaz pandai mencari dalil untuk menyokong Umno. Geng ugama inilah yang memberi nafas kepada Umno. Peristiwa liwat Anwar pada 1999 telah menyebabkan golongan ugama menarik sokongan kepada Umno dan bersama Pas semula.


Kini dalam keadaan Umno sudah mula dibenci oleh bukan Melayu dan PR berpeluang mengalahkannya dalam pilihan raya, Amatlah malang kalau ada usha-usaha untuk menyambung nafas Umno. Dan lebih malang lagi kalau usha-usaha itu datangnya dari kelompok Pas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.