Pemimpin DAP dan Pas perlu mengetepikan ego dan kepentingan peribadi.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pemimpin DAP dan Pas perlu mengetepikan ego dan kepentingan peribadi demi mengekalkan aspirasi rakyat yang menaruh kepercayaan terhadap PR.
“Jangan kerana kepentingan peribadi kita merosakkan PR dan ini akan menghancurkan aspirasi rakyat. Ia satu pengkhianatan sekiranya amanah rakyat ini dikhianati,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 pada Selasa.
Azmin bagaimanapun berkata, krisis DAP-Pas tidak akan menjejaskan Kerajaan PR di Selangor kerana kerja sama antara parti masih kuat dan utuh.
“PR di Selangor kuat dan kukuh dan kita akan teruskan kerja sama ini,” katanya.
Dia berkata, kedua-dua parti perlu melihat perbezaan pendapat sebagai keutamaan untuk diselesaikan bukan sebagai kelemahan.
“Krisis ini jangan dilihat sebagai satu kelemahan. Jangan melihatnya sebagai satu masalah tetapi peluang untuk kepemimpinan mengetepikan ego masing-masing dan melihat masalah itu harus dijadikan keutamaan.
“Saya kira PKR mempunyai tanggung jawab yang besar untuk memastikan PR terus kuat dan kukuh dan ini memang peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya.
Azmin berkata, PR telah melalui banyak masalah sebelum ini tetapi berjaya menyelesaikan masalah itu secara bersama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.