Model ekonomi yang tidak sempurna tidak akan mendatangkan faedah, demikian antara lain pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Model Ekonomi Baru (MEB).
Beliau juga mempersoalkan adakah MEB telah benar-benar diteliti sebelum diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Baca seterusnya dalam berita Free Malaysia Today semalam bertajuk "Dr M gives Najib's NEM thumbs down" (komen-komen di sini)
Dalam gayanya tersendiri, Bernama melaporkan:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang-orang Melayu perlu mengkaji terlebih dahulu dan berani menyuarakan pendapat mereka sekiranya tidak berpuas hati dengan Model Baru Ekonomi (MBE).Ambil kata-kata "tidak begitu tepat". Kalau menembak, jika tak tepat tak akan kena pada sasaran. Dibayar gaji tinggi-tinggi supaya menembak, bila tembak tak kena pun pada sasaran, itu penembak memang betul-betul tak guna punya orang!
Beliau khuatir jika terdapat asas-asas dalam MBE yang tidak betul dan seterusnya akan menjadikan dasar-dasarnya tidak begitu tepat.
sumber : penarikbeca
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.