Followers

Saturday, May 15, 2010

DI MANAKAH MARUAH ORANG MELAYU? MENGAPA BEGITU MURAH HARGA KAMU?

Hari ini, Ezam Soros (gambar sebelah) beli, besok kalau datang CIA, MI6 datang beli, adakah kamu juga akan terbeli? Saya sedang membaca buku bertajuk ”Confessions of an Economic Hitman”. Mereka telah menyedari selepas jatuhnya Muhammad Al Mossadeq sebagai Perdana Menteri Iran, mereka terpaksa mencari jalan lain. Ini kerana usaha menjatuhkan Mossadeq adalah hasil kerja tangan seorang agen CIA bernama Kermit Roosevelt (cucu Theodore Roosevelt).

Maka, selepas kejatuhan Mohammad Mossadeg, mereka telah berhenti menggunakan agen CIA tetapi mereka menggunakan pula syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan CIA.

Secara mudahnya, CIA dan kuncu2 nya telah membeli ahli politik semenjak awal 40an lagi. Mereka telah menjatuhkan kerajaan dan menaikkan kerajaan dengan membeli dan menjual ahli politik.

Kalau Melayu mudah dibeli sebegini, saya tak tau lah apa akan jadi pada masa depan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Hanya kepada Allah SWT saya bertawakkal. Mungkin ini petanda dekatnya kedatangan Dajjal..

Saya ingin mengingatkan para pembaca sekelian terhadap kempen doa laknat terhadap mereka yang terbabit dalam pembelian wakil2 rakyat dan pemimpin2 PKR ini. Doa yang saya cadangkan untuk dibaca dan diaminkan adalah:

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.

Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMINNNNN”



Tulang Besi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.