Tuesday, December 22, 2015

Ramesh: Ali Tinju tak salah, KPDNKK yang perlu dibubar Faiz Zainudin


ramesh-rao_ali-tinju_600

Kekecohan di Plaza Kota Raya tidak mungkin akan berlaku sekiranya KPDNKK menjalankan amanah dengan baik

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mempertahankan tindakan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang memberi amaran kepada peniaga Cina di kompleks Kota Raya pada Jumaat lepas.

Menurutnya, Mohd Ali tidak wajar dipersalahkan, sebaliknya, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang perlu dipertanggungjawabkan diatas kekecohan yang berlaku di kompleks itu baru-baru ini.

Katanya, kekecohan tidak mungkin berlaku jika KPDNKK menjalankan tugas mengawal harga barang dan membanteras penjualan barangan tiruan.

“Kalau KPDNKK menjalankan tugas, tidak mungkin gejala menipu barangan akan berlaku, kedua tidak mungkin isu barangan tiruan akan berlaku, jadi ini bermakna KPDNKK gagal membanteras, mereka gagal bantu kerajaan.

“Macam Ali Tinju ini saya tidak salahkan dia, dia cuma nak mempertahankan maruah orang Melayu. Apabila orang Melayu ditipu jadi orang Melayu (Ali Tinju) pergi bela, bila Cina ditipu orang Cina bela, sama juga India,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ramesh menyarankan agar KPDNKK dibuburkan kerana gagal berfungsi dengan baik malah, menyusahkan pihak kerajaan.

“KPDNKK harus dibubarkan segera kerana pihak berkuasa itu nampak lemah sangat, kita tengok KPDNKK gagal mencegah peniaga untuk menghapuskan SST dan sekarang barang dijual SST campur GST.

“Bukan Datuk Seri Najib (Perdana Menteri) duduk di pasar borong untuk tentukan harga barang kerana itu tugas KPDNKK, bantulah kerajaan,” katanya.

Mengulas penahanan Ali Tinju dibawah Akta Hasutan, Ramesh menyifatkan penahanan ketua Gerakan Merah itu tidak masuk akal, malah, dia menggesa polis supaya jangan bertindak secara double standard apabila membebaskan aktivis pembangkang (Bersih), yang menurutnya, secara terang menghasut.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.