Tuesday, December 22, 2015

KERAJAAN ZALIM HARUS DITUMBANGKAN


Zar Ali's photo. Terdapat ayat mengatakan “aku tidak jadikan dikau penyair kerana penyair itu golongan yang sesat” kalau sekadar membaca ayat berkenaan maka akan jelas ada ketidakadilan, tetapi kita harus membaca ayat lain yang menjelaskan “ kecuali yang beriman”

Mengutip ayat separuh dan tidak menjelaskan yang selebihnya maka akan beda maksudnya dan kerana itu kala menjelaskan sesuatu perkara kena jelas keseluruhan ayat agar mudah difahami.

Demikian juga dijelaskan haram hukumnya menjatuhkan kerajaan dan kalau sekadar ayat demikian memang saya setuju, sebalik kalau kerajaan itu zalim dan jahat maka itu seharusnya kita jatuhkan dengan serta merta sebab kepimpinan zalim dan berbohong itu bukan perintah Allah dan semua agama juga melarang perbuatan zalim

Nabi pernah bersabda di akhir zaman akan ada pemimpin yang suka sangat berbohong dan terus berbohong sedang rakyat/penyokong tadi terus menyokong pemimpin berkenaan meski rakyat seluruhnya tahu yang pemimpin itu berbohong dan zalim.

Jika demikian ada di sekitar kita di akhir zaman yang menuju kiamat, maka rakyat yang tadi terus menyokong “ bukanlah umatku” sabda Nabi dan kalau Nabi sendiri tidak akui umatnya, lalu apa
Jadinya?


Nabi bersabda lagi, baik pemimpin yang berbohong dan rakyat yang menyokong tadi bukan saja Nabi tidak mengakui umatnya, malah pemimpin dan rakyat banyak berkenaan tidak akan mendekati telaga di syurga.
Fikir2kanlah!



ISMAILY BUNGSU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.