Thursday, December 17, 2015

Najib petik surah Al-Imran tawar kerjasama PAS-Umno



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah sekali lagi menawarkan hubungan kerjasama Umno bagi membentuk hubungan rapat dengan PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.

Najib ketika berucap sebelum merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini berkata Islam menggalakkan perpaduan dan mengingatkan bahaya terlibat dalam perbalahan.
 
 
"Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya, betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan.

"Al-Quran dengan jelas menggariskan prinsip-prinsip perpaduan. Seperti ayat 103 surah Al-Imran menyatakan kita harus berpegang teguh kepada tali Allah," katanya.

Najib berkata, ini bermakna bahawa ia bukan satu pilihan tetapi adalah wajib untuk semua umat Islam untuk mematuhinya.

"Berpeganglah kepada tali Allah dan tidak kepada mana-mana tali lain.

"Oleh itu, saya, bagi pihak kabilah saya (Umno) dan Tuan Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang mewakili kabilahnya, mari kita berpegang kepada ayat ini.

"Ini bukan pilihan, ini wajib. Bila mana Allah perintah, hukumnya adalah wajib," katanya.

Minggu lalu, Najib juga menghulurkan salam perdamaian kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.