Monday, December 21, 2015

MENULIS BUKAN KEJAR NAMA


Ismaily Bungsu C's photo.

Jawatan penting di kerajaan juga saya tinggalkan meski gaji beribu. Jawatan di parti juga saya tinggalkan. 

Pingat yang diberikan juga saya tolak sebab saya sedar saya tidak layak dan itu semuanya tidak perlu buat saya. bukan itu yang saya kejar.

Saya menulis bukan kerana mahu nama dan jauh minta disanjung puji. Jauh nak mendapatkan upah atau memancing sesuatu untuk mendapatkan sesuatu seperti ada orang lain begitu. mereka silakanlah dan bukan saya!

Sejak 40 tahun menulis tidak pernah saya minta bayar dan saya hiduppun bukan kerana penulisan tetapi memang ada kerja. Anak-anak membesarpun bukan kerana dunia penulisan dan seni yang saya akrapi.

Menulis, berseni hanya hobi yang tak siapa bisa pisahkan dari jiwa raga saya dan jika ada tak senang dan menghina-hina, silakanlah dan saya tak marah dan selalu maafkan sesiapa saja yang mengatakan bukan-bukan kepada saya asal saya tidak minta beras, ikan dan makan.

Menulis dan bermain teater dan sesekali mengajar di Universiti bukan upah yang saya harapkan tetapi ILMU yang ada sedikit Allah beri perlu disebarkan untuk yang memerlukan.

Itu sebab sesiapa yang mahu mahu belajar baik teater, menulis apa saja tidak pernah saya minta dibayar tetapi bayarannya cukuplah dengan anak murid saya muncul juara negeri atau kebangsaan.

Saya pernah mengajar Universiti Trengganu juara kebangsaan antara Universiti DEKON, Saya mengajar UMS dua tiga kali juara dekon/teater negeri dan kebangsaan, Saya mengajar Matrikulasi Labuan Juara Kebangsaan dan saya mengajar UITM Sabah 3 kali juara kebangsaan berturut dan saya pesan JANGAN LIBATKAN NAMA SAYA sebagai tenaga pengajar.

Saya tidak perlukan upah, yang saya perlukan hanyalah anak-anak murid saya jadi bijak dan kemudian ALLAH berikan ganjaran di akhirat nanti. Itu sudah cukup bukan nama di dunia.

Jadi yang mengkritik dan menghina saya di sebelah sana, silakan tidak mengapa dan saya tetap maafkan.


ISMAILY BUNGSU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.