Monday, December 21, 2015

Kami Datang Untuk Membantu Mangsa tetapi Dihalau..

  Akibat pergaduahan yang berlaku di Kompleks Kota Raya terpaksa ditutup pada jam 4.55 petang tadi.

Sebelum pergaduhan itu berlaku, sekumpulan lebih kurang 20 lelaki termasuk tujuh individu yang mendakwa pernah menjadi mangsa penipuan pembelian telefon bimbit, datang menuntut wang mereka semula dengan bantuan aktivis masyarakat, Roslan Ismail. 

 
Menurut Roslan, kehadiran mereka di kompleks itu pada asalnya untuk membantu mangsa-mangsa yang telah ditipu untuk mendapatkan kembali wang mereka.

"Kami tidak mahu timbulkan sebarang provokasi. Tetapi kekecohan berlaku selepas seorang peniaga cuba menghalau dan bersikap biadab," katanya.

Ekoran itu, berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pihak menyebabkan dua kakitangan kedai itu mengalami kecederaan selain dari barangan di kedai turut dirosakkan dan beberapa buah telefon bimbit dilaporkan hilang.

"Tidak salah jika mangsa mahu menuntut hak mereka. Ada lagi yang tidak berjaya mendapatkan wang mereka dan kami akan cuba membantu," katanya yang mengesahkan hanya seorang mangsa yang berjaya mendapatkan wangnya kembali. 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.