Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Umno bukan dimiliki
oleh seorang ahli dan mengingatkan bahawa tidak lama dulu presiden parti
itu pernah menyuarakan bahawa Umno perlu pembaharuan.
"Umno adalah hak kepada lebih tiga juta ahli yang telah bersama-sama
mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya," tegasnya.
Beliau membuat peringatan itu sebagai respons kepada pengumuman
mengejutkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa
perhimpunan agung tiga sayap parti itu tidak akan dirasmikan oleh
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti lazimnya.
"Tidak lama dulu presiden parti pernah menyuarakan dan mahukan supaya
Umno perlu reform, setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu
lakukan perubahan demi perubahan, bagi memastikan Umno ini kekal sebagai
sebuah parti yang sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik
minat orang muda dan sebagainya.
"Tetapi sayangnya proses pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di peringkat bawahan sahaja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.