Friday, November 27, 2015

CARA MENASIHATI

Nurliyana Abdullah's photo.

SAYA budak baru belajar kalau salah tolong tunjuk tetapi yang menunjuk mana yang benar kena betullah juga dan di sini saya fikir cara terbaik untuk menasihati dan ini ini berdasar pengalaman dan buku-buku yang saya baca.

Kadang-kadang ramai tak tahu antara nasihat, herdik, hina, kutuk meski yang dikatakan itu benar dalam bentuk nasihat atau membetulkan kesalahan yang dilakukan.

Selalu saya perhatikan ramai yang menegur di depan orang ramai dan kata-kata diucap agak keras jelas tidak jauh dengan penghinaan alias memalukan tetapi kesan yang dinasihati orang bawahan maka yang dimaksudkan diam akur tetapi malunya Tuhan sahaja yang tahu.

Terbaik ketika menasihati biarlah dipanggil atau ketika bersendirian dan elak di depan orang ramai dan kata2 janganlah terlalu kasar kesat sebab jika kasar dan kesat bukan saja yang berkenaan tidak mendengar malah akan jadi dendam secara diam.

Jadi, kita sebagai penasihat jangan pula marah kalau yang dinasihati itu tidak mahu mendengarkan nasihat kita atau di belakang memperli dan itu bukan salah dia tetapi salah kita sendiri yang marahnya tidak beretika.



NURLIYANA ABDULLAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.