‘DIA KATA MAHU BELA SAYA’- EINA AZMAN DITIPU AHLI PERNIAGAAN BERGELAR DATUK
‘Dia Kata Mahu Bela Saya’ – Eina Azman Ditipu Ahli Perniagaan Bergelar Datuk |
Kecoh dunia hiburan apabila pelakon Eina Azman nyaris di’bela’ ahli
perniagaan bergelar datuk.
Menurut Eina Azman, pada mulanya dia mahu
membeli kereta menerusi lelaki berkenaan. Namun bayar sebanyak RM175,500
menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, kereta yang
dijanjikan masih belum diterima.
Paling
menarik lelaki berkenaan didakwa mahu mengambil kesempatan keatas Eina
Azman atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman. Sebelum itu dia hanya
berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah
kereta Mercedes berharga lebih RM220,00.
Kejadian itu berlaku disebuah
hotel kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu dan akhirnya Eina Azman
mengambil keputusan membuat laporan polis apabila sedar dia ditipu.
“Dia
mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta
selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia
langsung tidak bercakap mengenai kereta.
Sebaliknya, dia berkata mahu
membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan
gangguan seksual ke atas saya.
Apabila dia berkata mahu membela saya
selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya
ada maruah dan masih ada ibu bapa.
Apa yang dilakukannya saya tidak
boleh terima,” kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan
seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.